Siapa yang tak bersyukur bila dikurniakan dengan pasangan yang langsung tak cerewet dalam segala hal. Pelakon, Rozita Che Wan meluahkan rasa syukur dikurniakan suami yang tidak cerewet dalam hal urusan rumah tangga sepanjang 10 tahun mendirikan rumah tangga.
Malah tambah Che Ta lagi menerusi perkongsian di TikTok, suaminya, Zain Saidin tidak pernah menyuruhnya melakukan kerja rumah.
Sempena ulang tahun perkahwinannya yang ke 10 tahun, ibu kepada tiga cahaya mata ini berkongsi rasa syukurnya dikurniakan suami yang baik.
“Alhamdulillah syukur untuk 10 tahun yang membahagiakan walaupun saya kadang-kadang jadi singa.
“Untung kami dapat suami macam Zain. Paling tidak cerewet, tak pernah suruh kami kemas rumah, basuh baju dan pinggan,” ujarnya.
Bahkan tambah Che Ta lagi, suaminya tidak menghalang jika dia pulang lewat ke rumah jika ada tugasan sebaliknya sangat menitikberatkan mengenai solat dan aurat.
Ads
“Saya keluar lepak balik pukul 4 pagi pun dia tak tanya.
“Yang dia akan tanya, sayang sudah solat? Yang dia akan tegur hanya kalau aurat saya ternampak,” katanya.
Che Ta juga turut menitipkan pesanan agar mencari pasangan yang tahu menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bukan yang memiliki kemewahan semata-mata.
Ads
“Tak perlu lelaki kaya untuk rumah tangga yang bahagia janji tahu tanggungjawab masing-masing.
“Cari yang tahu agama dan praktikkannya bukan hanya tahu agama tapi jadi penunggang. Nauzubillah. Sebenarnya dalam apa juga keadaan dalam hidup ini, sederhana itu utama,” katanya berkongsi.
Terdahulu, Che Ta yang kini sedang berkuarantin selepas disahkan positif COVID-19 terpaksa membatalkan hasrat meraikan ulang tahun perkahwinan ke-10nya bersama Zain.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Bukan calang-calang, anak kepada pelakon, Fatin Afeefa, si comel Ivy Herra Sophia membanggakan ibu dan ayahnya apabila memperolehi semua A dalam tujuh mata pelajaran dalam peperiksaan akhir tahun baru-baru ini.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik Fatin Afeefa, dia amat berbangga malah kagum dengan pencapaian cemerlang anaknya itu.
“Congrats Joyah,” tulisnya ringkas menerusi video berkenaan.
Tanpa mendedahkan nama sekolahnya, jelas si comel Ivy menunjukkan reaksi wajah yang cukup gembira ketika memberitahu markah peperiksaan subjek tahun 3 kepada ibunya.
Difahamkan, Ivy memperoleh 80 markah dan ke atas untuk tujuh subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Akhlak, Tauhid, Jawi dan Sirah. Memang terbaik!
Tidak hanya Ivy bahkan Fatin Afeefa juga turut membuat keputusan untuk menghantar anak lelakinya, Adam Aisy Arrian ke sekolah pendidikan agama untuk mempelajari dan mendalami al-Quran.
Terdahulu, Fatin Afeefa mendirikan rumah tangga bersama Aliff pada Disember 2022. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia tujuh bulan.
Fatin Afeefa turut mempunyai dua orang cahaya mata menerusi perkahwinan terdahulunya dengan bekas suami, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.
Kadang-kadang, dalam rumah tangga, kita tak dapat lari dari rasa marah.Namun, penting untuk kita tahu cara mengendalikan emosi agar hubungan tetap harmoni.Video dari Pa&Ma menampilkan Farah Nabilah yang berkongsi pengalaman dan tips bagaimana dia berkomunikasi dengan suami ketika marah.
Farah menekankan kepentingan untuk tidak terus meluahkan kemarahan secara terbuka.Sebaliknya, dia memilih untuk mengambil masa bertenang sebelum berbincang dengan suami.Ini membantu mengelakkan pertengkaran yang boleh merosakkan hubungan.
Salah satu teknik yang dikongsikan adalah dengan menggunakan pendekatan ‘I feel’ atau ‘Saya rasa’.Contohnya, daripada berkata “Awak selalu tak dengar cakap saya!”, lebih baik katakan “Saya rasa sedih bila awak tak dengar cakap saya.”Pendekatan ini lebih lembut dan membantu suami memahami perasaan kita tanpa merasa diserang.
Selain itu, Farah juga menasihati agar kita memilih waktu yang sesuai untuk berbincang.Elakkan berbincang ketika emosi masih memuncak.Tunggu sehingga kedua-dua pihak tenang, barulah berbincang dengan hati yang terbuka.
Kesimpulannya, komunikasi yang baik adalah kunci dalam menangani konflik rumah tangga.Dengan mengambil pendekatan yang bijak dan penuh empati, kita boleh mengelakkan pertengkaran dan memperkukuhkan lagi hubungan suami isteri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad Selamat Bersalin Anak Kedua- “Alhamdulillah Kedatangan Anakanda Kedua Yang Dikasihi.” Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad selamat melahirkan anak keduanya pada 17 Mei.
Melalui hantaran dilaman Instagram masing-masing, Uyaina dan suaminya, penyanyi Raja Syahiran berkongsi berita gembira itu.
Alhamdulillah kedatangan anakanda kedua yang dikasihi.
Bonda juga selamat sedang berehat selepas bertarung nyawa demi anakanda tercinta. Semoga @rajaurhan menjadi seorang kekanda yang baik menjadi teladan buat adinda.
Tiada apa yang dipinta selain doakan kesejahteraan kami sekeluarga hingga akhir waktu.
Perkongsian tentang kelahiran anak kedua mereka dihujani ucapan tahniah daripada rakan artis dan juga warga maya.
Berikut antara komen-komen rakan artis dan juga warga maya.
Terdahulu, pasangan selebriti itu berkongsi berita gembira apabila mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki pada majlis pengumuman jantina anak.
Untuk info Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, dan Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raja Urhan kini berusia dua tahun.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.