
Bukan semua orang bernasib baik dan mampu menyambut hari lahir serba mewah apatah lagi di sambut di destinasi pelancongan yang terkemuka, serba mewah di dunia iaitu Dubai.
Namun memang rezeki si anak, Luth Akbar yang lahir dalam ‘dulang emas’ diberi rezeki untuk menyambut kelahiranya yang ke-5 pada tahun ini di Dubai.
![[Video] Budak Sambut Hari Lahir Serba Mewah Di Dubai, Rupanya Anak Ahli Perniagaan Kelantan 11 [Video] Budak Sambut Hari Lahir Serba Mewah Di Dubai, Rupanya Anak Ahli Perniagaan Kelantan](https://cdn.majalahpama.my/2023/03/Screenshot-4059.png)
Baca:
Hasrat Nak Pakai Sedondon Di Pagi Raya Tak Kesampaian, Anak Maut Digilis Treler
Resepi Kerepek Terung Rangup Untuk Kudapan Anak, Guna Tepung Bestari Je! Berebut Anak Makan
“Jangan Bagi Makan Bergula/Manis” Dr Izzar Kongsi Tip Nak Latih Anak Kecil Berpuasa
![[Video] Budak Sambut Hari Lahir Serba Mewah Di Dubai, Rupanya Anak Ahli Perniagaan Kelantan 12 [Video] Budak Sambut Hari Lahir Serba Mewah Di Dubai, Rupanya Anak Ahli Perniagaan Kelantan](https://cdn.majalahpama.my/2023/03/Screenshot-4049.png)
![[Video] Budak Sambut Hari Lahir Serba Mewah Di Dubai, Rupanya Anak Ahli Perniagaan Kelantan 13 [Video] Budak Sambut Hari Lahir Serba Mewah Di Dubai, Rupanya Anak Ahli Perniagaan Kelantan](https://cdn.majalahpama.my/2023/03/Screenshot-4054.png)
Menurut perkongsian pengasas momilabeauty iaitu Sheilanan, ibu kepada Luth Akbar, percutian ke Dubai bersama keluarga adalah untuk meraikan ulang tahun kelahiran anak sulungnya dan ianya merupakan kejutan hari jadi yang dirancang oleh dia dan suami.
“Surprise birthday trip for Muhammad Luth Akbar.” tulisnya di instagram
![[Video] Budak Sambut Hari Lahir Serba Mewah Di Dubai, Rupanya Anak Ahli Perniagaan Kelantan 14 [Video] Budak Sambut Hari Lahir Serba Mewah Di Dubai, Rupanya Anak Ahli Perniagaan Kelantan](https://cdn.majalahpama.my/2023/03/Screenshot-4051.png)
![[Video] Budak Sambut Hari Lahir Serba Mewah Di Dubai, Rupanya Anak Ahli Perniagaan Kelantan 15 [Video] Budak Sambut Hari Lahir Serba Mewah Di Dubai, Rupanya Anak Ahli Perniagaan Kelantan](https://cdn.majalahpama.my/2023/03/Screenshot-4053.png)
Semasa dalam perjalanan ke Dubai, anak kecil yang comel ini menaiki penerbangan business class, makan dan bertemu Saltbae (Nusret Gökçe) di restorannya dan menaiki helikopter untuk melihat Dubai dari pandangan udara.
Bukan itu sahaja!
![[Video] Budak Sambut Hari Lahir Serba Mewah Di Dubai, Rupanya Anak Ahli Perniagaan Kelantan 16 [Video] Budak Sambut Hari Lahir Serba Mewah Di Dubai, Rupanya Anak Ahli Perniagaan Kelantan](https://cdn.majalahpama.my/2023/03/Screenshot-4056.png)
![[Video] Budak Sambut Hari Lahir Serba Mewah Di Dubai, Rupanya Anak Ahli Perniagaan Kelantan 17 [Video] Budak Sambut Hari Lahir Serba Mewah Di Dubai, Rupanya Anak Ahli Perniagaan Kelantan](https://cdn.majalahpama.my/2023/03/Screenshot-4057.png)
Dia juga membeli-belah barangan sekolah di kedai-kedai berjenama mewah, dia juga berpeluang mendekati dan bermain dengan burung helang serta menunggang unta di safari padang pasir, bilik hotel dengan pemandangan Burj Khalifa yang paling menakjubkan.
Kredit: Luth Akbar
![[Video] Budak Sambut Hari Lahir Serba Mewah Di Dubai, Rupanya Anak Ahli Perniagaan Kelantan 18 [Video] Budak Sambut Hari Lahir Serba Mewah Di Dubai, Rupanya Anak Ahli Perniagaan Kelantan](https://cdn.majalahpama.my/2023/03/POSTER_PLAYDATE_EP2_1080.jpg)
Saksikan gelagat Azwan Kombos dan keluarga bersama Irma Hasmie beriadah di Super Park @ Next Gen hanya di Pa&Ma Playdate!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
https://www.youtube.com/watch?v=YMLiCoOw7DU&t=1s
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Satu Huruf Senang Ingat.” Suami Isteri Beri Nama Empat Anak V, J, L Dan N

Nama yang diberi pada anak-anak dianggap satu doa untuk mereka. Sebab itu sebaik-baiknya biarlah nama tersebut mempunyai makna yang elok. Bagaimanapun, bagi pasangan suami isteri ini mereka hanya menggunakan satu huruf sahaja untuk menamakan empat orang anak.
Menurut Berita Jatim, Sukari dan Wahyuningsih dari Dusun Tapak Lembu, Jawa Timur memilih menamakan anak mereka dengan nama V(16), J(11), L(5) dan N(2). Kisah mereka ini menjadi tular kerana belum ada lagi pasangan yang meletakkan nama anak dengan satu huruf.
BACA [Ibu Terkedu Lahirkan Bayi Perempuan Sama Berat Dengan Timbangan Bola Boling]
Nak senang ingat
Kongsi Sukari, dia dan isteri tidak mempunyai sebarang alasan mengapa memilih satu huruf sahaja untuk nama anak-anak mereka.

“Saya tidak bernazar atau mempunyai alasan istimewa kecuali mahu semua nama anak senang diingati.
“Ada juga menegur nama anak itu satu bentuk doa jadi saya beritahu, saya tetap mendoakan semua anak-anak saya menjadi insan baik, bijak dan berjaya dalam hidup,” jelas Sukari yang merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Sains Sosial dan Politik, Universiti Muhammadiyah Yogyakarta.
Yakin bawa rezeki untuk seisi keluarga
Tambah Sukari, dia tidak pernah terlintas untuk menukar nama anak-anaknya kerana yakin ia membawa rezeki buat mereka sekeluarga.
“Anak-anak saya tidak pernah dimasukkan ke hospital atau sakit yang teruk. Saya percaya apabila namanya ringkas, maka pembawakannya juga tidak berat.
“Itu juga satu rezeki buat keluarga kami,” ujarnya. – Agensi
Kredit: Agensi ; Kosmo
ARTIKEL MENARIK [Modal Dalam RM7.90, Lelaki Ini Kongsi Cara Berkesan Bunuh Lipas Dalam Kereta!]
LAGI ARTIKEL MENARIK [Ahli Farmasi Pesan, Ubat Demam Bila Dah Buka Jangan Simpan Dalam Peti Sejuk!]

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mama Ainul Umumkan Hari Ini Hari Terakhir Buah Hati Rakyat Malaysia Di London

Setelah sebulan lebih berada di bumi London untuk rawatan perubatan, akhirnya adik Ainul Mardhiah bakal pulang ke tanah air.
Sebelum ini, bapanya Ahmad Safiuddin ada berkongsi di laman Facebooknya tentang persiapan yang dibuatnya sekeluarga untuk pulang ke Malaysia. Cuma bila masih dirahsiakan bagi memberi privasi untuk Ainul terutama dalam proses rawatannya sekembali ke Malaysia.

Mama Ainul, Nurul Erwani menyatakan bahawa buah hati rakyat Malaysia (Ainul Mardhiah) akan menyambung proses rawatan susulan di Malaysia.
Perkembangan ‘Buah Hati Malaysia’ ini sentiasa dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Lalu kepulangan ini pastinya menjadi satu perkara yang terindah bakal berlaku.
Artikel Berkaitan [Bakal Bawa Balik Secara Rahsia. Bukan Nak Sorok, Bimbang Ainul Berisiko Kena Jangkitan]
Semalam, Safiuddin telah memuatnaik hantaran ringkas yang menjadi teka-teki kepada netizen tentang maksud di sebaliknya.

“Dah ready ke kakak?”
Perkongsian berkenaan tentunya mendapat pelbagai reaksi dan kata-kata semangat yang mendoakan agar semua urusan dipermudahkan.
Namun pagi ini, mama Ainul Mardhiah pula memuatnaik pula di story instagramnya yang seolah-olah menjawab persoalan bapa Ainul semalam.

“Alhamdulillah. Sebulan lebih di Kota London. Hari ini hari terakhir berada di London, terasa sangat sayu.”
“Nurse semua jumpa Ainul dan beri wish pada Ainul. Semoga kita berjumpa lagi semua. Insyallah kita pasti akan datang semula ke London.”
Selain itu, perkembangan Ainul juga dah nampak seperti bayi lain yang dah mula suka dengan mainan berbunyi dan berwarna-warni.
View this post on InstagramA post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani) on
Sumber: instagram Nurul Erwani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“1st Time Dengar Suara Ibu Abah” Dapat Pakai Alat Pendengaran Lepas 7 Bulan Lahir

Sebak! Hanya itu sahaja yang dapat digambarkan saat melihat video baby Mysha Alhayaa’ Irdina binti Amir Fatihi yang tular menerusi aplikasi Tiktok apabila dia menangis setelah mendengar suara ibu dan abah buat pertama kali selepas 7 bulan lahir.
Menurut Encik Amir, baby Mysha mempunyai masalah pendengaran sejak lahir dan beberapa masalah kesihatan lain. Pada awal usia kandungan semuanya dalam keadaan yang baik-baik sahaja, namun segalanya berubah selepas usia kandungan isterinya mencecah 35 minggu.

Tambahnya lagi, selepas anak syurga ini lahir pelbagai usaha dilakukan untuk menjaga zuriat tercinta sebaik mungkin. Namun takdir tidak menyebelahi keluarga ini apabila puteri kesayangan akhirnya menghembuskan nafas terakhir pertengahan tahun ini.
Ikuti kisah yang banyak memberikan inspirasi buat ibu bapa lain yang dikongsi oleh Encik Amir ini.
@thekukimonstaFirst time dengar suara ibu&abah.. 🥰🥰♬ original sound – Ammar Mukhlis (عمار) 🇲🇾
Mysha Alhayaa’ Irdina merupakan penantian kami selepas 7 tahun menunggu. Namun pada usia kandungan 35minggu arwah lahir secara Emergency Czer kerana masalah perkembangan bayi tidak sama dengan usia kandungan (IUGR). Anak saya perlu dirawat di wad ‘special care nursery’ (SCN) selama 30 hari.

Bayi pramatang sangat sinonim dan terdedah dengan pelbagai komplikasi. Oleh yang demikian, doktor menasihati kami untuk menjalankan banyak ujian klinikal. Doktor mengesahkan anak saya menghidapi kondisi ‘Laryngomalacia’. Irdina perlu menggunakan tiub pemakanan (feeding tube) sehingga ke satu masa yang ditetapkan. Agak bahaya untuk dia minum susu melalui botol susu kerana risiko tersedak susu dan memasuki saluran pernafasan. Ini kira pertama kali saya menjaga anak yang memerlukan tube pemakanan.
info: (Larymgomalacia adalah masalah kongenital tisu larinks (kotak suara) di saluran pernafasan bahagian atas peti suara. Ini adalah masalah paling biasa ditemui di kalangan bayi yang mengalami masalah nafas berbunyi. Dan kebiasaannya masalah ini akan menjadi semakin baik mengikut perkembangan bayi)
Alhamdullilah kami suami isteri mempunyai ilmu dalam bidang kesihatan. Kami juga meluangkan masa membaca info-info kesihatan. Kesedaran ini penting dalam membantu proses pemulihan Irdina. Saya merasakan penglibatan ibu bapa dalam proses penyembuhan atau pemulihan anak-anak berkeperluan khas ini sangat digalakkan. Ibu bapa jangan pernah mengalah, InsyaALLAH akan ditunjukkan jalan penyelesaiannya.

Sayangnya Irdina juga gagal dalam ujian pendengaran. Semasa ujian saringan audiometer, pesakit perlu ditidurkan dan dengan menggunakan alat khas Audiometer untuk memeriksa tahap kehilangan pendengaran. Dan pegawai audiologi mengesahkan Irdina mempunyai masalah “Severe Sensory Neural Hearing Loss”. InsyaALLAH, kami percaya dengan intervansi yang sesuai Irdina mampu mendengar dan bertutur.
Namun sebagai bapa, saya percaya usaha tanpa lelah pasti membuahkan hasil. Pelbagai usaha diteruskan sehinggalah dia mampu untuk berinteraksi. Rangsangan audio-visual-sensori sangat penting di dalam memastikan perkembangan fizikal, sesori dan kognitif. Di antara intervensi yang kami lakukan adalah terapi fizikal dan carakerja secara berkala setiap 2minggu. Irdina juga menjalani terapi air (hydrotherapy) agar dapat memberi ransangan kepada sensori dan otot agar dia dapat berjalan. Kami juga melakukan aktiviti bersama seperti “shadow play”, “star gazing” dan “story telling” sebelum tidur.
Agak sukar pada mulanya urusan perubatan dan pemulihan Irdina disebabkan PKP. Untuk dapatkan alat pendengaran itu sahaja, saya terpaksa menunggu 4 bulan. Alat bantuan pendengaran membantu dia boleh mendengar beberapa tahap bunyi. Jika ingin melihatnya bertutur, Irdina perlu menjalani implan koklea.
Pastinya detik teristimewa bila dia mampu mengekspresikan dirinya buat pertama kali. Saya kongikan momen itu di tiktok hanya untuk berkongsi rasa dengan semua.

Saya percaya ia adalah permulaan kepada sesuatu yang lebih besar. Saya membuat keputusan untuk berhenti kerja atas banyak faktor selain sifat perkerjaan saya yang memerlukan saya bekerja di luar kawasan. Pengorbanan meninggalkan kerjaya pastinya demi memastikan Irdina memiliki kehidupan yang lebih berkualiti.
Banyak masa dihabiskan bersamanya, dibantu oleh isteri dan anak sulung. Bagai diberi kekuatan untuk berjuang bersama-sama apabila saya memandang wajah comel Irdina. Saya tak jemu dalam memenuhi tuntuan temujanji anak malah lebih bersemangat bila melihat perubahannya. Saya terapkan dalam hati, sekecil-kecil manapun perkembagan Irdina, ia tetap perkembangan, patut dirai dan disyukuri.
Nasihat pegawai audiologi, kami guna-pakai. Irdina perlu memakai alat itu sekurang-kurangnya 8 jam setiap hari untuk merangsang saraf pendengarannya. Jangan pernah mengalah walau anak tidak memberi respon apabila kita bercakap dengannya. Alhamdulillah bila terbiasa dengan menggunaan alat pendengaran dia mudah menunjukkan respon pada terapi.

Saya sangat bahagia bila mengenang momen Irdina bersama abangnya membaca buku cerita. Alhamdulliah dia juga boleh mengekpresikan emosinya dengan lebih baik.
Setiap orang ada ujiannya. Redha itu penting supaya tahap emosi kita dalam keadaan baik. Kita juga perlu bijak dalam menyalurkan tekanan bila menjaga anak-anak bekeperluan khas. Setiap orang mungkin lain caranya, dan saya suka meluangkan banyak masa dgn anak-anak dan isteri untuk kekal positif seperti berjalan-jalan di pantai. Sepanjang 2 tahun ini, saya berjumpa dengan ramai ibu bapa yang hebat-hebat. Saya memahami perjuangan mereka.

Banyak lagi perancangan untuknya seperti implan koklea. Sesungguhnya, hanya Allah sebaik-baik perancang. Tanggal 17 Jun 2022, Irdina pulang ke Negeri Abadi pada Jumaat hari yang mulia dalam dakapan saya asbab jangkitan kuman.
Semoga pengorbanan kecil saya ini dipandang Allah. Saya pasti merinduinya, segala-galanya tentang dia. Semangatnya akan selalu bersama saya. Bermainlah wahai anakku, sehingga bertemu kembali di Syurga Allah.….
Kredit: Amir Manaf
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik

Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


