Tidur bukan masalah kecil. Tidur perlu terjadi banyak kali sepanjang hari. Tak hairan ia boleh mengheret mana-mana ibu bapa dan keluarga jatuh stress dan hidup tak gembira hanya kerana masalah tidur anak yang tak selesai.
Seperti perkongsian Puan Uswatun, penting ibu bapa mempunyai ilmu supaya tak mudah stress dengan cakap-cakap orang sekeliling. Ilmu juga buat ibu yakin diri buat keputusan terbaik demi anak TANPA dipengaruhi oleh orang lain.
Memang mencabar jadi ibubapa bila disekeliling kita ada banyak golongan: penasihat tak bertauliah, pengkritik tak di undang, yang makan garam lebih awal dan yang suka bersaing bab anak-anak.
Jangan lupa, bantu usaha kami sebar ilmu tangisan dan tidur anak kepada rakan dan keluarga di mana pun platform atau saluran yang anda miliki.
Kita TIDAK AKAN miliki GENERASI HADAPAN yang celik dan cerdik jika kita tidak bermula sebar ilmu, pada hari ini.
Sensory play adalah sangat penting untuk membantu perkembangan anak-anak. Sensory play merupakan aktiviti yang boleh membantu merangsang perkembangan deria anak-anak seperti contoh deria sentuh, bau, rasa, lihat dan dengar.
Selain itu, aktiviti sensori sangat penting untuk perkembangan deria anak-anak terutamanya berusia bawah dua tahun.
Aktiviti tummy time pula dapat membantu anak kita develop kekuatan otot, vision, belajar tentang dunia di sekelilingnya, hand-eye coordination, integrasi otak kiri/kanan dan badan.
Dalam masa yang sama, sensory play dapat meningkatkan gross motor skills, dan bayi dapat explore their senses.
Antara aktiviti sensory play yang boleh ibu bapa lakukan pada anak adalah dengan menggunakan beberapa bahan ini.
Guna Ais kiub
Guna colourful ring
Guna bola
Guna hirisan buah oren
Colourful counters
Bubble Pop
Kebanyakan aktiviti sensori ini anda boleh buat sendiri dirumah. Boleh guna apa saja bahan asalkan ia sesuai untuk bayi. Yang penting mesti dengan pemantauan ibu bapa.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Baby car seat atau kerusi keselamatan kanak-kanak amat penting untuk keselamatan anak tak kira lah perjalanan jauh atau pun dekat. Risiko bayi atau kanak-kanak tercampak keluar dari kereta dapat dikurangkan dengan pemakaian kerusi keselamatan ini. Namun tak semua dapat memiliki kerusi keselamatan kanak-kanak yang baru.
Lantaran itu, ada sesetengah ibu bapa mendapatkan kerusi keselamatan kanak-kanak secara terpakai. Tapi sebelum membeli kerusi keselamatan terpakai ini, anda perlu tahu beberapa perkara yang perlu diajukan kepada penjual demi keselamatan anak anda. Ikuti perkongsian daripada Farah Hazwani;
Hantaran ini panjang sedikit dan perlu dibaca dengan berlapang dada untuk mengelakkan sebarang provokasi atau fitnah–
Sebelum beli kerusi keselamatan terpakai, kita perlu tahu cara pemilihan yang betul. Salah satunya, tidak digalakkan beli tanpa mengetahui sejarah car seat tersebut.
Sebelum membeli kerusi keselamatan kanak-kanak terpakai, sila ajukan soalan-soalan berikut kepada penjual:
1. Adakah car seat pernah terlibat dalam kemalangan? (Kerusi keselamatan yang pernah digunakan ketika kemalangan telah pun menyempurnakan fungsi utamanya, iaitu melindungi penumpang kanak-kanak, dan tidak boleh digunakan lagi)
2. Berapa lamakah car seat telah digunakan? (Adakah car seat telah tamat tempoh atau menghampiri tarikh luput? Minta penjual tunjuk tarikh pengilangan. Kerusi keselamatan yang telah tamat tempoh mungkin tidak dapat melindungi anak jika berlaku kemalangan)
3. Adakah ia pernah dicuci? (Adakah pembersihan dilakukan mengikut manual – Tidak menggunakan cucian stim, tali keledar tidak direndam, tiada bahan peluntur atau sabun antibakteria digunakan)
4. Adakah car seat mempunyai tanda-tanda kerosakan? (Tanda amaran telah pudar, terdapat kesan terurai pada tali keledar, ada bahagian pecah atau karat)
Kalau rasa ragu-ragu dengan jawapan penjual, lebih baik beli kerusi keselamatan kanak-kanak yang baru jika ada bajet lebih.
Tiba-tiba hari ini, dapat feedback dari salah seorang penjual kerusi terpakai yang diimport dari Singapura.
Kalau ikutkan saranan CSFTL, banyak lagi yang perlu diambilkira, seperti:
1. Adakah kerusi pernah didaftar masuk (check in) sebagai sebahagian dari muatan bagasi apabila menaiki pesawat? (Adakah pemilik meletakkan car seat dalam kotak khas? Adakah ia diperiksa untuk memastikan tiada sebarang kerosakan selepas mendarat?)
2. Adakah kerusi keselamatan termasuk dalam senarai yang ditarik balik (recall list)? Sebahagian car seat yang ditarik balik memerlukan penggantian dan adakah bahagian yang perlu diganti telah digunakan dengan betul?
Menurut CSFTL, “It essentially comes down to this: would you trust that seat, that seller, with your child’s life?” (Akhirnya, ia bergantung kepada anda. Adakah anda percaya kerusi keselamatan dan penjual itu untuk melindungi anak anda?)
Cara pembersihan alas kerusi keselamatan juga memainkan peranan dalam menjamin fungsi sebuah car seat itu. Sesetengah pengeluar hanya membenarkan cover dicuci secara cucian tangan, tapi ada juga yang benarkan penggunaan mesin basuh.
Apa pula bahan pembersih yang telah digunakan oleh penjual sekiranya pernah mencuci car seat? Jika tersilap basuh, ciri ketahanan api (fire retardant) mungkin hilang.
Rumit bunyinya, bukan? Ini salah satunya alat yang dibeli untuk tujuan keselamatan, jadi banyak faktor perlu diberi perhatian.
Benar, ajal dan maut di tangan Tuhan, tapi kita bertanggungjawab untuk cuba sehabis baik menjaga nyawa dan amanah yang telah diberi.
Jika sudah terbeli kerusi keselamatan terpakai, ambil peluang ini untuk hadiri pemeriksaan bersama Child Passenger Safety Malaysia (CPSM), sebuah organisasi tempatan yang mempunyai peranan yang hampir sama seperti CSFTL.
Mereka boleh dihubungi di carseatcheck@cpsmalaysia.org
Boleh juga ajukan sebarang soalan di Facebook Group Child Passenger Safety Malaysia (CPSM) – https://www.facebook.com/groups/cpsmalaysia.org/ Jangan lupa jawab ketiga-tiga soalan tapisan untuk kelulusan lebih pantas.
Kehadiran Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia dalam keluarga Abby ibarat rezeki tak ternilai dari Allah.
Walaupun bukan dari darah daging sendiri, impian Abby dan suami untuk mempunyai bayi dimakbulkan Allah dan mereka sekeluarga sangat gembira dengan anugerah ini.
Malah menerusi posting Abby di instagramnya, Abby sentiasa memuatnaik aktiviti anak angkatnya dan semua peminat pun gembira melihat kedua-dua bayi tersebut menerima limpahan kasih sayang.
Abby juga turut menyatakan kesyukuran atas rezeki ini. “Alhamdullillah, Allah izinkan saya dan suami menjadi Mama dan Abah pada bayi-bayi ini. Doakan yang terbaik ya,” tulisnya.
Bukan itu sahaja, Abby juga menyifatkan Daiyan dan Dayana sebagai bantal busuknya dan tak puas nak gomol mereka berdua. Pergi mana-mana pun mesti ingat.
Tambah Abby, dia berharap netizen tidak cepat menilai dirinya dan sebagai ibu dia berjanji akan berusaha yang terbaik untuk membesarkan dua bayinya itu.
“Kami akan usahakan yang terbaik, Lillahi Taala. Tak perlu rajin sangat menilai, itu tak kena, ini tak betul,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Abby menerusi posting berbeza memberitahu dia menyifatkan kehadiran Dayana sebagai kembar kepada Daiyan.
Kata Abby, dia sudah lama mengimpikan untuk memiliki dan membesarkan anak kembar dan bersyukur ia dimakbulkan oleh Allah.
“Lama dah Mama impikan ada baby kembar dan Allah izinkan, Mama ada dah Daiyan dan Dayana.
“Memang rasa sungguhlah macam jaga kembar… tak menang tangan dibuatnya hehe.. Tapi Alhamdullillah, Allah bagi sebab Allah tahu Mama dan Abahnya mampu,” ujarnya.
Sumber: instagram Abby Abadi & Daiyan Dayana
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
MamaKerja 2026 dibuka pada Ogos 2026. Ibu bekerja di Selangor yang layak berpeluang menerima insentif RM1,000 secara sekali bayar. Semak syarat kelayakan, dokumen diperlukan dan cara memohon.