Itulah kekuatan yang dibawa oleh seorang ibu. Biar sakit walau terlantar sekalipun, sebolehnya diusahakan sebaik mungkin untuk menyermpurnakan tugasnya pada anak-anak.
Melalui Instagramnya, pengacara tersohor, Fedtri Yahya turut meluahkan rasa kagumnya buat isteri tercintanya yang selama ini banyak berkorban untuk membesarkan anak-anak mereka.
Kongsi Fedtri sempena hari lahir isteri tersayang, walaupun diuji dengan kehamilan yang sukar setiap kali hamil, isterinyalah orang yang paling banyak bersabar malah segalanya mampu diuruskan dengan baik.
“27 Oktober. Happy birthday to my wife. Nurul Anati. Dia telah meletakkan kepentingan keluarga melebihi segalanya.
“Tiap kali kehamilan, macam-macam dugaan. Ada waktu memang hanya terlantar dan terbaring. Pada masa sama anak-anak kecil lain harus diuruskan.
Ads
“Dalam kesulitan itu, anehnya semua mampu diurus. Naluri seorang ibu luar biasa,” katanya berkongsi.
Bahkan kata bapa penyayang ini lagi, dia sendiri mengakui melalui cabaran yang kuat bila mana bersama anak-anaknya.
Malah kata Fedtri lagi, isterinya seorang yang cukup tegas dalam mendidik anak berbanding dirinya yang lebih memanjakan anak-anak.
Ads
“Kita jaga anak-anak sejam dua dah pening. Bagaimana dia boleh hadap 24 jam. Sempurnya semuanya.
“Anak-anak kalau dengan daddy nak apa semua dapat, tapi mama letakkan garis ketegasan supaya anak membesar dengan disiplin.
“Semoga Allah kurniakan sebaik-baik ganjaran buat isteri solehah dan ibu mithali 🤲 Moga rahmat dan reda Allah mengiringi sebuah perjalanan membina keluarga samara. Aminn,” kongsinya lagi.
Bila dapat tahu diri hamil, setiap wanita pasti akan rasa bersyukur. Tambah lagi bila anak yang dikandung itu penghuni pertama rahim ibu. Dalam hati pasti mengharapkan fasa mengandung berjalan lancar dan anak yang bakal lahir nanti sihat.
Namun jika Allah berkehendakkan sesuatu melebihi daripada kita, tiada daya untuk kita menolak takdirNya. Sama juga situasi yang dikongsikan oleh ibu ini di Facebook Hayfa Amani apabila Allah ambil anaknya sejurus selepas lahir.
Menurutnya, percaya aturan Allah itu lebih indah. Rindu tetap rindu, kadang rasa tak tertanggung. Tapi ingatlah yang janji Allah itu pasti, Dia tak kan uji hambanya melebihi kemampuan. Ada hadiah yang Allah telah tetapkan untuk hambaNya yang sabar, reda dan ikhlas atas ujianNya. InsyaAllah.
Dapat tahu ketika bayi berusia 27 minggu
Kisahnya anak syurga saya Muhammad kurang gerak masa kandungan saya 27 minggu. Jadinya saya ke klinik swasta untuk check keadaan baby. Masa buat 2D scan tu doktor cakap anak saya alhamdulillah ok, jantung pun nampak berkelip kelip dekat screen tu.
Berbunga hati saya tiap kali nampak degupan jantung anak. Masa tu Dr pujuk saya untuk buat 5D scan sebab baby tengah pandang kamera katanya. Saya pun setuju untuk buat 5D scan sebab excited nak tengok muka anak, ye la anak sulung kan.
Masa buat 5D scan tu baru nampak yang baby ada cleft. MasyaAllah berdebar jantung saya masa tu, tak sangka yang anak ada masalah sedangkan saya dah buat detail Scan masa kandungan 20 minggu dan Dr bagitau yang baby sihat sempurna dan normal. Dr refer saya ke KK dan KK refer saya ke hospital untuk berjumpa dengan pakar untuk buat detail scan lagi sekali.
Dekat hospital pakar buat detail scan lagi sekali, masa tu kandungan dah 28 nak masuk 29 minggu dah. Ya lah nak dapatkan appoinment dengan pakar di hospital kerajaan kan memang ambil masa sikit. Lama Dr scan perut untuk tengok keadaan baby, muka Dr pun dah berkerut masa scan tu, saya dalam hati berdoa jangan la ada masalah yang serius dengan baby. Kalau setakat cleft tu saya terima sebab boleh dirawat.
Terdapat 8 hingga 9 masalah pada bayi
Tapi naluri ibu tak salah, Dr bagi saya khabar duka dimana terdapat banyak masalah dekat baby. Antara lebihan air dalam kepala, cleft, jantung berlubang, jantung kecil sebelah, usus tak terbentuk dan sebagainya. Terdapat 8-9 major problem dekat baby. Jadi Dr suggest untuk ambil sample air ketuban untuk tahu apa masalah baby.
Saya setuju untuk buat test tu. Walaupun takut, walaupun sakit saya tetap buat test tu dengan harapan masih ada peluang untuk selamatkan baby. Result sample ambil masa lebih kurang 2 minggu juga. Dalam hati ni terus berdoa supaya ada keajaiban untuk anak saya. 2 minggu tu terasa sangat lama untuk saya.
Lepas 2 minggu Dr call untuk ambil result. Betapa luluhnya hati saya bila Dr sahkan yang baby ada Edward Sydrome. Dimana ada masalah dengan kromosom baby. Dr explain yang baby tak dapat survive lepas lahir nanti sebab terlalu banyak masalah dekat baby.
Dr bagi pilihan induce atau tunggu sampai cukup bulan
Dr bagi 2 option sama ada nak induce untuk lahirkan baby awal ataupun tunggu turun tanda sendri. Dr bgtau yang mereka memang tak kan buat apa-apa untuk baby masa lahir nanti sebab peluang untuk baby survive cuma 1%.
Dr cakap nak terminate kandungan pun dah tak boleh sebab baby dah besar. So option dia sama ada induce untuk bersalin awal ataupun tunggu sampai full term. Kalau saya pilih nak carry pregnancy sampai full term pun baby boleh berisiko untuk meninggal dalam perut.
Gelapnya dunia saya masa tu hanya Allah je yang tahu. Betapa luluhnya hati saya bila Dr cakap anak saya tak ada harapan untuk hidup. Macam-macam persoalan terlintas dalam fikiran saya masa tu. Kenapa aku? Kenapa Allah bagi ujian macam ni dekat aku? Kenapa Allah selitkan ujian macam ni di saat aku dengan suami begitu excited untuk terima cahaya mata dalam keluarga kami? Aku dan suami tak ada masalah genetik tapi kenapa kami yang dipilih untuk terima ujian ni?
Lama saya ambil masa untuk terima apa yang berlaku. Seolah-olah semua ni macam mimpi bagi saya. Saya lupa yang Allah itu ada, Dia selalu ada. Alhamdulillah suami dengan keluarga bantu saya untuk bangun, selalu ingatkan saya yang anak tu hanya pinjaman dari Allah, Dia yang memberi, Dia juga lah yang ambil semula. Itu semua hak Dia, siapa lah saya nak mempertikai. Saya cuma hamba yang hina. Bila saya kembali pada Allah, perlahan lahan hati saya mula redha dengan ujian ni. Hati saya mula ikhlas menerima takdir yang Allah atur ni.
Bawa Muhammad sampai kandungan 41 minggu
Lepas bincang dengan suami, saya pilih untuk teruskan kandungan sampai full term. Sebab saya nak Muhammad ada dengan saya lama sikit. Demi Allah, saya tak ready untuk kehilangan Muhammad. Muhammad sangat kuat, tetap bertahan dengan saya walaupun Dr cakap bila-bila masa anak saya boleh meninggal dalam perut. Saya bawa Muhammad sampai kandungan 41 minggu. Sampai air ketuban saya pecah sendiri.
Masa dalam Labour Room pun Dr explain lagi sekali yang mereka tak akan buat apa-apa untuk baby. Saya redha, saya terima sebab kesian dekat anak saya kalau saya tetap berkeras suruh Dr selamatkan baby. Mungkin kalau saya paksa dia untuk survive, belum tentu itu yang terbaik untuk masa depan dia.
Biarlah anak saya pergi, cukup lah anak ibu sakit dalam perut ibu. Ibu tak sanggup tengok Muhammad sakit lagi kalau ibu berkeras suruh Dr buat apa-apa. Biarlah Muhammad pergi dengan tenang. Doa ibu kalau umur anak ibu tak panjang, ibu mohon supaya Allah ambil anak ibu dengan cara yang mudah, dengan cara yang tak menyakitkan anak ibu. Ibu dah redha, ibu ikhlas lepaskan Muhammad. Mungkin di sisi Allah adalah tempat terbaik untuk anak ibu.
Ibu reda, tiada tangisan masa lahir
Alhamdulillah tanggal 8 September 2022, tepat jam 3.34 AM, anak syurga saya selamat dilahirkan. Muhammad tinggalkan saya sejurus dilahirkan. Tiada tangisan yang didengari, saya tahu anak saya sudah pergi bertemu dengan Penciptanya. Alhamdulillah Muhammad pergi dengan sangat mudah. Pergi dengan cara yang ibu harapkan. Ibu redha sayang, ibu ikhlaskan. Ibu titipkan Muhammad dalam jagaan Allah. InsyaAllah satu saat nanti, ibu akan bertemu dengan Muhammad lagi.
Terima kasih sebab ada dengan ibu sampai habis waktu. Terima kasih sebab tetap kuat dalam rahim ibu sampai Muhammad dilahirkan. Terima kasih sebab teman ibu selama 9 bulan ni sayang. Urusan ibu mengandung dan melahirkan Muhammad sangat mudah dan lancar alhamdulillah.
Sekarang dah berakhir perjuangan anak ibu. Berehatlah sayang. Sesungguhnya ibu halalkan segalanya dekat dunia ni. Ibu dengan ayah doa dari jauh. Semoga kita bertemu kembali. Nanti tarik tangan ibu dengan ayah tau, kita masuk syurga sama-sama. Muhammad kesayangan ibu dengan ayah dunia akhirat…Al-Fatihah, Muhammad Bin Abdul Hadi ❤
Mengasingkan tempat tidur anak memang sukar. Apatah lagi bila rumah tidak punya lebihan bilik yang sesuai untuk anak. Sudahnya anak terpaksa tidur bersama mak ayah. Jangan dibiarkan kerana aurat mak ayah perlu dijaga sebaiknya.
Bilik tak cukup? Apa mak ayah nak buat? Perkongsian tip oleh Penulis Keibubapaan, Pn Wan Nur Syakira ini mak ayah kena aplikasikan. Ada banyak tip yang mak ayah boleh cuba lakukan.
Ada ibu yang bertanya seandainya mereka suami isteri masih tak mampu asingkan tempat tidur anak kerana ada dua bilik. Satu bilik tidur, satu stor. Apa yang beliau boleh buat?
Jadi panduannya,
1️. Asingkan tilam antara ibu bapa dan anak-anak. Bilik sama, tetapi compartment berbeza. Jika anak berbeza jantina, usahakan asingkan juga di dalam bilik yang sama.
2️. Anak-anak pula, seorang satu selimut. Usah biasakan tidur satu selimut.
3️. Jika anak ada di dalam bilik, jangan lah tukar baju di hadapan mereka. Minta mereka keluar dahulu atau tukar baju di bilik air. Keluar dengan sudah berpakaian lengkap. Berhati-hati dengan aurat ibu ayah dengan anak-anak.
4️. Berjaga-jaga dengan sentuhan suami isteri, jika anak ada, jangan dipaparkan sentuhan yang menjurus kepada keintiman seksual.
Begitu juga perbuatan ibu ayah mandi bersama, jangan biar diketahui anak-anak. Jika anak tiada dalam bilik, boleh lah buat apa saja.
5️. Ibu ayah dan anak-anak kena amalkan ketuk pintu sebelum masuk. Jangan terjah, kerana semua berkongsi bilik yang sama untuk segala urusan peribadi.
6️. Jangan sesekali melakukan hubungan suami isteri di hadapan anak-anak meskipun mereka tidur dan sebenarnya tiada sesiapa boleh melihat atau mendengar hubungan kelamin suami isteri dilakukan, ianya aurat yang perlu disembunyikan rapi.
Lakukanlah ketika mereka tiada. Sebenarnya, anak dah pandai pura-pura tidur seawal umur 4 tahun, apatah lagi yang berada di sekolah rendah. Panduan ini terpakai selagi mana kita terpaksa berkongsi bilik tidur dengan anak.
7️. Andai ada ruang untuk kosongkan stor untuk jadikan bilik, saya amat galakkan begitu. Jadi, anak boleh diasingkan bilik.
Seorang sahabat Facebook saya pernah kongsikan dia lakukan begini untuk anak-anaknya. Beliau kosongkan stor dan dia dan suaminya tidur di stor dan anaknya di bilik satu lagi. Terpulang, boleh juga digunakan pendekatan beliau ini.
✅ Disarankan paling kurang, setiap rumah ada 3 bilik. Satu bilik ibu bapa, satu bilik untuk adik beradik lelaki, satu bilik untuk adik beradik perempuan.
✅ Andai ada 2 bilik, satu bilik untuk ibu ayah dan satu bilik lagi untuk adik beradik perempuan. Adik beradik lelaki mungkin tidur di ruang lain, ruang tamu sebagai contoh.
Saya titipkan doa agar diberikan ibu tadi rezeki untuk hidup berbahagia dan lebih terjaga di rumah sendiri. Minta doakan puan ini juga ya. 😊
Rasa tersentak dan terpempan saya bila Allah datangkan peringatan untuk bersyukur rumah saya ada lebih dari satu bilik.
Saya pun dalam proses latihan asingkan tempat tidur untuk anak sulung. Memang bukan mudah proses ini, tetapi sesukar-sukar saya , anak saya punya bilik sendiri. Tidak seperti mereka.
Moga Allah limpah rezeki pada mereka. Amin ya Rab.
Susah senang dalam berumahtangga, hanya suami isteri yang rasa. Pengalaman mendewasakan dan mematangkan setiap pasangan. Ujian yang datang dilalui bersama menjadikan hubungan semakin utuh.
Pada awal perkahwinan, setiap pasangan akan mula mengenali antara satu sama lain dengan lebih baik. Tidak lama kemudian lahirnya zuriat. Setelah membesarnya keluarga, ada masanya kesusahan datang tanpa diduga.
Bohonglah kalau tidak pernah hadapi masalah dalam rumah tangga. Tapi biarlah yang menanggungnya itu hanya kita suami isteri agar yang diperlihatkan kepada umum hanya indah-indah. Belajar dari kesilapan dan terus memperbetulkan. Terima kasih buat pasangan kerana selalu tabah dan ada bersama-sama.
Perkongsian bapa ini sedikit sebanyak memberikan kekuatan untuk menghadapi kata-kata orang tentang apa yang dilalui dalam perhubungan. Senang yang diraih hari ini hasil kesusahan yang dilalui semalam. Mata yang memandang tidak seperti bahu tang memikul. Abaikan penilaian negatif dan kata orang.
ORANG NAMPAK KITA SENANG, MASA SUSAH TAK SIAPA TAHU
Susah kita laki bini, tak ada siapa pun yang tahu…
Tapi yang orang selalu nampak, kita pergi melancong, kita tukar kereta, kita makan sedap-sedap, kita beli barang baru, kita tukar perabot, kita celebrate birthday anak dan sebagainya…
Walhal dia tak tahu apa yang kita lalui baru kita boleh buat semua tu, baru boleh rasa semua tu…
Sebab tu saya selalu kata,
Kalau nak pergi melancong, silakan…
Kalau nak tukar kereta, silakan…
Kalau nk makan sedap-sdap, makan di restaurant, silakan…
Kalau nk beli apa pun, silakan…
Kita guna duit kita…
Kita bukan guna duit orang yang mengata tu. Kita tak pula menyusahkan siapa-siapa dan semua yang kita nak buat tu, berdasarkan apa yang kita dah usaha, dah menyimpan dan dah kumpul sebelum kita boleh beli, boleh buat, boleh makan dan sebagainya…
Masa kita suami isteri susah, tak ada siapa pun yang nampak…masa kita tengah bulan, makan telur, makan ikan masin, tak ada siapa pun yg tahu…siang keje, malam berniaga, laki bini cari duit, sehari buat 2 kerja, ada diorang perasan.
Korek tabung, tukar syiling, ikat perut, catu perbelanjaan sementara nak gaji, semua kita hadap suami isteri…
Tapi bila kita “nampak” je senang, terus macam-macam kata-kata yang kita dengar, yang sampai ke pengetahuan kita…itulah ragam manusia zaman sekarag ni…
Abaikan, pedulikan, buat apa yang kita suami isteri nak buat asalkan kita tak menyusahkan org lain, tak berhutang dan ianya menggunakan duit kita sendiri, hasil usaha kita sendiri…
Dia tak layak mempertikaikan apa yang dia nampak…mata yang memandang tak sama dengan bahu yang memikul.