Baru-baru ini Fizo Omar ada berkongsi berita gembira tentang isterinya, Fazeera Nazri yang hamil anak kedua. Ketika mengumumkan berita gembira itu, kandungan Fazeera sudah pun berusia 5 bulan dan telah nampak baby bumpnya.
Sebelum itu, Fizo dan isteri baru beberapa bulan menimang cahaya mata sulung yang diberi nama Wan Khaleeda.
Menurut Fizo, beza Wan Khaleeda dengan adiknya nanti adalah 11 bulan dan mereka menganggap walaupun jaraknya sangat dekat, dia bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah.
Menerusi perkongsian terbaru Fizo di instagramnya, dia ada menunjukkan satu video pendek yang memaparkan Fazeera sedang membuat ultrasound baby.
Dalam video itu kelihatan Khaleeda juga dibawa bersama namun apa yang menarik perhatian adalah ekspresi muka Khaleeda yang seolah-olah kelihatan terkejut.
Fizo sempat berseloroh dalam video itu apabila menulis kapsyen “alaa sekejap jer pegang title bongsu ni. Tak sampai setahun pun.”
Ads
Malah di ruangan kapsyen juga Fizo ada menulis yang Khaleeda sudah ada kawan.
“Saya zoom zoom gambar scan belakang tu..”
Ads
Daripada ayat yang ditulis oleh Fizo ini, seolah-olah bagi hint macam akan dapat baby girl lagi.
Tapi apa-apa pun tunggu pengumuman rasmi yang dikongsikan pasangan suami isteri nanti. Sama ada baby girl atau baby boy yang penting membesar dengan sihat dalam perut umi.
Ads
Diharapkan segala urusan Fazeera sepanjang hamil kali ini berjalan lancar dan dipermudahkan sehingga selamat bersalin. Amin
Biasanya jika kita sudah dikurniakan dengan dua orang anak perempuan pada awalnya, sudah tentu akan memasang impian untuk mempunyai anak lelaki pula untuk kali ketiga. Tapi siapalah kita untuk melawan takdir Allah SWT. Apabila disahkan hamil anak ketiga, mengandung sembilan bulan, yang keluar akhirnya anak perempuan juga.
Meski di hati terselit sedikit rasa kecewa namun ketentuan Ilahi ini harus kita terima dengan redha. Rezeki anak urusan Dia Yang Maha Esa. Pasti ramai ahli keluarga atau teman yang berkata “Lahhhh.. rezeki kau dapat anak dara lagi.” Harapnya kita tidak teremosi dengan luahan sebegitu. Hakikatnya pasangan yang memiliki tiga orang anak perempuan punya kelebihan yang tersendiri malah disebut oleh Rasulullah s.a.w.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah,kesusahan dan kesenangan mereka,nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”
Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”
Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”
Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”
Rasulullah SAW menjawab,
“Juga untuk seorang.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka,melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Daripada Aisyah R.A dari Rasulullah SAW baginda telah bersabda yang maksudnya:
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Daripada ayat-ayat ini kita boleh melihat betapa kelebihan memiliki ramai anak perempuan. Apatah lagi jika ibu bapa menjaga serta mendidiknya mengikut landasan yang betul dan anak itu sendiri patuh pada suruhan agama. Ia boleh menjadi pelindung ibu bapa daripada api neraka.
Buah hati rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah yang menjalani pembedahan membuang ketumbuhan besar yang berada di dalam mulutnya di London terus menunjukkan perkembangan positif bila mana kini sudah mula menjalani rawatan membuang alat tracheostomy.
Alat ini yang dipakaikan sejak seminit pertama hidupnya membolehkan Ainul terus bernafas dengan baik sehingga usianya kini lima tahun.
Pun begitu menurut perkongsian ayahnya, Ahmad Saiffudin, sejak akhir-akhir ini Ainul kerap terkena jangkitan hingga pernah mengancam nyawanya pada penghujung tahun lalu.
Lalu selepas mendapatkan nasihat terbaik dari doktor yang merawatnya, doktor cuba untuk menanggalkan alat bantuan pernafasan itu yang selama ini digunakan Ainul.
Menerusi facebook, bapa Ainul turut berkongsi kisah rawatan susulan itu demi untuk kesihatan yang lebih baik buat anak sulungnya.
Gambar Kiri 4 tahun lepas. Gambar Kanan hari ini ( sekarang ). Lokasi yang sama. Keadaan yang berbeza. Alhamdulillah syukur dengan segala nikmatNya.
Ainul akan buat beberapa procedure untuk plan tutup tracheostomy yang dia dah pakai sejak seminit pertama hidupnya.
Jika nak tahu, tiub pernafasan yang Ainul guna hari ini adalah rawatan pertama yang dia terima sejurus selepas keluar dari perut mamanya.
Tahun ini Ainul 5 tahun. Sepanjang 5 tahun ni Ainul kerap dapat lung infection sehingga tahap menggugat nyawanya ( tahun lepas ).
Doktor nampak puncanya dari trachy. Sebab jika manusia normal, kita ada hidung yang Allah swt ciptakan sebaik-baik ciptaan untuk manusia sebagai pelindung untuk sistem pernafasan kita ( filter ), tapi untuk patient yang guna trachy, mereka bernafas “direct” terus ke paru-paru.
Untuk keadaan Ainul yang dahulu, mungkin trachy ini dia perlukan. Tapi untuk sekarang, doktor yakin yang Ainul mungkin dan tak perlukan dan Doktor lebih mahu menjaga kesihatan paru-parunya.
Ainul juga akan lambat membesar apabila kerap jatuh sakit berpunca dari jangkitan. Jadi, hari ini Ainul ke hospital untuk pergi ke rawatan seterusnya. Ainul masih ada banyak rawatan susulan.
Tapi tak apa, kita buat sikit-sikit tapi yakin ianya yang terbaik. Lagipun Ainul tak perlu kejar apa apa. Alhamdulillah, banyak kebaikan yang dia dah berjaya capai.
Minggu ini Ainul duduk di hospital, banyak procedure nak kena buat. Sebelum Doktor periksa laluan pernafasannya (airway), Doktor mahu test pemakanan Ainul dahulu. Doktor nak tengok Ainul menelan sebelum trachynya dicabut.
Kalau yang tak tahu, Ainul memang tak pernah makan guna mulut sejak lahir. Di perut Ainul ada tiub pemakanan. Dari lahir sampai hari ini ainul makan guna tiub pemakanan. Tapi tiub pemakanan ini chapter seterusnya yang doktor akan tengok. Bukan sekarang. Tak perlu terburu-buru. Step by step. