Bersempena ulang tahun kedua, penyanyi Lesti Kejora dan suaminya, Rizky Billar sepakat menukar nama anak sulung mereka iaitu Muhammad Leslar Al Fatih Billar ke nama yang lebih indah.
Memetik laporan Suara.Com, Lesti dan Rizky sepakat menggantikan nama Leslar yang merupakan gabungan nama Lesti dan Billar itu bagi mengelakkan rasa kurang senang buat anak-anak mereka kelak.
Malah menurut kata Lesti, diketika nama itu dipilih buat anak sulung, mereka tidak memikirkan untuk punya anak lagi. Bimbang nama itu membuatkan anak-anak lain cemburu, keduanya sepakat menukar nama lain.
Lesti dan Rizky sepakat memilih nama Muhammad Levian Al Fatih Billar bagi menggantikan nama lama. Menurut pasangan berkenaan, nama Levian itu telah difikirkan sejak kelahiran anak pertamanya itu lagi.
“Saya rasa kalau ada anak kedua nanti takkan nak guna nama Leslar juga. Itu yang saya tukar nama dia.
Ads
“Maksud nama Levian juga membawa makna yang baik iaitu seorang yang kuat, bijak dan mudah mendekati orang ramai,” katanya.
Sementara itu Rizky juga berharap agar nama baharu anaknya itu akan memberi harapan yang besar buat anak sulungnya itu kelak.
Terdahulu, si comel Muhammad Levian Al Fatih Billar selamat dilahirkan pada 26 Disember 2021 melalui pembedahan caesarian. Levian juga dilahirkan secara pramatang kerana terdapat komplikasi kerana Lesti terlalu keletihan.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Gelagat anak sulungIntan Ladyana dan Harris Alif nyanyi lagu ‘Cikebum’ untuk adik curi perhatian, lembut suaranya. Intan selamat melahirkan anak kedua seorang bayi lelaki pada 26 April lalu. Anak sulung mereka, Evie Khadeeja baru berusia 2 tahun lebih.
Walaupun pasangan ini berbeza usia 17 tahun namun itu bukan masalah untuk masing-masing menjalankan tanggungjawab dalam rumah tangga. Malah Harris Aliff dilihat cukup matang menguruskan rumah tangga sebagai suami dan juga bapa.
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial Tiktok milik Harris Alif yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 127 ribu, tanda suka sebanyak 6,409 dan sebanyak 139 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Evie bersama ayahnya iaitu Harris Alif menyanyikan lagu ‘Cikebum’ sambil duduk di sebelah adiknya yang baru lahir itu.
Rata-rata warga maya teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Evie seorang kakak yang sangat lembut suaranya, ditambah pula dengan telatahnya yang sangat comel itu.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
“Jujurnya saya beritahu, saya tidak sangka sudah berkahwin dengan Awal sudah 11 tahun. Rasa macam kami baru sahaja berkahwin.”
Demikian kata selebriti terkenal, Scha Alyahya ketika ditanya mengenai bahtera perkahwinannya bersama hos Awal Ashaari yang kini genap 11 tahun pada 4 Mei lalu.
Menurut Scha, meski tidak menafikan adanya turun naik dalam mahligai perkahwinan yang dibina namun sebagai isteri masih banyak yang perlu dipelajari demi menjaga keharmonian bersama dua cahaya mata mereka, Lara Alana dan Lyla Amina.
“Dalam tempoh tersebut, memang banyak sangat struggle dia. Tidak sangka sudah 11 tahun. Bagi saya tempoh itu sebenarnya masih lagi baru. Cuma berkat kesabaran masing-masing yang membuatkan kami alhamdulillah masih lagi boleh bertahan.
“Kami sedar ada struggle yang orang di luar sana tidak tahu. Syukur masing masing-masing saling menyokong malah Awal banyak tunjukkan contoh yang baik pada saya. Jadi itulah… ini jodoh kami berdua. Sampai bila kami sendiri tak tahu namun bagi berdoa dan cuba selagi boleh.
“Saya jarang menitiskan air mata, tak pernah (di hadapan media). Cuma bila berkongsi mengenai hal ini itulah, bila dikenangkan balik rupanya sudah 11 tahun kami bersama.
“Mungkin pada orang lain ia satu tempoh yang lama, tapi sebaliknya bagi diri saya. Kita dengar angka itu besar, namun bagi saya masih lagi sikit dan kecil. Masih banyak yang perlu kami saling belajar,”
Dalam pada itu, Awal juga menambah komunikasi di dalam perhubungan antara yang paling penting dalam menjaga kejahteraan hubungan baik dengan pasangan.
“Orang di luar mungkin tidak tahu sekiranya kami bergaduh… begini ke? Tapi hal tersebut tidak dikongsikan kepada umum. Kalau ia berlaku, hanya berlaku di dalam rumah sahaja. Yang terdekat tahulah apa yang terjadi.
“Tetapi disebabkan itu juga, bila kami duduk dan kenangkan balik sudah banyak perkara sebenarnya yang dilalui. Jadi kami merasakan tak berbaloi untuk kita korbankan perkahwinan ini untuk hal yang remeh temeh.
“Saya bersyukur memandangkan Scha seorang yang berterus terang. Kalau ada apa-apa masalah dia akan minta untuk berbincang. Sebagai suami saya pun suka, dari hal yang tegang bila becakap ia akan jadi sebaliknya seterusnya cuba untuk selesaikan.
“Sebelum berkahwin dengan Scha, saya tidak berada sedar bahawa komunikasi di dalam perhubungan itu sangat penting. Kita bergaduh macam musuh, tapi bila kita ada komunikasi insyaAllah ia dapat diselesaikan.
“Bagi saya itulah resipi kalau kami ada masalah sebesar mana pun, ia dapat diselesaikan dengan baik,” kata Awal ketika ditemui pada majlis rumah terbuka anjuran pasangan selebriti ini di Glasshouse at Seputeh, Kuala Lumpur
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Matlamat untuk menjadikan anak bijak dan dengar kata serta tidak bermasalah sebenarnya harus bermula daripada awal, iaitu ketika mengandung lagi.
Kata Datuk Dr Fadzilah Kamsah, “Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak.” Demikian pandangannya.
Jadi matlamat untuk menjadikan anak bijak haruslah lebih jelas.
Oleh yang demikian, jadikanlah dunia awal bayi iaitu alam rahim sebagai institusi pertamanya mempelajari pelbagai perkara baharu. Janin boleh dirangsang melalui kaedah-kaedah tertentu.
Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi. Jadi, pastikan pemakanan seharian ibu ketika hamil mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein.
Sama juga halnya dengan pengambilan minyak ikan Omega . Ia adalah makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi. Malah, kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat.
Islam amat menggalakkan anda mengamalkan beberapa aspek penting supaya anak yang dilahirkan berakhlak mulia. Antaranya, banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat; melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nnya.
Sepanjang hamil, anda dan suami dituntut memperbanyakkan solat sunat dan puasa sunat terutamanya pada Isnin dan Khamis. Sama juga halnya dengan membaca al-Quran. Antara yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, Yasin, at-Taubah, Yusuf, Luqman, an-Nahl (ayat 78), al-Aa’raf (ayat 189) dan banyak lagi.
Dengan membaca surah dan ayat ini, ia dapat memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh.
Doa adalah senjata umat Islam. Oleh itu, anda digalakkan untuk kerap membaca surah al-Fatihah, al-Inshirah dan ayat Kursi. Suami juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut anda.
Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, al-untuk melapangkan hati dan fikiran manakala ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan. Apabila hati anda terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran.
Malah, setelah anak lahir, anda masih boleh meneruskan bacaan berkenaan ketika menyusukannya. Amalan ini diyakini dapat menghasilkan anak yang bijak dan tinggi akhlaknya.
Berbicaralah sambil mengusap lembut perut. Lahirkan perasaan rindu menanti kelahirannya dengan penuh ikhlas. Kajian mendapati bayi yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding golongan yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya.
Ada pendapat menyatakan bahawa rangsangan sebegini amat efektif apabila kandungan menginjak usia enam bulan ke atas. Ini disebabkan pada usia tersebut jaringan struktur otak bayi mula berfungsi dengan baik.
Pastikan emosi anda sentiasa tenang agar anak yang bakal dilahirkan selalu riang dan tidak mudah meragam. Keadaan emosi yang tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Jadi, anda harus lebih banyak bersabar dan bersikap positif.
Percayalah, tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak anda di masa hadapan. Malah, perasaan riang merupakan rangsangan kepada pembinaan otak yang pada masa yang sama dapat memastikan bayi yang sihat, pintar dan cerdas.
Perdengarkan janin dengan muzik klasik kerana ia diyakini dapat merangsang kecerdasan bayi sejak dalam kandungan. Oleh kerana muzik klasik memiliki pelbagai nada yang harmoni, ia mampu memberi rangsangan berupa gelombang alfa.
Gelombang ini berupaya menimbulkan ketenangan dan ketenteraman sehingga anak dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap sesuatu perkara.
Perdengarkan juga beberapa jenis bahasa dan pelbagai pengetahuan asas yang mudah. Mulalah mengajar Aa-B-C, 1-2-3, kata-kata pengenalan diri seperti assalamualaikum, hello, ini ibu atau ayah dan sebagainya.
Lakukan isyarat-isyarat mudah seperti menepuk perut dengan lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap lembut bagi menenangkannya.
Rakamkan suara anda, suami dan ahli keluarga yang lain berserta bunyi-bunyian dan pasangkan earphone ke perut. Dengan cara itu bayi yang bakal lahir mudah mengecam suara-suara orang terdekat dengannya setelah dilahirkan kelak.
Perkenalkan juga perbezaan suasana seperti terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluh ke perut. Lakukan rangsangan ini selama lima hingga 10 minit setiap kali melakukannya.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.