Pelakon kacak Remy Ishak dan isterinya, Izza Yusof menyambut kehadiran cahaya mata sulung mereka, Tuah Alam begitu indah. Momen pertama bergelar ibu ayah ni betul-betul ubah hidup mereka berdua  terutama dari segi tanggungjawab, cara pandang dunia, dan erti pengorbanan sebenar.

Dalam episod istimewa sempena Hari Ibu untuk program Top Mom Influencer Pa&Ma 2025, Ezza Yusof terbuka berkongsi pengalaman pertama bergelar ibu kepada Tuah Alam.

Tangisan pertama Tuah jadi titik mula segalanya hidup berubah sekelip mata. Dari suami isteri jadi ibu ayah. Nyata,  bergelar isteri kepada pelakon terkenal pastinya ada cerita yang manis tersendiri.

Susah Ke Jadi Isteri Remy Ishak

Melihat figura ini pastinya ramai yang meluahkan bertapa Ezza Yusof bertuah bergelar isteri kepada pelakon pujaan ramai ini terutama golongan wanita. Mengakui sering ditanya ‘susah ke menjadi isteri Remy Ishak, sambil ketawa kecil, Ezza mendedahkan bahawa kehidupannya seperti wanita lain yang bergelar isteri ketika di rumah. Namun berbeza apabila suaminya berada di tempat kerja atau berjumpa dengan peminat.

“Sebagai isteri sama sahaja, ikut rutin biasa. Tapi jika berada di tempat ‘public’ kena faham situasi kerjanya. Saya tidak akan masuk campur dengan kerjanya. Tetapi apabila di rumah Remy adalah ayah kepada Tuah.”

Dalam pada itu, Ezza turut berkongsi bahawa Remy sangat mengutamakan anak mereka, Tuah, sehinggakan pernah menyarankan agar dia berhenti daripada berniaga demi memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak. Namun, sebagai wanita yang berdikari dan sudah terbiasa bekerja, Ezza tetap memilih untuk meneruskan minatnya dalam perniagaan sambil mengurus Tuah dengan sebaik mungkin.

Remy,  Ayah Cerewet Tapi Prihatin

Tuah Alam Hadir, Hadiah Terindah Buat Remy & Ezza

Siapa sangka selepas kelahiran Tuah, barulah nampak sisi ayah Remy yang ramai tak tahu. Dia cerewet namun seorang yang sangat prihatin mengenai keperluan anaknya.

“Dia memang pantang kalau saya nak bagi manis, aiskrim semua tak boleh. Saya pun kadang stress juga. Tapi dia sayang anak. Semua benda dia nak tahu, makan apa, tidur macam mana. Memang terkejut tengok dia berubah bila ada anak.”

Semuanya Untuk Tuah, Sampai Sanggup Tak Beli Baju Baru

Remy memang letak keutamaan untuk anak mereka. Gaji dia? Banyak yang disalurkan untuk perkembangan Tuah.

Ads

“Gaji Remy semua untuk anak.Remy sampai tak beli beli baju baru untuk diri sendiri. Semua kelas untul Tuah, Remy tak kisah. Remy kata, ‘Rezeki ayah dapat ni untuk Tuah.”

Tonton video temu bual eksklusif ini bersama Ezza Yusof mengenai perkembangan Tuah Alam dan sisi beza Remy Ishak setelah bergelar ayah:

Fokus Pada Perkembangan Sensori Sejak Umur 6 Bulan 

Tuah Alam Hadir, Hadiah Terindah Buat Remy & Ezza

Dari awal lagi, Izza  dan Remy sudah merancang untuk memberikan aktiviti yang merangsan minda anaknya sejak kecil lagi.

“Tuah start pergi Little Gym masa umur 6 bulan. Bukan nak main-main je, tapi ada aktiviti rangsang minda. Bila dia masuk playschool, Nampak sangat dia lagi yakin dengan diri. Jadi semua itu membantu dia bina keyakinan.”

Bila Remy Keluar Shooting, Mommy Kena Kuat!

Sebulan sebulan Tuah Alam lahir, Remy sebenarnya sudah sibuk dengan kerjayanya sebagai pelakon. Jadi Ezza memang kena uruskan semuanya sendiri.

Ads

“Masa pantang ada CL dan keluarga. Sekarang pun kadang-kadang family tolong tengokkan. Kena susun masa betul-betul untuk uruskan Tuah. Tetapi apabila Remy balik rumah, dia akan ambil alih jaga Tuah.

Dalam pada itu, Ezza juga berkongsi kenyataan manis apabila memberitahu Remy akan menjaga Tuah apabila dia sudah selesai shoting di luar kawasan. Dia akan menyuruh isterinta untuk me time.

Dalam pada itu, Ezza turut berkongsi momen manis apabila memberitahu bahawa setiap kali selesai penggambaran di luar kawasan, Remy akan mengambil alih menjaga Tuah dan memberi ruang untuknya menikmati sedikit masa sendiri, atau ‘me time’.”

“Remy akan suruh saya ‘me time’, dia pula akan mengambil tugas menguruskan Tuah.”

Tahun pertama memang mencabar, tambah pula nak balance bisnes dan anak kecil.

Bukan mudah untuk uruskan anak yang masih kecil seorang diri apabila suami sibuk dengan kerjayanya.

“Penat tu memang penat. Nak keluar rumah je dah macam-macam kena buat. Letak dalam car seat, siapkan stroller, pergi kelas. Tapi saya buat semua ni sebab nak yang terbaik untuk anak.”

Ads

Harapan Seorang Ibu

Tuah Alam Hadir, Hadiah Terindah Buat Remy & Ezza

“Saya nak dia jadi manusia yang beri manfaat pada orang lain. Saya tak nak sekat apa yang dia minat. Apa kelas yang saya hantar sekarang, semua sebab nak tengok apa potensi dia.”

Walaupun sibuk, Remy tetap rapat dengan anaknya. Momen bonding mereka berdua selalu buat hati Ezza tersentuh.

“Tuah dan Remy ni rapat. Kalau Remy tak ada, Tuah akan tanya ayahnya dimana.  Suka dengan bonding ni. Sebab saya sendiri tak ada ayah. Jadi bila nampak Tuah rapat dengan Remy, saya rasa satu nikmat yang tak terluah dengan kata-kata.”

Ezza Yusof dan Remy, macam ramai ibu bapa lain, pun lalui fasa yang sama. Belajar kenal anak, belajar kenal diri sendiri semula. Belajar cara baru mencintai pasangan bila ada anak di tengah-tengah hidup mereka.

Setiap hari adalah pembelajaran. Kadang menangis sama-sama. Kadang letih sangat sampai senyum pun tak larat. Tapi bila tengok anak tidur lena, rasa semua usaha tu berbaloi.

Mereka tahu perjalanan ini masih panjang. Tuah baru mula langkah pertama, tapi mereka mahu jadi pendamping terbaik sepanjang jalan. Tak ada siapa yang sempurna, tapi dengan kasih sayang, usaha dan doa mereka percaya, mereka mampu jadi ibu ayah yang anak mereka banggakan satu hari nanti.

Program digital Top Mom Influencer Pa&Ma tahun ini memang tepat memilih Ezza Yusof sebagai salah seorang penerima pengiktirafan kerana pengorbanannya sebagai seorang ibu tak pernah lelah demi memberikan yang terbaik buat anaknya, dengan harapan agar satu hari nanti, anak itu membesar menjadi insan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI