Di bulan Rejab yang mulia ini ada diantara kita yang mengambil kesempatan untuk menggantikan puasa. Ibu yang menyusukan anak tidak terkecuali turut menggantikan puasa.
Bagaimana nak memastikan ibu tidak lapar dan boleh bertahan sepanjang berpuasa ganti? Ini panduan yang dikongsikan oleh Kaunselor Laktasi, Pn Nad Masrom.
Bagi ibu yang menyusukan anak pasti terfikir-fikir bagaimana agaknya cabaran ketika berpuasa. Boleh juga guna untuk ibu menyusu yang berpuasa sunat atau nak bersedia untuk Ramadan nanti.
1. Mindset yang positif
Kita sebenarnya berperang dengan diri sendiri dalam menghadapi cabaran berpuasa ini. Bila kita fikir kita tak mampu, kita memang jadi tak mampu. Jadi, cuba ubah fikiran kepada sebaliknya.
2. Lewatkan sahur dan ambil karbohidrat kompleks
Ibu menyusu kena bersahur. Lewatkan sahur dan ambillah sumber karbohidrat kompleks seperti oat. Oat membantu ibu-ibu menyusu rasa kenyang lebih lama.
3. Ambil jumlah protein secukupnya
Ibu menyusu yang berpuasa selalunya kurang ambil protein waktu sahur, jadi pastikan ibu ambil protein secukupnya.
Ads
4. Minum air secukupnya
Dari selepas berbuka hingga sahur, minumlah air sikit-sikit tapi kerap. Sediakan botol air berhampiran. Bila dahaga walaupun sedikit terus minum. Cuba minum 8-10 gelas air sepanjang malam.
5. Kurangkan kafein dan makanan berminyak
Kafein bersifat dierutik. Bila diambil, ibu-ibu akan kerap membuang air dan mengurangkan air dalam badan. Makanan berminyak akan menyebabkan ibu-ibu cepat dahaga. Jadi berpadalah dalam mengambil keduanya.
6. Ambil kurma sewaktu berbuka
Kurma mengandungi gula ringkas yang dapat membekalkan tenaga dengan lebih cepat kepada ibu menyusu.
Disarankan ambil dalam jumlah segenggam kurma (ikut saiz tangan sendiri) dan minum air kemudian solat dahulu supaya ibu tidak tergopoh makan sekaligus banyak.
Ads
7. Breast compression
Bila pam rasa susu tu macam tak nak keluar atau bayi macam meragam waktu menyusu, ibu boleh buat breast compression. Breast compression membantu susu keluar dengan lebih baik.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Ads
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Nak jadi ibu bapa terbaik? Barulah kita dapat didik anak-anak jadi insan cemerlang!
Jom sertai Parenting Summit Online 2025 dengan barisan panel hebat seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Say Shazril, Dr. Malar, Ustazah Asma’ Harun & Awal Ashaari dan ramai lagi!
Pendaftaran PERCUMA, untuk 500 ibu bapa pertama sahaja! Lebih seronok, ada peluang menang hadiah lucky draw bernilai sehingga RM3000!
Bayi dah masuk 6 bulan, rutin ibu untuk membuat penyediaan makanan anak perlu diberi keutamaan. Ibu akan mula berkira-kira membuat bubur untuk menambahkan segala zat untuk anak dan penyediaan awal ke arah makanan orang dewasa.
Cuma yang menjadi kekangan buat ibu, untuk membuat bubur perlu ambil masa yang lama untuk pastikan beras yang dimasak cepat hancur.
Mungkin bagi ibu suri rumah tiada masalah bab penyediaan makanan anak, cuma yang bekerja perlu bangun awal untuk sediakan bekalan pada pengasuh. Terlewat bangun sikit, mungkin agaka kelam kabut.
Namun tip yang dikongsikan oleh Puan Siti Rashidah Jasimin ini boleh dicuba untuk mempercepatkan proses memasak bubur anak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Nak kongsi cara untuk buat “Beras Frozen”. Hari tu ramai yang PM tanya cara nak buat macam mana.
Ok senang je. Follow je gambar ada cara dia ok.
Masukkan beras dalam bekas kecil untuk sekali masak. Cuci bersih. Isikan air lebih sikit dari beras
P/S :: Tak perlu kisar beras sebab bila dimasak beras akan cepat hancur
Terus masukkan di bahagian beku
Bila nak guna just amik 1 bekas masukkan terus dalam periuk. Tak perlu cuci lagi sebab dah cuci masa nak frozenkan.
Melihat saiz anak yang terlalu kurus membuatkan kita terus bimbang. Adakah anak kita tidak cukup nutrisi setiap hari atau berat badan susah untuk naik. Apa sebabnya?
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, fokus utama untuk menaikkan berat badan anak adalah dengan mengutamakan tiga sumber utama makanan iaitu karbohidrat, protein dan lemak baik dalam menu harian anak. Ini penting.
Banyakkan makanan padat nutrisi untuk naikkan berat badan anak. Kita tak nak anak berlebihan berat badan hanya sebab dari gula dan transfat.
Banyakkan real food untuk anak-anak, dan bukan makanan ultra processed. Supaya kita dapat naikkan berat badan yang berkualiti pada anak.
Tiga sumber utama yang kita boleh bagi anak makan, untuk naikkan berat badan mereka.
1. Karbohidrat 2. Protein 3. Lemak baik
Penting untuk kita cukupkan keperluan anak dari 3 sumber ini, untuk dapatkan berat badan yang ideal buat anak.
Jika kurang, berat badan tak akan naik. Jika lebih, berat badan akan bertambah.
Berpada, walaupun ianya real food, tetap ada limit untuk anak kita makan. Saya bagi contoh makanan untuk tambah berat badan, yang ada di rumah saya.
Banyak lagi pilihan yang ada di pasaraya, boleh cari ikut kesesuaian keluarga kita.
Karbohidrat – nasi, pasta, ubi Protein – ikan, ayam, daging, kacang, telur Lemak baik – cheese, avocado, butter, minyak sapi, kacang
Cuba cari makanan di atas, yang kurang diproses. Pilihan sentiasa ada, cuma perlukan sedikit pengetahuan supaya kita jumpa pilihan yang lebih baik.
Saya ada kongsikan tips macam mana nak beli, dalam perkongsian-perkongsian saya sebelum ni. Sama-sama kita cuba ya, sediakan pilihan makanan yang baik untuk anak.
Apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa apabila anak terlalu obses dengan susu formula sehingga enggan makan makanan pejal? Apabila dipujuk untuk makan makanan seperti nasi, sup atau roti, anak tetap enggan. Apatah lagi buah-buahan dan sayur, memang langsung tidak dipandangnya. Bagaimana kita sebagai ibu bapa ingin memujuknya untuk makan sajian seimbang? Ikuti perkongsian ini.
Kemungkinan anak anda enggan makan makanan pejal disebabkan kenyang dengan susu. Mungkin anak anda agak kerap menyusu dalam sehari. Umumnya, susu itu sendiri mengandungi banyak khasiat bagi menampung keperluan si kecil. Salah satu penentu ukur sama ada tahap perkembangan dan tumbesaran si kecil adalah berat badan dan ketinggiannya.
Si kecil perlu mencapai tahap yang sesuai mengikut umurnya. Namun, galakan untuk anak untuk makan makanan pejal sememangnya penting. Elakkan memberi susu kepadanya sebelum atau ketika hampir waktu makan.
Ini kerana jika diberikan susu, kemungkinan si kecil kenyang dan tidak mahu makan. Rancang waktu makan dan waktu minum susu. Tiga hidangan utama perlu diambil ialah sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Selebihnya boleh diaturi dengan minum susu. Pada awalnya si kecil memang akan meragam, tidak mengapa. Don’t fall to the manipulation. Jangan diberi susu jika si kecil tidak mahu makan pada waktu makan. Anak anda akan belajar untuk makan apabila berasa lapar.
Jika si kecil suka hidangan berkuah, hidangkan sahaja. Namun, pastikan setiap waktu makan, perlu lengkap dengan hidangan seimbang lain. Maksudnya, selain kuah, hidangan lauk berprotein seperti ikan, ayam atau daging perlu ada, sayuran dan buah-buahan juga perlu ada.
Imej makanan sihat perlu sentiasa terpapar pada pandangan si kecil walau pun dia masih belum mahu memakannya. Ini kerana, paparan ini akan menggalakkan penerimaan si kecil dari masa ke masa. Subconcious mind stimulation!
Daripada tidak mahu makan kepada mahu mencuba rasa dan seterusnya mahu makan. Usaha ini sememangnya akan memakan masa. Don’t give up. Biskut atau kerepek? Pastikan biskut yang diberikan bukanlah jenis yang manis atau berkrim. Kerepek pula, jika boleh, tidak perlu ada di rumah. Elakkan membeli atau menyimpan makanan yang tidak sihat di rumah. Semoga ibu bapa diluar sana berjaya!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!