“Tak minta lebih, cuma susu dan diapers.” Ayat yang ringkas ini cukup membuatkan hati pelakon dan usahawan terkenal, Anzalna Nasir tersentuh.
Di sebalik kerja keras menghantar makanan, terselit kisah pilu pengorbanan seorang ayah yang hanya mahu memastikan anak-anaknya cukup keperluan harian.
Kisah ini tular di media sosial minggu lalu apabila seorang penghantar makanan dikenali sebagai Abang Grab terpaksa menukar lampin anak di atas motosikal. Situasi itu bukan sahaja mengundang simpati ramai, malah mencerminkan betapa beratnya tanggungjawab seorang ayah dalam keadaan serba kekurangan.
Ziarah Anzalna: Buka Mata Tentang Erti Pengorbanan
Tersentuh dengan kisah tersebut, Anzalna mengambil inisiatif menziarahi sendiri keluarga abang Grab untuk mengetahui keadaan sebenar. Lawatan itu membuka matanya tentang betapa tabahnya lelaki ini menyara keluarga yang memerlukan perhatian istimewa.
“Bila tanya apa keperluan mereka sekarang, abang tu cuma minta diapers jenama Drypers dan susu Dutch Lady untuk anak-anak. Itu sahaja. Hati saya betul-betul tersentuh,” kata Anzalna.
Ads
Menurutnya, keluarga ini hidup sederhana di sebuah rumah kecil bersama anak-anak yang masih kecil termasuk seorang bayi berusia dua bulan. Lebih menyentuh perasaan, isterinya merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) yang perlu penjagaan rapi setiap hari.
Walaupun pasangan itu malu untuk menjemput Anzalna masuk ke rumah kerana keadaannya tidak begitu terurus, Anzalna tetap menghargai kesederhanaan dan semangat mereka.
Ads
“Dia dan isteri sangat peramah. Mereka malu nak ajak saya masuk rumah, tapi saya langsung tak kisah. Bila tengok keadaan mereka, siapa kita nak menilai?”
Sebagai seorang ibu kepada dua anak, Anzalna akui dia dapat membayangkan betapa beratnya tanggungjawab yang dipikul abang Grab dalam menjaga anak-anak dan isteri, sambil bekerja keras mencari rezeki.
Masih Ramai Perlukan Bantuan
Walaupun kisahnya telah menjadi viral, bantuan yang diterima oleh keluarga ini sangat terhad. Justeru, finalis Dewi Remaja 2009/2010 itu berharap perkongsiannya dapat membuka hati lebih ramai pihak untuk tampil menghulurkan bantuan.
Ads
“Mereka betul-betul perlukan sokongan. Tak perlu banyak, sekecil mana pun bantuan, asalkan ikhlas, sangat besar maknanya.”
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudah memberi bantuan dan menitipkan doa agar Allah membalas kebaikan semua pihak yang membantu keluarga ini.
Majalah Pa&Ma sentiasa dekat dengan kisah keibubapaan, dan menyokong usaha membantu ibu bapa yang berdepan cabaran membesarkan anak-anak dalam serba kekurangan. Kisah ini bukan sekadar tentang susahnya hidup, tetapi tentang besarnya kasih seorang ayah dan sabarnya seorang ibu yang tidak pernah mengalah.
Moga rezeki Anzalna semakin melimpah ruah asbab prihatin dan sudi meringankan beban keluarga tersebut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak akhir-akhir ini banyak kisah isteri yang diuji apabila mendapat tahu suami mendirikan rumahtangga dengan wanita yang baru dikenali secara senyap-senyap. Malah perkahwinan kedua suami tidak diketahui oleh isteri pertama.
Tidak salah untuk membina masjid lebih daripada satu tetapi haruslah mengikut cara dan saluran yang betul dan sekurang-kurangnya sampaikanlah niat kepada isteri dan ahli keluarga. Jangan sampai melukakan hati isteri yang banyak berkorban dan bersusah payah bersama-sama. Jika isteri tidak bersetuju mungkin dia lebih mengenali siapa suaminya.
Kekuatan Isteri, Kesabaran Dengan Sikap Suami
Isteri Dah Terlalu Banyak Tolong Suami
Isteri Tak Minta Banyak
Dia Tak Mengungkit, Merungut, Mengeluh
Sumber: Firdaus Shakirin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebenarnya tak susah pun nak cipta bonding dengan anak-anak di rumah. Tak perlukan kos yang tinggi pun. Cuma berikan tumpuan yang lebih saja. Salah satu permainan yang tak terjangka hebatnya adalah permainan congkak. Bukan saja cipta bonding tapi melatih motor skill anak kecil kita.
Perkongsian bapa penyayang ini, Ahmad Affzan Abdullah di facebooknya, mama papa boleh tambahkan ilmu di dada. Paling penting dapat rangsang motor halus anak dan kemahiran lain. Hebat!
Jika ada masa lapang, congkak inilah salah satu permainan kami sekeluarga. Anak aku yang umur 5 tahun pun seronok main bersama.
Apa kebaikan main congkak?
1. Mengasah skil psikomotor
Bukan mudah menggenggam guli-guli kecil dalam kuantiti yang banyak. Kemudian kau kena lepaskan satu persatu ke dalam lubang ikut tertib pusingan jam.
Kau bayangkan tangan orang dewasa pun terkial-kial nak buat, budak kecil apatah lagi. Namun itulah yang menajamkan lagi skil psikomotor mereka, lebih-lebih lagi waktu pusingan pertama yang kau berebut nak lepaskan guli laju-laju.
2. Belajar mengira
Sekurang-kurangnya anak kau yang kecil dah boleh mengira 1 hingga 7 waktu nak penuhkan lubang congkak sebelum mula bermain.
Kemudian waktu dia lepaskan guli itu satu-satu, kau mintalah dia kira dan sebut dengan kuat. Lama-lama sampai berbelas-belas pun dia dah pandai kira secara tak langsung.
3. Belajar mencongak
Nak main congkak ini bukan kau main hentam saja pilih lubang mana secara rawak. Kau kena congak juga kalau ambil guli dari lubang A, nanti akan habis dekat lubang mana.
Ini semua perlukan skil mencongak dalam kepala. Orang sekarang panggil ‘mental arithmetic’. Kalau anak kau dah boleh mengira, ajar dia mencongak pula supaya permainannya lebih seronok. Tak adalah dia stress asyik mati saja.
4. Belajar strategi dan merancang
Selepas pandai mencongak, anak kau juga perlu merancang nak ambil guli dari lubang yang mana dulu. Guli paling banyak atau paling sikit?
Contoh kalau ada 1 guli dalam lubang sebelah rumah, adakah kau nak masukkan guli itu terus ke rumah, atau tunggu dulu?
Sambil pihak lawan jalan, mata anak kau juga dah jeling-jeling untuk strategi seterusnya. Kemudian kena sentiasa peka, takut pihak lawan menipu. Patut masukkan satu guli, dimasukkannya 2 guli (yang ini kawan aku biasa buat waktu kecil. Aku saja yang jujur main congkak ni).
5. Melatih kesabaran dan kejujuran
Memang bengang kalau pihak lawan ‘tembak’ kita banyak-banyak. Lepas itu, asyik dia saja jalan tak mati-mati. Mau murung seharian dibuatnya. Sudahlah begitu, pihak lawan menang pula akhirnya.
Lalu mulalah kau nak mengelat macam aku cerita kawan aku buat tadi. ‘Skip’ lubanglah, masukkan tambahan guli dalam rumahlah dan macam-macam akal lagi.
Jadi bila nak main congkak ini, kau kena selalu ingatkan pada anak-anak erti sebuah kejujuran. Biarlah kalah, asal kita kalah bermaruah. Cewah.
Ini penting untuk diaplikasikan dalam hidup. Ramai orang menipu dan mengelat untuk lepaskan diri sendiri saja sekarang. Maka dengan bermain congkak ini, sifat jujur ini dapat kau pupuk pada anak-anak.
6. Kos yang murah
Congkak ini pun tak begitu mahal untuk kau beli sebagai bahan aktiviti masa lapang bersama anak-anak. Sekitar RM30-40 pun dah boleh dapat di Lazada.
Kemudian dia tahan lama. Dari anak kau tadika sampai masuk universiti pun masih bertahan lagi, dengan syarat kau tak hempas papan congkak ni ke simen lah.
Kalau guli hilang pun, tak sampai RM5 kau boleh beli sebungkus 100 biji.
7. Meneruskan tradisi warisan negara
Dalam zaman semuanya elektronik sekarang, memang sesuailah kau mesrakan juga anak kau dengan sesuatu yang lebih ‘natural’ dan ‘kembali ke asal’.
Terangkan pada anak-anak tentang permainan tradisional yang menjadi warisan budaya kita agar semua ini tidak hilang ditelan masa.
Walau sejauh mana kita melangkah, ingatlah akar yang menautkan kita dengan bumi yang kita pijak.
Begitulah.
Banyak kelebihan bermain congkak ini selain mengeratkan hubungan kau dengan anak-anak. Jika berkelapangan, ajaklah mereka main bersama. Insya-Allah bermanfaat untuk seisi keluarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila diajak untuk sama-sama mengaji, anak mulalah buat alasan. Penat, mengantuk dan sebagainya sudah menjadi alasan biasa dari mulut anak-anak kecil kita.
Jangan putus asa sebaliknya kuatkan hati untuk terus membimbing anak kita. Idea ibu ini, Dr Farhuda Zulaikha yang menggunakan sticker untuk reward anak mengaji ketika anak masih kecil ternyata membuahkan hasil.
Ini tip dan panduan yang dikongsikan oleh beliau untuk sama-sama menarik perhatian anak untuk mengaji dan cintakan Al Quran.
TIPS ANAK-ANAK SUKA MENGAJI
Tak susah sebenarnya nak buatkan anak-anak suka mengaji. Ini antara tips mudah.
1. MULA PERKENALKAN ANAK KEPADA HURUF HIJA’IYAH SEAWAL USIA Boleh jadi melalui flashcard, puzzle, lagu, video atau buku iqra’ terus. Game pun ada tau.
2. PERKENALKAN DENGAN SILIBUS MENGAJI YANG MUDAH Ada banyak pilihan di luar dan kalian boleh survey serta buat pilihan sendiri. Ada yang diterbitkan dalam bentuk buku, flashcard, video dan macam-macam lagi. Antara silibus yang terbaik adalah Iqra’.
Susunan content bagi setiap tahap Iqra’ sangat mudah untuk diikuti oleh anak kecil. Tidak terlalu complicated dan tidak juga terlalu pack bagi satu-satu muka surat.
3. BELIKAN KELENGKAPAN MENGAJI ANAK-ANAK SENDIRI. Jika punya 3 orang anak yang masih mengaji iqra’, belikan 3 iqra’ berbeza buat mereka. Sertakan jua dengan rehal/penunjuk Al-Quran. Percayalah mereka akan lebih teruja nak mengaji menggunakan barang mereka sendiri. Tanyakan pendapat mereka, rehal warna apakah yang menjadi pilihan hati. Raikan.
Jika anak yang sudah naik al-Quran, cuba belikan mereka Al-Quran yang telah dipecahkan kepada naskhah-naskhah kecil mengikut juzuk. Selain mudah untuk dibawa ke mana-mana, ia juga menjadi motivasi buat si anak untuk menghabiskan bacaan kemudiannya boleh naik ke juz selepasnya.
4. REWARD SYSTEM. Kenalkan anak kepada sistem reward. Tidak perlu yang mahal, cukup walau sekadar sticker yang ditampal di helaian yang telah lancar bacaannya. Tuliskan bersama tarikh sekali. Semua sticker ini saya dapatkan di MR. DIY sahaja dan murah. Tapi excitednya mereka tu boleh dilihat dari senyuman yang berseri-seri. Siap berebut nak pilih sticker yang mana.
Nanti lama-lama (bila mereka semakin besar) apabila mereka mampu naik bacaan kepada tahap yang seterusnya (eg, naik iqra’ atau naik juz), hadiahkan mereka benda yang lebih significant. Contoh hadiah yang lebih besar daripada sticker adalah buku, mainan, boleh pilih movie untuk tontonan atau sebagainya. Nampak macam mengajar anak mengaji tak ikhlas kan, tapi percayalah it works!
Dahulu semasa masih kecil dan ketika baru mula-mula belajar mengaji, anak-anak sangat teruja untuk dapatkan reward sticker itu, namun percayalah, semakin lama nanti mereka dah tak kisah pun dengan reward system. Yang mereka tahu, setiap hari kena mengaji dan hari ini bacaan mengaji haruslah lebih baik dari semalam.
Boleh juga selitkan mengaji dalam logbook daily activities. Hadiahkan sticker pada logbook mereka jika berjaya laksanakan task.
5. TETAPKAN WAKTU YANG KONSISTEN UNTUK SESI MENGAJI Orang selalu kata 3 aktiviti keluarga ini kalau boleh cuba kita laksanakan setiap hari untuk tautkan kasih sayang sesama ahli keluarga.
i. Makan bersama ii. Solat bersama iii. Menonton bersama Kali ini kita tambah pula lagi satu iaitu mengaji.
Cuba kalian wajibkan waktu mengaji setiap hari. Tidak dapat tidak kena pastikan seisi rumah mengaji setiap hari. Waktu yang terbaik adalah selepas Maghrib kerana pada waktu ini ibu ayah yang bekerja pun biasanya sudah sampai di rumah.
Awal-awal nanti memang terasa berat tapi lama-lama nanti alah bisa tegal biasa. Apabila ia dijadikan rutin, anak-anak pun automatik akan terus ambil Iqra’ atau Al-Quran sebaik sahaja habis solat tanpa perlu disuruh pun.
6. CERITAKAN GANJARAN PAHALA MENGAJI Ajarkan pada anak-kenapa perlu mengaji. Apa ganjaran yang akan diperoleh sekiranya kita selalu mengaji. Apakah kelebihan membaca surah tertentu dan ceritakan juga bacaan doa yang dipetik daripada ayat al-Quran bersama maksudnya sekali.
7. CERITAKAN IBRAH DAN PENGAJARAN DARI SETIAP SURAH. Anak-anak lebih suka teknik penceritaan secara santai atau storytelling. Banyak kisah menarik yang boleh diceritakan kepada anak-anak. Mulakan sahaja dengan surah-surah lazim. Tidak perlu setiap hari pun, boleh jadi seminggu sekali atau sebulan sekali. Jika kita mampu hidupkan kisah semasa kita kecil, boleh sahaja kita hidupkan macam-macam cerita yang terkandung dalam Al-Quran itu juga sebenarnya.
8. PERDENGARKAN BACAAN AYAT QURAN SEJAK DALAM KANDUNGAN. Ibu yang mengandung digalakkan mengaji setiap hari. Antara surah-surah yang digalakkan untuk dibaca ketika hamil ialah surah Luqman, Surah Yusuf dan Surah Maryam.
Boleh juga menggunakan adjustable headphone yang boleh dipasang pada perut ketika hamil. Ketika anak sudah besar sedikit, kalian bukalah video mengaji kanak-kanak di YouTube. Macam-macam pilihan ada termasuklah cerita kartun namun backgroundnya adalah bacaan ayat Al-Quran. Percaya atau tidak, anak-anak pun mudah menghafal surah yang kerap mereka tonton dan dengar.
9. DOA IBU DAN AYAH Rugi sekiranya kita tidak manfaatkan kelebihan doa oleh ibu ayah. Berdoalah apa sahaja untuk anak kalian setiap hari, jangan lupa untuk doakan mereka agar menjadi golongan yang cintakan Al-Quran.
10. CONTOH TERDEKAT Akhir sekali, ibu ayahlah yang harus memainkan peranan penting untuk menjadi contoh yang baik. Amatlah tidak patut kita menyuruh anak kita mengaji setiap hari namun kita sendiri yang culas. Sebolehnya mengajilah kalian pada waktu yang sama mereka mengaji. ‘Riak’ dan mengajilah di hadapan mereka.
P/s: Secara jujurnya kami pun bukanlah mengaji setiap hari dulu. Entah apalah yang kami sibukkan dengan dunia masa tu sampai tak sempat langsung nak mengaji kan. Namun demi mengajar anak-anak mengaji, kami paksa juga diri mengaji setiap hari.
Alhamdulillah asbab anak-anak jugalah kami mampu istiqamah mengaji setiap hari. Dan percayalah apabila kalian dah dapat rentak mengaji setiap hari, akan rasa tak lengkap kalau tak mengaji walau satu hari.
Ingat, anak-anak kecil won’t follow your orders. They imitate you.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!