Cuti sekolah yang sepatutnya bermula dengan kegembiraan bertukar duka buat sebuah keluarga apabila mereka terlibat dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah Myvi dan bas ekspres.
Tragedi yang berlaku di awal pagi itu meragut tiga nyawa. Suasana yang sepatutnya dipenuhi gelak tawa kini diganti dengan tangisan pilu dan kehilangan yang tidak diduga.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, identiti mangsa yang maut adalah Nurul Ain Abdul Rahim, 39; Mohamad Faris Kamaludin, 24 dan Nur Atikah Najihah Mohd Shah Penilzain, 18, berasal dari Johor Bahru.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, berkata pihaknya menerima panggilan jam 11.20 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian jam 11.55 pagi.
Ads
“Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati berlaku kemalangan membabitkan pertembungan sebuah bas ekspres dan kereta Perodua Myvi.
Ads
“Terdapat tiga mangsa iaitu satu lelaki dan dua wanita dewasa tersepit dalam Perodua Myvi meninggal dunia dan diserahkan kepada polis.
Ads
“Manakala pemandu bas mengalami kecederaan ringan. Kita menggunakan alat khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat ketika dihubungi mengesahkan tiga maut dan maklumat terperinci akan diberikan dalam masa terdekat.
sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hati mana yang tidak meruntun jiwa apabila melihat kemiskinan menjadi halangan buat seorang pelajar ini melanjutkan pelajaran.
Sebagaimana kisah pelajar cemerlang, Nur Nasuha Mohd Nusi, 12, yang tidak dapat menjalani ujian kelayakan ke MRSM (UKKM) kerana keluarganya tidak mempunyai kenderaan mendapat perhatian Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Menerusi posting yang dimuat naik di Facebook pada Selasa, Asyraf Wajdi mengesahkan sudah meminta Mara untuk menghubungi ibu bapa pelajar berkenaan yang tinggal di Kampung Lubuk Nibong, Pak Badol, Bachok.
“Saya sudah minta MARA untuk hubungi ibubapa pelajar ini. InsyaAllah pihak MRSM Kuala Krai akan bantu uruskan pengangkutan pelajar miskin ini untuk dibawa ke MRSM KK bagi menduduki peperiksaan UKKM.”
“Saya telah sebutkan banyak kali jangan jadikan alasan kemiskinan mahupun kekangan kewangan sebagai faktor penghalang untuk menyambung pengajian. MARA akan cuba sedaya upaya untuk membantu agar tiada pelajar cemerlang yang tercicir. Maklumkan terus kepada saya jika ada kes-kes sebegini.”
“Untuk pengetahuan semua, Bahagian Pendidikan Menengah MARA telah maklumkan kepada saya tarikh baharu UKKM pada yang mohon ditukar atas pelbagai sebab akan dimaklumkan pada 23 Oktober ini.”
Dalam posting yang berbeza, beliau juga turut memuat naik perbualan telefon Nasuhan dan bapa pelajar itu. Perbualan dari hati itu membuatkan meruntun jiwa bagi yang mendengar.
Dr Asyraf memberi kata-kata semangat kepada pelajar berkenaan dan menitipkan doa untuk menduduki peperiksaan berkenaan.
Beliau juga memberitahu, ilmu sahaja boleh mengubah hidup keluarga dan jangan jadikan kemiskinan dan kepayahan kemiskinan menjadi halangan untuk anak belajar.
Dalam pada itu, Nasuha memberitahu kepada Datuk Dr Asyraf bahawa dia begitu teruja untuk ingin mengikuti peperiksaan berkenaan. adalah untuk mengubah kehidupan keluargannya.
“Kenapa Nasuha nak sangat masuk MRSM…”- Dr Asyraf
“Saya nak tolong mak ayah,..”- Nasuha
Semoga adik Nasuha berjaya dalam peperiksaannya dan dapat melanjutkan pelajaran ke MRSM.
Ajal maut semuanya rahsia Allah. Namun pemergian mengejutkan empat ahli keluarga serentak benar-benar memberi trauma buat seorang lelaki yang menjadi saksi kehilangan insan tersayang dalam kemalangan menyayat hati.
Ibu ayah, isteri dan anak meninggal
Menerusi laporan Sinar Harian, empat sekeluarga termasuk kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut manakala kanak-kanak lelaki cedera parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dirempuh kenderaan lain.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di simpang tiga Jalan Kolam Machap, Alor Gajah sekitar jam 7.45 minit pagi.
Kesemua mangsa iaitu warga emas, Ibrahim Daud, 71, meninggal dunia di lokasi kejadian. Manakala isterinya, Latipah Dorahim, 66, menantu mereka, Syazana Tharin, 30, serta cucunya, Yusuf Daniel Muhammad Izwan, lima tahun meninggal dunia sewaktu mendapat rawatan di Hospital Alor Gajah kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian kesemua mangsa menaiki MPV jenis Toyota Estima yang dipandu Muhammad Izwan Ibrahim, 30, dalam perjalanan dari arah Selandar ke Alor Gajah.
Bagaimanapun, setibanya di simpang tiga berkenaan, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Land Crusier yang dipandu lelaki berusia 59 tahun dari arah Durian Tunggal keluar dari persimpangan secara tiba-tiba sebelum membelok ke kanan menghala ke arah Selandar.
Dah cuba mengelak dan membrek
Tambah beliau, Muhammad Izwan cuba mengelak ke arah kanan dan membrek sejauh lima meter namun terlanggar bahagian kiri hadapan kenderaan pacuan empat roda terbabit.
Dalam kejadian tersebut, Muhammad Izwan dilaporkan terselamat dan tiada sebarang kecederaan sementara anak lelakinya seorang lagi, Aniq Fahim sedang dirawat di zon merah di hospital yang sama.
Berkali-kali sebut minta maaf
Apa yang lebih menyayat hati apabila Muhammad Izwan dilihat tidak henti-henti meraung meminta maaf sambil memegang tubuh salah seorang anaknya.
“Nak, ayah minta maaf nak. Allahu akbar nak, ayah minta maaf. Adik, ayah minta maaf,” katanya berkali-kali”
Dalam pada itu, Arshad memaklumkan pemandu kenderaan pacuan empat roda itu telah dibawa ke hospital kerana mengalami sakit dada.
“Pemandu berusia 59 tahun kemudian ditahan polis lebih kurang jam 11 pagi semasa memberi keterangan di Balai Polis Trafik Alor Gajah,”ujar Arshad.
Kesemua jenazah mangsa telah diserahkan kepada pihak Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kenderaan terlibat juga ditahan untuk pemeriksaan Puspakom.
Kes disiasat di bawah Seksyen Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan polis.
Setelah selamat menimang cahaya mata pertama pada April lalu, pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengadakan majlis aqiqah dan majlis kesyukuran buat buah hati mereka.
Anak pertama Kamal dan Uqasha, si comel Haura Uqaira kini sudah pun berusia dua bulan selepas dilahirkan pada 27 April lalu.
Majlis aqiqah dan kesyukuran yang berlangsung baru-baru ini dilihat cukup ringkas namun meriah. Menerusi akaun Tik Tok, turut dikongsikan beberapa momen ketika majlis berlangsung.
Kamal dan Uqasha dilihat tampil dengan persalinan berona merah jambu, begitu juga dengan si comel Uqaira yang berada kemas di pangkuan ibunya.
Majlis keluarga itu turut mengundang Ustaz Wadi Anuar bagi menyempurnakan ibadah tahnik buat Uqaira.
Apa yang menarik majlis ringkas dan tidak keterlaluan ini dihias dengan hiasan dekorasi minimalis. Kelihatan pentas utama dirias dengan belon-belon dan teddy bear dari warna putih dan kecoklatan. Memang cantik dan kemas.
Meninjau diruangan komen rata-rata pengikut pasangan ini memuji penampilan Uqasha selepas melahirkan anak. Ibu cantik manis ini tetap kekal jelita dan ayu dengan berlitup kemas di majis ini.
Terdahulu, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik. Pasangan ini menyambut kehadiran cahaya mata sulung mereka pada 27 April lalu.
Pelajar 12 Tahun Meninggal Mengejut selepas mengadu sakit kepala ketika latihan silat di Klang. Kisah ini menjadi peringatan kepada ibu bapa agar tidak memandang ringan aduan kesihatan anak.