Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya akur apabila anak perempuannya, Qadejah El Zahra, berjayamemujukuntuk memiliki seutas jam tangan mewah berjenama Cartier.

Bapa kepada enam orang cahaya mata ini percaya bahawa membahagiakan anak juga adalah satu bentuk rezeki yang patut dikongsi.

“Tak Mampu Beli Tapi Demi Anak” Qadejah ‘Paw’ Jam Tangan Mewah, Aliff Syukri Enggan Dedah Harga!

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Aliff dilihat bersama anak-anaknya sedang mempromosikan produk jualan sambil bercerita tentang jam eksklusif tersebut.

Tambahnya lagi, hadiah itu bukan sekadar simbol kemewahan, tetapi tanda kasih sayang dan penghargaan buat anak yang menjadi kekuatan dan sumber inspirasi dalam kehidupannya.

Sejujurnya saya tak mampu nak beli. Tetapi saya beli juga sebab anak-anak saya adalah kekuatan saya.

“Saya bekerja keras, ada rezeki pun untuk mereka juga..tak banyak tapi sedikit.

Ads

Walaupun saya garang dan tegas, semua ini untuk anak-anak saya.

Sebenarnya sebelum ini dia kena marah sebab pakai jam mama dia,” kongsinya bercerita mengenai pemberian jam yang mula tular di media social.

“Tak Mampu Beli Tapi Demi Anak” Qadejah ‘Paw’ Jam Tangan Mewah, Aliff Syukri Enggan Dedah Harga!

Rata-rata warganet mula meneka harga jam mewah itu yang didakwa bernilai puluhan ribu ringgit. Bagaimanapun, usahawan berusia 37 tahun tersebut enggan mendedahkan harga sebenar.

Ini salah satu barang impian Cess.

Ads

Tak boleh beritahu harga. Nanti ada orang kata kami ada perasaan riak dan takbur pula.

“Saya beli bukan niat untuk riak tetapi untuk memberi inspirasi kepada awak semua kalau ada rezeki lebih,” kongsinya lagi.

“Tak Mampu Beli Tapi Demi Anak” Qadejah ‘Paw’ Jam Tangan Mewah, Aliff Syukri Enggan Dedah Harga!

Terdahulu, anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra berkongsi berita gembira apabila bapanya merealisasikan impiannya untuk memiliki seutas jam tangan jenama Cartier yang mencecah harga puluhan ribu.

 

Ads

Menerusi hantaran di TikTok, Qadejah yang mesra disapa Cess memuat naik video unboxing jam tangan cartier selepas netizen meminta kemas kini (update) terbaharu daripadanya.

“Berjaya paw abah dan betul-betul dapat beli,” ujarnya ringkas.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads