Anak-anak memang suka minum manis, kalau diminta untuk minum air kosong memang jenuh nak suruh. Tapi tak dinafikan ramai ibu bapa hari ini sudah peka dengan keadaan tersebut menjadikan anak-anak suka minum air kosong.
Mungkin masih ada yang tidak tahu bahawa air manis yang diambil oleh kanak-kanak boleh menyebabkan anak menjadi seorang yang cerewet dan memilih makanan. Seperti yang diceritakan oleh Pakar Pemakanan, Puan Fizah Sobri di Facebook Happy Baby Foods Malaysia.
Menurut pakar ini, air manis yang diambil oleh anak-anak boleh menjadi penyebab si kecil kurang berat badan. Selain itu juga pengambilan air manis yang kerap juga boleh membuatkan anak kekurangan nutrisi untuk tumbesaran mereka.
ANAK MINUM TEH O BOLEH JADI KURANG BERAT
Satu kes kanak kanak dirujuk kepada saya sebab kurang berat sehingga sudah sentuh ke garisan merah.
Si abg usia 5 tahun tapi berat baru 10kg
Kerap selsema, demam dan batuk.
Boleh dikatakan sekali sebulan mesti ada.
Ibu suri rumah jaga dua orang anaknya, tidak hantar ke taska,maka semua makanan anak anak akan disediakan di rumah
‘Tak tahula Puan, macam macam saya dah kenalkan, macam macam resipi saya dah buat tapi last makan 2 -3 suap je’
” Takpe meh kita tengok apa kemungkinan puncanya”
Sambil sedang korek sejarah diet anak..tiba tiba si abg merengek nak balik
Bad mood terpaksa bangun awal ke klinik jumpa doktor.
Ads
Ibunya taknak bagi anaknya merengek keluarkan satu botol susu dari beg kartun abgnya dan bagi abg untuk minum
Bulat mata saya pandang..bukan sebab 5 tahun masih minum dalam botol susu tapi apa yang terkandung dalam botol susu tersebut
Penuh air teh O…size 10oz penuh sampai atas dengan air tersebut.
‘Puan selalu bagi air teh O ke anak?’
” Tak jugak, kadang kadang saya selang seli dengan air sirap, air ribena, atau air glukos..risau kalau saya tak bagi air berperisa lagi tak naik berat badan anak. Dia dah tak minat susu”
Salah satu punca anak boleh memilih makan atau makan ikut mood adalah sebab AIR MANIS
Mengapa air manis boleh menjadi pencetus picky eater dan berat anak sukar untuk naik?
Ads
No.1 Kandungan zat sangat kurang
Air manis hanya gula semata mata. Maka kalori yang datang dari sumber gula sahaja tiada zat lain.
Jika banding sengan satu hidangan susu full cream (1 cawan 240ml) dan Teh O, kalori dalam satu cawan susu 2 kali GANDA lebih tinggi.. 120kcal vs 60kcal.
Bukan tu je…dalam susu ada lagi pertambahan protein, zat lain seperti kalsium, zat besi yang penting untuk pertumbuhan anak banding dengan teh O yang hanya ada gula.
No 2. Menggalakkan anak suka rasa manis
Kerap pengambilan air manis akan membuat anak biasa dengan rasa manis maka makanan lain yang tidak manis akan ditolak tepi seperti nasi, pasta, roti, sayur semua akan ditolak tepi sebab tak rasa manis macam air nya. Secara tak langsung kita train anak makan minum manis sahaja…kalau makanan sihat dah tolak tepi macam mana nak naik berat?
No 3. Mengandungi bahan yang halang zat penting diserap
Kopi o, teh o mengandungi kafein yang boleh menghalang zat besi diserap masuk dan akhirnya jadi iron deficiency anemia. Kekurangan zat besi ini boleh menyebabkan anak kurang selera makan, dan akibat kurang Hemoglobin boleh juga dan zat lain sebab tak makan sihat boleh membuat anak senang sakit
Maka mak ayah perlu elak sebolehnya dari pemberian air manis kepada anak dalam bentuk botol atau botal air di mana anak boleh minum tanpa had.
Ads
Had kan pemberian air dan makanan manis..jika nak beri bagi dalam bentuk semulajadi seperti buah buahan, fresh fruit juice, ais krim buah dan yoghurt, pudding/jelly/agar agar buah.
Bukan sahaja dapat membantu naikkan selera anak makan tapi pada masa sama memberi zat yang diperlukan untuk pertumbuhan dan kekuatan immuniti badan.
Untuk pelbagai resipi sihat mak ayah boleh join group Happy Baby Foods Malaysia di mana resipi yang diberi kepada anak anak adalah dari bahan natural dan bebas gula serta garam tapi sedaaaaapppp..
Sekian
Dietitian Fizah Sobri
Your friendly neighbourhood dietitian
“Doakan Ainul ya semua, moga dipermudahkan urusannya”. Itu yang diharapkan oleh walid dan mama kepada buah hati rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah setelah dia disahkan positif Covid.
Dalam keadaan diri dah berjaga-jaga dengan virus ini, perkara nak jadi memang tak dijangka sama sekali.
Menerusi perkongsian ibu Ainul, Nurul Erwani di instagramnya, keadaan Ainul nampak lain setelah dia bangun tidur sebelah petang. Biasanya dia akan aktif. Hati rasa tak sedap cuba buat Covid test, ternyata Ainul positif.
Hari ini waktu lepas Ainul bangun tidur petang, tiba-tiba badan dia panas. Lepas tu dia tak nak bangun, lemah je. Batuk sikit. Terus buat Covid test, akhirnya kecundang juga. InshaAllah doakan Ainul cepat sembuh ya.
Tambah mamanya lagi, setakat ini alhamdulillah Ainul okay je. Dia tengah tidur je. Batuk tak teruk sangat, cuma badan panas. Tapi suhu tak tinggi. Setakat ini memang sentiasa pantau oksigen dan baginya ubat.
Sementara itu, menurut walid Ainul pula, bacaan SPO Ainul setakat ini ok. Cuma keadaan Ainul kurang bermaya sedikit.
Bacaan SPO Ainul waktu tidur (sekarang). Alhamdulillah semua ok. Cuma nampak ainul tak bermaya.
So far feeding dia ok, tak batuk, suhu badan normal. Harap-harap malam ni Ainul tidur nyenyak. Kebiasaannya kalau Ainul demam atau kena jangkitan kuman, dia tak akan boleh tidur malam.
Walid doakan Ainul lekas sembuh. Covid memang dah ada di mana-mana. Kita hidup sekarang memang sudah dikelilingi dia. Jika keadaan teruk, terus ke hospital.
Sementara itu, Ahmad Safiuddin juga turut berkongsi setelah Ainul demam dan positif Covid sebelah petang, adik Ainul pula, Umar dah mula demam.
Malam ni si adik pulak flat. Dah mula demam. Harap saya dan isteri boleh bertahan. Kalau kami berdua pun collapse, memang agak mencabar. So far kami berdua masih ok. Malam ni kena pantau suhu mereka berdua.
Moga tiada apa-apa yang serius dan Ainul kuat melawan virus ini serta kembali sihat dan aktif seperti biasa. InshaAllah.
Sebelum ini kisah Ainul Mardhiah yang menghidap ketumbuhan ‘Germ Cell Tumour’ seberat 200 gram di mulutnya mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia. Ainul selamat menjalani pembedahan di sebuah hospital di London, United Kingdom pada 2019 ketika berusia sembilan bulan.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Amalan mencukur rambut bayi baru lahir dilakukan oleh ramai ibu bapa pada hari ini. Ramai ibu bapa moden hari ini akan melakukan amalan mencukur rambut bayi dan kenduri aqiqah selepas beberapa bulan bayi dilahirkan.
Acara tersebut sekaligus meuar-uarkan kepada kenalan dan saudara-mara tentang kelahiran bayi dalam keluarga mereka selain melahirkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa.
Tapi ramai papa mama didapati lebih mengikut trend untuk membuat majlis aqiqah dan cukur jambul yang ‘glamour’ dan penuh bertema tanpa mengetahui kebaikan di sebaliknya.
Sebenarnya cukur jambul atau cukur rambut? Biasanya dalam majlis tersebut acara cukur jambul hanya dijadikan simbolik sebelum si bayi akan dicukurkan rambut sepenuhnya selepas itu.
Dalam Islam sendiri sudah menyediakan garis panduan yang betul untuk amalan mencukur rambut bayi afdhal dilakukan pada hari ke-7 selepas dilahirkan, ia sunat diiringi dengan kenduri aqiqah iaitu dua ekor kambing untuk bayi lelaki dan seekor kambing untuk bayi perempuan.
Hukum mencukur rambut hingga botak adalah sunat. Rambut yang dicukur tadi akan ditimbang dan beratnya perlu dikira mengikut harga emas atau perak semasa kemudian disedekahkan jumlahnya kepada fakir miskin.
Bagaimanapun jika anda hanya membuat amalan cukur jambul sahaja ia tidak dikira sunnah bahkan tiada pahala diperoleh daripada amalan tersebut.
Mencukur rambut bayi baru lahir mempunyai kelebihan terhadap kesihatan bayi sendiri. Jadi, papa dan mama mesti lakukannya ya!
1. Bersihkan daripada kekotoran
Ketika proses lahir, bayi melalui jalan keluar dari rahim ibu yang sudah tentu membawa segala kekotoran yang melekat pada rambutnya. Jadi dengan membuang rambut asal tersebut ia dapat menghilangkan segala kekotaran yang ada.
2. Aliran darah akan meningkat
Apabila kulit kepala bayi sudah bersih, aliran darah ke kepala akan meningkat membuatkan keperluan khasiat yang diperlukan oleh kepala akan mencukupi.
3. Rambut tumbuh sihat
Bila nutrisi yang diperlukan kepala cukup maka rambut juga akan tumbuh lebih lebat, sihat dan kuat.
4. Mengurangkan risiko kerak kepala
Dengan mencukur rambut bayi, masalah kerak kepala dapat dihindarkan. Kerak kepala adalah kepingan kerak berwarna kekuningan dan agak berminyak pada rambut bayi.
5. Mudah mengesan masalah kulit kepala
Bayi kerap berpeluh jadi dia berisiko untuk mendapat masalah kulit kepala seperti bisul, luka atau jangkitan. Oleh itu bila sudah botak, kuranglah risikonya dijangkiti selain mudah untuk mama mengesan sebarang masalah yang ada.
6. Visual bayi lebih jelas
Jika bayi mempunyai rambut lahir yang lebat dan panjang mungkin boleh menutup matanya sekaligus menghalang pandangan visualnya lebih jelas. Selain itu rambut panjang juga dibimbangi akan terkena pada kornea mata bayi lalu mengganggu matanya.
7. Bayi lebih selesa
Kadang kala rambut yang panjang dan lebat akan mencucuk-cucuk sekitar telinganya. Akibatnya bayi merasa gatal dan terganggu lalu asyik menangis sahaja.
Bayi yang lahir dengan rambut yang lebat memang nampak comel dan sudah tentu papa dan mama rasa sayang nak potong. Jangan risau sebab rambut bayi akan cepat tumbuh lepas rambut yang asal dibotakkan. Malahan ia tumbuh lebih sihat dan lebat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan dalam menyediakan masakan untuk keluarga, kita sebagai ibu cukup teliti orangnya. Bukan sahaja memastikan hidangan yang dimasak sedap rasanya bahkan turut memastikan ianya nampak cantik sempurna.
Jadi, bagi yang ingin mencuba menyediakan kuih seri muka boleh cuba cara penyediaan yang dikongsikan oleh Noraslinda Md Radzhi ini. Kuih yang dihasilkan nampak begitu comel dan tentunya membuatkan anak-anak teruja untuk menikmatinya.
Seri Muka Durian
Bahan-Bahan:
Lapisan Bawah
2 cawan beras pulut ( basuh dan rendam selama 1 jam)
2 cawan santan
2 sdb minyak masak
Garam secukupnya (beras pulut di tapis dan masukkan dalam loyang bersama bahan-bahan lain, kukus hingga pulut masak)
– Masak atas api kecil, kacau agak² periuk panas, angkat dan tekan-tekankan pulut dan padatkan
– Tuang bahan yang di masak tadi ke atas pulut tadi dan kukus 40 minit.
– Sejukkan dulu baru dipotong.
– Untuk nak kukus guna acuan, saya guna acuan lompang saiz besar dan acuan disapu minyak. Pulut dilenyek dan masukkan dalam acuan. Tekan-tekankan dan ratakan isi pulut separuh acuan.
– Air kukus dah didih, pulut dikukus dulu kejap dan tuang adunan lapisan atas.
– Kukus 10 minit pertama api besar, 5 minit last api sederhana. Kuih dah sejuk baru keluarkan daripada acuan. Selamat mencuba!
Impian Kecil, Semangat BesarDi zaman moden yang dipenuhi cabaran dan pengaruh digital, mencari jalan terbaik untuk membina potensi anak bukanlah mudah. Namun, kisah sekumpulan...