Sebenarnya banyak je makanan yang berkhasiat dari sumber yang asli untuk dijadikan kudap-kudapan untuk anak-anak. Malah makanan tersebut juga boleh melatih gigi anak menjadi lebih kuat serta mampu mengurangkan plak di gigi anak.
Kadang-kadang kita sebagai ibu bapa pun dah buntu kan? Jadi jom kita baca apa kata pakar tentang kebaikan timun batang dan juga lobak untuk kesihatan gigi anak-anak.
Melahirkan anak adalah satu proses yang memerlukan tenaga fizikal dan mental yang tinggi. Oleh itu, adalah sangat penting untuk bakal ibu mengambil makanan sebelum bersalin yang sesuai bagi memastikan tubuh mempunyai bekalan tenaga mencukupi. Pemilihan makanan yang betul juga membantu ibu berasa lebih selesa ketika menghadapi kontraksi.
Pengambilan makanan dan minuman sebelum bersalin, terutamanya pada fasa awal kelahiran, amat penting untuk membekalkan tenaga yang diperlukan sepanjang proses ini. Proses kelahiran bukanlah sesuatu yang mudah dan tidak dinafikan anda mungkin akan berasa gementar.
Namun, tindakan memilih untuk tidak makan dan minum boleh menyebabkan anda berdepan tekanan, rasa mual, muntah serta sakit kepala. Kekurangan tenaga juga boleh menyebabkan proses bersalin menjadi lebih lama dan kontraksi kurang efektif.
Memastikan diri mendapat bekalan makanan berkhasiat dan tubuh kekal terhidrat membantu mengelakkan keletihan melampau. Keletihan yang berlebihan boleh memberi kesan kepada kekuatan ibu ketika meneran dan memperlahankan proses kelahiran.
Oleh itu, pemilihan makanan sebelum bersalin yang betul adalah antara persediaan penting yang tidak boleh dipandang ringan.
Fasa pertama kelahiran merupakan tempoh paling sesuai untuk mengumpul bekalan tenaga yang akan digunakan sepanjang proses bersalin.
Sama seperti penjagaan sepanjang tempoh kehamilan, ibu disarankan mengekalkan pengambilan makanan seimbang yang membekalkan tenaga dan nutrien mencukupi. Anda juga dinasihatkan untuk makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap bagi memudahkan proses pencernaan.
Pilih makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks, sedikit protein dan lemak sihat untuk menstabilkan paras gula dalam darah, seperti:
Apabila memasuki fasa kedua bersalin, selera makan biasanya semakin berkurangan, terutamanya apabila kontraksi menjadi lebih kuat dan kerap.
Jika mampu, kunyahlah sedikit makanan ringan atau makanan yang mudah dicerna bagi mengekalkan kekuatan. Anda boleh menyediakan beberapa pilihan seperti buah-buahan segar atau bar granola dengan campuran buah kering.
Walaupun makanan yang dipilih perlu berkhasiat dan mengikut selera, terdapat beberapa jenis makanan yang disarankan untuk dielakkan sebelum bersalin.
Sama seperti aktiviti fizikal yang berat, ibu juga perlu memastikan tubuh kekal terhidrat semasa proses bersalin.
Walaupun selera makan mungkin berkurangan, pastikan anda terus minum air di antara tempoh kontraksi.
Air putih membantu mengekalkan hidrasi, air rebusan tulang (bone broth) kaya nutrien dan boleh membantu mengurangkan loya. Air kelapa pula mengandungi magnesium, kalium dan elektrolit yang sangat baik untuk hidrasi.
Minuman campuran limau nipis membantu membekalkan elektrolit yang diperlukan untuk pengecutan otot rahim.
Bagi ibu hamil berbangsa Melayu, amalan minum air selusuh sering disarankan untuk memudahkan proses bersalin. Air selusuh dipercayai dapat mempercepatkan proses kelahiran selepas ibu mula mengalami kontraksi.
Air ini biasanya dibacakan ayat suci Al-Quran dan diberikan kepada ibu hamil untuk diminum atau disapu pada perut. Ada juga amalan menggunakan rendaman akar Fatimah, air zam-zam, minyak kelapa dara dan minyak zaitun.
Sehingga kini, tiada kajian saintifik yang membuktikan bahawa air selusuh dapat membantu mempermudahkan proses bersalin. Campuran herba tertentu boleh menghasilkan bahan kimia aktif yang merangsang hormon oksitosin secara tidak terkawal.
Pengambilan air ini berisiko kerana ia seolah-olah memaksa pintu rahim terbuka sebelum waktunya, menyebabkan kontraksi yang terlalu kuat walaupun bukaan belum mencukupi.
Antara risiko yang boleh berlaku termasuk:
Pemilihan makanan sebelum bersalin yang sesuai memainkan peranan penting dalam memastikan ibu mempunyai tenaga mencukupi dan melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.
Jika anda tidak pasti makanan atau minuman yang sesuai diambil sebelum bersalin, sebaiknya berunding dengan doktor atau pakar kesihatan bagi mendapatkan nasihat yang tepat dan selamat.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada anak-anak kita yang cukup suka makan gula-gula dan manisan lain walaupun dilarang. Apa kata ibu tunjukkan eksperimen mudah untuk anak. Simple tapi kreatif cara yang dikongsikan oleh Hanis Athirah Rusli.
Eksperimen yang dikongsikannya paling mudah, jimat dan cantik. Semoga anak-anak kita dapat mengehadkan dan membezakan bagaimana pewarna yang digunakan tidak sihat untuk mereka.
Eksperimen Paling Mudah, Jimat dan Cantik!
Bukan nak sembang, tapi serius memang eksperimen ni sangat berbaloi untuk dilakukan bersama anak-anak. Satu eksperimen ringkas yang dapat mempertingkatkan penguasaan kemahiran proses asas terutamanya untuk anak-anak peringkat pra sekolah.
Manakan tidak, bahan yang diperlukan pun sangat ringkas iaitu air suam, piring dan gula-gula berwarna warni.
Biasanya ramai yang menggunakan Skittles atau M&M’S untuk eksperimen ini. Tapi, kali ni untuk lebih menjimatkan kita beli je gula-gula dekat Eco Shop saja. Jimat kan?
Sambil tu diharapkan dengan eksperimen ini, dapat menjawab persoalan anak-anak yang tanya selalu kenapa tak boleh makan gula-gula.
Jadi, anak boleh belajar warna warni yang menyelaputi gula-gula tu hakikatnya hanyalah gula dan pewarna makanan. Apabila ditambahkan air suam gula dan pewarna makanan mula larut.
Jadi, macam mana? Elok tak untuk kesihatan? Cuba buat dan lihat respon comel mereka.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir?
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
bila anak tak makan, sesetengah ibu ayah akan menggunakan trik tertentu supaya mereka bekerjasama. Selain diberikan mainan, ada juga yang benarkan anak-anak makan sambil tengok handphone. Dengan cara itu, anak akan seronok untuk makan sebab dapat main gajet. Elok ke sebenarnya kaedah ni?
Betul, bila kita bagi anak gajet atau mainan dapat mengalih perhatian anak dan membuatkan mereka makan. Pun begitu, ia bukanlah cara yang betul. Ikuti penjelasan dari Dr Ahmad Luqman Bukhari tentang cara makan yang patut dipraktikkan.
MENCABAR RAWAT ANAK OBES
Antara perkara super mencabar ialah bila kami berhadapan pesakit kanak-kanak berbadan obes. Nak ambil darah susah. Nak masukkan jarum ke saluran darah untuk berikan ubat atau hidrasikan tubuhnya dengan air, pun sama.
Tu yang kadang-kadang berkali-kali terpaksa cucuk sebab salur darahnya tak kelihatan seperti kanak-kanak lain.
Belum cerita lagi, bila jumpa kanak-kanak yang terlampau obes dan berat badan dah hampir macam orang dewasa. Sekali mereka mengamuk, boleh terbang staff kesihatan yang bertubuh kecil. Huhu.
ANAK GEMUK SEBAB SALAH CARA MAKAN
Biasanya, antara punca budak jadi terlampau gemuk, ialah mak ayah tak ajarkan cara makan yang betul.
Sepatutnya, makan mesti dalam keadaan duduk bertenang. Bukan depan tv, bukan sambil menonton di smartphone atau tablet. Bukan juga masa tengah bermain.
Tapi dalam keadaan benar-benar menikmati makanan serta mengunyah dengan baik. Didik anak untuk kunyah sehingga 30 atau 40 kali untuk pastikan makanan betul-betul hancur dan mudah dihadam.
Bila mereka berjaya ambil masa yang cukup untuk mengunyah, barulah makanan hancur lumat dan kalenjar dalam mulut dapat merembeskan enzim amylase secukupnya. Enzim ni penting tau untuk bantu proses penghadaman.
HORMON GHRELIN BUAT KITA ASYIK NAK MAKAN!
Mengikut kajian, otak perlukan 20 minit untuk terima signal yang perut dah kenyang. Nahas kalau makan tergesa-gesa, perut dah penuh tapi masih belum rasa kenyang sebab otak masih berterusan keluarkan hormon Ghrelin.
Ghrelin ni lah yang buatkan rasa lapar dan nak makan lagi. Akhirnya selalu terlebih portion makan lantas mengakibatkan masalah obesiti.
Berbeza bila anak-anak makan penuh tertib dan perlahan-lahan, ia memberikan masa pada usus kecil menghantar signal pada otak supaya merasa kenyang dan penuh. Porsi makan tak berlebih.
Barulah makan jadi suatu proses bermanfaat, bukan mudarat.
Semoga bermanfaat!
Diharapkan dengan perkongsian dari Dr Luqman ini dapat memberi penjelasan kepada ibu bapa tentang cara memberi anak makan yang betul.