Hari jadi anak antara perkara yang ditunggu-tunggu setiap ibu. Pasti nak meraikan hari bahagia ini. Ada yang memilih untuk membeli kek yang sudah siap, ada juga yang memilih untuk membuat sendiri kek hari jadi anak. 


Bagi Puan Farah, kali ini dia ingin membuat sendiri kek hari jadi anak yang mesra bayi buat anak tersayang. Ikuti resepi yang dikongsi ini.

“Kali ni nak buat kek frosting walaupun ummi tak pernah buat. Ummi pilih theme beach sebab anak ummi lama tak pegi pantai sebab pkp.”

“Boleh Beli, Tapi Nak Buat Untuk Create Memories” Gigih Ibu Siapkan Kek Hari Jadi Mesra Bayi

“Boleh je beli kek baby friendly tapi ummi nak put more effort untuk create memories. Selalu ummi jual kek butter untuk orang besar, takkan untuk anak sendiri tak boleh.”

“At last, ALHAMDULILLAH ummi puas hati sangat dengan hasilnya. Abi pun puji sedap.”

“Disebabkan anak ummi allergic telur so ummi cari resepi yang sesuai. Kek ni NAIK CANTIK, LEMBUT, MUDAH, TANPA MIXER & BAHAN SEDIKIT. So mommies lain boleh cuba resepi ni”

Eggless Sponge Cake with Mango & Blueberry (Soft & Spongy) 🎂

IKLAN

“Boleh Beli, Tapi Nak Buat Untuk Create Memories” Gigih Ibu Siapkan Kek Hari Jadi Mesra Bayi

Panaskan oven selama 20-30minit.

Sambil tu siapkan bahan di bawah:

(Bahan ni untuk 1 kek 5 inci. Saya buat dua kali bakar sebab nak kek yang tinggi lebih cantik.)

BAHAN A (Pengganti telur)
🎂1/2 cwn susu
🎂1/4 cwn minyak
🎂1/4 cwn madu
🎂1 1/2 sudu cuka
(Kacau sebati biarkan selama 5 minit)

IKLAN

Selepas 5 minit, kacau lagi, kemudian letak penapis atas bekas adunan tadi, tapiskan:

BAHAN B
🎂1 cwn Tepung Naik sendiri unbleached/tepung gandum unbleached
🎂1/4 cwn Susu Tepung
*kalau guna tepung gandum tambahkan
➡1 sudu kecil baking powder
➡1/2 sudu kecil baking soda

  • Tapis dalam adunan A dan gaul sebati guna whisk sampai adunan nampak lembut dan cantik.
  • Sapukan sedikit minyak dalam loyang 5 INCI dan lapikkan dengan baking paper.
  • Bakar pada suhu 180° selama 30-40minit atau sehingga masak.
  • Dah sejuk potong bahagian atas sekali yang menggelembung untuk ratakan kek.
  • Bahagian kek yang kita potong tu boleh leraikan guna jari macam serbuk roti untuk hiasan. Belah kek beberapa bahagian sebelum letak creamcheese frosting, buah, dll.

“Boleh Beli, Tapi Nak Buat Untuk Create Memories” Gigih Ibu Siapkan Kek Hari Jadi Mesra Bayi

CREAM CHEESE FROSTING
🍰250g Unsalted Butter
🍰250g Creamcheese
🍰2 sudu Madu

IKLAN
  • Pukul bahan sehingga kembang dan bahagikan dua bahagian. Satu bahagian putih, satu bahagian campurkan dengan air rebusan bunga telang/blueberry jam homemade.
  • Sejukkan dalam chiller dalam 2-3 jam sebelum guna.
  • Untuk cara deko boleh tengok video ye klik 

“Boleh Beli, Tapi Nak Buat Untuk Create Memories” Gigih Ibu Siapkan Kek Hari Jadi Mesra Bayi

sini #alihafimangan
Selamat mencuba 😊

Kredit: Farah Khalidah


Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik

“Boleh Beli, Tapi Nak Buat Untuk Create Memories” Gigih Ibu Siapkan Kek Hari Jadi Mesra Bayi

Jom belajar rahsia ajar anak jadi jutawan di SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI