Laksa memang digemari ramai. Namun ibu selepas bersalin perlu mengelakkan diri daripada mengambil makanan kegemaran ramai ini.
Amalan berpantang makan laksa sampai setahun lepas bersalin ni biasanya dilakukan oleh ibu-ibu di sebelah utara seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Mengapa? Salah satu sebabnya ialah laksa dikatakan sebagai makanan yang ‘sejuk’ dan berangin.
1. Proses penghasilan laksa
Hal ini dikatakan berpunca daripada proses penghasilan laksa itu. Biarpun bahan utama laksa ialah beras, namun ia dimasak terlebih dahulu dan kemudian dibentuk menjadi bentuk laksa.
Setelah itu, ia dikeringkan. Untuk dimakan bersama kuah laksa, ia perlu dimasak sekali lagi. Di sini timbulnya unsur sejuk atau angin itu.
Ads
Apabila dimasak dua kali. Kandungan angin adalah tinggi lalu menyebabkan sakit urat dan sakit badan.
Malah bila dimasak dua kali, ia seolah-olah seperti nasi yang dipanaskan berkali-kali semasa anda berpantang. Jika makan nasi sejuk, anda boleh bentan. Samalah halnya dengan makan laksa dalam tempoh setahun selepas melahirkan ini.
2. Kuah bersifat tajam
Untuk mendapatkan kuah laksa yang sedap, ikan perlu direbus, kemudian dikisar bersama tulangnya. Di sinilah unsur tajam itu dibangkitkan.
Ads
Bisa tulang ikan menyebabkan kuah laksa menjadi ‘tajam’. Kandungan dalam tulang ikan boleh mengakibatkan sakit sendi, sakit tumit dan sakit urat untuk jangka masa panjang.
3. Kuah ada unsur angin
Ramai yang membuat anggapan bahawa daun kesum dan bunga kantan yang digunakan sebagai bahan di dalam kuah
adalah sayur berbisa. Penggunaannya boleh menyebabkan angin di dalam badan.
Ads
4. Timun bersifat sejuk
Untuk menambah kesedapan laksa, timun digunakan sebagai ulamnya.
Seperti yang anda sedia maklum, ibu berpantang tidak boleh makan timun kerana ia adalah sejenis sayur yang sejuk. Ia boleh mengundang angin di dalam badan.
Memang pantang larang orang tua-tua tiada kajian saintifik. Namun tiada salahnya jika ia diikuti selagi tidak datangkan mudarat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila ibu bersalin, mereka akan kehilangan banyak darah serta tenaganya. Tak kisahlah bersalin normal atau melalui pembedahan, letihnya sama saja. Badan penat, minda dan emosi juga mudah terusik. Ibu selepas bersalin memerlukan rehat yang cukup serta mengamalkan pemakanan yang berkhasiat untuk mengembalikan tenaganya.
Dalam perkongsiannya, Dr Zubaidi Hj Ahmad menasihatkan semua ibu lepas bersalin supaya tidak memandang ringan terhadap kesihatan diri sendiri terutama jika mengalami beberapa gejala selepas bersalin yang dianggap bahaya dan boleh mengancam nyawa ibu!
#Kehilangan banyak darah dengan tiba-tiba atau berterusan, termasuk darah beku
#Sakit kepala yang teruk atau berpanjangan, mungkin kesan sampingan suntikan epidural, terutamanya duduk atau berdiri.
#Tekanan darah tinggi bersama sakit kepala, penglihatan kabur atau berasa loya.
#Nafas pendek seperti selepas mendaki bukit. Dibimbangi mengalami masalah darah beku tersekat pada salah satu saluran darah di paru-paru (embolisme pulmonari).
#Sakit dada sama ada akibat jangkitan kuman pada paru-paru atau ketegangan otot akibat meneran semasa bersalin. Ia juga mungkin tanda embolisme pulmonari.
#Sakit pada bahagian betis, mungkin akibat trombosis vena dalam (deep vein thrombosis – DVT). Ia adalah pembekuan darah pada vena dalam otot dan boleh membawa maut. Terutama jika ada tanda merah di pelipat, dan rasa panas di bahagian tersebut.
#Berkelakuan pelik seperti mudah rasa gelisah. Kekacauan pemikiran, terlalu mudah rasa gelisah, kekeliruan dan delusi boleh jadi permulaan sejenis keadaan kesihatan yang jarang berlaku, dikenali sebagai psikosis pospartum.
#Demam yang sangat panas (38 darjah C), sama ada disertai dengan menggigil atau tidak. Ia adalah satu tanda jangkitan kuman terutama pada ruang antara vagina dah rektum (perineum), luka pembedahan caesar, saluran kencing atau di uterus (rahim) anda.
#Tidak dapat membuang air kecil dalam enam jam pertama selepas bersalin akibat kesan suntikan epidural.
#Lendiran faraj yang berbau busuk, akibat jangkitan pada rahim atau faraj.
#Buasir yang teruk atau bengkak pada lubang dubur selepas bersalin.
#Rasa letih, tidak bersemangat, tidak menguruskan diri dan tidak berminat untuk berjumpa orang selepas beberapa hari bersalin. Ia tanda kemurungan selepas bersalin (meroyan).
#Sakit yang teruk pada perineum, mungkin bersama air kencing yang memedihkan dan/atau berbau busuk, mungkin akibat jangkitan pada jahitan atau jangkitan saluran kencing.
Tidak dapat mengawal buang air besar. Najis keluar dengan sendiri dan tidak dapat dikawal dengan baik. Mungkin disebabkan oleh koyakan atau darah beku (haematoma) pada lubang dubur.
#Sembelit selepas beberapa hari melahirkan anak.
Kebiasaannya orang Melayu akan melakukan beberapa pantang dan pengambilan herba untuk mengembalikan tenaga dan mempercepatkan kesembuhan.
Jangan ambil mudah sekiranya anda merasakan simptom-simptom ini. Untuk orang sekeliling, jangan dibiarkan si ibu bersendiri dan terasa diabaikan. Bersalin sememangnya memenatkan, si ibu sangat memerlukan perhatian dan rehat yang banyak. Semoga dengan perkongsian Dr Zubaidi ini dapat membantu anda melalui fasa berpantang dengan baik.
Ubun-ubun ialah satu bahagian pada kepala bayi yang sangat lembut. Ini akan mendatangkan kebimbangan kepada ibu bapa sama ada bahagian tersebut boleh disentuh atau tidak.
Artikel ini akan menceritakan dengan lebih lanjut tentang apa yang anda perlu tahu mengenai bahagian lembut pada kepala bayi yang dinamakan ubun-ubun ini.
APAKAH ITU UBUN-UBUN
Bahagian lembut pada kepala bayi ini dinamakan ubun-ubun atau nama saintifiknya fontanel. Terdapat dua bahagian fontanel pada kepala bayi yang baharu lahir iaitu:
FONTANEL POSTERIOR
Fontanel posterior berada pada bahagian belakang kepala bayi dan berbentuk segi tiga. Fontanel ini lebih kecil berbanding fontanel anterior. Selain itu, fontanel ini agak sukar untuk dirasa oleh ibu bapa dan kebiasaannya akan tertutup sendiri apabila bayi mula mencecah usia 6 minggu.
FONTANEL ANTERIOR
Fontanel anterior berada pada bahagian atas kepala bayi dan berbentuk seperti layang-layang. Fontanel ini lebih besar berbanding fontanel posterior. Selain itu, fontanel ini sangat mudah untuk dirasa oleh ibu bapa dan tidak akan tertutup dengan sempurna sehingga bayi mula mencecah usia 18 bulan.
MENGAPA BAYI MEMPUNYAI UBUN-UBUN?
Sebenarnya, ubun-ubun atau fontanel ini berfungsi memudahkan proses kelahiran bayi. Keberadaan ubun-ubun ini sangat berguna bagi memudahkan tengkorak bayi yang hanya dihubungkan oleh tisu-tisu ini berubah bentuk apabila sedang melalui jalan keluar ketika kelahiran melalui saluran vagina sekiranya bersalin secara normal.
Seperti yang sedia maklum, bahagian kepala bayi merupakan bahagian yang paling besar pada anggota badan bayi. Oleh itu, dengan kaedah semula jadi ini bayi akan lebih mudah untuk keluar. Anda tidak risau kerana lama-kelamaan, tulang-tulang ini akan bertemu dan bercantum lalu akan tertutup pada satu ketika nanti.
Bahagian lembut yang dipanggil ubun-ubun atau fontanel ini juga berfungsi memberi ruang untuk otak bayi berkembang. Menurut kajian, otak bayi akan mengalami perkembangan yang paling pesat ketika dua tahun pertama bayi anda. Oleh itu, gunakan masa ini untuk memberi nutrien yang secukupnya kepada bayi agar otak bayi anda boleh berkembang sepenuhnya.
Selain daripada dua sebab di atas, ubun-ubun atau fontanel pada bahagian kepala bayi boleh menjadi petunjuk atau indikator tentang tahap kesihatan bayi. Sebagai contoh, sekiranya bahagian ini mendap, ia mungkin menunjukkan simptom bayi mengalami dehidrasi manakala jika bahagian ini kembung, ia mungkin menunjukkan simptom bayi menghidapi meningitis.
Dengan cara ini, ibu bapa boleh mengetahui serba sedikit mengenai keadaan kesihatan bayi dengan melihat kepada keadaan bahagian ini.
NORMAL ATAU TIDAK UBUN-UBUN BAYI BERDENYUT?
Jika anda perhatikan, denyutan pada bahagian ubun-ubun bayi sebenarnya berdenyut serentak dengan degupan jantung bayi. Perkara ini sebenarnya normal kerana terdapat pembuluh darah yang berdenyut dia bahagian ubun-ubun bayi. Apabila bayi menginjak dewasa, ubun-ubun ini akan mula tertutup sendiri dan denyutan tersebut tidak dapat dirasai lagi.
JANGAN PICIT ATAU TEKAN UBUN-UBUN!
Sudah menjadi mitos bagi kalangan ibu bapa terutamanya ibu bapa baharu yang mempercayai bahawa ubun-ubun bayi boleh berubah bentuk sekiranya diletakkan dengan pelbagai tekanan. Sebenarnya mitos ini juga ada benarnya.
Sebagai ibu bapa, anda perlu untuk lebih berhati-hati ketika memandikan atau membaringkan bayi. Jangan memicit atau menekan bahagian ini dengan terlalu kuat untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.
AKSESORI KEPALDA PERLU JAUH DARIPADA BAHAGIAN UBUN-UBUN
Selain itu, penggunaan aksesori pada bahagian kepala seperti topi, bandana atau skaf perlu dipakai dengan berhati-hati. Pakaikan aksesori ini di bahagian yang agak jauh dari ubun-ubun bayi seperti dahi.
Sekiranya anda terlihat perubahan bentuk yang agak mencurigakan terhadap ubun-ubun bayi anda, segera bawa anak anda berjumpa doktor. Walaupun kelihatan remeh, perkara-perkara sebegini wajar ibu bapa elakkan bagi memastikan perkembangan bayi anda yang lebih terjamin.
Menggunakan nama ‘Makhlok Macho’ di laman sosial, Bengah atau nama sebenarnya Hammad Zamakhshari memang sangat dikenali lebih-lebih lagi apabila sering memuat naik perkongsian video bersama adik istimewanya, Afiatul Salsabila.
Bengah yang sudahpun berumah tangga dan kini sudah bergelar seorang ayah ada berkongsi pengalaman dirinya menemani isteri tercinta melahirkan putera sulung mereka sebelum kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac yang lalu.
Menerusi perkongsian tersebut, Bengah cukup terharu dengan pengorbanan yang dibuat oleh isterinya dalam melahirkan anak pertama mereka. Saat dapat melihat anak sendiri, memangku dan mencium bayi yang baru dilahirkan, tiada kata yang dapat diungkapkan betapa indah dan syukurnya atas kurniaan Ilahi.
“ANUGERAH TERINDAH
“Masih segar lagi diingatan dan teringat teman isteri didalam labour room pengalaman pertama yang sangat indah dan mendebarkan! Baca la coretan ni…
“SUAMI, ISTERI TAK TAHAN. DAH SAKIT SANGAT!” Meleleh airmata dipipi isteri mengerang dan menahan kesakitan nak melahirkan anak.. proses sekejap je sebenarnya pukul 6 dah rasa baby akan keluar, pukul 9 baby dah selamat lahir. Tapi nak melalui masa tu.. Allah sahaja yang tahu!syukur Alhamdulillah selamat melahirkan anak lelaki pertama kami ni..
“Hari yang sepatutnya last nak dating dengan isteri bertukar menjadi peristiwa bersejarah. Dating kat hospital Al-Islam Kg.Baru.. kita merancang Allah lebih mengetahui. Selesaibersalin dan rawatan esoknya dah boleh pulang kerumah 2 hari lepastu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilansungkan.
“Masa dalam labour room.. isteri genggam tangan suami! Minta doktor untuk buat bedah keluarkan anak dalam perut ni sebab tak tahan sakit ya amat sangat! katanya.. Dah hantar kat hospital pakar memang doktor Norlida terima kasih doktor dan para jururawat yang berkhidmat pada hari tersebut. Bengah memang nak pitam, muntah, menangis, blur semua ada masa isteri nak minta bedah tu!
“Bila dah dapat dukung anak, cium dan bau.. rasa macam… “Ya Allah.. Aku dah jadi seorang Ayah kepada anak darah daging ku bersama isteri bidadari ku. Ya Allah.. Aku bersyukur keduanya selamat.”
“Lepas isteri dukung anak dan susukan.. dengar tangisan anak.. rasa sayu dan sebak. Tengok muka isteri seolah kesakitan yang diratapi tadi terus hilang! Saja tanya isteri.. “SAKIT LAGI TAK?” Bodoh kan soalan tu? isteri balas dengan senyuman je.. hilang penat, azab sakit nak melahirkan selepas tengok anak sendiri kata isteri.. mengalir airmata isteri lagi “SUAMI, ANAK KITA COMEL KAN?” iya kan saja.. belai isteri, peluk isteri, puji isteri untuk bagi dia kekuatan.. yang tak tahannya lepas anak dah tidur sempat isteri pesan “TAK SABAR LA NAK DIET!”
“Kenangan ni tak akan dilupakan.. teringat bila ada salah faham gaduh dengan isteri je. Walaupon perangai macam cinabeng.. kadang kadang la tapi suami layankan je. Suami sayang sangat pada isteri.. Kerana Allah Ta’ala
Tahniah diucapkan kepada Bengah dan isteri dengan kelahiran putera sulung mereka. Semoga si kecil tersayang membesar menjadi penyejuk hati buat ibu dan ayahnya.