Risau sakit lama sewaktu bersalin? Memang seksa..Ia boleh jadi pengalaman paling sakit dalam hidup sesetengah wanita.
Bagi wanita yang mudah bersalin itu satu kelebihan untuknya tapi bila ada yang terpaksa menahan sakit berjam-jam lamanya akibat kontraksi akan jadi serik. Tapi inilah pengorbanan seorang wanita yang sukar dibandingkan.
Menurut Dr Hafiz Sulaiman, masa praktikal di labour room dulu..saya pernah jaga seorang pesakit ni..Separuh hari dia sakit contraction kuat..lebih-lebih lagi lepas dapat ubat cepatkan bersalin lah. Sampai berdiri duduk atas katil bersalin pun ada tak senang baring punya pasal . Kesian sangat.
Saya kongsi beberapa petua pemakanan untuk lancarkan proses bersalin. Ambil sewaktu sudah term dan atas nasihat doktor ya.
1) MINYAK KELAPA
– Minyak kelapa dara (VCO) kaya dengan lemak MCT dan LCT
– Lemak MCT memberi tenaga segera kerana tidak perlu diproses di hati.
– Lemak LCT pula memberi tenaga berpanjangan.
Settle..insha Allah tak perlu minum manis untuk tenaga.
2) KURMA
Ads
Di dalam Al quran mengisahkan Maryam A.S ibu kepada nabi Isa A.S ketika sakit kuat dalam peringkat akhir kandungannya diperintahkan Allah menggoncangkan pokok kurma
Kajian Al- Kuran O et al pada 2011 menunjukkan bahawa pesakit yang makan kurma 4 minggu sebelum tarikh kelahiran:
– 96% mengalami kelahiran spontan
( tanpa induce atau pembedahan)
berbanding 79% yang tak makan kurma.
– Hanya 28% memerlukan “penggalak kelahiran” (oxytocin/pitocin) berbanding 47% yang tak makan kurma.
– Purata fasa pertama kelahiran lebih singkat (510minit) berbanding mereka yang tak makan kurma (906minit).
Kajian oleh Razali N et al pada tahun 2017 di dept Obgyn Universiti Malaya juga menunjukkan kurma mengurangkan keperluan “induction of labour” menggunakan oxytocin. Tenaga pun dapat..pahala pun dapat insha Allah.
Ads
3) EVENING PRIMEROSE OIL (EPO)
– EPO tinggi omega 6 yang meningkatkan keradangan maka dikatakan boleh “melembutkan” bukaan serviks.Kajian saintifik walaubagaimanapun menunjukkan tiada kesan ketara.
Alaa..cuba je lah. Confirm tak bahaya macam trans fat sebaiknya ambil bila dah mula contraction. Saya tak galakkan amal lama-lama sebab minyak EPO ini pro-keradangan.
4) EMPULUR NANAS
Bahagian tengah nanas ini mengandungi bromelain yang dikatakan boleh juga menyebabkan cervical ripening. Namun tiada bukti saintifik yang membuktikannya.
Mungkin sebab nanas tinggi histamin juga..histamin tinggi menyebabkan pergerakan rahim juga bagi mereka yang alah.
5) PARSLEY
Daun ni tak mahal dan senang dapat. Berlebihan pengambilan mempunyai kesan uterotonik (menyebabkan pergerakan otot rahim).
Ads
Low risk pregnancy boleh lah cuba ya.
6) DAUN TEH RED RASPBERRY
Walaupun membunyai banyak bukti anekdot mengatakan , kajian saintifik menunjukkan ia tidak berkesan.
Boleh je cuba sebab kajian juga mengatakan tiada kesan sampingan pengambilannya. Kebanyakan bahan makanan di atas tidak terbukti secara saintifik berkesan mencepatkan kelahiran.
Namun tak salah mencuba atas nasihat doktor. Pilihan keluarga kami ialah kurma dan VCO..Alhamdulillah anak kedua lahir sangat mudah. Kurang sakit, tau-tau dah 8cm. Bersalin tak sampai 2 minit.. saya pun kagum ma sha Allah槄
Semoga tips di atas membantu melancarkan proses kelahiran dan memberi tenaga ketika bersalin. Jangan lupa berdoa kerana kita hanya berusaha dan makanan di atas hanya asbab mudahnya bersalin. Barakallah.
SHARE pada yang dah nak bersalin tu moga memudahkan proses bersalin mereka.
Bayi kembar perempuan yang dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean Section (C-Sect) menarik perhatian sepasukan pakar perubatan apabila dilahirkan dengan kantung ketuban yang masih utuh, lapor akhbar Mirror UK.
Kejadian seperti itu dikatakan hanya berlaku sekali dalam setiap 80,000 kelahiran. Peristiwa yang jarang berlaku itu dikenali sebagai ‘kelahiran bertudung’ atau ‘kelahiran duyung’.
Kantung ketuban adalah kantung nipis berisi cecair yang meliputi janin semasa dalam kandungan dan melindunginya daripada kecederaan serta mengawal suhu supaya kekal hangat. Ia kebiasaannya akan pecah apabila seorang wanita melahirkan anak.
Sepasukan doktor berjaya melahirkan dua bayi kembar itu di sebuah hospital di bandar Vinaros, wilayah Castellon di Sepanyol pada Rabu lalu.
Pakar sakit puan dan obstetrik, Ana Teijelo bertanggungjawab ke atas pasukan perubatan berkenaan bagi memastikan kelahiran itu berjalan dengan lancar.
“Hari ini di Hospital Vinaros kami melakukan pembedahan Caesarean Section (C-Sect) bertudung (kembar ke-2) dan anda boleh lihat keghairahan pasukan kami,’’ kata Teijelo. – Agensi
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Untuk menggalakkan penghasilan susu ibu, kaedah power pumping sangat digalakkan. Caranya mudah sahaja, cuma memerlukan kesabaran kerana ia memakan masa yang agak lama. Demi mendapatkan susu berharga buat anak tersayang, setiap ibu pasti sanggup melakukan apa sahaja agar anaknya kenyang dengan susu ibu.
Begitu juga dengan pelakon cantik, Shima Anuar yang menyokong penyusuan susu ibu sepenuhnya. Sesekali berkongsi update tentang stok susu yang dipam, baru-baru ini dia turut berkongsi sebuah foto dengan botol yang dipenuhi susu badannya.
Melalui kapsyen yang mengiringi foto itu, Shima memberitahu dia berjaya mendapat hasil yang meriah dengan kaedah power pumping. Sambil itu, Shima sempat memberi semangat kepada ibu-ibu lain untuk menggunakan cara ini untuk membuat stok susu.
Ada a few dm i cakap pasal power pumping. So i pun google la amende power pumping tu. Power pumping ni u kene pump 20mins then rest 10mins, then sambung lagi pump for 10mins, rest 10mins and sambung lagi pump 10mins. So the result, i dapat ni! Yay! Alhamdulillah. Thank you yang dm i tu. Korang pun boleh try jugak. Tp please be consistent k? ♥️ #powerpumping
Pa&Ma berkongsi kaedah Power Pumping yang boleh anda cuba jika mempunyai masalah susu berkurangan atau merudum:
Masalah susu ibu merudum memang akan membuatkan ibu menyusu susah hati. Ia boleh menganggu kelancaran penyusuan susu ibu.Jangan risau kerana ada cara untuk ibu mengatasi masalah ini. Antara cara yang boleh dibuat iaitu melakukan teknik power pumping.
Power pumping (PP) merupakan salah satu teknik berkesan untuk meningkatkan kuantiti susu ibu. Teknik ini berfungsi untuk mengosongkan kantung susu dengan kerap di samping memberi isyarat kepada tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu.
