Anak selalu tidak sihat? Ini mungkin ada kaitan dengan makanan harian yang diambil. Tapi apa hubung kait pemakanan dengan sistem pertahanan badan si manja?
Makanan punca sistem pertahanan badan lemah? Bolehkah makanan membuatkan kita sakit?
Berdasarkan kajian menerusi perkongsian Hello Doktor, pengambilan gula berlebihan boleh menekan sistem imun atau pertahanan badan. Maka apabila sistem kekebalan ini terganggu, ia akan cenderung membuatkan anda sakit.
Keadaan ini boleh berlaku kepada mana-mana individu tanpa mengira usia, termasuklah anak anda.
Pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula atau karbohidrat halus sebagai makanan harian, di mana ia akan diproses sebagai gula, berkemungkinan boleh mengurangkan keupayaan sistem pertahanan badan anak untuk melawan penyakit.
Tetapi apakah jenis makanan yang boleh melemahkan sistem imun si manja sekali gus membuatkan mereka mudah jatuh sakit?
7 jenis makanan menjejaskan sistem pertahanan badan
Diet makanan harian yang diberikan kepada anak adalah salah satu cara untuk menyokong sistem imun badan mereka.
Jadi tanggungjawab anda sebagai ibu bapa untuk menyediakan makanan yang terbaik serta mengelakkan makanan yang boleh melemahkan sistem pertahanan badan mereka.
Berikut adalah senarai makanan yang tidak bagus dan perlu dielak daripada diberikan kepada anak untuk menjaga sistem kekebalan badan si manja.
Gula-gula
Kanak-kanak mana yang tidak gemarkannya? Tetapi jika anda mahu menjaga sistem imun anak, kurangkan atau sebaiknya elakkan daripada memberi mereka makan gula-gula seperti coklat dan gummies yang tinggi kandungan gula.
Berdasarkan kajian tahun 2018, gula yang diproses seperti terdapat dalam gula-gula boleh meningkatkan tahap keradangan dalam badan. Jumlah keradangan yang tinggi boleh memberi kesan negatif terhadap sistem imun anak.
Minuman soda
Ads
Ahhhh…sedapnya kalau ‘pekena’ soda dengan tambahan ais, kan? Lagi-lagi pada waktu panas.
Pun begitu, minuman manis seperti soda adalah tinggi kandungan gula dan kalori serta tiada nutrisi. Pastinya minuman tanpa gula adalah pilihan terbaik untuk membina imuniti badan si manja.
Penyelidikan pada tahun 2011 menyokong pengambilan soda mahupun sebarang minuman manis boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan obesiti.
Individu yang mengalami obesiti berisiko untuk berdepan keadaan fungsi imun yang berkurangan.
Makanan bergoreng
Makanan bergoreng seperti kentang goreng dan kepak ayam bukanlah pilihan terbaik untuk menyokong sistem imun anak kerana kandungan lemak dan minyak yang tinggi.
Makanan bergoreng cenderung berlemak tinggi dan berminyak serta boleh menekan sistem pertahanan badan anak.
Dalam kajian 2016, diet tinggi lemak memberikan kesan negatif terhadap mikrobioma usus – bakteria yang memainkan peranan penting dalam fungsi imun.
Makanan segera
Kebanyakan kanak-kanak pernah mengambil makanan segera, bahkan, mungkin ada yang mengambilnya sebagai menu makanan harian.
Ads
Ya, tidak dinafikan rasanya sedap, apatah lagi saat sedang kelaparan. Tetapi sebaiknya, elak daripada membiarkan anak terus memakan burger, kentang goreng atau sebarang menu makanan segera lain.
Ini kerana makanan tersebut sangat tinggi kandungan kalori, lemak tepu, natrium dan gula yang boleh menjejaskan sistem pertahanan badan kanak-kanak.
Kajian mencadangkan diet yang tinggi lemak dan kalori, boleh memberi kesan jangka panjang terhadap imuniti badan dan juga meningkatkan risiko diabetes jenis 2 dan penyakit jantung.
Aiskrim
Ia berkrim, manis dan enak serta sukar untuk ditolak oleh sesiapapun terutamanya kanak-kanak. Tetapi malangnya pencuci mulut ini penuh lemak tepu dan gula yang boleh mengakibatkan keradangan.
Umumnya, aiskrim mempunyai jumlah gula sehingga 6x ganda melebihi jumlah yang anda perlukan dalam sehari.
Dan itu belum lagi ditambah dengan pilihan condiment seperti coklat tabur atau sprinkle.
Kerepek kentang
Makanan ringan ini sangat enak dimakan saat menonton televisyen, kan? Malahan, anak mungkin leka mengunyah sehingga habis sepaket.
Namun, ia bukanlah pilihan makanan harian yang baik jika anda mahu meningkatkan sistem ketahanan badan si manja.
Ads
Ia sejenis makanan yang telah diproses dan rendah nutrien. Pengambilan dalam jumlah yang tinggi boleh menjejaskan imuniti badan si kecil.
Kek, pastri & biskut
Satu lagi pilihan makanan manis yang digemari ramai kanak-kanak. Apatah lagi jika ia dihias dengan krim yang pelbagai warna.
Namun makanan seperti ini adalah makanan harian tinggi lemak, kalori dan gula serta boleh mengakibatkan keradangan serta kenaikan berat badan pada anak.
Jangan terkejut, kek, pastri dan biskut boleh memberikan ancaman 3x ganda kepada sistem pertahanan badan.
Utamakan penjagaan kesihatan
Sekiranya, anak mungkin mahukan makanan ringan seperti di atas, tawarkan pilihan makan yang lebih baik untuk membantu menjaga sistem pertahanan badan mereka.
Kawallah pengambilan makanan yang tidak sihat atau sebaiknya elakkan terus daripada memakannya.
Gantikan dengan pilihan makanan harian yang lebih sihat seperti buah-buahan, bijirin, kekacang dan sayuran.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pening kepala dibuatnya bila semua makanan yang disediakan ditolak mentah-mentah oleh anak. Puas mama berkreatif, mencuba segala resipi dan mempersembahkan mengikut kreativiti penuh warna namun hasilnya anak masih tetap tidak mahu makan. Malah adakalanya memilih makanan jenis tertentu sahaja. Apakah punca masalah ini terjadi?
Menurut Pediatric Occupational Therapist dari BEYOND Home Therapy, Maryam Jamadi menyifatkan anak picky eater atau memilih satu-satu jenis makanan perlu dikenal pasti terlebih dahulu. Dua punca melibatkan isu deria ini merupakan salah satu punca anak memilih makanan. Ini mak ayah perlu tahu!
ANAK “PICKY EATER”
“Anak saya tak nak minum air kosong/ makan nasi atau semua makanan kecuali susu”
“Setiap kali waktu makan, mesti berperang nak suap anak makan”
“Anak tak nak berus gigi, mesti menangis setiap kali nak sentuh dalam mulut. Habis gigi semua rosak”
Menguruskan anak yang memilih makan bukannya mudah, kadang-kadang ada yang sampai bergaduh suami isteri menyalahkan diri masing-masing. Selalunya golongan mak- mak yang akan dipersalahkan sebab dah biasa dengan norma masyarakat kita, perempuan duduk didapur menguruskan makan minum satu keluarga.
Maka bila pulang ke kampung jumpa keluarga lain, bila anak memilih makan pasti golongan mak juga yang akan dipersalahkan dan dilabel “tak pandai jaga anak”. Adakah salah anak ataupun salah mak ayah?
Apa punca anak memilih makan?
Ada banyak punca menyebabkan anak memilih makan, tetapi kebanyakan kes melibatkan isu terhadap 2 deria penting iaitu: 1. Deria bau (Olfactory) 2. Deria rasa (Gustatory)
Kedua-dua deria ini memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan pemilihan makanan anak. Apabila anak memilih makan, mak ayah perlu tahu adakah disebabkan deria bau atau deria rasa ataupun kedua-duanya yang terlebih sensitif (hypersensitif) atau terkurang sensitif (hyposensitif).
Jika terdapat hypersensitif atau hyposensitif terhadap mana-mana deria, ia dipanggil “Sensory Prosessing Disorder” atau bahasa mudah kecelaruan sensori yang mungkin menyebabkan penerimaan bau/rasa yang tidak normal, kesannya anak memilih makan.
Genetik juga memainkan peranan dalam pemilihan makanan. Kalau mak ayah suka makanan yang berbau dan rasa kuat, anak juga cenderung ke arah itu. Cuma perbezaannya, sensitiviti terhadap deria bau dan rasa telah di “normalize”kan mengikut masa. Sebab itu, ada yang masa kecil tak makan sayur dan buah tetapi makan apabila sudah dewasa.
Hanya mak ayah yang mempunyai anak memilih makan sahaja tahu betapa “struggle”nya nak beri anak makan.
Mariam Jamadi
Membeli Belah di Baby Bazaar by Pa&Ma
Ada waktunya kita kesuntukan masa untuk sediakan makanan untuk si comel. Mujurlah ada jenama makanan bayi yang diyakini dan dapat membantu bila kita tak berkesempatan untuk memasak.
Salah satu cara menyediakan makanan untuk anak adalah dengan membeli jenama makanan bayi yang diyakini. Ini bukan hanya menjimatkan masa ibu untuk menyediakan sajian buat anak bahkan juga dapat membantu mempelbagaikan menu agar anak lebih berselera untuk makan.
Pa&Ma ingin memperkenalkan portal barangan bayi dan ibu hamil yang baru, iaitu Baby Bazaar by Pa&Ma. Menerusi portal ini, ibu bapa tidak perlu gusar untuk mencari makanan buat si comel. Portal ini menjanjikan proses pembelian yang mudah dan barang akan terus dihantar ke rumah anda.
Jadi apa tunggu lagi? Buat ibu bapa yang ingin mencari makanan bayi yang berkualiti tinggi dan diyakini, silalah ke portal Baby Bazaar by Pa&Ma dengan melawat link babybazaar.my dan mulakan pengalaman membeli anda sekarang!
Setiap kali dihidangkan makanan, si comel Rina, anak pasangan pempengaruh, Rizal Ibrahim dan Maryam pasti makan dengan cukup berselera malah menghabiskan makanan yang disediakan oleh ibunya.
Rupanya Maryam punya tip dan cara sendiri setiap kali menyediakan makanan buat Rina.
Apa yang penting kata Maryam lagi, dia tidak lupa meletakkan sedikit garam dalam makanan Rina kerana tinggi dengan khasiat. Namun jangan berlebih-lebihan.
Menurut Maryam lagi, sebelum ini segelintir ibu bapa beranggapan ia tidak baik untuk kesihatan kanak-kanak.
Jelasnya, garam mengandungi mineral penting yang diperlukan tubuh badan namun dalam kuantiti yang kecil sahaja.
“Pengambilan mineral amat penting untuk tumbesaran kanak-kanak. Sebab itu saya pastikan pengambilan garam diberikan kepada Rina.
“Cuma janganlah berlebihan sebaliknya dalam kuantiti yang bersesuaian. Itu yang saya praktikkan dalam pemakanannya. Sekurang-kurangnya satu sudu teh kecil ketika memasak,” katanya.
Malah kata Maryam lagi, dia turut menambahkan ikan bilis, bawang putih dan daun bawang terutama dalam makanan bersup supaya rasanya lebih enak dan sedap.
“Misalnya untuk rasa yang lebih enak pada masakan seperti sup, masukkan ikan bilis dan rebus. Tak ada lah rasa kosong. Selain menaikkan rasa dan bau, ia juga bagus untuk batuk,” katanya lag.
Tambah Maryam lagi, nasi putih yang dicampurkan dengan sup dan telur menjadi kegemaran anak kesayangannya itu.
“Rina paling suka nasi putih dicampurkan ke dalam sup dan juga telur. Rina hirup hingga licin.
“Jika dia tak mahu makan, saya akan cari sesuatu yang boleh naikkan seleranya untuk makan.
“Biasanya, saya akan stimkan dalam pressure rice cooker dan rebus dalam satu jam setengah sehingga dagingnya benar-benar lembut. Demikian juga dengan ayam, dia kurang gemar jenis rebus, jadi saya sediakan menu yang bakar. Saya akan cari menu yang disukainya,” katanya.
Terdahulu, Ryzal dan Maryam berkahwin pada 15 Ogos 2019 dan memiliki seorang cahaya mata, Rina yang kini berusia tiga tahun.
Susu terkenal sebagai minuman sihat yang kaya dengan nutrien. Selain berkhasiat dalam membantu menguatkan tulang dan gigi, susu juga adalah minuman baik yang menyokong pergerakan otot, pembelajaran dan memori. Pun begitu, kebanyakan ibu bapa berdepan dengan dilema dalam pemberian susu kepada kanak-kanak. Selepas diperkenalkan kepada makanan pejal, ada kanak-kanak yang berhenti mengambil susu kerana lebih tertarik kepada minuman lain. Dan, tidak dapat dinafikan juga, ada kanak-kanak yang gemar minum susu. Jadi, sebenarnya, berapa banyak susu yang perlu diberikan kepada kanak-kanak?
Berapa gelas susu yang diperlukan untuk kanak-kanak?
Susu merupakan sumber baik kalsium, vitamin D, dan protein. Meskipun susu diketahui merupakan minuman yang baik untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak, namun pengambilan susu untuk kanak-kanak ada hadnya; tidak boleh diambil berlebihan, dan juga tidak boleh terkurang.
Sebenarnya, jumlah pemberian susu untuk kanak-kanak adalah bergantung kepada peringkat usia mereka. Dalam lingkungan usia kanak-kanak, mereka disarankan untuk minum susu antara 2 dan 4 gelas setiap hari. Pengambilan susu meningkat terutama jika anak anda jenis yang tidak minum atau makan makanan yang kaya dengan kalsium seperti yogurt, keju, dan susu.
Menurut kajian yang dilakukan di University of Toronto, biarpun susu baik untuk membina tulang, namun pengambilan susu yang berlebihan adalah tidak elok untuk tahap zat besi kanak-kanak. Ini kerana minum susu berlebihan boleh mengurangkan simpanan zat besi, sekali gus menyebabkan kanak-kanak cenderung mengalami kekurangan zat besi yang teruk.
American Academy of Pediatrics (AAP) menyarankan supaya kanak-kanak yang tidak minum empat cawan susu sehari mengambil suplemen vitamin D, bagi menggantikan kandungan vitamin D yang boleh didapati daripada susu. Walau bagaimanapun, saranan zat besi oleh AAP adalah kanak-kanak perlu minum hanya dua hingga tiga cawan susu sehari sahaja.
Berikut adalah saranan lazim pengambilan susu mengikut peringkat usia kanak-kanak:
2-8 tahun: minum 2 cawan susu setiap hari
9-18 tahun: minum 3 cawan susu setiap hari
Yang mana lebih baik? Susu rendah lemak atau susu penuh?
Pelbagai jenis susu yang terdapat di pasaran. Namun, yang mana satu terbaik untuk kanak-kanak? Ketahuinya jenis-jenis setiap susu dan kesesuaian pemberian kepada anak:
Susu penuh: Bukan semua kanak-kanak boleh diberikan susu jenis ini. Hal ini kerana, susu penuh mempunyai banyak lemak di dalamnya, berbanding dengan susu rendah-lemak dan susu tanpa-lemak. Kanak-kanak yang mengambil terlalu banyak susu penuh cenderung mendapat obesiti semasa alam kanak-kanak. Walau bagaimanapun, berikut merupakan antara golongan kanak-kanak yang perlu diberikan susu penuh:
Anak kecil yang berusia lebih setahun dan di bawah 2 tahun, yang tidak minum susu ibu
Kanak-kanak yang memilih makan (tetapi bukan kategori terlebih berat badan)
Susu rendah-lemak: AAP menyarankan semua kanak-kanak diberikan susu rendah lemak sebaik sahaja usia mereka dua tahun. Sesetengah bayi yang berusia antara 12 bulan dan 2 tahun perlu dikurangkan pengambilan lemak susu jika mereka sudah sedia terlebih berat badan, atau jika ada dalam kalangan ahli keluarga yang terlebih berat badan ataupun mempunyai kolesterol tinggi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.