Bapa kepada Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak mencoretkan penghargaan kepada doktor bedah Malaysia yang bertugas di London, Dr. Amalina Bakri.
Bapa kepada bayi sembilan bulan yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’ ini berterima kasih kepada Dr. Amalina kerana bersungguh-sungguh membantu kesembuhan Ainul.
Safiuddin merakamkan ucapan terbabit menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya, @ahmadsafiudinn.
“Tak tahu dah nak kata apa dekat Dr. Amalina ni. Kerana dia lah orang yang paling bersungguh-sungguh nak Ainul ke sini.
“Bermacam ujian dan dugaan nak bawa Ainul ke sini. Tapi dia tak putus asa, sentiasa cari jalan untuk bawa Ainul ke sini dengan kadar segera.
Ads
“Sehingga semalam, dia yang menemani Ainul sepanjang prosedur dijalankan. Now, usaha Dr. Amalina telah pun berjaya. Semoga Allah sentiasa merahmatinya,” tulis Safiuddin.
Menjengah ke ruangan komen, netizen turut sama mengucapkan terima kasih kepada Dr. Amalina atas budi baiknya membantu Ainul sekeluarga.
Pada 24 Mei lalu, Ainul bersama ibu dan bapanya terbang ke sana bagi mendapatkan rawatan di sebuah hospital di London.
Selepas mendapat rawatan dan berjaya melalui fasa pembedahan berisiko, kini adik Ainul dah sedar dan direhatkan buat sementara waktu untuk pemantauan rapi.
Menerusi video yang dimuat naik oleh ibu bapa Ainul, anak syurga ini seolah gembira dan jelas menampakkan kecomelannya selaps tumor seberat 200 gram berjaya dikeluarkan.
Sumber: Astro Gempak, Ig Ahmad Safiuddin & Dr Amalina
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima 9 tahun dilaporkan maut di rumahnya di Kabupaten Ciamis, Jawa Barat pada Rabu. Mangsa dipercayai maut berpunca dari letupan telefon bimbit milik ibunya.
Menurut Ketua Kampung, Dedi, kejadian berlaku sebaik sahaja mangsa pulang dari sekolah sekitar jam 2 petang, lapor Kompas. Ketika itu, ibu mangsa mengajaknya makan sebelum dia keluar rumah untuk membeli makanan untuk mangsa.
Dia mendakwa, mangsa terus bermain dengan telefon bimbit yang masih bersambung dengan pengecas sebaik sahaja ibunya keluar. Ketika pulang dari membeli makanan, ibu mangsa mendapati mangsa sudah tidak bernyawa dan berada dalam posisi terbaring.
Menurutnya lagi, mangsa dipercayai tertidur semasa bermain telefon itu melihat dari posisi telefon yang masih berada pada dada mangsa. Telefon bimbit itu dipercayai ‘meletup’ melihat daripada luka terbakar pada dada mangsa.
Sementara itu, menurut ibu mangsa, pengecas telefon bimbit tersebut masih berada dalam keadaan elok dan disambungkan pada plug, namun tidak ada kesan terbakar pada kedua-dua bahagian plug dan kabel.
Sepasang suami isteri nekad ‘menjual’ bayi yang baharu dilahirkan kepada orang lain selepas tidak dapat membayar bil hospital RM4,000 akibat kesempitan hidup kerana terkesan dengan pandemik Covid-19.
Kejadian yang berlaku di Temerloh ini melibatkan pasangan dari Lombok berusia dalam lingkungan 20-an. Difahamkan pasangan ini tidak mempunyai wang mencukupi bagi membayar bil hospital kerana selain tidak mempunyai kerja, mereka turut terkesan apabila rumah sewa di Karak ditenggelami banjir tahun lalu.
Serah anak pada orang lain
Ekoran itu, mereka yang buntu dengan keadaan itu meminta satu pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak sejak berkahwin sembilan tahun lalu menyelesaikan bil tersebut sebelum menghilangkan diri.
Bagaimanapun, keadaan menjadi rumit apabila bayi itu tidak dapat didaftarkan sebagai anak angkat kerana memerlukan kehadiran ibu sebenar bagi urusan dokumentasi di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Mengimbau semula kejadian itu, wanita yang dikenali sebagai Hasnah, 33, berkata, dia mengetahui mengenai hasrat wanita Indonesia yang dikenali sebagai Fithiani, 25, yang mencari keluarga angkat bagi anak mereka pada 1 Januari lalu.
Katanya, dia dan suami pernah menyatakan untuk mengambil anak angkat di dalam kumpulan WhatsApp kawasan kediaman.
“Mungkin ada rakan Fithiani yang tahu mengenai hasrat kami dan menghubungi saya untuk mengambil bayi yang dilahirkan pada 30 Disember tahun lalu itu sebagai anak angkat.
“Mereka menyatakan tidak mempunyai wang untuk membayar bil sebanyak RM4,000 kerana terkesan dengan Covid-19 dan ditambah pula rumah mereka di Karak ditenggelami banjir,” katanya.
Sampai sekarang tak dapat dikesan
Menurut Hasnah, gembira dengan tawaran itu kerana masih tidak mempunyai anak walaupun sudah sembilan tahun berkahwin, dia nekad membayar bil tersebut dan membawa bayi itu pulang bersama beberapa dokumen yang diberikan pihak hospital.
Bagaimanapun, tambahnya, pasangan tersebut kemudian terus menghilangkan diri dan tidak dapat lagi dihubungi, malah rumah sewanya di Karak sudah dikosongkan.
“Kami buntu untuk melakukan proses seterusnya kerana kehadiran ibu kandung amat penting bagi tujuan pendaftaran bayi sebagai anak angkat yang sah di sisi undang-undang. Ia untuk masa depan anak itu kelak,” katanya.
Ujar Hasnah, sejak bayi itu diserahkan kepada mereka, ibu bapa bayi berkenaan langsung tak datang.
“Kami sudah menguruskan segala keperluan untuk tujuan itu di JPN, suntikan pelalian dan usaha mengesan ibu kandung kepada bayi berkenaan, namun sehingga kini masih buntu,” ujarnya.
Sehubungan itu, Hasnah berharap pasangan suami isteri itu dapat menghubungi mereka dengan segera bagi meneruskan proses pendaftaran.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Cepatnya masa berlalu, dah setahun kamu membesar tanpa kasih ibu wahai anak-anakku.. Syukur alhamdulillah walaupun tak pernah kenal ibu, Allah itu Maha Adil kerana dikelilingi oleh ahli keluarga dan saudara-mara yang sentiasa menyayangi anak abiy”.
Itu luahan dari hati seorang bapa, Syazwan Najmi Zulkarni kepada anak kembarnya, Nur Medina Sofiya dan Nur Medina Safiya yang kisah mereka mendapat perhatian ramai pada akhir Mac tahun lepas selepas kehilangan ibu akibat daripada komplikasi ketika proses kelahiran.
Rezeki si kembar ini juga, mereka turut mendapat kunjungan dari kerabat Diraja Kelantan yang datang menziarahi Sofiya dan Safiya selepas kisah mereka tular di media sosial.
Sempena genap setahun usia Sofiya dan Safiya pada 31 Mac lalu, Syazwan Najmi telah meraikan ulang tahun kelahiran anaknya walaupun dalam hati masih terasa kehilangan isteri tercinta.
Panjangkan umur kedua-dua puteriku
Hanya doa yang mampu diucapkan dengan harapan anak kembarnya membesar dengan sihat dan dilindungi Allah sepanjang masa.
Happy birthday anak abiy NUR MEDINA SOFIYA dan NUR MEDINA SAFIYA. Dah genap setahun anak abiy. Tiada susunan ayat istimewa yang dapat abiy ucapkan dan hanya ucapan doa yang mampu diberikan. Semoga Allah sentiasa melindungi setiap langkah anak abiy.
Berikan kesihatan yang baik, panjangkan umur buat kedua-dua puteriku ini. Murahkan rezeki dan sentiasa diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat serta jadi anak yang solehah dan membanggakan keluarga.
Bawa kakak, adik pergi kubur ibu
Apa yang membuatkan orang ramai tersentuh hati, apabila Syazwan Najmi membawa anak kembarnya menziarahi pusara ibu mereka. Sebagai seorang ayah muda, bukan mudah untuk membesarkan anak kembar tanpa isteri.
Tapi cara Syazwan Najmi uruskan anak-anaknya begitu teratur dan sempurna walaupun perlu keluar mencari rezeki untuk keluarga. Sokongan dan bantuan ahli keluarga kedua-dua belah pihak banyak memudahkan urusannya untuk membesarkan anak.
Hari ini abiy bawa kakak, adik pergi kubur ibu. Alhamdulilah anak kita dah cukup setahun. Awak..Sofiya dan Safiya dah pun boleh jalan.
Syukur, anak-anak kita sihat dan comel macam awak. Mudah sangat nak jaga mereka. Saya datang dengan anak-anak untuk sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk awak. Insya-Allah saya dan anak-anak akan selalu doakan awak.
Saya berjanji dengan awak, selagi diberi kekuatan, anak-anak ini akan saya jaga sepenuh kasih sayang. Tiada siapa yang dapat memisahkan kasih sayang mereka berdua.
**Nak dapatkan barangan keperluan bayi pada harga berpatutan, klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu bapa sudah tentu kita ingin anak kita mempunyai imaginasi yang tinggi serta kreatif. Kemahiran berfikir secara kreatif boleh dipupuk sejak dari kecil...