Sepanjang proses membesar, sudah tentu anak-anak banyak ragamnya. Ada masa mereka akan buat perangai yang menyebabkan ibu ayah rasa marah. Permainan emosi begini bukan sahaja mempengaruhi tumbesaran mereka, tetapi ia mengganggu perhubungan antara parents dan anak-anak. Walaupun begitu, usahlah dibentak atau dimarahi, apatah lagi dengan perkataan-perkataan yang tidak elok didengar.

 

Tidak dinafikan, antara perkara lain yang membuatkan kita stres adalah hubungan dingin dengan pasangan. Mungkin mereka ada buat perkara-perkara yang kita kurang gemar. Sudah dinasihatkan tetapi tiada perubahan. Kalau banyak kali ditegur, nanti boleh buat bergaduh pula.

Yang Keluar Dari Mulut Ibu Itu Doa, Sebutlah Yang Baik-Baik. Jangan ‘Ringan’ Maki Anak
Sumber foto: www.freepik.com

Untuk melembutkan hati anak atau pasangan tidak mudah. Kita harus konsisten mendoakan yang terbaik buat mereka. Berikut adalah perkongsian dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood tentang amalan yang dapat membantu melembutkan hati anak-anak atau insan yang disayangi.

TIP LEMBUTKAN HATI INSAN YANG DISAYANGI

#Mulakan dengan membawa Surah Fatihah sebanyak 3 kali.

#Kemudian lengkapkan dengan Ayat Kursi sebanyak 3 kali.

#Sempurnakannya dengan menyebut selawat Nabi sebanyak 3 kali.

#Usah dilupakan dengan tambahan Surah Taha ayat 1-5 dan baca surah ini sebanyak 3 kali.

#Akhir sekali sudahkannya dengan Surah Al Fath ayat 1-5 yang dibaca sebanyak 3 kali.

#Kemudian hembuskan tiga kali di atas kepala dan ubun-ubun. In shaa Allah dengan izin Allah, mujarab lembutkan hati anak-anak dan pasangan kita. Juga ibubapa kita.

Artikel Menarik: [Doa Ringkas, Diamalkan Setiap Kali Basuh Beras. Rezeki Tak Putus Untuk Keluarga]

UNTUK BAHAGIA, HARUS BAHAGIAKAN ORANG LAIN
Bila hati anak dan pasangan lembut, barulah hidup makin terasa bahagianya. Untuk kita merasa Bahagia, kitalah yang terlebih dahulu harus membahagiakan orang lain.

Sesuatu yang diberi dan tidak akan berkurang adalah KEBAHAGIAAN. Bahagiakanlah orang lain lalu engkau akan bahagia. Ada seorang sahabat yang datang menemui Nabi صلي الله عليه وسلم:

IKLAN

Dia mengeluhkan akan kerasnya hatinya, dia tidak merasakan kebahagiaan.

Maka jawab Nabi SAW,

“Jika engkau ingin hatimu menjadi lembut, bahagia, tenang, maka berilah makanan kepada fakir miskin dan usapkan tanganmu di kepala anak yatim.”

Orang yang paling bahagia adalah Rasulullah صلي الله عليه وسلم apabila seluruh waktunya dalam rangka untuk umatnya.

Rasulullah صلي الله عليه وسلم telah menjelaskan dalam satu hadith:

“Amal yang paling dicintai Allah SWT iaitu rasa senang yang engkau masukkan ke dalam hati seorang muslim, atau engkau hilangkan rasa laparnya, atau engkau lunaskan hutang-hutangnya, atau engkau hilangkan kesulitannya.

Sungguh, aku menemani saudaraku untuk memenuhi keperluannya lebih aku sukai daripada i’tikaf di Masjid Nabawi selama sebulan.” [HR. at-Thabrani]

Yang Keluar Dari Mulut Ibu Itu Doa, Sebutlah Yang Baik-Baik. Jangan ‘Ringan’ Maki Anak
Sumber foto: www.freepik.com

Maka lembutkanlah hati orang-orang yang kita sayang dan bahagiakanlah mereka yang berada di sekitar kita agar kita lebih merasakan kebahagian. Jom azam untuk sama sama perbaiki akhlak dengan mencontohi akhlak Baginda Nabi SAW.

Untuk anak-anak, cubalah kaedah ini untuk membentuk keperibadian yang baik dalam diri mereka. Senjata paling berkuasa adalah doa ibu terhadap anak-anak:

IKLAN

1) Sentiasa keluar perkataan positif dan elak perkataan negatif

Perlu ingat andai perkataan negatif yang ibu ayah label pada anak-anak kerana perasaan marah yang membara di atas kesilapan mereka, bimbang perkataan negatif itu jadi mustajab. Macam mana? Tolonglah elakkan demi kebaikan anak.

Artikel Menarik: [Anak Pencinta Bunga & Tanaman, Biar Minat Anak Bercambah. Galak & Sokonglah!]

Sebaiknya ibu ayah amalkan perkataan yang baik-baik walaupun dalam keadaan nak marah seperti anak bertuah, anak baik, anak mama sayang, anak abah sayang, anak syurga. Insya-Allah jika kata-kata ini sentiasa keluar dari mulut ibu ayah ia seolah-olah satu doa yang baik untuk kesejahteraan anak itu.

2) Tegur anak dengan penuh hikmah dan kasih sayang

Anak-anak ujian dari Allah untuk melihat sejauh mana kesabaran ibu ayah dalam mendidik amanah yang diberikan-Nya. Kena ingat nak marah sekalipun, tegurlah dengan berhemah.

Yang Keluar Dari Mulut Ibu Itu Doa, Sebutlah Yang Baik-Baik. Jangan ‘Ringan’ Maki Anak
Sumber foto: www.freepik.com

Percayalah setiap kesabaran Allah gantikan dengan ganjaran yang lebih baik buat ibu ayah. Sentiasa positifkan jiwa dan minda.

3) Amalkan sebut nama Allah dan Rasulullah S.A.W

IKLAN

Contoh anak ibu sayang Allah tak, anak ibu sayang Rasulullah S.A.W tak. Kalau sayang Allah dan nabi jangan tinggal solat. Jangan lawan cakap mak ayah sebab semua nak masuk syurga dan nak dapat syafaat Rasullullah S.A.W.

Artikel Menarik: [Mungkin Kita Rasa Kecewa Tak Ada Masa Dengan Anak, Tapi Sempat Tak Kita Peluk Dia 3 Saat?]

Jika anak dah terbiasa, secara automatik anak faham dan apa yang dia kena lakukan mestilah yang baik-baik dan perlu dengar cakap orang tua. Ulang dan ulang, lama-kelamaan akan meresap masuk dalam jiwa anak.

4) Banyak berdoa supaya anak sentiasa lembut hati

Nak lembutkan hati anak, ibu ayah kena sentiasa berdoa tanpa putus asa. Doa adalah senjata utama untuk semua dan jika diamalkan selalu keberkatan itu akan diperoleh.

Yang Keluar Dari Mulut Ibu Itu Doa, Sebutlah Yang Baik-Baik. Jangan ‘Ringan’ Maki Anak
Sumber foto: www.freepik.com

Percayalah ibu bapa yang sayangkan anak jika terus mengamalkan 4 tip ini, anda akan lihat hasilnya. Paling penting ibu bapa kena sentiasa muhasabah diri dan memperbaiki kelemahan masing-masing.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik.

Nak hantar gambar anak klik sini 👉 https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/

Yang Keluar Dari Mulut Ibu Itu Doa, Sebutlah Yang Baik-Baik. Jangan ‘Ringan’ Maki Anak

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI