Ramai ibu bapa yang masih lagi keliru nak beli mainan yang macam mana sesuai untuk perkembangan anak. Sebabnya ada mainan berbunyi, mainan yang jenis material kayu, plastik dan pelbagai lagi.

Selalu itu juga persoalan dari ibu bapa adalah mainan ini selamat ke atau bolehkah membantu anak belajar sesuatu daripadanya. Ok nak selesaikan persoalan dari mak ayah ini, Terapis Cara Kerja, Maryam Jamadi ada berkongsikan pandangannya mengenai mainan yang sesuai untuk peringkat umur anak.

Terapis Kongsikan Ciri-Ciri Mainan Bagus Untuk Anak 0-3 Tahun. Lepas Ni Tak Perlulah Beli Ikut Suka

Sebenarnya ramai mak ayah yang PM berkenaan macam mana pilih mainan untuk anak, maaf tak dapat reply satu persatu sebab sebagai terapis kanak-kanak banyak sangat komponen nak fikir dan terlampau complicated nak terangkan walaupun nampak mudah.

Jadi kali ini saya akan ceritakan ciri-ciri mainan yang bagus untuk anak 0-3 tahun. Lagi satu yang saya suka tentang mainan IKEA sebab setiap mainan ada label range umur yang sesuai untuk anak dan pendapat saya semua mainan bagus untuk anak asalkan tidak membahayakan.

Mainan yang paling bagus untuk anak bawah 2 tahun adalah mainan yang merangsang deria iaitu mainan yang mempunyai ciri- ciri:

  1. Auditori

– Rattles

– Picit keluar bunyi (itik-itik)

– Alat muzik

  1. Visual

– Tekan keluar lampu

– Cermin

– Baling dan sepak bola

– Warna yang terang

– Mainan yang bergerak

Terapis Kongsikan Ciri-Ciri Mainan Bagus Untuk Anak 0-3 Tahun. Lepas Ni Tak Perlulah Beli Ikut Suka

  1. Sentuhan

– Lembut (bulu- bulu patung lembut)

– Keras (apa -apa yang diperbuat daripada kayu)

– Buku yang mempunyai pelbagai tekstur

IKLAN

– Permukaan buah-buahan

  1. Vestibular

– Terowong kanak-kanak

– Memanjat

– Bola

– Basikal

– Kereta tolak (push car)

– Basikal

– Trampoline

– Tangga

Terapis Kongsikan Ciri-Ciri Mainan Bagus Untuk Anak 0-3 Tahun. Lepas Ni Tak Perlulah Beli Ikut Suka

  1. Proprioception

– Semua mainan yang melibatkan anggota badan.

6 dan 7. Bau dan Rasa

IKLAN

– Main sewaktu makan.

Kategori merangsang kognitif/ imaginasi/ kreativiti:

– Mainan bongkah kayu pelbagai bentuk

– Lego

– Puzzles

– Apa-apa mainan yang perlu dipasang

– Role play

Terapis Kongsikan Ciri-Ciri Mainan Bagus Untuk Anak 0-3 Tahun. Lepas Ni Tak Perlulah Beli Ikut Suka

Sekarang banyak dah mainan yang ada label bagus untuk deria apa dan apa untuk memudahkan mak ayah untuk memilih .

Apa yang membezakan semua jenis mainan diatas adalah tahap perkembangan dan fisiologi anak, adakah anak masih dalam:

  1. FASA MEMASUKKAN BARANG DALAM MULUT (FASA A)

Jika anak masih di tahap fasa memasukkan barang di dalam mulut, jangan risau sebab ia normal dari anak umur 3 bulan sehingga 2 tahun kerana fasa ini deria yang paling kuat adalah deria di mulut berbanding tangan sebab itu anak akan masukkan barang dalam mulut untuk “rasa” benda tersebut sama ada selamat atau tidak. Jadi, mak ayah perlu sangat EXTRA CAREFULL dengan pemilihan mainan dan pastikan mainan sekeliling anak bersih. Elakkan mainan yang:

IKLAN
  1. Toksik

Kalau boleh elakkan membeli mainan yang tidak ada lebel “Non-Toxic” lagi-lagi mainan di kedai RM2 yang kita tak tahu diperbuat daripada apa. Murah memang murah, tetapi kesannya jangka masa panjang. (Saya pun ada belikan anak mainan kedai RM2 tetapi pastikan semasa anak dah tak masukkan mainan dalam mulut).

  1. Boleh tercabut atau pecah

Kalau perasan ada beberapa jenis anak patung ataupun mainan yang mempunyai hidung, butang, mata ataupun reben yang diperbuat daripada plastik kalau boleh jauhkan daripada anak. Sama juga dengan material mainan, cuba tekan sikit mainan tersebut kalau rasa macam mudah pecah sila elakkan membeli mainan itu.

Terapis Kongsikan Ciri-Ciri Mainan Bagus Untuk Anak 0-3 Tahun. Lepas Ni Tak Perlulah Beli Ikut Suka

  1. Bertali lebih 12 inci

Yang ini paling saya takut, pastikan tiada tali/benang/ reben/ kain yang panjang sebab ada risiko anak terjerut leher sendiri.

  1. Terlalu kecil

Mainan anak bawah 3 tahun sepatutnya lagi besar dari saiz mulut anak. Kalau nak tahu, boleh cuba masukkan mainan dalam ruang silinder bekas tisu tandas atau paling senang cuba bayangkan sama ada mainan itu muat dalam mulut anak atau tidak. Kalau muat, sila simpan sehingga anak habis fasa ini.

  1. Belon

Anak main belon memang comel, tetapi tak comel apabila mempunyai risiko sukar bernafas akibat tercekik belon. Serpihan belon boleh menyempitkan ruang penafasan anak. Hati-hati.

Terapis Kongsikan Ciri-Ciri Mainan Bagus Untuk Anak 0-3 Tahun. Lepas Ni Tak Perlulah Beli Ikut Suka

Pendapat saya kalau anak masih dalam fasa memasukkan benda dalam mulut, mak ayah layak untuk “overprotective”. Lagi-lagi apabila bermain di “indoor playground”, kerana risiko jangkitan lebih tinggi semasa fasa ini. Kalau main “outdoor playground” sekurang-kurangnya kotoran akan dibersihkan dengan hujan. Tetapi kalau main di “indoor playground” semuanya terpulang kepada pemilik sama ada mampu tak nak bersihkan kolam bola yang ada beribu bola.

(Saya lebih suka anak berguling di rumput luar dan main pasir di pantai berbanding berenang dalam “ball pool” semasa anak dalam fasa ini)

Nak main duit syiling, tanah, pasir, batu atau tanah liat silakan tetapi pastikan dengan pemerhatian sebab sekelip mata anak dah masuk mulut.

  1. FASA BERMAIN MENGGUNAKAN MULUT DAN TANGAN (FASA B )

Selalunya semasa anak berumur 2 tahun hingga 3 tahun. Fasa ini anak dah mula banyak bermain menggunakan tangan berbanding memasukkan benda dalam mulut apabila deria sendi dan sentuhan ditangan sudah kuat untuk anak “rasa”. Kalau ada masukkan benda dalam mulut pun disebabkan “gatal gusi”.

Semasa tahap ini, dah boleh percaya anak sedikit semasa bermain benda kecil kerana anaak sudah pandai membezakan makanan atau bukan melainkan benda baru. Jika mak ayah kali pertama beri anak main benda baru contohnya tanah liat, terangkan pada anak ciri-ciri material tersebut dan jangan lupa beritahu yang mainan itu tak boleh dimakan.

Jika anak masih memasukkan mainan dalam mulut walaupun selepas umur 3 tahun, sila dapatkan pemeriksaan doktor kerana ini adalah salah satu tanda anak mengalami masalah Sensory Prosessing Disorder.

Kalau nak cerita spesifik apa mainan bagus atau tak bagus, bagi saya semua mainan bagus selagi ia selamat. Periuk, senduk, beras, bawang di dapur pun bagus untuk bagi anak main

Mak ayah boleh rujuk setiap gambar untuk review mainan IKEA daripada saya dan save sebab saya akan tambah info di setiap gambar dengan lebih lanjut jika ada masa terluang di page saya.

*Tak perlu pun beli daripada Ikea sebenarnya sebab ada banyak kedai yang ada jual mainan yang mempunyai fungsi yang sama dan lebih murah. Cuma review daripada Ikea ini untuk membantu mak ayah menggambarkan mainan yang bagus untuk anak.

Sumber: Maryam Jamadi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI