Selain huruf dan nombor diperkenalkan kepada anak-anak sejak mereka kecil, biasanya kita akan mengajar mereka untuk mengenali warna. Seawal kita mengajar mereka, mungkin anak akan merasa keliru dan tertukar warna. Jangan harapkan mereka untuk terus pandai dan mengingati warna-warna yang diperkenalkan. Seeloknya perkenalkan perlahan-lahan dan berperingkat. Wujudkan juga cara menarik untuk melatih mereka mengenali warna.

Artikel Menarik: [Kalau Anak Rajin Explore Macam-Macam, Biarkan. Dia tengah Belajar Nak Jadi Pandai]

Ia boleh dilakukan dengan menyebut warna perabot, perkakasan rumah, permainan dan buku berilustrasi. Sebenarnya mempelajari warna adalah permulaan yang baik untuk melatih otak anak anak tentang kebolehan berfikir.

Tertukar Warna Tu Perkara Biasa, Tapi Kalau Sampai Besar Tersilap Jangan Fikir Itu ‘Comel’

Untuk anak kecil, mereka memerlukan input yang lebih ketika diperkenalkan dengan warna. Sebagai contoh, ketika anda perkenalkan mereka dengan warna merah untuk epal. Jangan berhenti setakat itu, terangkan merah itu warna kerana mereka mungkin merasakan warna merah itu bentuk. Terangkan juga, bukan hanya buah epal berwarna merah tetapi ada benda lain juga yang berwarna yang sama.

Tertukar Warna Tu Perkara Biasa, Tapi Kalau Sampai Besar Tersilap Jangan Fikir Itu ‘Comel’

Dalam hal ini apabila anak-anak sudah boleh mengenal warna, mudah untuk dia melakukan aktiviti mewarna. Peringkat ini, mereka sudah bersedia untuk melakukan aktiviti itu. Sesetengah ibu bapa berpendapat ia hanya aktiviti untuk berseronok dan menghabiskan masa sahaja. Namun mewarna ini membantu kanak-kanak mengenal warna dengan mudah sambil melakukan aktiviti mewarna lukisan. Di sini ada beberapa sebab kenapa kanak-kanak perlu mewarna.

Mengenal warna

IKLAN

Apabila kanak-kanak mula belajar  mewarna, ia adalah langkah pertama untuk dia mengenal warna. Apabila dia sudah didedahkan dengan aktiviti mewarna di awal usianya secara kerap, dia akan mudah mengenali warna dan tahu bagaimana untuk mencampurkan warna untuk mencipta warna baru yang lain.

Tertukar Warna Tu Perkara Biasa, Tapi Kalau Sampai Besar Tersilap Jangan Fikir Itu ‘Comel’

 Luahan

Mewarna adalah cara yang menunjukkan dia sudah bersedia untuk meluahkan apa yang dirasakannya. Dia akan menconteng dan melakar pada kertas putih mengikut perasaaanya. Jika perasaannya stabil, lakaran warna kemas dan sebaliknya jika perasaanya tidak stabil. Dalam pada masa yang sama, ia boleh dikatakan terapi buat si manja kerana dia akan memilih jenis-jenis warna yang dia suka tanpa dipaksa oleh ibu bapa atau pengasuh.

Membina kemahiran motor halus

IKLAN

Mewarna membantu  kanak-kanak membina kemahiran motor halus mereka. Kemahiran motor halusnya penting dalam kehidupannya. Apabila melakukan aktiviti mewarna, ia membantu seorang kanak-kanak membangunkan otot-otot tangan mereka dengan cara dengan cara memegang dan mengawal pencil warna dengan  betul.

Tertukar Warna Tu Perkara Biasa, Tapi Kalau Sampai Besar Tersilap Jangan Fikir Itu ‘Comel’

Belajar fokus dan had

Mewarna mengajar kanak-kanak belajar tentang fokus sesuatu pekara. Misalnya apabila melukis dia akan memberi tumpuan untuk menghabiskan lukisannya. Malah ia  juga membuatkan kanak-kanak belajar tentang  had iaitu tidak mewarna di luar garisan yang telah ditetapkan. Kanak-kanak  yang berjaya mewarna dengan baik akan merasa bangga dengan hasil kerjanya dan bina keyakinan dalam dirinya.

Rabun warna

IKLAN

Kanak-kanak turut mengalami masalah rabun warna.  Namun ada segelintir  ibu bapa tidak dapat mengesan masalah ini kerana kanak-kanak kecil tidak mengenal warna-warna dengan baik. Jika dibiarkan berterusan mengakibatkan wujud masalah pembelajaran  di awal persekolahannya.

Tertukar Warna Tu Perkara Biasa, Tapi Kalau Sampai Besar Tersilap Jangan Fikir Itu ‘Comel’

Jadi semua kanak-kanak (terutama kanak-kanak lelaki) wajar menjalani ujian penglihatan warna terutamanya bagi mereka yang mempunyai saudara atau keluarga yang diketahui mempunyai masalah rabun warna. Ujian ini boleh dilakukan pada usia lima tahun dan ke atas terutamanya jika kanak-kanak sudah mula faham arahan yang diberi dan sudah boleh mengenal nombor.

Artikel Menarik: [Seminggu Suami Bagi 2 Jam Isteri Buat Apa Dia Suka, Confirm Kurang Merajuk & Marah]

15 AKTIVITI MENGAJAR TENTANG WARNA

  • Buat agar-agar berwarna.
  • Ajak anak bungkus kertas hadiah yang berwarna.
  • Guna cawan minum berwarna.
  • Biarkan dia bermain dengan kertas warna.
  • Berikan air yang berwarna untuk si manja minum.
  • Ajak dia bersama-sama membuat muffins  yang berwarna.
  • Bila mengajar tentang merah, beri dia makan stawberry
  • Warna coklat, makan coklat.
  • Warna biru, kaitkan dengan lautan.
  • Hijau, makan epal dan timun dan juga tentang alam semulajadi dan tumbuhana-tumbuhan.
  • Warna oren, ingat buah oren dan lobak
  • Buat origami menggunakan kertas warna putih.
  • Masak nasi bersama anak dan katakana ia berwarna putih.
  • Kuning dengan warna lemon juga makan nenas.
  • Hitam dan putih, ceritakan tentang haiwan zebra.

LATIHAN PADA ANAK

  1. Apabila anak anda sudah mengenal warna suruh dia mengambil beberapa helai baju yang berwarna yang telah dipelajari pada minggu sebelum ini.
  2. Setiap minggu, suruh si manja tunjukkan warna yang dipelajarinya dalam majalah.
  3. Apabila berada diluar rumah, suruh anak anda cari warna hijau. Biarkan dia mengutip dedaun di padang permainan
  4. Kanak-kanak  banyak belajar tentang warna daripada ibu bapanya dan gurunya di tadika.
  5. Rumah adalah tempat yang sangat baik untuk anak anda mengenal warna dengan mudah.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI