Anaknya kerap demam bengkak tonsil dan lalui pembedahan untuk membuang tonsil. Ibu ini menceritakan detik cemas dilalui akibat komplikasi pembedahan.

Puan Nurul Shazalina Zainudin, ibu kepada Alexander Akil, 5 tahun yang telah muncul dalam rancangan TV Pa&Ma yang ke udara pada 22 Januari 2019, jam 12 tengah hari & ulangannya 9 malam di slot Dewi Astro Prima & Astro Maya HD.

Tonsil Dikeluarkan Sebesar Guli. Ibu Kongsi Pengalaman Anak Alami Tonsilitis & Pendarahan Lepas Bedah Dalam Pa&Ma TV

TONSIL..BAHAYA ATAU TIDAK

Anak saya Alexander Akil (5 tahun) menjalani satu prosedur membuang tonsilnya.Dan nasib tidak begitu baik, dia mendapat komplikasi selepas pembedahan tersebut.

Akil sudah lama ada tonsil, sejak dari kecil. Dalam umurnya 2-3 tahun dulu dah direfer ke pakar ENT, tapi doktor pakar kata tunggu dia besar sikit baru boleh buat pembedahan untuk buang.

Menurut Shazalina setiap bulan dia demam. Dan demamnya sangat tinggi. Selalunya melebihi 39°C. Dan kebanyakan masa memang disebabkan tonsilnya dijangkiti, membengkak dan merah. Rawatan antibiotik perlu diambil.

IKLAN

Tonsil Dikeluarkan Sebesar Guli. Ibu Kongsi Pengalaman Anak Alami Tonsilitis & Pendarahan Lepas Bedah Dalam Pa&Ma TV

Nasib baik selalu dapatkan rawatan di klinik yang sama, jadi doktor bertugas perasan rekod Akil yang sentiasa demam dan masalah tonsil. Jadi, beliau memberi surat refer ke pakar ENT.

“Saya pun bawa Akil ke sebuah hospital di Bangi. Memang perlu dibuang. Tapi dr minta tunggu lagi dua minggu sebab nak betul-betul sihat dari demam dan sakit. Sampai tarikhnya, seawal 7 pagi admit ke wad, akil menunggu masa untuk masuk dibedah. Pukul 10.45 pagi mula pembedahan dan tamat  pada 11.30 pagi. Alhamdulillah semua selamat,” kata Shazalina. Dalam pembedahan itu, Shazalina berkata doktor juga buang adenoid di belakang hidung Akil.

IKLAN

MUNTAH DARAH SELEPAS BEDAH

“Lepas pembedahan, Akil tidur je,tapi Akil tidur lama sangat. Dari lepas bedah sampai pukul 4. Tu pun puas kejutkan. Kejap2 je dia bangun merengek, pegang tekak, kata batuk2.. Maknanya dia tak selesa di tekak. Saya ingatkan perkara biasa lepas operate.

“Rupanya tak. Dia asyik menelan darah rupanya. Bila dia bangun, kejap tu, dia muntah darah.. Penuh sekatil.. Memang banyak.. Bukan darah sikit2.. Seperti dicurahkan darahnya.

“Saya masih ingat, ini kesan bius. Dan darah tu yang dia telan masa operate tadi. Bagi dia kumur dengan air ais, minum air sejuk. Lepas tu bagi makan jelly sikit.. Dia taknak aiskrim lagi. Kejap tu dia muntah lagi. Lagi banyak. Dan semuanya darah. Kebetulan nurse ada masa tu. Ok takpe.. Mungkin kesan bius lagi.

IKLAN
Tonsil Dikeluarkan Sebesar Guli. Ibu Kongsi Pengalaman Anak Alami Tonsilitis & Pendarahan Lepas Bedah Dalam Pa&Ma TV
Air ais yang digunakan Akil untuk berkumur.

“Kali ketiga, Akil muntah darah lagi. Bukan sikit, tetap juga banyak. Saya tahu ada tak kena. Sebab Akil dah mula sangat lemah, buka mata pun tak larat, bibirnya pucat lesi.

“Tak lama tu kebetulan doktor datang, nurse pun maklumkan perkara ni. Dr check. Memang sangat pucat dah masa tu Akil. Dr terus kata, ok siap, kita masuk bilik bedah semula. Sekarang juga,” Kata Shazalina yang berdebar kerana tidak menyangka prosedur buang tonsil boleh jadi begitu teruk pendarahannya.

KOMPLIKASI JARANG BERLAKU

Kata Shazalina, sementara mereka siapkan bilik bedah, doktor menerangkan, jarang sangat komplikasi seleas surgery ni berlaku. Sejak dia di sini, Akil ni kes kedua yang ada komplikasi sepertinya. Doktor perlu siasat punca pendarahan dan hentikan sebelum keadaan lagi teruk. Kebetulan, di luar bilik bedah, Akil muntah darah lagi sekali. Depan doktor sendiri. Jadi doktor dapat tengok darahnya macam mana.

KUMUR DENGAN AIR AIS & UBAT KUMUR LEPAS BEDAH

Sampai sekarang Akil dah ok. Bangun keesokannya, terus mintak makan minum sebab sangat lapar. “Saya risau nak bagi makan terus, tapi akil kata tak sakit. Alhamdulillah
Kumur dengan air ais, dengan ubat kumur (difflam) , antara cara terbaik untuk cepat sembuhkan luka pembedahan,” kata ibu ini.

Tonsil Dikeluarkan Sebesar Guli. Ibu Kongsi Pengalaman Anak Alami Tonsilitis & Pendarahan Lepas Bedah Dalam Pa&Ma TV
Ubat kumur yang diberikan untuk Akil berkumur selepas pembedahan.

JANGAN TAKUT UNTUK BEDAH

Shazalina berkongsi kepada semua agar ibu bapa jangan untuk membedah membuang tonsil. “Nasib Akil je kurang baik.komplikasi bleeding. Tapi sangat cepat sembuh lukanya tu..so sepatutnya memang ok,” katanya.

Tonsil Dikeluarkan Sebesar Guli. Ibu Kongsi Pengalaman Anak Alami Tonsilitis & Pendarahan Lepas Bedah Dalam Pa&Ma TV
Bahagian tonsil Akil yang telah dibedah buang oleh doktor.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI