Usia 1 hingga 3 tahun fasa anak memang tengah banyak akal, banyakkan bersabar ye mak ayah. Fasa pertumbuhan yang sangat ‘menyeronokkan’ bagi anak kecil ialah ketika berumur 1 hingga 3 tahun.

Usia 1 Hingga 3 Tahun Fasa Anak Memang Tengah Banyak Akal, Banyakkan Bersabar Ye Mak Ayah

Mak ayah boleh nampak betapa pesatnya mereka berkembang. Tubuh badan meninggi, belajar berjalan/ berlari/ melompat, boleh makan sendiri, boleh faham arahan mudah dan suka berbual.

Disebabkan pertumbuhan pesat mereka ini, adakalanya ibu bapa mudah jadi stres dan frust bila anak tak dengar kata atau banyak kerenah. Jadi, apa sebenarnya yang kita kena buat ini?

Usia 1 Hingga 3 Tahun Fasa Anak Memang Tengah Banyak Akal, Banyakkan Bersabar Ye Mak Ayah

Jom kita teliti dan amalkan 7 teknik mudah ini. (dirumuskan hasil dari bacaan, pengamatan dan saranan pakar-pakar kesihatan kanak-kanak seluruh dunia).

  1. Jadikan masa makan anak suatu masa yang mudah dan menggembirakan

Apa yang selalu kita lihat dan kita dengar adalah ibu bapa bising anak tak nak makan itu ini. Jenuh berpaksa baru lah bercuit sikit. Jangan begitu ya ibu bapa sekalian! Memang kita mahu anak makan makanan yang berkhasiat, tapi tak perlu sampai memaksa dan buat peraturan itu ini. Tambah pula kalau anak itu berlebihan berat badan, jangan disekat pemakanannya, sebaliknya satu keluarga perlu sama-sama perhati dan wujudkan budaya makan yang sihat. Asalkan pilihan makanan yang ada ok dan nampak seronok di mata mereka, biarkan saja anak pilih apa yang mereka nak makan.

Jangan terburu-buru untuk ‘toilet training’

Tak perlu kalut-kalut dengan toilet training anak. Kita mungkin dah sedia tapi anak belum lagi. Nasihat untuk berjaya:

1) Pastikan anak diajar dan tahu masa bila nak beritahu emak ayah iaitu SEBELUM nak kencing atau berak, bukan bila mereka dah selamat ‘membuang’.

2) Anak sendiri ada perasaan nak bersihkan diri dan suka keadaan bersih itu, baru senang nak diajar.

Usia 1 Hingga 3 Tahun Fasa Anak Memang Tengah Banyak Akal, Banyakkan Bersabar Ye Mak Ayah

IKLAN

Puji kelakuan anak yang baik. 

YANG INI PENTING! JANGAN ASYIK TEGUR DAN MARAH BILA ANAK BUAT PERANGAI. SEBALIKNYA, PUJILAH BILA ANAK BERKELAKUAN BAIK! POSITIVE REINFORCEMENT NI SANGAT PENTING DALAM MEMBINA HUBUNGAN BAIK IBU BAPA DAN ANAK DAN JUGA UNTUK MENDIDIK ANAK UNTUK TERUS BAIK. PUJI YANG MESTI DISUARAKAN, DAN LEBIH BAIK LAGI ANDAI DAPAT DIPELUK CIUM SEKALI. ITU BARU BETUL!

Ambil berat penjagaan gigi anak

Inilah masanya nak ajar anak berus gigi pagi malam, kumur-kumur lepas makan dan biasakan anak jumpa doktor gigi. Waktu umur tengah lasak ni lah anak senang dapat kaviti gigi (gigi rosak dan berlubang) dan gigi mereka pun mudah tercabut. Akar gigi susu anak adalah pembuka jalan kepada gigi kekal yang akan datang, jadi kena jaga baik-baik! Nanti jenuh bila dah besar panjang kena pakai gigi palsu pula sebab masa kecil tak jaga gigi elok-elok, habis semua rongak dan rosak.

Usia 1 Hingga 3 Tahun Fasa Anak Memang Tengah Banyak Akal, Banyakkan Bersabar Ye Mak Ayah

 

Set waktu tidur anak 

Waktu tidur anak adalah waktu tubuh badannya berehat dan menghasilkan hormon untuk membesar. Jadinya, kalau anda dan suami berdua tinggi lampai tapi anak kecik kemetot je, itu tandanya tak cukup tidur la tu! (ataupun tak cukup zat pemakanan). Kita perlu tetapkan waktu tidur yang tetap, tapi beri kelonggaran tambah tolak 30 minit. Waktu tidur yang tetap membantu menenangkan anak dan memudahkan proses untuk mereka tidur.

IKLAN

Rajin-rajinkan diri bersembang dengan anak

Umur 1-3 tahun adalah waktu terbaik untuk mereka belajar bahasa dan bertutur. Sembang kecil-kecilan pun ok. Contohnya, bila anda bawa anak ke shopping mall, cerita je apa yang anda nampak, apa yang anda nak beli, apa yang orang lain sedang buat. Macam-macam benda kita boleh cerita – warna, saiz, rupa, bau, apa-apa lah. Saya suka bawa anak saya Adam beli barang dapur dan kemudian cerita dan bagi Adam pegang sayur, buah-buahan, bawang, ayam, ikan dan lain-lain. Bila Adam berminat nak tegur orang lain pun saya galakkan (dengan syarat saya pun ada sekali dan keadaan semuanya selamat dan terkawal).

Jangan terlalu strict dengan diri anda sendiri

Tidak ada siapa yang sempurna, dan tidak ada siapa yang sentiasa betul. Sepertimana kita berikan ruang untuk anak-anak membesar dan belajar daripada kesilapan, kita pun perlu beri ruang pada diri sendiri juga. Jadi ibu bapa ni suatu kerja yang tak ada siapa nafikan ia susah dan sangat menuntut masa, jiwa dan raga seseorang! Kalau penat dan perlu time out raikan diri sendiri, by all means do it. Untuk besarkan anak-anak yang sihat gembira, si ibu dan si bapa kena sihat gembira dulu!

Sumber: cuddle care

Baca artikel lain juga: Nak Anak Faham Tentang Solat Bukan Bila Dia Umur 1 Tahun, 2 Tahun Tapi Sejak Dalam Alam Rahim Lagi!

Baru 1 Tahun 10 Bulan, Bilal Dah Kenal Huruf Arab Hafal Surah-Surah Pendek, Bijaknya!

IKLAN

Anak Umur 2 Tahun Cara Didik Berbeza, Sayang & Tegas Mesti Seimbang

 

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI