Anak perempuan Shuib yang baru menyambut hari lahirnya yang ke 11 tahun hanya mahu meluangkan masa berdua bersama ibunya, Watie.
Hal itu sudah semestinya membuatkan Watie terharu biarpun dia bukanlah ibu kandung kanak-kanak tersebut.
Menerusi hantaran yang dibuatnya di Instagram, Watie memuat naik momen ketika memberi kejutan kepada Talita.
Bagi meraikan hari istimewa anak kecil itu, Watie juga telah menghadiahkan Ipad buat Talita.
“Happy Birthday anak dara Ibu, Daddy & Mummy. Anak yang paling senang dengar kata. Anak yang kalau barang tu mahal dia selalu cakap tak yahlah Daddy, tak yahlah Mummy walaupun dalam hati dia nak sangat-sangat.
“Dari sebulan yang lepas tiap-tiap hari dia kira & akan remind Mummy berapa hari lagi nak sampai ke birthday dia.
Ads
“Bila Mummy tanya nak hadiah apa…dia akan cakap nak spend time dating berdua dengan Mummy. Tapi Mummy mana boleh tinggal Daddy & Matin kan,” tulisnya.
Jadi, dia telah membuat permainan dengan memberi pilihan kepada Talita hadiah yang akan diberi kepada kanak-kanak berkenaan.
Jelas terlihat anak kedua Shuib dan allahyarham Siti Sarah Raissuddin begitu terharu dengan pemberian ibu tirinya itu sehingga menitiskan air mata.
Ads
Perkongsian yang dibuat Watie menyentuh hati ramai malah keikhlasan dan keakraban serta cara Watie melayan anak-anak Shuib sudah semestinya dipuji wargamaya.
Mereka juga mengucapkan selamat hari lahir buat Talita serta memuji kanak-kanak tersebut yang sangat rendah hati serta mendoakan agar dia mendapat kebahagian di dunia dan juga di akhirat.
Buat julung-julung kalinya, Pa&Ma membawakan Edutainment Fest Simpan SSPN 2024 yang telah berlangsung pada 24 & 25 Ogos lalu di Datum Jelatek Shopping Centre, Kuala Lumpur yang diinspirasikan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Berbeza dengan festival kanak-kanak yang dibawakan Pa&Ma sebelum ini, Edutainment Fest Simpan SSPN 2024 cukup meriah dengan penyertaan dari lebih 50 buah tadika serta menghimpunkan lebih daripada 2,000 pengunjung.
Mari Mewarna Merdeka! Sebagai pembuka tirai festival, kesemua murid-murid dari taska dan tadika ini terlebih dahulu menyemarakkan acara dengan Perbarisan Cilik Mega yang menghimpunkan lebih 1,000 kanak-kanak sebelum berarak masuk ke ruang pentas utama untuk acara Mari Mewarna Saya Anak Merdeka!
Kesemua anak-anak cilik ini tampil cukup segak dan cantik dengan pakaian bertemakan kemerdekaan. Masing-masing memilih warna bendera Malaysia iaitu merah, biru, putih dan kuning.
Anak-anak kecil ini ternyata menunjukkan kepakaran masing-masing dan begitu leka mewarna bertemakan Saya Anak Merdeka!
Perasmian Edutainment Fest 2024 Meriah Sementara anak-anak mewarna, acara yang ditunggu-tunggu iaitu Edutainment Fest Simpan SSPN 2024 dilancarkan di pentas utama. Pengacara cantik manis, Uyaina Arshad mengemudikan majlis perasmian ini sambil disaksikan oleh ribuan pengunjung yang terdiri daripada ibu bapa yang turut sama menyokong anak-anak.
Majlis yang cukup meriah ini dihadiri oleh En. Syamil Fahim, Ketua Eksekutif NU Ideaktiv Sdn Bhd, En. Ahmad Dasuki, Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan YM Tengku Khairil Azwan Pegawai Pemantau Operasi DatumCorp International Sdn Bhd/Ketua Pelaburan PKNS.
Lima anak-anak comel diiringi ke pentas utama untuk sama-sama memecahkan kek sebagai acara simbolik pelancaran majlis. Lima orang kanak-kanak yang mempunyai masa depan gemilang turut dilantik sebagai Hero Cilik Simpan SSPN 2024 yang memulakan perjalanan pendidikan mereka melalui simpanan di Simpan SSPN.
Majlis perasmian cukup meriah ini juga turut dihiburkan dengan persembahan Umai, anak saudara kepada penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza yang turut membawakan beberapa buah lagu bagi menghiburkan semua.
Merdeka Marathon Catwalk, Meriah Dengan Warna Pada sebelah petangnya pula, kanak-kanak tadika ini berpeluang beraksi comel di pentas utama untuk Merdeka Marathon Catwalk. Lengkap dengan baju dan busana bertemakan Hari Merdeka, kesemuanya tampil cukup berwarna-warni.
Masing-masing mempamerkan aksi catwalk yang pelbagai dan comel disamping rekaan baju yang cukup cantik-cantik belaka.
Pertandingan Mewarna Saya Anak Merdeka! Acara pada hari Ahad pula dimulakan dengan pertandingan Mewarna, Saya Anak Merdeka yang mengumpulkan lebih 200 orang kanak-kanak.
Tambah menarik kerana kesemua peserta yang hadir bukan sahaja mempertaruhkan bakat mewarna bahkan mereka juga memperagakan pakaian kemerdekaan yang unik.
Borak Pa&Ma, Syamel & Ika Nabella Kongsi Tip Menyimpan
Sepanjang masa anak-anak mewarna ibu bapa pula dapat mendengar perkongsian menarik tentang ilmu simpanan dari Puan Suhailin Sharul Anuar yang merupakan Penolong Pengurus Bahagian Komunikasi Koporat PTPTN serta tidak ketinggalan dua orang selebriti popular, Syamel dan Ika Nabella yang turut berkongsi tip menyimpan masa depan untuk anak-anak mereka.
Bayi Marathon Latih Fizikal Anak Kecil Berbeza dengan Pertandingan Bayi Merangkak sebelum ini, Pa&Ma kali ini membawakan Baby Marathon yang mana melibatkan tiga ujian fizikal buat anak-anak comel ini seperti melalui terowong kecil, mendaki landasan tinggi serta mencari barang tersembunyi.
Konsert Meletop Bintang Kecil Meriah Potensi dan bakat anak-anak kecil di tadika ini sekali lagi dicungkil bila mana kesemuanya tampil beraksi comel di pentas utama.
Masing-masing membawakan nyanyian, lakonan dan puisi serta sajak bertemakan hari merdeka. Anak kecil ini tampil dengan pelbagai busana comel dan menyerlahkan bakat dan keberanian mereka di pentas.
Konsert penuh meriah dan mendapat sorakan pengunjung ini diadili oleh tiga juri iaitu En. Ahmad Shahril Ghazali, Pengurus PTPTN cawangan Kuala Lumpur, Dr. Tengku Asmadi, Pakar Motivasi & Perkembangan Kanak-Kanak serta selebriti Mark Adam.
Gerai Jualan Pelbagai Acara dua hari ini juga turut meriah dengan penyertaan pelbagai jenama kanak-kanak yang sama-sama berjualan. Antaranya termasuklah Jungle Gym, Little Gym, Klinik Dr Anitawaty, Joie serta yang pastinya booth dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menarik perhatian ramai ibu bapa.
Acara petang Ahad diakhiri dengan Putaran Mega yang menyenaraikan hadiah cabutan yang cukup lumayan kepada semua pengunjung.
Sememangnya acara dua hari ini telah merapatkan hubungan kekeluargaan serta mencungkil potensi kanak-kanak yang datang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak akhir-akhir ini, ramai ibu ayah mula keliru bila anak tiba-tiba demam tinggi, batuk dan selsema. Soalan yang selalu muncul “Ini influenza ke, atau COVID?” Dua-dua nampak hampir sama, tapi sebenarnya ada perbezaan penting yang ibu ayah perlu tahu untuk bertindak dengan cepat dan betul.
Secara ringkasnya, jika anak tiba-tiba demam tinggi mendadak dan lemah, besar kemungkinan itu Influenza A. Tapi kalau simptom datang perlahan dan anak hilang deria bau, itu mungkin COVID-19.
Kanak-kanak kecil, warga emas, dan mereka yang ada masalah imunisasi rendah paling mudah dijangkiti dua-dua virus ini. Namun bagi anak kecil di tadika atau sekolah rendah, Influenza A boleh merebak lebih pantas kerana mereka sering berkongsi ruang tertutup dan berinteraksi rapat.
Walaupun simptom boleh beri petunjuk awal, ujian saringan tetap penting. Klinik dan hospital boleh jalankan nasal swab test untuk sahkan sama ada jangkitan itu Influenza A atau COVID-19. Ujian ini cepat dan membantu doktor tentukan rawatan yang sesuai — sama ada antivirus untuk Influenza atau pemantauan khas untuk COVID.
Vaksin Influenza – Ramai ibu ayah tak tahu bahawa vaksin Influenza disarankan setiap tahun untuk anak berumur 6 bulan ke atas. Ia bantu kurangkan risiko jangkitan teruk.
Amalkan kebersihan tangan – Biasakan anak mencuci tangan dengan sabun sekurang-kurangnya 20 saat, terutama selepas balik sekolah atau bermain di luar.
Elak tempat sesak – Kalau anak sedang tak sihat, elakkan bawa ke tempat ramai orang. Virus mudah tersebar di kawasan tertutup.
Pakai pelitup muka bila perlu – Walaupun peraturan dah longgar, langkah ini masih berkesan bila ada simptom batuk atau selsema.
Jaga imuniti anak – Pastikan tidur cukup, pemakanan seimbang dan pengambilan air mencukupi setiap hari.
Asingkan anak yang demam – Jangan biar adik-beradik lain tidur bersama jika salah seorang sedang batuk atau demam. Rehatkan di bilik berasingan untuk elak jangkitan berantai.
Menurut pakar kesihatan kanak-kanak, langkah paling penting ialah mengesan simptom awal dan bertindak cepat. Influenza boleh menjadi serius jika dibiarkan tanpa rawatan, terutamanya bagi bayi atau anak yang ada asma.
“Jangan tunggu sampai anak sukar bernafas atau demam terlalu lama. Dapatkan rawatan segera, walaupun nampak seperti selsema biasa,” pesan doktor.
Ibu ayah, kedua-dua Influenza A dan COVID-19 boleh nampak sama di mata kasar, tapi tindakan pantas dan pengetahuan tepat boleh bezakan antara sakit biasa dan jangkitan serius. Lindungi keluarga dengan vaksin, kebersihan diri, dan perhatian pada tanda awal.
Kesihatan anak-anak adalah tanggungjawab kita bersama biar mereka terus ceria, sihat, dan membesar tanpa gangguan virus yang tidak diundang. 🌷
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari pertama sekolah selalunya jadi momen penuh emosi untuk mak ayah. Ada yang sibuk urus uniform, ada yang tak keruan sebab anak tak nak lepas tangan, dan ada juga yang sediakan bekal istimewa sebagai tanda semangat untuk si kecil.
Itulah yang dilakukan oleh usahawan dan pempengaruh media sosial, Farah Wen, bila dia kongsi bekal istimewa anaknya untuk hari pertama sekolah. Menariknya, bekal tersebut bukan biasa-biasa , siap ada caviar!
Posting Farah itu terus mencuri perhatian netizen. Ramai yang terkejut dengan “kemewahan” lunch box anak-anaknya. Ada yang bergurau dalam ruangan komen:
“Lunch box siap caviar ye, harga satu bekas dah pengsan, kalau tiga…” 😭😭😭
Ada juga yang berseloroh membayangkan suasana di sekolah:
“Wei kau makan apa untuk rehat?” “Aku makan caviar.”
Tak kisahlah sama ada bekal itu nasi goreng kampung, roti sapu kaya, atau caviar sekali pun, yang penting adalah usaha dan kasih sayang di sebaliknya.
Pa&Ma percaya setiap bekal adalah tanda cinta seorang ibu bapa walaupun nampak kecil, ia boleh jadi memori besar untuk anak sampai bila-bila.
Kisah Farah Wen ni mungkin nampak “glam” bagi sesetengah orang, tapi mesej utamanya jelas, setiap mak ayah ada cara tersendiri untuk buat anak rasa istimewa. Yang penting, anak-anak tahu mereka disayangi dan disokong sepenuhnya. ❤️
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...