Gambar Hiasan

Dalam kesibukan ibu bapa mencari ruang untuk berehat, tak dinafikan indoor playground sering menjadi pilihan kerana ia dianggap selamat, selesa dan sesuai untuk anak-anak melepaskan tenaga. Namun, tak semua ibu bapa memahami batas dan tanggungjawab ibu bapa indoor playground ketika menghantar anak bermain di kawasan seperti ini.

Baru-baru ini, luahan seorang pekerja indoor playground tular di laman Threads apabila dia berkongsi pengalaman sebenar berhadapan dengan sikap ibu bapa yang ‘lepas tangan’, sampai ada yang sanggup meninggalkan anak kecil berjam-jam tanpa sebarang pengawasan.

“Tak Faham Macam Mana Ada Parents Sanggup Tinggal Anak Berjam-Jam”

Menurut staf tersebut, kejadian ibu bapa sekadar ‘drop’ anak dan berlalu pergi sudah semakin biasa terutama pada hujung minggu dan waktu puncak. Ada yang keluar makan, shopping, malah menonton wayang.

“Ramai parents yang tinggalkan anak sorang-sorang expecting kami jaga. Weekend, budak masuk berpuluh… mana nak perasan satu-satu?”

Bagi mereka yang bekerja di sana, situasi seperti ini sangat membimbangkan kerana jumlah kanak-kanak yang ramai tidak memungkinkan staf memantau setiap pergerakan anak.

Tanggungjawab Ibu Bapa Indoor Playground: Tolong Jangan Lepas Tangan, Keselamatan Anak Bukan Main!
Gambar Hiasan

Anak Panjat Tembok & Keluar Dari Kawasan Permainan

Antara insiden yang kerap berlaku ialah kanak-kanak memanjat keluar dari tembok keselamatan, atau ‘terlepas’ keluar ketika pintu dibuka.

Lebih merisaukan, ibu bapa mereka hilang entah ke mana.

Seorang kanak-kanak berusia empat tahun hampir hilang, namun reaksi ibunya mengecewakan staf.

Ads

“Anak suka panjat-panjat, dekat rumah pun macam tu.”

Pekerja itu hanya mampu terdiam bagaimana seorang ibu tidak risau apabila anaknya hampir hilang?

Tanggungjawab Ibu Bapa Indoor Playground: Tolong Jangan Lepas Tangan, Keselamatan Anak Bukan Main!
Gambar Hiasan AI

Staf Jadi ‘Pengasuh Tak Berbayar’

Indoor playground bukan pusat penjagaan. Namun, dalam banyak situasi, staf terpaksa menguruskan perkara peribadi anak-anak kecil yang sepatutnya dipantau oleh ibu bapa.

“Budak nak terkencing, parents tak jawab phone. Kami pula yang kena temankan pergi tandas, tolong buka seluar, bersihkan. Dah macam babysitter tak berbayar.”

Lebih merumitkan keadaan, polisi jelas menyebut bahawa kanak-kanak bawah 5 tahun wajib ditemani penjaga, namun ramai ibu bapa tetap berkeras tidak mahu masuk.

Ada yang marah, meninggikan suara dan mendesak staf membenarkan anak masuk tanpa pengawasan.

Tanggungjawab Ibu Bapa Indoor Playground: Tolong Jangan Lepas Tangan, Keselamatan Anak Bukan Main!
Gambar Hiasan

Ambil Pakej 3 Jam, Tapi Anak Lapar & Dahaga

Lebih menyedihkan, ada ibu bapa yang membeli pakej bermain berjam-jam tetapi langsung tidak menjenguk anak dengan tiada air, tiada snek, tiada rehat.

Ads

“Budak datang cakap dia lapar, dahaga. Kesian… bukan anak kami, tapi kami yang risau.”

Malah, ada ibu bapa yang menyalahkan staf apabila anak hampir terjatuh, walhal mereka sendiri tidak berada di tempat kejadian.

Ibu Bapa, Tolong Jangan Lepas Tangan

Dalam nada penuh kecewa, pekerja tersebut merayu agar semua ibu bapa sedar bahawa indoor playground bukan tempat ‘parking’ anak. Ia tempat untuk bermain — bukan tempat menggantikan tanggungjawab ibu ayah.

“Please la sayangi anak. Jangan jadi parents yang tak bertanggungjawab. Kami sangat risau tengok perangai macam ni.”

Keselamatan Anak Tanggungjawab Kita, Bukan Staf

Majalah Pa&Ma sering mengingatkan bahawa apa sahaja keadaan, keselamatan anak tetap di tangan ibu bapa. Staf hanya memastikan peralatan selamat dan kawasan terjaga, bukan menjaga setiap anak secara individu — lebih-lebih lagi ketika pengunjung terlalu ramai.

Indoor playground hanya selamat apabila ibu bapa turut memainkan peranan. Pantau anak, jenguk mereka walaupun sekejap, pastikan mereka makan dan minum, dan patuhi polisi keselamatan yang ditetapkan.

Ads

Anak datang untuk bergembira. Tapi biarlah keseronokan itu selamat, bukan mengundang bahaya. Dalam konteks ini, memahami tanggungjawab ibu bapa indoor playground adalah asas kepada keselamatan.

Tanggungjawab Ibu Bapa Indoor Playground: Tolong Jangan Lepas Tangan, Keselamatan Anak Bukan Main!

Kenapa Kesedaran Ibu Bapa Sangat Penting?

Bagi pekerja, cabaran sebenar bukan pada menjaga peralatan atau mengawal aktiviti, tetapi menangani sikap segelintir ibu bapa yang terlalu selesa melepaskan tanggungjawab. Bila anak terlalu bebas tanpa pengawasan, risiko kecederaan meningkat. Bila kawasan terlalu sesak, potensi anak keluar tanpa disedari juga bertambah.

Dengan mematuhi tanggungjawab ibu bapa indoor playground, ibu bapa bukan sahaja membantu staf, tetapi memastikan suasana lebih harmoni, selamat dan menyeronokkan untuk semua kanak-kanak.

Lihat Threads di bawah:

 

View on Threads

 

BACA LAGI : Kebaikan Playground: Manfaat Hebat Untuk Perkembangan Anak Yang Ramai Tak Sedar

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads