Setiap anak itu mempunyai rezekinya sendiri. Namun harus diingatkan, perlu ada perancangan jika mahu anak yang ramai. Pastikan berkemampuan dan ambil berat soal kesihatan isteri sebelum merancang untuk hamil lagi.

Artikel Menarik: [“Saya Nak Sangat Dia Panggil Saya.” Doktor Ini Kongsi Kisah Sedih Pasangan Mahu Dengan Anak Bercakap]

Dalam kehidupan sekarang ni, belanja sangat besar. Maka perlu bijak merancang kewangan untuk kemudahan hidup sekeluarga. Salah satu perkara yang menjadi kerungsingan sekiranya mempunyai anak yang ramai, mungkinkah si suami akan mengabaikan nafkah?

Jika seorang suami mahukan anak yang ramai, perlu ketahui apakah hukum sekiranya mengabaikan nafkah keluarga. Dipetik dari laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ini penjelasan tentang hukumnya;

SOALAN

Salam Dato’. Apakah hukum seorang suami yang inginkan anak ramai. Namun, mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga?

RINGKASAN JAWAPAN

Menginginkan anak yang ramai adalah suatu yang digalakkan dalam Islam bagi meramaikan zuriat nabi SAW, dan wanita yang terbaik adalah yang mampu melahirkan anak yang ramai. Namun, jika pihak suami mengabaikan nafkah anak, maka dia dianggap cuai melaksanakan tanggungjawab dan berdosa. Dalam agama Islam tanggungjawab nafkah sesebuah keluarga terletak di bahu suami/bapa di dalam keluarga. Nafkah yang dimaksudkan di sini meliputi perbelanjaan makan dan minum, pakaian, menyediakan tempat tinggal dan apa sahaja keperluan asas dalam kehidupan suami isteri dan kehidupan keluarga. Apabila suami isteri masing-masing menunaikan tanggungjawab dengan sebaik mungkin, maka ahli keluarga tersebut akan berada dalam keadaan selesa dan tenteram.

Artikel Menarik: [Melompat-Lompat Tepuk Dada, Rupanya Tercekik! Tindakan Pantas Ibu Ini Selamatkan Nyawa Anaknya]

IKLAN

HURAIAN JAWAPAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT dan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW.

Dalam agama Islam suami bertanggungjawab menyediakan nafkah kepada isteri dan ahli keluarganya kerana suami berperanan sebagai pemimpin keluarga. Hal ini dinyatakan dengan jelas dalam firman Allah SWT:

ٱلرِّجَالُ قَوَّٰمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٖ وَبِمَآ أَنفَقُواْ مِنۡ أَمۡوَٰلِهِمۡۚ

Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.”

Surah an-Nisa’ (34)

Syeikh Zainuddin di dalam karyanya menyebut bahawa suami wajib memberi nafkah kepada isterinya sekiranya isteri merelakan dirinya untuk bermesra dalam keadaan apa sekalipun:

IKLAN

‌وإذا ‌مكنت ‌من ‌يمكن التمتع بها ولو من بعض الوجوه وجبت مؤنها

Maksudnya: “Jika isteri merelakan dirinya untuk bermesra walaupun dengan apa cara sekalipun, maka nafkah wajib disediakan untuknya.”

(Fath al-Mu’in, hlm 535)

Meninggalkan pemberian nafkah kepada isteri dan anak-anak adalah satu dosa sebagaimana dalam hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr bin al-Ash bahawa Rasulullah SAW bersabda:

كَفَى بِالْمَرْءِ إِثْمًا أَنْ يُضَيِّعَ مَنْ يَقُوتُ

Maksudnya:“Cukuplah seorang lelaki itu dikira berdosa apabila dia mengabaikan tanggungjawabnya ke atas sesiapa yang berada di bawah penjagaannya.”

IKLAN

Riwayat Abu Daud (1692)

KESIMPULAN

Perkahwinan yang dibina dengan matlamat yang jelas untuk melahirkan kebahagiaan dan keamanan dalam sesebuah keluarga adalah lahir dari sikap tanggungjawab daripada suami dan isteri. Syariat Islam dan undang-undang Islam memberi garis panduan yang jelas supaya setiap pasangan perlu menghormati dan melaksanakan hak serta tanggungjawab demi mencapai kebahagiaan dan keharmonian untuk semua ahli keluarga.

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Bagaimana caranya untuk kita pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak? Ayuh, sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021) sama-sama kita pelajari cara menjadi SUPERHERO anak dengan menyertai webinar Detik Indah Si Manja

Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti dan event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)