ADA DUA CARA
Terdapat dua cara untuk anda melakukan PP. Sama ada menggunakan pam elektrik tunggal atau pam elektrik berganda. Jika bekerja anda boleh mengambil masa waktu rehat untuk melakukan PP. Jika berkemampuan, anda boleh menggunakan corong tanpa pegangan (hands free kit) dan melakukan pp sambal bekerja. Lebih mudah!
Anda digalakkan untuk menggunakan pam elektrik berganda supaya lebih menjimatkan masa. Diingatkan, teknik PP mesti dilakukan secara konsisten selama tujuh hari untuk menampakkan kesan positifnya. Sehubungan dengan itu, lakukan pada waktu yang sama setiap hari dalam tujuh hari itu. Masa yang sama ini penting untuk otak menyampaikan isyarat kepada hormone prolactin untuk bekerja menghasilkan susu yang lebih banyak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semasa berpantang, jangan hadkan diri untuk minum air. Anda kena minum air untuk proses pemulihan diri dan juga bagi menjayakan proses penyusuan susu ibu. Pastikan anda minum sekurang-kurang 2 liter air sehari.
Untuk variasi, jangan hanya terhad kepada air kosong suam atau panas. Bimbang anda lekas bosan untuk air ini. Selain daripada air kosong, anda sangat digalakkan untuk mengambil minuman herba. Tubuh kekal hidrat dan mendapat khasiat kesan daripada penggunaan herba-herba juga.
Minuman herba mempunyai khasiat yang sangat baik kepada badan. Namun, jika bayi mengalami jaundis, anda elakkan dahulu pengambilan air ini sehingga dia benar-benar bebas jaundis.
Air kunyit
Bahan-bahan:
Sedikit kunyit hidup
Perahan air asam jawa
Gula perang atau putih secukup rasa
Cara-cara:
Kunyit hidup diparut dan diambil airnya, kemudian direbus sampai mendidih.
Masukkan perahan air asam jawa dan gula.
Bancuh bersama bersama air panas
Nota: Air kunyit berperanan mengecutkan rahim. anda disarankan untuk minum selama tiga hari sahaja sepanjang tempoh berpantang. jangan ambil ia secara berlebihan bagi mengelakkan kesan sampingan.
Air halia
Bahan-bahan:
Air mencukupi
1 inci halia
Gula perang secukup rasa
Cara-cara:
Ketuk halia hingga hancur.
Masukkan air panas dan sedikit gula perang.
Sedia untuk diminum.
Susu badam kurma
Bahan-bahan:
1 gelas susu segar rendah lemak
2 biji kurma Ajwa
7 biji kismis
5 biji badam
Cara-cara:
Kisar kesemua bahan
Jadikannya sebagai minuman harian setiap pagi.
Air pegaga
Bahan-bahan:
2 ikat pegaga
5 cawan air
Cara-cara:
Rebus semua bahan sehingga menjadi 3 cawan air.
Tapis dan kemudian hidangkan semasa panas atau suam.
Air halba
Bahan-bahan:
1 sudu kecil halba
1 gelas air panas
Cara-cara:
Cuci halba bersih terleih dahulu.
Rendamkan halba bersama air panas.
Minum semasa ia masih panas atau suam
Air inai
Bahan-bahan:
Beberapa tangkai daun inai
Air secukupnya
Cara-cara:
Kisar lumat daun inai.
Rebus bersam air.
Tapis dan minum airnya.
Air manjakani
Bahan-bahan:
5 biji buah manjakani
500ml air
2sm halia
2sm kunyit
Cara-cara:
Rebus kesemua bahan menggunakan api yang sederhana sehingga mendidih.
Tapis dan jadikannya pati sebelum dicampur dengan air panas atau suam.
Air serai
Bahan-bahan:
5 batang serai
2 helai daun pandan
2 inci halia
1 liter air
Cara-cara:
Serai diketuk dan halia dihiris kecil.
Rebus bersama air dan daun pandan. Rebus sehingga tinggal 3 cawan air.
Minum air ini satu atau sudu besar setiap pagi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.