Tergamaknya si ibu bapa meninggalkan anak ini sendiri, itulah perasaan pertama kali melihat anak kecil ini tidur di tepi jalan beralaskan kotak dan berselimut cuaca dingin malam.
Apabila Abbe Hae bertanya dimana keberadaan si bapa, penghuni jalanan lain berkata bapa kanak-kanak tersebut pergi memancing.
Si ibu pula sedang ditahan di pusat rawatan ketika ini.
Abbe Hae yang geram dengan sikap lepas tangan si bapa yang tidak mengendahkan keselamatan anak kecil ini meminta agar seseorang mengambil anak ini sebelum dia sendiri yang ambil dan tidak akan pulangkan anak ini kembali.
Mujur ada rakan gelandangan lain yang sudi menjaga anak kecil ini sementara menanti kepulangan si bapa. Jika diikutkan hati geram, memang Abbe Hae yang membawa pulang anak ini dan tinggal di bawah jagaanya.
Mendapat tontonan sebanyak 1.9 juta, ramai warga maya sebak melihat keadaan anak kecil yang sebaya anak sendiri tidur beralaskan kotak di tepi jalan tanpa pengawasan penjaga di sisi.
Ubah cara berfikir, ubah cara berdoa. Ini antara senjata yang paling kuat untuk ibu bapa yang dikurniakan anak istimewa ataupun ketika menerima ujian dari Allah.
Seperti yang dikongsikan oleh bapa adik Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin dia dan isteri sentiasa setkan dalam minda bahawa Ainul tak sakit dan tidak sesekali melayan anaknya seperti seorang yang sakit.
Semangat inilah yang jadi penguatnya sejak Ainul lahir Ogos lalu sehinggalah hari ini.
Saya sentiasa setkan dalam minda bahawa Ainul Mardhiah tidak sakit, dan kami suami isteri tidak akan sesekali melayan Ainul Mardhiah seperti orang sakit.
Kami bawa dia pergi makan di luar, bawa jalan-jalan dan sebagainya. Tapi jangan salah faham, segala aspek keselamatan dan kebersihan telah dahulu kami pastikan dan selebihnya kami serahkan kepada Allah swt. Sebab Allah swt lah zat yang mengizinkan sesuatu perkara itu berlaku.
Sebenarnya, Allah sedang mendidik kami untuk menjadi ibu bapa yang lebih kuat, tabah, dan berfikiran bersih. Tidak bersangka-sangka terhadap Allah kecuali hanya bersangka baik terhadapNya.
Saya selalu membayangkan ketika dalam doa, Allah sedang memerhati kami anak beranak dengan senyuman, dan saya sentiasa membayangkan yang Allah sedang bercakap dengan kami melalui Ainul Mardhiah.
Allah SWT minta supaya kami bersabar, sabar, sabar dan doa tidak henti-henti. Allah SWT nak kuatkan kami untuk pergi level yang lebih tinggi. Jika tidak di dunia, inshaAllah ganjarannya di akhirat kelak.
Mungkin dengan kami berbakti kepada anak, di padang mahsyar nanti, Anak ini lah yang akan menarik kami ke syurgaNya. Mudah-mudahan dengan RahmatNya.
Allah angkat kesakitan Ainul cuma tinggalkan ketumbuhan
Ainul tidak menderita, apatah lagi terseksa.
Allah SWT itu Maha Adil lagi Maha Penyayang. Mana mungkin Zat yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang menyakiti hamba-hambaNya.
Sejak di awal kelahiran lagi Allah swt sudah mengangkat segala kesakitan Ainul Mardhiah ke langit. Cumanya Allah tinggalkan ” ketumbuhan ” itu untuk kita semua memuji kebesaranNya.
Yang sakitnya adalah kita; Mata yang melihat.
Bantu saya tuan/puan, usah gunakan lagi perkataan ” Bayi Yang Malang, Bayi yang terseksa, Bayi yang Menderita ” dan sebagainya kepada Ainul Mardhiah.
Sebab kata-kata kita adalah satu doa.
Doa yang baik-baik, kata yang baik-baik, akan dapat yang baik.
Disangkakan dua, rupanya tiga! Siapa sangka selepas hampir tiga tahun menanti kehadiran cahaya mata, doa ejen hartanah, Mohamad Safwan Abd Rahim dan pasangannya, Nurul Farhana Fatin Salim akhirnya termakbul apabila dikurniakan bayi lelaki kembar tiga.
Kisah kembar tiga diberi nama Idlan, Izhan, dan Ilhan atau gelarannya ‘The Antriplets’ itu mendapat perhatian ramai selepas Mohamad Safwan, 31 memuat naik video bayinya di TikTok dengan rata-rata netizen memuji kecomelan mereka.
Bercerita lanjut, Mohamad Safwan yang menetap di Bandar Baru Uda, di sini, berkata, dia dan Nurul Farhana, 29, mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 selepas dua tahun berkenalan.
“Selepas bergelar suami isteri, kami menjalani kehidupan rumah tangga seperti biasa, sama seperti pasangan lain.
“Setiap pasangan tentu mahukan anak tetapi kami tidak tertekan malah sering luangkan masa bersama termasuk pergi bercuti kerana percaya dengan rezeki yang sudah ditetapkan, cuma cepat atau lambat saja.
“Masuk tahun kedua perkahwinan, sudah ad a orang sekeliling bertanya soal zuriat tetapi kami tidak kecil hati kerana anggap pertanyaan itu perkara biasa. Lagipun, kami tidak hanya berdiam sebaliknya ada berikhtiar termasuk ke Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi memeriksa tahap kesuburan,” katanya.
Mohamad Safwan berkata, hasil pemeriksaan dilakukan, doktor mengesyorkannya dan pasangan mengambil ubat, mengubah cara pemakanan dan tabiat gaya hidup.
“Saya juga cuba dengar nasibat doktor untuk berhenti merokok walaupun hakikatnya seorang perokok tegar. Usaha itu membuahkan hasil kerana tiga bulan kemudian, isteri disahkan hamil.
“Awalnya, hanya ada dua janin dikenal pasti dalam kandungan isteri namun ada keajaiban berlaku kerana seminggu sebelum isteri bersalin iaitu ketika pemeriksaan terakhir, doktor dapati ada lagi satu janin.
“Ia satu kejutan juga kerana saya dan isteri sudah buat persiapan beli pakaian serta kelengkapan untuk kembar dua.
“Alhamdulilah, mereka dilahirkan sihat walaupun secara pra matang iaitu pada usia kandungan isteri tujuh bulan. Disebabkan itu, Idlan dan Izhan ditempatkan 82 hari di unit rawatan intensif neonatal (NICU) manakala Ilhan selama 62 hari,” katanya yang turut menjalankan perniagaan pakaian terpakai di Pandan Uptown, Pasar Borong Pandan, di sini.
Menurutnya, dia dan menganggap kehadiran kembar tiga mereka sebagai penyeri selepas hampir tiga tahun rumah mereka ‘sepi’.
“Bukan hanya kami malah saya percaya ramai lagi pasangan di luar sana menginginkan zuriat malah ada yang lebih lama berumah tangga tetapi belum ada rezeki.
“Saya harap pasangan lain tidak berputus asa dan terus berusaha termasuk ke LPPKN, dapatkan rawatan perubatan dengan pakar, terus berdoa kepada Allah serta bersangka baik dengan-Nya,” katanya.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tempoh berkurung yang panjang di seluruh dunia berikutan penularan pandemik Covid-19 bakal mengakibatkan tujuh juta kehamilan berlaku.
Menurut data yang dikeluarkan oleh Dana Populasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA), pelbagai faktor sampingan yang menyebabkan berlakunya peningkatan jumlah ini.
Kajian yang dilakukan mendapati akses perancangan keluarga atau menghadapi kehamilan yang tidak diduga disebabkan keganasan terhadap wanita dan amalan lain menyebabkan jumlah naik mendadak.
“Data ini menunjukkan kesan yang berlaku ketika tempoh Covid-19 ke atas wanita dan gadis di peringkat global,” jelas Pengarah Kanan UNFPA Dr Natalia Kanem.
Jumlah kehamilan yang tidak dirancang dijangka akan meningkat.
“Pandemik ini semakin berpanjangan, dan berjuta-juta wanita dan gadis kini berisiko kehilangan kemampuan untuk merancang keluarga dan melindungi tubuh dan kesihatan sendiri.”
Terdapat juga 31 juta kes tambahan keganasan berdasarkan gender dalam tempoh yang sama, dengan 15 juta lagi kes dijangka setiap tiga bulan sejak lockdown.
Pandemik ini juga telah mempengaruhi program Female Genital Muttilation (FGM) dan perkahwinan kanak-kanak.
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.