Baharu sebentar tadi Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, mengeluarkan arahan untuk setiap individu yang mahu melakukan perjalanan rentas negeri untuk mengisi borang khas yang tersedia di balai polis berdekatan. Sejak dari itu, dapat dilihat kebanyakan balai polis dipenuhi orang ramai untuk melakukan prosedur mengisi borang terbabit.
Melalui laman Friends Of PDRMdi Facebook, orang ramai boleh memuat turun borang kebenaran rentas negeri itu dan mengisinya lebih awal sebelum mendapatkan pengesahan dari balai polis berhampiran.
APA PERLU ANDA BUAT?
1. Cetak borang dan isikan maklumat yang diperlukan.
Ads
2. Buat dua salinan, satu untuk balai dan satu lagi untuk disimpan pemohon selepas dicop oleh anggota polis yang bertugas di kaunter balai tersebut.
3. Pastikan borang sentiasa dibawa ketika anda melakukan perjalanan rentas negeri. Seandainya ada sekatan jalan raya, anda mungkin diminta untuk menunjukkan borang yang lengkap diisi serta telah dicop.
Ads
4. Sekiranya ditahan dan gagal mengemukakan dokumen sokongan kebenaran perjalanan yang dibekalkan oleh Ketua Balai anda boleh didakwa atau dikenakan tindakan di bawah Akta 342 / Akta 344. Penjara tidak lebih 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Ads
Bagi melancarkan perjalanan anda merentas negeri, sila patuhi arahan yang telah dikeluarkan. Sebaiknya jika tiada sebarang urusan penting atau urgent yang memerlukan anda melakukan rentasan negeri, tidak perlulah keluar kawasan.
Dengan cara ini anda dapat mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 kerana kita tidak digalakkan untuk berada di kawasan orang ramai.
Pelakon dan aktres berkaliber, Nabila Huda sekali lagi mencuri perhatian ramai, terutamanya golongan ibu, apabila berkongsi momen istimewa unboxing dapur baru miliknya.
Video yang dimuat naik itu memaparkan detik penuh keterujaan dari awal hingga akhir, memperlihatkan setiap sudut dapur mewah berjenama terkenal yang kini menjadi miliknya.
Apa yang membuatkan ramai kagum adalah bukan sahaja reka bentuk dapur tersebut yang moden dan elegan, tetapi juga bagaimana Nabila Huda begitu menghargai setiap perincian dapur impiannya itu. Setiap rak, permukaan kaunter, serta susun atur yang kemas dipaparkan dengan jelas dalam video tersebut, membuatkan para ibu tidak berganjak dari menonton hingga ke penghujung.
Tidak dinafikan, dapur sebegini pastinya menjadi idaman setiap wanita, apatah lagi bagi mereka yang gemar memasak dan menghias ruang dapur dengan gaya eksklusif.
Kapsyen ringkas yang ditulis oleh Nabila juga sudah cukup untuk menunjukkan rasa gembiranya memiliki dapur istimewa itu.
Unboxing the most precious gem in this house
Menariknya, dalam ruangan komen, ramai peminat turut meluahkan rasa teruja dan berkongsi keterujaan mereka bersama Nabila. Malah, pelakon ini sempat membalas beberapa komen peminatnya dengan mengatakan bahawa dia sudah tidak sabar untuk menggunakan dapur barunya bagi menyediakan hidangan buat keluarga tercinta.
Namun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah nilai dapur tersebut. Ramai yang membuat andaian mengenai harganya, malah ada yang berteka-teki, dengan sesetengah netizen beranggapan dapur tersebut mencecah sehingga RM30,000!
Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat tidak hanya terpesona dengan kecantikan dapur itu tetapi juga berbangga melihat Nabila Huda, seorang pelakon versatil yang begitu menghargai ruang kediamannya. Pastinya, video ini memberikan inspirasi buat ramai wanita di luar sana untuk memiliki dapur idaman seperti ini suatu hari nanti.
Tangisan bayi yang sepatutnya menjadi isyarat meminta perhatian bertukar menjadi tragedi memilukan apabila seorang bayi perempuan berusia enam bulan meninggal dunia selepas dihempas oleh ayah kandungnya sendiri kerana tidak tahan mendengar tangisan berterusan.
Kejadian mengejutkan itu dilaporkan berlaku di Indonesia dan telah mengundang rasa marah, sedih serta kebimbangan masyarakat terhadap keselamatan bayi dan kanak-kanak dalam persekitaran rumah.
Suspek dikenali sebagai IS, 28 tahun, dipercayai bertindak di luar kawalan emosi ketika mendukung bayinya di sebuah warung. Menurut Ketua Polis Sektor Ciputat Timur, Kompol Bambang Askar Sodiq, suspek pada awalnya meminta ibu bayi tersebut menyediakan susu kerana bayi terus menangis tanpa henti.
Namun keadaan menjadi semakin tegang apabila bayi masih tidak berhenti menangis. Dalam keadaan emosi yang tidak terkawal, suspek didakwa bertindak ganas dengan membanting bayinya ke lantai sebanyak dua kali.
“Suspek emosi kerana anak tidak berhenti menangis. Dia kemudian melemparkan anak yang sedang didukung ke atas lantai sehingga kepala bayi terhantuk dan menyebabkan pendarahan serius,” jelas Kompol Bambang.
Akibat hentakan kuat di bahagian kepala, bayi tersebut mengalami pendarahan dalaman yang teruk. Mangsa segera dibawa ke hospital, namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.
Pihak keluarga yang terkejut dan trauma kemudiannya membuat laporan polis. Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku dalam keadaan rumah gelap kerana bekalan elektrik terputus akibat masalah kewangan, yang didakwa menyebabkan bayi menangis berterusan.
Suspek turut mengakui bayi dihempas kali pertama di atas tilam dalam keadaan meniarap, manakala kali kedua di atas katil dalam keadaan terlentang. Ketika kejadian kedua, kepala bayi turut terhantuk pada botol susu.
Kes ini sekali lagi mengingatkan ibu bapa bahawa menangis adalah satu-satunya cara bayi berkomunikasi. Bayi menangis kerana lapar, tidak selesa, ketakutan, sakit atau memerlukan rasa selamat daripada sentuhan ibu bapa.
Bayi berusia bawah setahun sangat rapuh. Sebarang hentakan, goncangan atau kekerasan fizikal boleh menyebabkan kecederaan otak serius, pendarahan dalaman, kecacatan kekal atau kematian seperti yang berlaku dalam tragedi ini.
Tekanan menguruskan bayi bukan hanya ditanggung oleh ibu, malah ayah juga berdepan keletihan, kurang tidur, masalah kewangan dan tekanan emosi yang boleh mencetuskan tindakan luar kawalan jika tidak ditangani dengan baik.
Namun, anak bukan tempat melepaskan amarah. Jika emosi berada di tahap membimbangkan, ibu bapa disarankan untuk mengambil langkah berikut:
Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut undang-undang berkaitan penderaan kanak-kanak yang menyebabkan kematian.
Tragedi ini menjadi peringatan besar kepada semua ibu bapa bahawa kawalan emosi adalah sebahagian daripada tanggungjawab keibubapaan. Setiap bayi berhak membesar dalam persekitaran yang selamat, penuh kasih sayang dan perlindungan.
Semoga kejadian menyayat hati ini membuka mata semua pihak tentang pentingnya sokongan emosi, pendidikan keibubapaan dan kesedaran bahawa satu detik hilang sabar boleh meragut nyawa anak yang tidak berdosa.
Seperti mana kita mahukan suami melayan kita dengan baik, isteri juga harus melakukan perkara yang sama pada mereka. Tidak susah pun, dengan menyediakan segala keperluan dan menghormati mereka, sudah cukup untuk membuat suami jatuh cinta pada kita setiap hari.
Seorang isteri, Nora Azni, berkongsi caranya memikat hati suaminya:
Ini saya kongsikan bagaimana saya membahagiakan suami setiap hari.
1. Masak lauk atau makanan yang dia suka. – Kalau dia suka kari, masak la kari. Kalau suka telur dengan kicap pun masak je.
2. Sebelum makan, cedokkan nasi ke pinggan suami. – Kalau ade bibik atau anak yang dah besar pon jangan bagi. Biasakan kita yang cedokkan nasi ke pinggan suami.
3. Sendukkan lauk ke pinggan suami. – Bila nak makan sendukkan lah lauk ke pinggan suami dahulu, bukan terus senduk ke pinggan kita dan makan buat tak tahu je.
4. Teman dan makan bersama-sama suami. – Jangan tinggal suami makan di meja sorang-sorang atau dengan anak-anak, seeloknye makan bersama. Kalau kita dah makan pon, teman la suami. Kecuali ade baby nak menyusu atau anak nak tidur.
5. Maklumat mengenai masakan. – Ingatkan suami kalau sambal yang kita buat pedas sangat. Ingatkan juga jika kita masak ikan, makan elok-elok takut lekat tulang. Nanti kita jugak yang susah kan.
6. Sediakan pakaian kerja atau pakaian harian suami. – Kalau suami suka pakai kain pelikat je dekat rumah. Tukar kain nye setiap hari. Siap sedia pakaian kerja suami, tolong butangkan baju suami. Sambil-sambil tu boleh manja-manja sebelum suami pergi kerja.
7. Hantar dan sambut suami di pintu. – Setiap hari hantar dan sambut suami balik dekat pintu dengan anak-anak. Bagi kata-kata yang boleh buat suami happy sebelum pergi kerja. Bila suami balik sambut dengan mood happy jugak walaupon baru lepas basuh berak anak lapan belas kali.
8. Curi masa. – Kalau suami cuti. Curi mase atau tinggalkan semua kerja rumah. Lebihkan mase bersama suami atau family time dengan anak-anak sekali. (Jangan kata kita suri rumah hari-hari ada kerja, kita yang tentukan jadual kita sendiri.
– Kalau suami kerja. Hantar la WhatsApp atau voice call. Ingatkan dia makan. Cakap I love you. Bagitau kita rindu, balik cepat tau. Macam tu pon buat suami tak sabar nak balik tau.
9. Tidur dan tempat tidur. – Wahai Isteri, selalu kita rase kita je yang perlukan rehat, perlukan tidur lebih. Padahal suami kita pon sama. Perlukan tidur dan rehat yang cukup. Bila rase dia dah tidur cukup lama baru la kejut. Kejutkan suami dari tidur pon ade caranye. Bukan jerit-jerit, lempang-lempang, tarik telinga, cucuk lubang hidung ye. Bisik-bisik kat telinga, usap-usap rambut je suami dah sedar mata size 10. Lepas tu baru la boleh ajak pegi kedai eco. 😆
– Pastikan suami tidur dalam bilik, jangan biarkan anak-anak jadi gangguan. Setkan mood bilik supaya selesa. Bantal, cadar yang sentiasa bertukar.
10. Layanan. – Layan lah suami sebaiknya. Jangan sampai orang lain yang layan. Sentiasa bersyukur yang kita masih ade suami. Berdoalah yang suami akan hargai apa yang kita buat untuknya. Hasilnya nanti, kita juga akan dilayan dengan baik.
Ini cara saya gembirakan suami setiap hari. Boleh cuba kalau nak. Alhamdulillah, ianya berhasil dan suami pun melayan saya dengan baik jugak.
#mamaohsem
Setiap isteri pasti mempunyai cara tersendiri untuk memenangi hati suami. Perkongsian ini sekadar untuk memberi inspirasi, yang mana sudah dibuat sebelum ini teruskan. Yang mana mungkin kita terlepas pandang, bolehlah kita mula buat mulai hari ini. Sama-sama belajar untuk saling menyayangi dan melengkapi, semoga ikatan perkahwinan kita terus bahagia dan kekal berpanjangan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...