Biasanya kalau ada mainan anak yang rosak, kita akan kutip semuanya dan terus dibuang. Sebabnya kita tak mahu terlalu banyak mainan yang dimpan dan akan buat rumah bersepah pula nanti. Jadi lebih baik lihat semula mainan yang ada, kalau rosak eloklah dibuang.
Menurut Terapis Pertuturan, Zuraida Shahime, sekiranya ada mainan yang rosak jangan terus dibuang. Sebenarnya menggunakan mainan tersebut, ibu ayah boleh ajarkan sesuatu kepada anak-anak.
Katanya lagi, ibu ayah boleh ajarkan tentang kesan dan akibat. Sebagai contoh, jika anak tak menjaga mainan mereka dengan baik ia boleh tercabut dan patah. Paling bagus, dengan mainan rosak ni ibu ayah boleh ajarkan perkataan baru dalam situasi yang natural seperti “Alamak, tercabut.”
Cara ini dapat mengajar anak tentang kehidupan pada masa akan datang dan tak semua perkara sempurna. Sekiranya mereka tak menjaga mainan, ia berkemungkinan rosak, hilang, tak boleh digunakan dan banyak lagi.
Kebiasaanya, anak kecil yang normal sudah mula bertutur dalam bahasanya sendiri atau membebel pada umur 1 tahun. Mereka akan mula menggunakan bahasa yang mudah seperti panggilan nama ibu atau ayah.
Walaupun perkembangan anak mungkin berbeza, namun ibu ayah haruslah peka terhadap masalah pertuturan anak-anak. Jika mereka sudah mencapai tahap umur yang sepatutnya sudah boleh bertutur tapi tidak dapat bertutur, ibu dan ayah boleh lakukan perkara ini di rumah untuk membantu anak-anak bertutur.
Bagaimana nak buat terapi di rumah?” “Kalau saya nak ajar je, anak saya lari.” “Saya ajar anak saya tapi anak saya merengek.”
Itulah antara respon atau komen ibu bapa berikan apabila saya minta ibu bapa untuk praktis di rumah segala teknik yang telah diajar. Ibu bapa digalakkan bermain dengan kanak-kanak kerana anak-anak banyak menghabiskan masa di rumah bersama keluarga berbanding di pusat terapi.
Namun, anda perlu ingat! Kadangkala terapi di rumah akan terganggu jika tidak mengambil kira faktor-faktor kecil yang diluar jangkaan ibu bapa. Pelbagai faktor akan mempengaruhi pembelajaran anak-anak.
Antara perkara-perkara yang perlu dititik beratkan oleh ibubapa semasa melakukan terapi di rumah adalah seperti:
Anda boleh mencuba cara “block”. Letak meja dan kerusi anak di penjuru bilik supaya anda boleh mengawal kedudukan anak. Jika anda tidak menggunakan meja kerusi, pilih kawasan yang tidak mempunyai barang yang boleh mengganggu fokus anak-anak. Anda juga harus mempraktikkan “eye level position” walaupun semasa membuat aktiviti di atas lantai.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isu keselamatan anak kerap timbul akhhir-akhir ini. Perunding keibubapaan ini berkongsi tentang tanda-tanda yang boleh ibu bapa lihat pada anak sekiranya ada sesuatu tidak kena berlaku di taska, tadika atau di rumah pengasuh.
Puan Noor Afidah Abu Bakar telah berkongsi tentang tip dan info mengenai keselamatan anak di taska dan ketika bersama pengasuh. Ia menyentuh tentang isu penderaan dan salah laku yang dilakukan kepada si kecil yang boleh ditangani daripada awal lagi.
Berikut ialah perkongsian beliau;
CHECKLIST BUAT IBU BAPA DAN PENJAGA TENTANG KESELAMATAN ANAK.
Pemilik, pengusaha, pengasuh dan pendidik di taska, tadika, pusat perkembangan kanak-kanak dan sekolah yang bertanggungjawab adalah:
1) Mereka yang dengan pantas akan memberitahu ibu bapa jika sesuatu kecederaan atau kemalangan berlaku kepada anak-anak di bawah jagaan mereka.
2) Mereka tidak menyembunyikan walaupun kecederaan atau luka yang ringan pada anak-anak.
3) Mereka tidak tunggu sehingga ibu bapa bertanya kenapa ada luka-luka atau lebam-lebam di badan anak.
4) Mereka tidak tunggu sehingga ‘dikantoikan’ oleh ibu bapa atau penjaga barulah tergagap-gagap hendak mencari punca.
5) Mereka mempunyai polisi yang jelas tentang perlindungan dan keselamatan kanak-kanak di premis mereka yang dikongsi dan dihebahkan kepada ibu bapa ketika pendaftaran.
6) Mereka memastikan ibu bapa faham akan polisi ini dengan meminta ibubapa menandatangani surat sebagai pengesahan.
7) Mereka sentiasa peka tentang kebajikan, kesihatan dan keselamatan anak-anak di bawah jagaan mereka.
8 ) Mereka sentiasa memantau aktiviti anak-anakbagi memastikan keselamatan fizikal, emosi dan mental anak-anak di bawah jagaan mereka terjaga.
ADAKAH TASKA/TADIKA/SEKOLAH ANAK ANDA MEMPUNYAI CIRI-CIRI DI ATAS?
Pengasuh dan pendidik di taska, tadika dan pusat perkembangan kanak-kanak yang mendera kanak-kanak di bawah jagaan mereka terdiri daripada:
1) Mereka yang percaya bahawa kanak-kanak perlu disakiti dan dicederakan sebagai kaedah untuk mendidik.
2) Mereka yang percaya hanya hukuman fizikal yang paling sesuai dan efektif untuk mengubah tingkah laku anak.
3) Mereka yang membesar atau tinggal dalam persekitaran yang ganas dan tidak harmoni.
4) Mereka yang menggunakan kaedah yang sama ke atas anak-anak kandung/tiri/angkat mereka sendiri di rumah.
5) Mereka yang tidak tahu kaedah lain selain hukuman fizikal.
6) Mereka tidak faham perkembangan kanak-kanak.
7) Mereka tidak melalui latihan yang sepatutnya dan secukupnya tentang penjagaan, pendidikan, perlindungan dan keselamatan kanak-kanak.
8 ) Mereka yang tertekan atau mengalami masalah kesihatan mental yang memerlukan rawatan.
4 CIRI IBU BAPA PERLU CURIGAI
SANGGUPKAH ANDA MELETAKKAN ANAK-ANAK DI BAWAH JAGAAN MEREKA?
IBU BAPA:
1) Jika anak dengan KONSISTEN tidak suka ke taska, tadika atau sekolah, siasatlah dulu kenapa. Janganlah terus dipaksa anak juga hanya kerana anda sudah lewat ke tempat kerja atau kerana anda perlu bekerja.
2) Jika terdapat luka-luka dan lebam pada badan anak tetapi pengasuh atau pendidik tidak memberitahu anda ataupun tidak tahu kenapa, maka anda perlu merasa curiga.
3) Jika anak menceritakan sesuatu yang tidak baik berlaku di taska, tadika atau sekolah, jangan terus didiamkan anak. Wujudkan juga rasa curiga dan tertanya-tanya dalam diri untuk menyiasat.
4) Jika anak anda berkelakuan ganas atau menuturkan perkataan yang tidak elok, pantaulah juga keadaan dan budaya di taska/tadika kerana anak-anak akan meniru perbuatan yang mereka lihat dan dengar.
Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai topik ‘Trauma’ jangan lupa tonton Pa&Ma esok, 4 September 2018. jam 12 tengah hari dan ulangannya jam 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD. Banyak info serta perkongsian daripada pakar dan ibu bapa akan dibawakan kepada anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dah nak masuk usia 5 bulan, keletah Nur Fatima Aisya sentiasa menjadi perhatian peminat mommy dan daddynya. Semakin hari, anak dara Fattah Amin dan Fazura ni makin panjang akalnya dan mula pandai nak bermain.
Melalui perkongsian di instagram Fattah Fazura, pasangan ini telah memuat naik satu video gelagat Fatima yang dah pandai menarik pinggan nasi daddynya dan seolah-olah macam tak sabar nak makan nasi.
Dalam video itu, Fazura terkejut melihat aksi Fatima yang seakan faham di depannya adalah makanan.
Aksi Fatima itu membuatkan ramai yang memberi pelbagai reaksi dan masing-masing cakap Fatima dah tak sabar nak makan.
“Sabar Fatima, lepas ni mommy akan bagi”
Ternyata kehadiran Fatima yang telah dilahirkan pada 2 Oktober 2020 telah mengubah kehidupan Fazura dan Fattah.
Tiada kata-kata dapat menggambarkan kebahagiaan kehidupan mereka sekeluarga. Hanya rasa syukur yang mampu dipanjatkan atas segala kurniaan dan rezeki dilimpahkan kepadanya selama ini.
Akui Fazura, memiliki suami penyayang, kerjaya seni dan perniagaan yang stabil, selain dikurniakan cahaya mata perempuan yang comel dah lengkap hidupnya sebagai seorang isteri dan ibu.
Malah Fatima juga bukannya jenis yang banyak meragam. Dia anak yang sangat mudah dijaga. Apabila melihat dia membesar di depan mata, Ya Allah sekejapnya. Dia juga makin cerdik dan suka gelak bila diagah.
Syukur juga, Fatima membesar dengan sihat kerana diusianya 4 bulan berat dah 7.5 kilogram dan makin besar ramai yang cakap muka daddy.
Kenangan ini semua akan menjadi memori untuknya sebagai ibu dan baru tahu betapa gembiranya melihat setiap perkembangan Fatima dari sehari ke sehari.
Betullah orang kata bila dah jadi ibu, nikmat itu sukar nak diungkapkan. Perkara yang kita rasa sukar sebelum ini pun mampu diuruskan dengan baik.
Kredit: IG Fattah Fazura
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.