Lebih kurang usia anak dua ke tiga tahun, kita akan latih anak untuk ‘buang lampin’. Kalau konsisten, dalam tempoh dua minggu mungkin anak tak perlu pakai lampin dah. Masa nak train anak tu, kadang-kadang ‘terlepas’ juga.

Paling sukar kalau anak terkencing atau terbuang air besar di atas tilam atau karpet. Bukan mudah untuk dicuci. Jadi sebaik-baiknya kita nak pastikan bila dicuci tu, memang betul-betul bersih.

Biarpun perkongsian ibu ini sudah lama, ia masih boleh diguna pakai dan sangat bermanfaat buat kita semua.

Tak Pakai Lampin, Anak ‘Terlepas’ Sampai Jadi Kotor. Ibu Ni Ajar Cara Berkesan Cuci Najis

Membersih & Menyucikan Najis Anak
===============================
Dalam pada para ibu teruja nak ajar anak potty train.. Jangan sehingga terlepas pandang bab menyucikan najis (air kencing/poo²) anak. Biasalah kes² ‘incident’ kecil masa potty train ni..pasti anak ada terlepas & terbabas kat memane.. Tu tak termasuk kes diaper bocor atas tilam/karpet/sofa atau anak kencing malam..

Baca Juga:

“Morning Sickness Setiap Hari.” Dah Hamil 7 Bulan, Nadia Aqilah Asyik Muntah

Tiga Tahun Jadi Anak Tunggal, Reaksi Si Abang Jumpa Adik Memang ‘Priceless’. Comelnya!

IKLAN

“Kalau Boleh Memang Nak Bersalin Hujung Tahun Ni.” Fazura & Fattah Rancang ‘Beri’ Fatima Adik!

Sebelum ni saya pernah kongsikan cara buat spray serbaguna menggunakan sabun & larutan cuka. Spray ni juga sangat berkesan untuk hilangkan bau hancing (boleh rujuk post saya sebelum ni untuk sukatan). Alhamdulillah, lepas kering memang dah takde bau lagi.
Najis anak dikira najis mutawassitah iaitu najis pertengahan (kecuali air kencing anak lelaki bawah 2 tahun yang belum makan & hanya minum susu ibu je).

Najis mutawassitah ni pula terbahagi kepada 2 iaitu yang boleh nampak (ainiah) & tak boleh nampak (hukmiah). Cara membersih & menyucikan najis berbeza bergantung pada kategorinya.

Baru² ni saya dengar ceramah seorang ustazah mengenai penyucian najis anak. Alhamdulillah, cara ini juga yang saya gunakan selama ni. Saya kongsikan cara menyucikan najis ni terutamanya bagi ibu² baru yang mungkin tak banyak pengalaman. Semoga dapat dimanfaatkan..

Tak Pakai Lampin, Anak ‘Terlepas’ Sampai Jadi Kotor. Ibu Ni Ajar Cara Berkesan Cuci Najis
Sumber foto: www.freepik.com

Cara sucikan najis yang boleh nampak (ainiah)
================================
Najis yang sedikit (percikan/tompokan najis & air kencing yang sedikit)
1. Buang najis.
2. Bersihkan hingga hilang warna, rasa & baunya. (boleh gunakan sabun+larutan cuka)
3. Tuangkan air ke atas tempat terkena najis sehingga rata.
Disunatkan:
4. Perah/keringkan air (lekapkan kain di atasnya atau gunakan vacuum jenis wet & dry).
5. Ulang basuh & keringkan (dengan kain berbeza/bahagian lain yang kering) sebanyak 3x.

IKLAN

Najis yang banyak & tempat terkena najis boleh diangkat;
1. Buang najis.
2. Bersihkan hingga hilang warna, rasa & baunya. (boleh gunakan sabun+larutan cuka)
3. Basuh dengan mengalirkan/menjirus air hingga sebahagian air mengalir, menitis/menitik.

Disunatkan:
4. Membasuh dengan air sebanyak 3x.
Najis yang banyak & tempat terkena najis tidak boleh/sukar diangkat (contohnya seperti karpet yg mempunyai barang berat diatasnya, dll)
1. Buang najis.
2. Bersihkan hingga hilang warna, rasa & baunya. (boleh gunakan sabun+larutan cuka)
3. Tuangkan air ke atas tempat terkena najis sehingga rata.

Disunatkan:
4. Perah/keringkan air (lekapkan kain di atasnya atau gunakan vacuum jenis wet & dry).
5. Ulang basuh & keringkan (dengan kain berbeza/bahagian lain yang kering) sebanyak 3x.

Cara sucikan najis yang tak boleh nampak (hukmiah)
==================================

Najis yang diyakini kewujudannya tetapi tak boleh nampak sifatnya tetap dikira najis secara hukum. Contohnya air kencing yang telah kering, najis yang terkena lantai namun tidak melekat (boleh jadi sebab najis keras/permukaan licin) ataupun tempat yang terkena najis telah hilang sifatnya (warna, rasa & bau) disebabkan terlalu lama terbiar. Jika tersentuh tempat terkena najis hukmiah ini ketika tangan basah boleh membatalkan solat. Untuk menyucikan najis hukmiah, memadai hanya dengan;

1. Menjiruskan air di tempat diyakini ada najis & kawasan sekitarnya.
Disunatkan:
2. Membasuh dengan air sebanyak 3x
Ni pulak menurut Ustaz Azhar Idrus-
*Jika selepas kering masih ada bau – dimaafkan dalam Islam kerana hanya tinggal 1 sifat (bau sahaja)
*Tempat terkena najis yang telah dicuci masih dikira najis ketika basah & boleh membatalkan solat.
*Tempat terkena najis yang telah dicuci & kering, jika dipegang/disentuh walaupun ketika tangan/kaki basah adalah dimaafkan.

IKLAN

#tipdantrik
#tipmak2
#sucikannajis

Semoga dengan perkongsian ibu ni dapatlah bantu kita untuk bersihkan najsi yang terkena pada tilam, karpet atau bahagian lain di dalam rumah. Tak perlu marah anak tapi terus beri galakan supaya anak bersemangat untuk segera bebas lampin. Selamat mencuba mommies!

Sumber: Yatie Emra

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI