Buat kali yang keempat, Pa&Ma akan menganjurkan webinar penyusuan terbesar Syoknya Susukan Anak yang bakal berlangsung Sabtu, 3 Ogos ini.
Webinar penyusuan terbesar ini sememangnya sudah sebati dengan Pa&Ma, khusus untuk memberi ilmu dan pendedahan secara menyeluruh baik kepada bakal ibu, ibu hamil dan juga ibu-ibu yang sedang menyusu.
Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, Webinar Penyusuan, Syoknya Susukan Anak juga turut mengumpulkan lebih daripada 1000 prang peserta pada 3 Ogos 2024 nanti.
Tambah menarik, webinar ini juga akan menampilkan barisan panel hebat dan berkredibiliti dan pakar dalam penyusuan.
Berbeza dari webinar sebelum ini, kali ini Pa&Ma menampilkan Kaunselor Laktasi bertauliah yang cukup dikenali ramai, Pn Nad Masrom sebagai moderator bagi membincang dan mengupas pelbagai isi mengenai penyusuan susu ibu.
Ads
Kepakaran beliau dalam bidang ini sudah pastinya merancakkan lagi perjalanan majlis dengan pelbagai ilmu bermanfaat.
Para panel yang akan memeriahkan webinar terbesar tahun ini adalah seperti Dr Maiza Tusimin (Pakar Perunding Perbidanan, Sakit Puan & Ferteliti Pusat Perubatan Prince Court) yang akan membincangkan topik Tiada Halangan Menyusukan Anak Selepas Bersalin.
Manakala Dr Tengku Puteri Zainab (Pakar Perunding Pediatrik) pula akan membawakan tajuk, Susu Ibu Bagus Untuk Imuniti Bayi. Puan Sharfiza Abd Aziz (Senior Psychotherapist Pediatrik pun adakan membawakan tajuk, Penyusuan Susu Ibu & Perkembangan Bayi.
Kemunculan personaliti dan Coach Che Man serta En Syed Hussein pula masing-masing dengan tajuk cukup menarik iaitu Peranan Suami Ketika Isteri Berpantang dan Kenal Karakter Pembelajaran Anak.
Ads
Menariknya webinar kali ini turut menampilkan penyanyi, Wany Hasrita yang baru sahaja menimang cahaya mata. Pasti ramai yang ingin mengetahui bagaimana selebriti kesayangan ramai ini membahagikan masa antara kesibukan karier serta tanggungjawab untuk menyusukan anak.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menyertai webinar ini kerana banyak perkongsian bermanfaat yang dapat membantu perjalanan penyusuan susu ibu.
Selain perkongsian ilmu penyusuan, para peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa cabutan bertuah sepanjang webinar ini berlangsung.
Webinar ini bukan hanya terhad kepada ibu menyusu sahaja bahkan bakal ibu ayah yang mahu menuntut ilmu penyusuan. Bagi yang ingin membuat pendaftaran, anda boleh klik SINI.
Ads
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Ada ibu bertanya, apakah pil perancang yang sesuai kepada ibu menyusu? yang tak mempengaruhi penghasilan susu ibu.
Sebab ada yang notice susu mula merudum sejak mula mengambil pil perancang. Aisehmen.. ini boleh bikin ibu stres. Bila stres makin berkuranglah susunya.
Sabar mommies, cari penyelesaian dulu. Menurut pakar dari PPUM dan merujuk kepada perkongsian Prof Madya Dr. Harlina Siraj, jenis pil/ubatan yang sesuai bagi ibu menyusu adalah dari jenis Progesterone – only Pill (POP).
Progesteron dan estrogen dengan prolaktin.
Jenis pil/ubatan yang mengandungi kandungan estrogen di dalamnya akan menyebabkan penghasilan susu terganggu. Ini kerana hormon estrogen berkadar songsang dengan hormon prolaktin yang berfungsi penting dalam penghasilan susu.
Jika estrogen dalam badan rendah, maka kadar prolaktin tinggi = penghasilan susu ibu tidak terganggu.
Jika estrogen dalam badan tinggi (kerana pengambilan pil/ubatan mengandungi estrogen), maka kadar prolaktin menurun = penghasilan susu ibu terganggu / berkurang.
Contoh pil/ubatan jenis Progesteron sahaja adalah Noriday.
Suntikan (depo) / implan.
Jika anda mengambil keputusan untuk mendapatkan suntikan/implan, jenis ubatan yang dimasukkan juga hendaklah jenis progesteron sahaja juga.
Jumpa doktor/pakar.
Dapatkan nasihat dari doktor / pakar terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk mengambil sebarang jenis pil perancang jika anda masih ragu-ragu. Jenis pil/ubatan yang diambil mestilah sesuai dengan kesihatan tubuh anda dan breastfeeding-friendly.
Perhatian: Jika anda mengalami susu merudum/ kenaikan berat badan baby tidak konsisten selepas pengambilan pil/ubatan perancang kehamilan, hentikan pengambilan pil perancang buat sementara dan monitor penghasilan susu / kenaikan berat badan bayi anda.
