Dalam perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin mengumumkan kelonggaran merentas sempadan negeri untuk pasangan suami atau isteri yang tinggal berjauhan atas urusan kerja.
Menurut beliau, kelonggaran diberikan untuk pasangan suami atau isteri untuk bertemu dengan keluarga setelah masing-masing ‘berpisah’ sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.
“Mengenai perjalanan rentas negeri, saya diberitahu ada pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan atas urusan kerja.
“Misalnya, suami bekerja di Perlis, isteri di Johor. Oleh kerana larangan perjalanan rentas sempadan negeri, ada suami yang dah tak berjumpa anak dan isteri selama dua bulan.
Ads
“Jadi saya nak mengumumkan kita berikan kelonggaran kepada pasangan suami atau isteri ini untuk melakukan perjalanan rentas sempadan negeri bagi tujuan berjumpa dengan keluarga.
“Bagi yang melibatkan perjalanan rentas negeri Sabah dan Sarawak, saya mohon supaya kerajaan negeri Sabah dan Sarawak juga memberikan kelonggaran yang sama.
Ads
“Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi Gerak Malaysia atau hadir sendiri ke balai polis yang berdekatan,” ujar beliau.
Dalam perutusan tersebut juga Perdana Menteri turut mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020.
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suami isteri merupakan tunjang utama dalam sesebuah institiusi kekeluargaan. Jika suami menunjukkan kasih sayangnya pada si isteri, maka dia akan lebih bahagia dan membuatkan hubungan lebih harmoni. Jika hubungan antara kedua-duanya baik, kebahagiaan akan terpancar pada wajah mereka.
Sebagai ketua keluarga, mereka mempunyai peranan yang sangat besar kepada keluarga. Layanan suami terhadap isteri bukan sahaja membahagiakan suri hatinya tetapi juga anak-anak. Mereka semua pasti akan merasa tenang dan bahagia serta menghargai kehadiran si ayah sebagai pelindung keluarga. Sesekali pasti ada ujian yang melanda, kerana suami isteri bukanlah insan yang sempurna.
Perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew ini menyuntik rasa sebak dalam hati. Rupa-rupanya sikap dan layanan suami amat memberi kesan emosi kepada keseluruhan keluarga. Sebagai suami, jangan dipandang kekurangan pada isteri, tetapi tumpukan pada kelebihannya.
“I love u bidadariku. Terima kasih Allah.”
Ada sekali masa bawa keluarga bercuti saya tengok seorang suami dekat hotel hempas barang dan marah isterinya dan 3 anaknya. Rupanya isterinya tertinggal barang dekat bilik.
Suaminya terus pergi. Menjerit-jerit. Barang bertabur. Anak yang besar dalam umur 10 tahun agaknya menangis peluk maknya. Semua menangis-nangis. Saya pergi dekat situ tolong kutip barang yang bertabur-tabur tu.
Tak lama suami dia datang nampak saya. “Eh Ebit Lew kan. Yer saya abang. Kenapa abang akak ok?”.
“Ok ustaz.” Isterinya jawab, “Suami saya kuat marah ustaz dan tak mahu tolong saya. Dia asyik main hp. Lepas tu bila barang tinggal marah-marah. Dia suka marah-marah.”
“Abang penat kerja yer. Nak berehat-rehatkan. Akak pun sama. Saya nampak muka abang dengan akak sama dan saya tahu saling mencintai dan menyayangi. Pasangan bahagia. Beginilah, kita hidup untuk Allah sayang. Anak saya pun ada yang kecil lagi. Memang penat.”
“Tapi mereka rindukan kasih sayang kita mak ayah. Jangan bergaduh depan mereka. Jadikan barang tertinggal, sesat jalan, sebagai gelak tawa dalam rumahtangga. Abang jangan marah-marah.”
Lemah lembut dalam keluarga ialah tanda keluarga dalam rahmat Allah. Orang yang terbaik ialah yang paling baik kepada ahli keluarganya. Itulah akhlak Nabi SAW.
Suaminya kata, “Saya ada tengok ustaz berdakwah di jalanan. Boleh saya peluk ustaz?”. “Boleh abang.” Saya peluk agak lama dan doakannya.
Saya bisik padanya. “Abang peluk isteri dan anak-anak abang. Mereka sedih tu. Dia terus peluk isteri dan anaknya.” Dia menangis dan minta maaf pada isterinya.
Ya Allah sebak sebab anak-anak saya pun kecil lagi. Saya kadang-kadang ada ceramah di luar. 4 orang anak kecil-kecil bidadari saya uruskan. Hanya Alllah SWT yang membalas segala kebaikan dan pengorbanannya.
Sebab tu saya benar-benar selalu doakannya dan selalu telefonnya dengar luahan bidadari saya mengenai anak-anak. Sebab penat urus rumahtangga ini. Perlu pasangan mendengar luahan rasa dan juga perlu belajar doa luah pada Allah SWT.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jarang-jarang berkongsi wajah anak-anaknya yang masih kecil, penyanyi Datuk Jamal Abdullah menarik perhatian ramai apabila videonya yang sedang memarahi anak-anaknya tular baru-baru ini.
Mana tidaknya, keempat-empat anak Datuk Jamal dikatakan mandi di tempat lembu minum air sehingga membuatkan ramai yang terhibur melihat gelagat mereka.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, bapa kepada tujuh cahaya mata itu dilihat memarahi anak-anaknya kerana mandi di tempat kotor.
Pada video berdurasi 24 saat itu, anak-anak comel, Iskandar Rayyan Yamani, Rahil Laura Salsabila Yamani, Nur Azura Yamani dan El Isaac Yamani dilihat dalam keadaan gelisah malah ada yang menangis selepas dimarahi bapa mereka.
“Dah kena marah.
“Main lagi dekat tempat lembu minum.
“Sekali sekali Daddy dia marah, terdiam terus,” tulisnya di kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat kerenah anak keempat penyanyi berusia 66 tahun itu yang menangis selepas dimarahi bapa mereka.
Ibu mana yang tidak luluh hati apabila melihat anak tersayang pergi buat selama-lamanya lebih-lebih lagi dalam keadaan mengejut. Tiada lafaz mampu diucapkan saat jenazah diusung pergi hanya air mata menjadi teman setia, menitis tanpa henti mengiringi pemergian puteri tercinta.
Ketika itu fikiran bercelaru sedih, trauma, dan kehilangan yang tak terucap. Cahaya hidup yang selama ini jadi peneman siang malam, kini hilang sekelip mata. Zara Qairina, nama yang akan sentiasa terpahat dalam jiwa.
Namun siapa sangka, di saat akhir memandikan jenazah anak sendiri sang ibu terhenti seketika. Terpandang sesuatu yang tak sepatutnya ada kesan lebam di belakang tubuh arwah Zara. Bukan lebam biasa. Bukan sesuatu yang boleh didiamkan. Ia nyata. Ia jelas.
Kesan itu disaksikan sendiri oleh ibu arwah ketika memandikan jenazah pada 17 Julai 2025. Namun dek terlalu trauma, fikiran ibu Zara kabur saat itu. Perkara ini hanya diluahkan setelah ditanya oleh peguam keluarga. Hari ini, segalanya dibuka semula.
Sebagaimana perkongsian di face book akaun Ustazah Marhamah Rosli berkongsi bahawa siasatan dibuka semula demi menuntut keadilan untuk Allahyarhamah Zara Qairina. Jangan abaikan bukti penting ini. Jangan biarkan suara arwah terus tenggelam dan dilupakan.
Kenyataan rasmi daripada barisan Peguambela & Peguamcara:Hamid Ismail & AlanShahlan Jufri pada 03 Ogos 2025
Difahamkan juga, pihak peguam telah mengeluarkan tujuh fakta penting bagi membantu keluarga Zara membuat laporan polis sekali lagi dengan harapan besar agar siasatan dapat disemak semula dan keadilan ditegakkan seadil-adilnya.
7 Fakta daripada kenyataan media telah dikeluarkan oleh pihak peguam berkenaan antaranya
“Anak guam kami tidak memasukkan fakta penting ini di dalam laporan-laporan polisnya sebelum ini kerana dia terlupa sepenuhnya mengenainya,”
“Beliau Hanya teringat semula tentang kesan-kesan lebam ini apabila kami menyoal beliau kelmarin tengahari berkenaan keadaan tubuh anaknya semasa dimandikan olehnya. beliau terlupa fakta ini sejak 16.7.2025, beliau terlalu sedih dengan perkara yang menimpa anaknya.”
“Anak guam kami percaya kesan-kesan lebam yang dilihatnya itu adalah kesan-kesan kecederaan yang diakibatkan oleh pukulan-pukulan menggunakan objek tumpul ke bahagian belakang Zara sebelum dia ditemui di bahagian bawah bangunan asrama sekolahnya pada subuh 16 Julai lalu.”
Untuk info, Allahyarham Zara Qairina, 13, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, Sabah meninggal dunia pada 17 Julai lalu selepas sehari menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.
Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama pada pukul 3 pagi dan mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke hospital oleh pihak sekolah.
Polis sudah melengkapkan siasatan dan kertas siasatan dijangka diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara selewat-lewatnya minggu hadapan.