Penyanyi Shila Amzah berdepan detik cemas apabila anak sulungnya, Seth Uwais tiba-tiba hampir pengsan selepas bermain panas di luar kawasan rumah.
Menerusi Insta Story miliknya, Shila berkongsi mengenai perkara itu bersama pengikutnya.
Tambah Shila lagi yang kini sedang berpantang, kejadian itu berlaku berkemungkinan disebabkan anaknya turut menghidapi penyakit talasemia sama seperti dirinya.
“Ya Allah budak ini (Seth) buat mama takut. Main panas dekat luar, pastu terus naik rumah, mandi. Lepastu nak pitam (pengsan).
“Bergegas mama turun tangga nak tengok dia dah pucat muka. Terus mintak papa dia bawak ke klinik.
Ads
“Ternyata sebijik mama. Sebab itu mama tak boleh sukan dari kecil sampai sekolah menengah.
“Allahu anak, saya boleh lihat dia ada talasemia seperti saya. Semoga Allah lindungi anak-anak kita, keluarga kita dari segala apa yang memudaratkan,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi satu lagi siri hantaran pada entri sama, pelantun lagu Patah Seribu itu berkata dia menyedari menghidap penyakit berkenaan semasa hamil cahaya mata pertama.
Ads
“Saya sedar ada talasemia jenis carrier (pembawa) semasa hamil anak pertama,” katanya lagi.
Sekadar info, Shila mendirikan tangga dengan pempengaruh Ubai MZ pada 5 Ogos 2023 dan mereka baru sahaja dikurniakan cahaya mata perempuan yang diberi nama Rhea Akira pada 9 Mei lalu.
Sebagai ibu bapa, kita sangat mengambil berat dan memastikan anak-anak kita sentiasa dalam keadaan yang baik. Ini termasuklah memastikan kulit anak kita bersih, sihat dan selesa untuk mereka. Tetapi ada perkara yang membimbangkan kita ketika anak-anak bermain kotoran atau terdedah kepada keadaan yang menyebabkan kulit mereka kemerahan, gatal atau sensitif.
Berikut adalah 3 situasi yang boleh menyebabkan kita sebagai ibu bapa berasa bimbang! TAPI, Jangan risau kerana Pa&Ma ada jalan penyelesaian untuk anda, jadi teruskan membaca hingga akhir.
Bermain Kotoran
Dalam artikel yang lalu, Pa&Ma berkongsi tentang banyak kelebihan untuk perkembangan si kecil jika ibu bapa memberi si kecil peluang bermain kotor, tetapi .. apa akan terjadi kepada kulit si kecil jika terdedah kepada kotoran tanpa dibersihkan? “Alamak, kotornya, habislah rosak kulit si kecil ni!” Kotoran yang melekat pada bahagian kulit si kecil boleh menyebabkan kulit menjadi gatal-gatal, kemerahan dan merekah. Keadaan kulit seperti ini tentu sekali membuatkan si kecil tidak selesa dan kerap menggaru sehingga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada bahagian kulit. Bukan hanya si kecil yang tidak selesa, malah hati papa mama juga tidak tenteram.
Keadaan Persekitaran
Keadaan persekitaran juga menyebabkan kita berasa bimbang tentang kulit si kecil. Terlalu lama terdedah kepada sinaran matahari boleh merosakkan kulit si kecil ataupun si kecil berada di dalam bilik yang mempunyai penghawa dingin terlalu lama juga akan menyebabkan kulit mereka mengering.
Kulit Sensitif
Apatah lagi jika kulit si kecil sememangnya jenis kulit yang sensitif! Sekiranya kulit si kecil sensitif, sememangnya mereka sangat memerlukan penjagaan tambahan dan tidak boleh menggunakan produk biasa sembarangan. Perkara ini yang akan membuatkan kita risau jika kita tidak dapat mencari produk dari bahan semula jadi dan bahan yang baik. Atau jika kita tidak tahu cara merawat kulit mereka dengan betul, dan menjadi lebih teruk, kita akan merasa sedih sebagai ibu bapa. Langkah penjagaan yang salah atau produk yang salah hanya boleh menjadikan keadaan kulitnya lebih teruk.
Sebenarnya ada beberapa cara untuk melindungi anak-anak . Anda perlu memastikan penjagaan kebersihan diri si kecil sentiasa dijaga sebaik mungkin terutama pada bahagian kulit yang sensitif atau mudah dijangkiti kuman. Kami kongsikan langkah-langkah dibawah!
Gunakan cara ini untuk melindungi si kecil anda;
1) Membersihkan diri
Pastikan anda membersihkan si kecil! Mandi adalah cara yang paling terbaik untuk membersihkan seluruh tubuh badan si kecil daripada kotoran. Anda boleh gunakan air suam tetapi pastikan tidak terlalu panas kerana air panas akan merosakkan dan mengeringkan kulit. Pastikan anda menggunakan sabun yang sesuai untuk seisi keluarga dan selamat untuk digunakan pada kanak-kanak dan bayi.
Tapi betulkah ada produk yang sesuai untuk semua jenis kulit si kecil? Sebenarnya ada! Koolit Gentle Body Wash bukan hanya berkesan membasmi kuman malah tidak akan merengsakan kulit dan mampu melembabkan lagi kulit si kecil. Produk ini sangat sesuai untuk anak yang mempunyai kulit yang sensitif kerana ianya diperbuat daripada bahan semula jadi dan bebas daripada sebarang bahan wangian tambahan.
2) Sapu losyen untuk kembalikan kelembapan kulit
Setelah selesai mandi, jangan lupa untuk menyapu losyen supaya dapat mengekalkan dan mengembalikan kelembapan kulit si kecil anda.
Pilihlah losyen yang sesuai dengan cuaca di negara anda. Koolit Soothing Lotion tidak melekit tidak seperti produk luar negara. Losyen dari luar negara dibuat khas untuk cuaca yang lebih sejuk, apabila kita menggunakannya di sini, ia menjadi melekit dan berminyak! Tentu sekali si kecil ataupun anda sendiri tidak merasa selesa selepas menggunakanya bukan? Koolit Soothing Lotion berfungsi dengan baik pada kulit tanpa meninggalkan perasaan tidak selesa kerana kandunganya dibuat bersesuai dengan suhu di negara ini. Malah losyen ini sangat mudah menyerap, hanya dalam 10 saat sahaja! Si kecil pun selesa.
3) Segera sapu krim pada bahagian kulit terjejas
Apabila si kecil bermain kotor, pastinya kulit mereka akan kemerah-merahan, kegatalan dan merekah akibat infeksi terutama bagi jenis kulit yang sensitif. Dengan adanya Koolit Calming Cream tiada lagi yang dapat menghalang si kecil untuk melakukan aktiviti luar rumah dengan bebas.
Sebagai mama papa, tentu sekali kita akan mencari produk yang selamat untuk si kecil. Koolit tidak mengandungi wangian berbahaya, Sodium Laureth Sulfate (SLS) yang mengeringkan kulit atau produk berasaskan petrolatum bertindak cepat, memberikan hasil yang cepat tetapi sementara, yang mana bahan ini memberikan ilusi sementara bahawa kulit lembut dan terhidrat. Sebaliknya Koolit melembapkan dalam lapisan dermis dan melindunginya dari luar. Bahan-bahannya sangat selamat, bayi pun boleh menggunakannya. Kulit gatal-gatal dah tak ada lagi!
Produk semula jadidan selamat untuk anda, Koolit!
Koolit adalah jenama penjagaan kulit baru yang mula dipasarkan pada bulan Mac 2020. Produk ini boleh didapati di Watsons, Farmasi, Farmasi Multicare dan secara dalam talian. Sejak dilancarkan, orang ramai mula tergila-gilakan produk Koolit kerana pengguna merasakan perbezaannya setelah menggunakanya. Ramuannya sangat semula jadi dan selamat sehingga bayi juga boleh menggunakannya!
4 sebab kenapa anda wajib mencuba Koolit;
Ekstrak akar manis dan vitamin E asli yang kuat dalam Koolit membantu memulihkan kulit mama papa dan anak secara semula jadi dan ekstrak akar manis telah terbukti secara saintifik dapat mengurangkan kegatalan serta kerengsaan kulit. Ia juga mengandungi minyak jojoba, minyak zaitun dan secara semula jadi mempunyai 40x antioksidan yang membantu memulihkan kulit, mencegah kekeringan serta penuaan.
Koolit tidak mengandungi wangian berbahaya, SLS yang mengeringkan kulit atau produk berasaskan petrolatum. Walaupun untuk mencerahkan tona kulit yang tidak sekata, tiada bahan kimia atau agen pemutihan, hanya menggunakan akar manis yang secara semula jadi yang membantu mengurangkan pigmentasi dan menjadikan kulit kelihatan lebih cerah. Bahan-bahannya sangat selamat, bayi pun boleh menggunakannya!
Tidak melekit tidak seperti produk luar negara yang dibuat untuk cuaca yang lebih sejuk tetapi apabila kita menggunakannya di sini, ia menjadi melekit dan berminyak sekaligus menimbulkan rasa tidak selesa! Koolit berfungsi dengan baik pada kulit tanpa meninggalkan perasaan tidak selesa dengan penyerapan hanya dalam 10 saat!
Koolit lebih menjimatkan perbelanjaan bulanan anda kerana produk ini boleh digunakan untuk seisi keluarga. Jika mama papa mencari produk jenama lain di pasaran yang mempunyai kandungan bahan yang sama tentu sekali harganya dua kali ganda lebih mahal berbanding produk Koolit! Kenapa perlu membazir membeli pelbagai jenis produk jika anda boleh dapatkan 1 jenis produk untuk seisi keluarga termasuklah untuk si kecil anda?
Polis Singapura menahan seorang amah berusia 30 tahun kerana mendera anak majikannya yang berusia 16 bulan.
Wanita terbabit diberkas pada 15 Januari lalu di Block 992B Buangkok Link.
Butiran penuh tentang kejadian pada 14 Januari lalu itu didedahkan semalam selepas majikannya Amy Low, 40, memuat naik rakaman video berdurasi 46 saat yang diambil daripada sistem kamera litar tertutup (CCTV) di kediamannya di Facebook.
Klip tersebut menunjukkan amah terbabit mencelup tangan kiri bayi perempuan berkenaan ke dalam periuk di atas dapur beberapa kali dan mangsa turut menangis kesakitan.
Difahamkan, rakaman video tersebut telah ditonton lebih 218,000 kali.
“Tubuh saya menggigil selepas melihat rakaman itu. Sejak kejadian itu, anak saya sering menangis.
“Dia masih terlalu kecil. Kami tidak tahu sama ada dia masih sakit atau trauma dengan insiden tersebut,” kata Low yang bekerja sebagai akauntan dan mempunyai seorang lagi anak perempuan berumur 8 tahun.
Menurutnya, amah tersebut dari Myanmar dan mula diambil bekerja pada 7 Disember 2019.
Dia juga mendakwa wanita itu pada mulanya mendakwa anak perempuannya tersentuh periuk panas tersebut.
Tetapi, selepas melihat rakaman terbabit, amah itu mengaku dia sengaja menyakiti mangsa supaya boleh pulang ke negaranya.
Susulan itu, polis telah melancarkan siasatan terhadap pembantu rumah terbabit kerana sengaja menyebabkan kecederaan dalam keadaan yang berbahaya.
Sumber: NST, SINAR HARIAN
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila ada anak lelaki, memang pening! Dia punya lasak tu macam-macam perangai dia buat. Akal pun panjang, ada saja idea. Anak lelaki ada kebaikan mereka tersendiri, biarpun kuat bermain tapi mereka cukup prihatin dan peka dengan perasaan orang terutamanya ibu mereka.
Nak jaga anak lelaki atau perempuan, kedua-duanya bukan mudah. Ada cabaran tersendiri, maklumlah setiap anak ada perwatakan dan kerenah tersendiri kan? Untuk ibu ayah yang mempunyai anak lelaki, berikut beberapa tip yang boleh Pa&Ma kongsikan untuk anda;
PANTAU TAHAP AGRESIF ANAK
Ia perkara normal apabila anak lelaki suka bermain dengan senjata (pistol, pedang dan sebagainya), dan kemudian beraksi seolah-olah mereka membunuh orang jahat. Jika anak lelaki anda pernah bermain begini, ia menunjukkan impian mereka untuk menjadi penyelamat dan menegakkan keadilan.
Melakonkan watak sebagai polis dan penjahat atau bermain ala-ala situasi berdepan zombi dapat menggalakkan anak untuk bertindak mengikut logik (yang mana betul dan salah). Setiap kali mereka bermain begini, anda memainkan peranan penting untuk memantau dan menegur jika ia keterlaluan.
Banyak menonton rancangan di televisyen juga boleh menjadi faktor mereka bermain dengan kasar. Oleh itu, anda harus sentiasa peka dengan cara mereka bermain dan pastikan mereka tahu sejauh mana mereka boleh bermain secara kasar dan agresif.
Tidak perlu marah, cukup sekadar menerangkan perkara yang harus mereka tahu supaya mereka faham dan bukannya mengelak daripada melakukannya kerana takut dimarahi anda.
TUNJUKKAN CONTOH YANG BAIK
Anak lelaki biasanya lebih banyak menyimpan memori dan sentiasa ingat apa yang berlaku di persekitaran mereka. Untuk membentuk sahsiah diri yang baik dalam diri mereka, anda harus menjadi contoh terbaik. Ayah terutamanya digalakkan untuk melayan isteri, ibu dan adik-beradik perempuan dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang agar anak-anak dapat menjadikan anda contoh.
Salah satu cara yang baik untuk mengajar anak lelaki cara untuk melayan orang lain dengan baik adalah dengan sentiasa bercerita kepada mereka akan kepentingan serta ganjaran menjadi manusia yang sentiasa baik dengan orang lain.
TEKANKAN CIRI-CIRI KEBAIKAN DAN SENSITIVITI
Untuk mengembangkan sisi sensitif anak lelaki, jelaskan kepada mereka kepentingan berkongsi alat mainan dengan rakan atau berbuat baik kepada haiwan. Anda juga boleh membacakan cerita tentang lelaki dalam sejarah yang memperjuangkan keamanan dan kebaikan. Cari peluang untuk mewujudkan peranan sebagai lelaki yang positif dengan menghabiskan masa berkualiti dengan mereka atau mengalakkan mereka untuk menyertai kerja-kerja amal.
Meraikan anak lelaki dengan kasih sayang dan penghargaan juga boleh menjadikan mereka lebih mudah mendengar kata.
GALAKKAN EKSPRESI EMOSI
Sentiasa berikan galakan kepada anak untuk meluahkan perasaan mereka. Biasanya anak lelaki lebih suka memendam perasaan mereka, tetapi sebagai ibu ayah anda harus peka dan bijak untuk menggalakkan mereka bercerita. Anda boleh bercerita dan minta pendapat mereka tentang seusatu hal.
Ini memberi mereka satu perasaan dihargai dan menjadikan mereka lebih bersikap terbuka untuk berkongsi sebarang masalah. Jangan judge tetapi beri galakan untuk mereka bercerita dengan memberi pendapat yang neutral dan tidak menyalahkan anak.
BERI ANAK RUANG
Anak lelaki suka bermain secara bebas. Mereka tidak selesa dikawal dan dikongkong. Beri ruang kepada mereka untuk bermain dengan menyediakan satu kawasan khas untuk mereka bermain. Di situ, biarkan mereka untuk menjadi diri sendiri tanpa dihalang untuk berbuat apa saja. Sesekali sertai mereka dan sediakan aktiviti yang boleh dibuat bersama.
Jika bermain dengan ayah, banyakkan permainan survival. Ibu pula boleh banyakkan bermain dengan aktiviti skil harian.
Jika diberi peluang dan ditunjukkan cara sebenar untuk membesar menjadi anak yang menyenangkan, ibu bapa harus mengambil inisiatif untuk melatih anak-anak sedari kecil. Elakkan terlalu banyak memarahi mereka kerana ia akan memberi impak kepada emosi serta tumbesaran mereka.