Kehamilan memerlukan keadaan kesihatan dan tubuh yang sangat baik, kerana setiap wanita hamil melalui perubahan fizikal yang melemahkan.
Jadi, ibu yang ingin hamil lagi perlu memastikan diri dalam keadaan yang terbaik supaya dapat menyediakan rahim yang kuat dan kesihatan tubuh yang jitu untuk hamil lagi.
Bagi ibu yang mengalami masalah lemah rahim atau condition kesihatan yang tidak mengizinkan anda hamil dengan kerap, amalkan pemakanan yang sihat dan dapatkan nasihat doktor untuk kaedah perancangan keluarga yang terbaik untuk anda.
Menjadi kerisauan para ibu ketika menyusu badan pada bayi, adakah mereka cukup minum? Takut pula masih tak cukup, tapi sesi penyusuan dah dihentikan. Bukan apa, nak ditanya anak masih tak boleh nak beritahu.
Lagi-lagi kalau bayi tertidur semasa disusukan. Lagilah si ibu rungsing sama ada cukup atau tidak anak mereka menyusu tadi.
Ikuti penjelasan dari Kaunselor Laktasi ini:
Risau bayi menyusu sekejap atau lama?
“Bayi saya menyusu kurang dari 10 minit. Dia dapat cukup susu tak?”
“Bayi saya menyusu lama sangat kadang-kadang sampai 1 jam. Susu saya sikit ke?”
Dua situasi berbeza kerisauan ibu-ibu menyusu tentang berapa lama bayi mereka menyusu.
Ada yang menyusu dalam satu sesi yang pendek, malah ada juga yang menyusu dalam satu sesi yang panjang.
Secara puratanya, bayi akan menyusu selama 15 – 45 minit dalam satu sesi penyusuan. Tetapi perlu diingat, tiada masa yang tetap untuk berapa lama bayi perlu menyusu.
‘Don’t watch the clock, watch the baby’. Offer bayi menyusu satu bahagian payudara pada satu masa. Dan offer payudara yang lagi sebelah pada sesi penyusuan yang seterusnya.
Bayi yang baru lahir kebiasaannya akan menyusu 8 – 12 kali dalam satu hari. Peka pada ‘feeding cues’ bayi. Bukannya melihat jam.
Antara ‘feeding cues’ adalah bayi akan: – stretching – rooting – sucking – crying (late cues)
Sesetengah bayi sangat efisyen menyusu dan boleh kenyang dalam masa kurang dari 10 minit dalam satu sesi penyusuan. Manakala, ada pula sesetengah bayi yang lain memerlukan tempoh yang lebih lama untuk menyusu dan kenyang. Ini juga adalah kerana setiap bayi ‘suckle’ juga berbeza.
Antara tanda-tanda bayi sudah kenyang: – lebih tenang – melepaskan sendiri payudara – tertidur selepas menyusu – apabila offer menyusu lagi, bayi akan menolak
Sila pantau diapers bayi (wet & dirty); kencing & berak bayi serta kenaikan berat badan bayi. Sehingga umur 6 bulan, kebiasaannya wet diapers adalah dalam 5 – 6 keping sehari. Manakala untuk dirty diapers pula adalah dalam 1 – 2 keping sehari. Malahan ada yang kurang dari itu kerana bayi yang menyusu ibu ada yang jarang berak sampai berhari-hari.
Ada masanya juga, bayi akan menyusu lebih lama sekadar untuk ‘comfort’.
Jika bayi anda terganggu atau mengantuk semasa menyusu, bawa bayi ke dalam bilik yang gelap untuk menyusu supaya jauh dari gangguan.
Kita tahu dan faham perjalanan ibu untuk menyusukan anak itu sukar sekiranya susu badan tidak cukup yang boleh menyebabkan ibu stress. Memberi bayi anda susu badan secukupnya merupakan impian setiap individu yang bergelar ibu. Oleh itu, bagaimana ibu-ibu boleh menghasilkan susu yang cukup? Jangan risau berikut dikongsikan beberapa tips dari MedTweetMy
Sumber: Canva
Pastikan lekapan betul. Lekapan yang baik boleh mengelakkan puting luka dan bayi dapat minum susu dengan lebih efektif.
Kerapkan pengeluaran susu. Penyusuan mengikut konsep “supply and demand”. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu terhasil.
Lakukan urutan payudara. Urutan payudara semasa menyusukan anak atau memerah susu boleh menambahkan susu sehingga lebih 40 peratus!
Makan dan minum yang cukup. Ibu menyusukan anak, membakar sehingga 500 kalori setiap hari. Jadi ibu perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan minum air minimum 8 gelas sehari.
Pengambilan galactogogoue. Galactogogue adalah makanan yang boleh meningkatkan penghasilan susu. Contohnya adalah oat, sayuran hijau dan kekacang.
Untuk tip tambahan, bagi ibu yang memerah susu menggunakan pam, pastikan saiz flange tepat dann cuba mode yang sesuai untuk mendapatkan hasil optimum.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, meluahkan isi hatinya sebagai seorang ibu terhadap komen-komen yang mempertikaikan cara...