Suka tengok cara didikan Yana Samsudin yang mendedahkan anak lelakinya, Aisy Mateen dengan melakukan kerja-kerja rumah. Walaupun orang tengok anak kecil ni buat kerja lebih banyak main, tetapi ia bagus untuk perkembangan bila besar.
Bagi Yana melatih Mateen buat kerja rumah sesuatu yang baik dengan umurnya sekarang. Anak kecil ini mereka mudah ingat dan faham bila kita dedahkan sesuatu perkara padanya.
Tak salah pun ibu bapa bagi peluang anak buat sendiri lagi-lagi anak lelaki. Sikap tanggungjawab ini akan disemai dan dipraktikkan bila mereka besar dan berumah tangga nanti.
Melalui apa yang dikongsi oleh Yana di instagramnnya dia cukup bangga dapat dedahkan Mateen buat sesuatu aktiviti yang biasa dilakukan oleh orang dewasa.
“Kita kena dedahkan aktiviti dengan anak kita. Lagi-lagi kerja mencuci ni. Nanti bila dah besar tak tahu macam mana cara nak cuci. Budak lelaki paling bagus ajar kerja cuci-cuci ni. Dah besar nanti tak lah suruh perempuan je yang buat kerja cuci-cuci ni… ”
“Hakikatnya memang kita kena bagi anak kita tengok kita ketika menukang ke, menyapu ke, mencuci baju ke , mencuci kereta ke, cuci pinggan ke. Asas supaya dia nampak, dia rakam dalam kotak minda dia, dah besar tau lah dia nak buat macam mana. Sebab mommy rasa mommy tahu banyak benda kerja-kerja rumah dan menukang ni sebab selalu tengok mak dan abah buat kerja semua tu.
”Sekarang kalau saya tengah korek tanah nak tanam pokok pun riuh panggil anak suruh tengok” kongsinya.
Ads
Yana juga turut memuji sikap sesetengah ibu yang sambil buat kerja mendukung anak. Walaupun kita rasa terpaksa berbuat demikian tetapi itu satu pembelajaran tak formal untuk anak.
Jadi lepas ini, ibu bapa jangan fikir anak kecil tak sesuai buat kerja rumah. Galakan penting untuk pastikannya gembira. Sekali-sekala bagi hadiah tak salah asalkan itu dapat memberi motivasi pada anak.
Sumber: ig yanasamsudin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu ayah jangan terlampau garang dalam mendidik, elak anak jadi agresif & alami tekanan perasaan. Tahukah anda terdapat tiga jenis kepimpinan dalam keluarga iaitu kepimpinan autokratik, demokratik dan laissez-faire. Cara ini juga diaplikasikan dalam kepimpinan rumah tangga termasuklah cara pendidikan terhadap anak-anak.
Berikut pandangan oleh Puan Siti Aishah merupakan pensyarah di Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, Institut Perguruan Kampus Darulaman, Jitra.
Kepimpinan atau cara didikan autokratik berfokus kepada ibu bapa yang sangat tegas dan boleh dikatakan ibu bapa yang garang. Ciri kepimpinan autokratik termasuklah ibu bapa menggunakan kuasa untuk menentukan segala aspek dalam hidup anak-anak.
Ibu bapa begini akan membuat penyelesaian, keputusan, kedudukan dalam semua aspek kehidupan anak-anak dan anak-anak mestilah menjadi pak turut segala apa perancangan ibu bapanya terhadap mereka.
Peranan ibu bapa dalam konteks ini lebih kepada perancang dan penentu semua aspek kehidupan anak-anak dan anak-anak hanya menurut sepenuhnya tanpa ada bangkangan.
Kepimpinan atau cara pendidikan demokratik pula akan lebih menumpukan kepada lebih banyak perkongsian menang-menang antara ibu bapa dan anak-anak. Ibu bapa akan lebih banyak memberikan dorongan, sokongan serta galakan untuk anak-anak melakukan perkara-perkara yang telah disepakati bersama.
Peranan ibu bapa lebih kepada memberikan sokongan, mampu berbincang secara adil serta galakan untuk anak-anaknya. Sokongan dan dorongan sangat diperlukan oleh anak-anak untuk mengembangkan potensi anak-anak ke arah membina jati diri yang mantap. Kata-kata perangsang ibu bapa adalah azimat untuk anak-anak meneruskan kehidupan dengan penuh keyakinan dan berusaha mencapai kejayaan demi kejayaan dalam hidup mereka.
Kepimpinan atau cara didikan yang ketiga iaitu laissez-faire pula ialah kaedah kepimpinan tanpa ada sebarang kawalan terhadap anak-anak. Mereka bebas melaksanakan apa jua perancangan dan keinginan mereka dalam hidup dengan sepenuh kebebasan.
Ibu bapa tidak ambil tahu dan memberikan sepenuh kebebasan untuk anak-anak mereka. Ibu bapa yang melaksanakan cara ini sebenarnya tidak berperanan dalam membantu anak-anak. Anak-anak dibiarkan terumbang-ambing dalam meneruskan kehidupan tanpa sebarang bimbingan dan panduan daripada ibu bapa.
Kesan buruk jika terlalu garang
Ibu bapa yang garang banyak menggunakan kaedah pendidikan yang pertama iaitu autokratik di mana anak-anak tidak diberi pilihan untuk melakukan apa yang mereka sukai. Ibu bapa ini terlalu tegas dalam menentukan halatuju anak-anak serta semua aspek kehidupan.
Kesan kepada anak-anak ialah anak-anak hidup dalam tekanan perasaan yang amat kuat malah ada yang menghadapi tekanan mental disebabkan terpaksa mengikut apa juga arahan ibu bapa walaupun hati tidak suka.
Tekanan emosi kadang kala menjadikan anak-anak terlalu agresif dengan orang lain malah ada juga yang menghadapi kemurungan, iaitu suka duduk sendirian, lebih banyak menghabiskan masa dengan bersendirian bermonolog dan mampu menyebabkan kerisauan pada diri mereka.
Tekanan mental juga berlaku dan menjadikan anak-anak tidak mampu fokus di dalam kelas dan belajar dengan tenang. Apa yang ada dalam minda mereka ialah rasa keterpaksaan dalam melakukan semua tugas hidup dan akhirnya anak-anak akan menjadi jemu dengan hidup.
Malah ada juga anak-anak yang memberontak contoh bergaduh dengan kawan-kawan di sekolah, melakukan vandalisme dengan melepaskan tekanan dengan merosakkan alatan-alatan di sekolah serta menconteng tandas dan pelbagai premis lain untuk melepaskan tekanan perasaan.
Ada juga anak-anak yang dididik dengan autokratik akan melepaskan perasaan kepada adik-adiknya seperti suka memukul, membuli dan mencederakan mereka kerana ingin membalas dendam terhadap apa yang ibu bapa lakukan terhadap mereka.
Ibu bapa yang autokratik mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk memukul anak-anak mereka sekiranya anak-anak tidak mahu mengikut apa jua arahan mereka.
Antara kesan yang lain ialah anak-anak akan mencari sumber sokongan daripada orang lain seperti kawan baik, juga kawan yang lain jenis untuk berkongsi masalah dan perasaan mereka. Dan mereka lebih mempercayai kawan baik itu dari ibu bapa mereka sendiri.
Apa yang ditakuti ialah bilamana mereka mendapat kawan-kaan yang tidak baik dan terlibat dalam gejala sosial seperti dadah, rempit, melepak dan kes2 jenayah juvana. Anak-anak juga akan mudah meletakkan kepercayaan, sokongan kepada selain ibu bapanya dan sampai satu tahap anak-anak sanggup keluar dan lari dari rumah bila terlalu tertekan dengan sikap ibu bapa terutamanya anak-anak remaja.
Anak-anak yang tertekan berkecenderungan untuk mendapat penyakit kemurungan atau “depression”, kebimbangan melampau atau “anxiety disorder” serta berkemungkinan mendapat skizofrenia sekiranya tidak dirawat dengan baik, selain menjadi vandalisme dan terlibat dengan jenayah delinkuen juvenil.
Semoga kita muhasabah diri untuk menjadi ibu bapa yang terbaik dalam mendidik anak-anak.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Lama tak dengar cerita Ayden Mikael atau panggilan manjanya baby Iqy yang suatu ketika dulu popular dalam drama Pujaan Hati Kanda pada 2018. Drama yang trending itu dibintangi oleh Mira Filzah dan Remy Ishak.
Kini Ayden dah pun berusia 4 tahun dan makin handsome. ‘Kegebuan’nya tetap sama macam dulu-dulu cuma perwatakannya dah macam abang-abang.
Maklumlah Ayden dah naik pangkat jadi abang pada November 2021 dan dapat adik perempuan yang diberi nama Ayraa Medina.
Jika dulu ramai yang geram melihat Ayden kerana pipinya yang chubby dan kulit putih, kini mommynya pula mengusik, perut Ayden yang jadi perhatian.
Jika diimbas semula lakonan baby Iqy beberapa tahun lalu, dia sangat mudah memberikan kerjasama dan wataknya memang betul-betul real. Terasa rindu pula nak lihat lakonan Ayden kan?
Malah rata-rata peminat Ayden yang melihat gambar terkininya masing-masing anggap dia baby Iqy lagi dan tak sangka masa berlalu begitu pantas. Tak kurang juga yang geram melihat keletah Ayden yang semakin banyak akal.
“Dah besar dah baby Iqy, makin comel la.. Alhamdulillah happy for both of you..”
“Baby Iqy dah besar, geramnya..sebaya anak saya..”
“Muka tu, geramnya..comel! Sejak jadi abang long asyik serius muka.”
Kredit: IG Ayden Mikael MZ
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangi pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanak-kanak sememangnya suka bermain air tetapi sebenarnya ia memberi manfaat untuk rangsang otak anak jadi pintar. Dengan berenang, anak mempelajari pergerakan dan menahan nafas menggenggam dan menendang dalam masa yang sama. Kebanyakan kanak-kanak dilahirkan sebagai perenang dan menyukai air dan akan mudah belajar.
15 manfaat berenang kepada si manja
1.Belajar untuk fokus dalam melakukan sesuatudan merangsang kecerdasan otak
2.Perkembangannya yang pantas daripada kanak-kanak seusianya melibatkan kemahiran visual motor seperti memotong kertas, mewarnai dan menggaris.
3.Menurut kajian yang dilakukan oleh Griffith Institute for Educational Research, kanak-kanak yang mempunyai kemahiran berenang cenderung untuk mahir berkaitan angka.
4.Menambahkan aliran oksigen ke otak.
5.Air adalah elemen yang bersifat penenang dan memberikan si kecil rasa relaks, seronok dan menstabilkan emosi.
6.Menguatkan otot dan melatih koordinasi kaki dan tangan.
7.Merangsang kemahiran motor kasar kepada si manja.
8.Kemahiran berenang akan mengurangkan risiko si manja lemas.
9.Peluang untuk bergaul dengan kanak-kanak lain seterusnya meningkatkan kemahiran bersosial.
10.Keadaan di dalam air yang graviti sifar membenarkan si manja bebas membuat pelbagai pergerakan.
11.Memantapkan pernafasan dan meningkatkan kapasiti paru-paru.
12.Disiplin ketika latihan di kolam renang menjadikan si manja lebih mudah mematuhi peraturan.
13.Dapat meningkatkan keyakinan diri si kecil dan berdikari pada awal usianya.
14.Peluang untuk si manja merapatkan hubungan dengan mama dan papa untuk sesi kelas bersama dengan ibu bapa.
15.Amat dicadangkan untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran kerana ia mampu merangsang interaksi dan proses pembelajaran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!