Baru-baru ini video pelakon, Lufya Omar dan bayinya Laana Haura teruja ketika mendengar lagu Comel Pipi Merah dendangan Datuk Seri Siti Nurhaliza di repost di Instagram penyanyi popular tersebut mendapat pelbagai komen daripada netizen.

Ada yang berpendapat tidak sesuai lagi memakaikan bayi sekecil Haura tudung.

Namun pelakon jelita ini mengambil positif kritikan tersebut dan tetap dengan pendiriannya untuk mendidik bayinya memakai tudung sejak dari kecil.

Walaupun Dikecam Netizen, Lufya Tetap Biasakan Anak Memakai Tudung. Impian Nak Jadikan Anaknya Seorang Hafizah

Lufya sememangnya sengaja memakaikan anaknya yang baru enam bulan tudung kerana baginya itu salah satu cara untuk mendidik anak pada awal usia supaya tidak kekok mengenakan hijab apabila sudah dewasa.

Katanya netizen salah faham dan mungkin beranggapan anaknya pakai tudung sepanjang hari. Bagaimanapun katanya Laana hanya memakai tudung untuk jangkamasa setengah jam sahaja.

IKLAN

Mungkin mereka bimbang melihat anak kecil kepanasan pakai tudung

Laana Haura pakai Tudung kene kritik??? But why?? Lufya cuma nak beri pendedahan awal kepada @laanahaura biar die dah besar Nanti dah tak kekok nak sarungkan kain tudung insyallah lebih labuh dari mummy die pakai. Fya bercita-cita nak jadikan anak fya Hafizah nanti. Amin 1000x jadi tak salah kalau fya dedahkan perkara2 baik pada Haura dari die baby lagi. Bukan lama pun pakai… kurang 30minit dan bukan pakai tengah2 terik matahari saudari.... ?

Bercita-Cita Jadikan Anak Seorang Hafizah

IKLAN

Seperti mana ibu lain yang bercita-cita untuk mendidik anak menjadi anak yang solehah, Lufya menanam impian untuk menjadikan puteri sulungnya seorang Hafizah satu hari nanti.

Justeru, dia merasakan tidak salah apa pun sekiranya dia mendedahkan perkara-perkara baik pada Haura sejak bayi lagi seperti membiasakan si comel menutup aurat.

Dalam posting tersebut, ramai netizen yang menyokong tindakannya dan beranggapan cara Lufya itu patut dipuji bukan dikeji.

IKLAN

Sebagai ibu tentu sahaja Lufya lebih tahu apa yang terbaik untuk anak tersayang.

Walaupun Dikecam Netizen, Lufya Tetap Biasakan Anak Memakai Tudung. Impian Nak Jadikan Anaknya Seorang Hafizah

Kita doakan semoga impian Lufya untuk mendidik anaknya menjadi anak solehah bergelar Hafizah akan dimakbulkan Allah SWT satu hari nanti. Insyaallah.

Sumber: Instagram Lufyalaana & mstar 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI