“Ya Allah jagakan isteriku…” Itulah doa sebak yang dititipkan pelakon Nadzmi Adhwa buat isterinya, Ardell Aryana, yang kini berada dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) menuju Gaza.

Sebagai seorang suami dan ayah, Nadzmi tidak mampu menyembunyikan rasa risau apabila kapal Mikeno, yang membawa delegasi Malaysia termasuk Ardell, hilang kontak selepas berdepan intimidasi tentera Israel di perairan antarabangsa.

“Ya Allah Jagakan Isteriku” – Doa Sebak Nadzmi Adhwa, Anak Kecil Rindu Ardell Aryana

Menerusi hantaran di Threads, Adhwa menulis penuh emosi:


Mikeno sedang ke hadapan. Ya Allah jagakan isteriku 🤲🏻❤️ Entah masih atas kapal atau tak. Semangat juangmu tak pernah aku sangkal.

Resah Seorang Suami, Rindu Seorang Anak

Dalam debar menanti khabar, doa menjadi senjata paling kuat buat Adhwa. Lebih menyayat hati, anak kecil mereka juga kini menanggung rindu kepada ibu tersayang yang berjuang jauh di lautan demi membantu saudara kita di Gaza.

Ads

Sebagai seorang bapa, Nadzmi perlu kekal tabah demi anaknya, meskipun hati penuh dengan rasa cemas. Situasi ini menggambarkan betapa besar pengorbanan sebuah keluarga ketika salah seorang daripadanya menggalas tanggungjawab misi kemanusiaan.

“Ya Allah Jagakan Isteriku” – Doa Sebak Nadzmi Adhwa, Anak Kecil Rindu Ardell Aryana

Ads

Kapal Mikeno Gagal Dihubungi

Menurut Sumud Nusantara Command Centre (SNCC), delegasi Malaysia termasuk Ardell yang menaiki kapal Mikeno kini tidak dapat dihubungi selepas berlaku gangguan daripada tentera Israel. Hal ini menambah keresahan ramai kerana kapal tersebut menjadi antara sasaran utama konvoi flotilla.

Ads

Ardell, Isteri & Ibu Yang Kental

Meskipun dilaporkan mengalami masalah kesihatan dalam perjalanan, Ardell tetap teguh dengan pendirian mahu meneruskan misi. Keputusannya meninggalkan suami dan anak bukan sesuatu yang mudah, namun semangat juangnya membuktikan kasih seorang ibu bukan hanya untuk keluarganya, tetapi juga untuk umat yang menderita di Palestin.

Doa Rakyat Malaysia Mengiringi

Perkongsian penuh sebak Nadzmi segera mendapat perhatian netizen. Ruangan komen dipenuhi doa dan kata semangat buat Ardell, Nadzmi serta anak mereka. Ramai yang mengharapkan agar Ardell kembali dengan selamat ke pangkuan keluarga.

Sebagai isteri dan ibu, Ardell Aryana kini menjadi inspirasi ramai wanita. Sementara itu, doa seorang suami serta kerinduan anak kecil kepada ibunya mengingatkan kita bahawa kasih keluarga adalah kekuatan yang tiada bandingannya.

Semoga Allah melindungi Ardell Aryana, seluruh aktivis flotilla dan mengembalikan mereka dengan selamat ke pangkuan keluarga tercinta.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads