Tahniah diucapkan buat pempengaruh, Nelysa Norazlan yang telah pun selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada Sabtu lalu.
Menerusi media sosialnya, Nelysa dan suami berkongsi perkhabaran gembira itu kepada semua.
Nelysa yang mesra di sapa Nely itu amat bersyukur dengan kehadiran bayi lelaki pertama mereka yang lahir tepat jam 8.50 pagi dengan berat 3.04kg.
Malah Nely juga bersyukur kerana proses bersalinnya lancar malah dipermudahkan Allah SWT untuk menyambut kelahiran bayi sulungnya.
“Alhamdulillah, selamat melahirkan our first baby pada 18 May 2024, 8.50 am tadi secara normal.
“Baby boy ni keluar tepat pada 39 weeks 4 days dengan berat 3.04kg. Thank you husband yang bersengkang mata jaga kita hari hari.
Ads
“Terima kasih juga anak atas kerjasama awak keluar tadi, Alhamdulillah mudah,” tulisnya berkongsi.
Nely dan suami juga turut memuat naik beberapa keping gambar kenangan termasuk momen bahagia bersama buah hati mereka ketika berada di hospital.
Malah Nely yang kini bergelar ibu juga turut mengucapkan terima kasih kepada doktor, keluarga dan pengikutnya yang sentiasa mendoakan yang terbaik buatnya.
Ads
“And of course, huge thanks to my gynae yang super hebat juga, Dr Seri and Prince Court Medical Centre team for the great hospitality.
“Dan tak lupa juga terima kasih pada keluarga, rakan rakan, followers yang sentiasa mendoakan ❤️,” tulisnya lagi.
Terdahulu, Nely dan suami mengumumkan bakal menimang cahaya mata sulung mereka pada penghujung Disember tahun lalu.
Kelahiran si kecil tentunya dinanti-nantikan, namun tidak disangka seawal 27 minggu. Walau pun berat masa lahir 1.1kg, si kecil kuat semangat kerana adanya ibu ayah yang tidak penah berputus ada. Ada 5 tips dikongsikan.
Perkongsian daripada Dr Nor’Ain Mohd Rawi, pakar oftalmologi yang melahirkan anak ketiganya, Mohd Nadzim Zaheen pada usia kandungan 27 minggu dengan berat masa lahir hanya 1.1kg.
Ibu ini mengakui, walau pun mempunyai kerjaya sebagai pegawai perubatan, dia tidak lepas daripada rasa sedih dan menyalahkan diri kerana tidak mampu meneruskan kehamilan sehingga bayi matang. Perkongsian ibu ini sangat baik dan boleh dipraktikkan untuk ibu bapa yang mempunyai anak pramatang.
ANAK PRAMATANG. APA YANG PATUT SAYA LAKUKAN DI MINGGU-MINGGU PERTAMA?
Semestinya rasa teruja dan gembira dengan kelahiran cahayamata anugerah dari Allah itu hadir di awal kelahiran. Alhamdulillah atas kurniaMu… Tak lena tidur dibuatnya kerana tak sabar nak berjumpa anak tersayang (itu saya di hari-hari awal kelahiran)
Gembira berbaur sedih
Hari demi hari, rasa gembira berbaur dengan kesedihan
Marah dengan diri sendiri disebabkan kelahiran pramatang? (apa yang saya dah buat sampai anak lahir awal?). Rasa takut dengan berseliratnya wayar di badan si kecil dan segala bunyi yang ada di NICU?
Jiwa kosong kerana tidak dapat menjalankan tanggungjawab selayaknya untuk bayi? Berlalulah si ibu itu dengan langkah longlai dek kepenatan mental memikirkan keselamatan si anak (esok kita jumpa lagi ya sayang). Kalau boleh nak duduk 24jam sebelah bayi kan. Itu perasaan biasa yang dialami (I hear you mommies because we’re in the same shoe)
Walaupun kerjaya saya setiap hari berjumpa pesakit, setiap hari berada di hospital, namun untuk kali ini, saya rasa lain. Lain kerana saya tak tahu apa saya patut buat. Bayi yang dilahirkan seawal 27minggu seberat 1.1kg terus dibawa ke NICU untuk bantuan pernafasan (intubated) tanpa sempat saya melihat wajahnya. Jauh sekali untuk memberikan titisan emas susu ibu kepadanya. Sedih.
Dengan rasa ingin berkongsi, saya titipkan beberapa tips untuk para ibu dan bapa lakukan di minggu-minggu awal bayi di NICU (neonatal intensive care unit)
#1. BIASAKAN DIRI DENGAN SUASANA DI NICU
NICU ialah tempat di mana bayi pramatang akan dirawat untuk jangkamasa tertentu sebelum dibenarkan pulang. Ia adalah tempat yang dikawal rapi (bukan semua pelawat dibenarkan masuk) & dipenuhi pelbagai monitor lengkap dengan amaran (alarm), peralatan bantuan pernafasan, bantuan resusitasi dan semestinya pasukan kerja yang mahir. Konsultan neonatologi, pakar pediatrik, pegawai perubatan (MO), matron, sister, pembantu perubatan (MA), jururawat (SN) dan kakitangan sokongan yang bergilir bekerja 24/7.
Bagi yang pertama kali, ada rasa áneh’ dan takut melihat mesin, wayar dan monitor di NICU. Usah malu untuk bertanya kepentingan mesin-mesin & wayar-wayar ini. Contoh: pad di dada untuk memantau degup jantung dan pernafasan bayi, cuff sedikit besar di tangan/ kaki untuk memantau tekanan darah, cuff lebih kecil untuk pantau tahap oksigen bayi, wayar halus antara perut dan dada untuk pantau suhu. Mudah dan melegakan apabila ibu bapa tahu kepentingan semua ini. Tanyalah, kami sedia membantu (Cuma jangan tanya masa staff tengah sibuk, itu cari nahas namanya, haha…)
Kadangkala alarm di monitor berbunyi. Adakah itu kecemasan? Kebanyakan masa, ianya rutin dan tidak perlu dirisaukan.
Lagi cepat ibu bapa mahir & faham suasana di NICU = lagi mudah penerimaan & kerjasama ibubapa.
#2. PATUH DO’S & DON’TS
Kebersihan memang SANGAT dititikberatkan.
Kenapa? Sebab bayi pramatang belum bersedia untuk menghadapi dunia luar. Semua organ & sistem tubuhnya belum matang… paru-paru, jantung, sistem pemakanan, sistem imun… Sebarang jangkitan akan melemahkan organ-organ bayi yang masih sedang berkembang. Maka, semasa sesi pertama perjumpaan, pelajari sunguh-sungguh teknik mencuci tangan yang betul (yang banyak langkah tu), teknik pam, bawa & simpan susu hingga ke cara tukar lampin (ini pun akan diajar jika perlu).
Sebelum sentuh bayi, basuh tangan. Selepas sentuh pun basuh tangan (kenapa ya?) Supaya kita tak sebarkan kuman ke tempat lain. Ke bayi lain atau ke bayi kita (oh no!) Kalau orang sebelah tak buat macam mana?… itulah pentingnya networking (kenal & tegur sapa) supaya senang nak ‘sampaikan’ perkara No 1 penting ni.
Bagi yang merokok, tukar baju & gosok gigi sebelum berjumpa/ sentuh bayi. Nikotin yang melekat pada tubuh/ mulut sangat merbahaya untuk anak (3rd hand smoker) terutama kesannya pada sistem pernafasan bayi. Bahaya.
Kadangkala, doktor arahkan si ibu balik ke rumah (bila nampak ibu batuk/ demam/ ada ruam di badan) atau pakai mask (pelindung muka). Patuh ya sebab kita tak nak menjadi punca tersebarnya kuman pada si anak. Nauzubillah.
#3. PAM DAN PERAH SUSU AWAL
Faktor paling utama menentukan kejayaan penyusuan eksklusif dan jangkamasa penyusuan ialah jumlah (volume) susu yang dihasilkan, yang secara tipikalnya mendatar pada minggu kedua. (CPQCC 2008)
Maka adalah penting untuk perah susu seawal 6 jam pertama kelahiran dan teruskan perah minimum 8 kali sehari (sela 3 jam) hingga susu terhasil
Ayat paling kerap: saya perah tapi susu tak keluar… Usah putus asa, yakin, teruskan perah (dapatkan bantuan untuk teknik yang betul) walau tiada hasil (biar betul).. In Shaa Allah selewat-lewatnya 30-40jam kemudian susu keluar. Alhamdulillah!
Kenapa pula mesti perah 2-3 jam, rehat macamana? Kajian di sebuah NICU di Kanada mendapati kejayaan penyusuan bermula daripada ibu memerah seawal 6 jam pertama kelahiran, sela 3-4 jam sehingga susu terhasil, diikuti pam (perhatikan ayat berbeza digunakan: perah & pam) setiap 2 jam hingga minggu ke-2 (rehat & tidur 5 jam waktu malam).
Konsep kehendak dan pengeluaran : selagi ada kehendak ada pengeluaran. Tiada kehendak (pam) = tiada susu dihasilkan. Sifir mudah tapi perlukan kesabaran yang tinggi.
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan. Itu janji Allah.Bila malas itu tiba, susu saya pun turun tiba-tiba (saya pernah rasa.. Tak bestnya)
#4. LAWAT BAYI SEKURANG-KURANGNYA SEKALI SEHARI
Lihat, sentuh & bercakap-cakap dengan bayi = terpancar rasa kasih sayang = rangsang penghasilan hormon oksitosin (OT). Lebih banyak OT terhasil, lebih tenang ibu, ibu lebih sihat dan lebih banyak susu dihasilkan.
Bayi baru lahir yang terpisah daripada ibu menunjukkan peningkatan 10 kali ganda hormon stress (Odent 1999). Menakutkan kerana ia mempengaruhi fungsi otak bayi & perkembangan mental anak apabila dewasa kelak.
Semoga Allah pelihara anak kita.
Bayi yang dibenarkan untuk sentuhan kulit-ke-kulit (kanggaro care), lakukan sekerap mungkin kerana ia mempengaruhi kestabilan suhu bayi, secara signifikannya mengurangkan jangkitan (eg: pneumonia) dan antara faktor kejayaan penyusuan susu ibu.
#5. SOKONGAN & DOA
Berada di NICU bukanlah saat yang diidamkan. Kecut perut kali ke-100, tak lalu makan, risau berpanjangan jadi mainan. Suami di sisi pimpinlah tangan, teguhkan keyakinan, doa dengan penuh harapan. Keluarga dan rakan taulan berilah sokongan, tanyalah khabar walau sekejapan. Semua ini ‘bekal’ utuh untuk menempuh cabaran.
Doa ibu tiada hijab… terutama di saat kesulitan. Saat emosi diuji.
Undang ketenangan hati & kesembuhan bayi dengan zikir, sujud, tahajjud, dhuha dan sedeqah yang berterusan. Sedekah tak semestinya wang ringgit, bantu ibu di sebelah dengan ilmu yang kita ada pun sedeqah. ‘Kuasa ghaib’, mungkin doa orang yang kita bantu memudahkan segalanya. Dengan izin Allah In Shaa Allah.
Banyak yang ingin dikongsi…
Bagaimana untuk pastikan bekalan susu ibu cukup walau terpisah?
Bagaimana untuk bantu bayi cepat naik berat (= cepat keluar hospital)?
Bagaimana penjagaan bayi selepas dibenarkan discaj?
In Shaa Allah sekiranya ramai yang ingin tahu, saya tulis lagi.
Ibu-ibu semua pasti faham, selepas bersalin badan kita memang akan alami banyak perubahan. Perut menggeleber, berat susah turun, ‘mommy pouch’ melekat tak mahu hilang! Tapi jangan putus asa ya, sebab usaha pasti membuahkan hasil, macam yang dilalui oleh isteri kepada pelakon popular Nazrief Nazri ini.
Aizatul Aqma, isteri kesayangan Nazrief, berjaya turunkan 35 kilogram dan kembalikan bentuk badan asalnya selepas melahirkan anak sulung mereka, Noah. Apa yang lebih membanggakan, semuanya dilakukan tanpa sebarang jalan pintas atau produk pelik-pelik.
Menerusi satu perkongsian di TikTok dengan nama angellajoliey, Aizatul tampil berkongsi foto perubahan dirinya selepas bersalin. Kalau tengok, memang ramai kagum sebab Aizatul sekarang dah ramping dan langsing, macam model!
Namun, semua itu bukan berlaku dalam sekelip mata. Menurut Aizatul, dia mengambil masa hampir tiga tahun untuk tegangkan kembali kulit yang kendur dan mengurangkan ‘mommy pouch’ yang sering jadi cabaran utama ibu-ibu lepas bersalin.
“Saya percaya perubahan sebenar memerlukan masa. Saya bangga dengan setiap langkah yang saya ambil,” jelas Aizatul penuh yakin.
Stop chasing shortcuts for results that are meant to last a lifetime. I believe real changes takes time and i’m proud of every step🥹 I lost 35kg in 2 and a half years, took 3 years to tighten up saggy skin and the mommy pouch? Still here 😂
Ramai ibu-ibu yang tanya apa rahsia Aizatul, nak juga kembali sihat dan cantik macam dulu. Jawapannya mudah — konsisten dan sabar.
Tak perlu bergantung pada produk kurus atau diet ekstrem yang boleh memudaratkan diri. Aizatul buktikan, dengan pemakanan sihat, rutin senaman yang konsisten dan paling penting, tidak putus asa, semua ibu boleh capai impian bentuk badan idaman.
Kalau tengok ruangan komen di TikTok, memang penuh dengan pujian dan ucapan tahniah. Ramai netizen terkejut dengan perubahan Aizatul, siap ada yang kata dia dah macam model catwalk!
Selain itu, ramai golongan ibu turut minta petua dan motivasi untuk terus kuat dalam perjalanan menguruskan badan selepas bersalin.
Pa&Ma yakin, kisah Aizatul ini boleh jadi sumber inspirasi buat semua ibu di luar sana. Tak perlu kejar jalan pintas, utamakan kesihatan, sayang diri sendiri dan nikmati setiap proses perubahan itu.
Tahniah diucapkan buat pelakon, Farah Nabilah yang selamat melahirkan anak keduanya pada 26 Julai lalu.
Farah yang menyambut kelahiran bayi lelaki kedua dalam keluarga mereka ini turut mengambil keberkatan untuk berkongsi nama anak pada hari ketujuh kelahirannya.
Menerusi Instagramnya, Farah berkongsi nama indah yang menjadi pilihannya dan suami buat cahaya mata kedua mereka.
“Assalamualaikum. Today is his 7th day.
“Yusuf Gibran bin Mohamed Amirul, 26 July 2023,” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu, pelakon berbakat ini juga turut menitipkan doa agar perjalanan anak kecilnya, Yusuf Gibran dipermudahkan malah menjadi anak soleh serta berakhlak mulia.
“Terima kasih atas doa semua, semoga Yusuf Gibran menjadi anak yang soleh, anak yang mempunyai adab & akhlak seperti Rasullullah SAW & dilindungi dari segala kejahatan. Amin YRA,” tulisnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti dan pengikut Farah turut menitipkan ucapan tahniah buat ibu cantik manis ini.
Jenis-jenis najis bayi boleh berubah mengikut usia, susu dan pemakanan. Ketahui warna najis yang normal, tanda bahaya serta bila ibu ayah perlu membawa bayi berjumpa doktor.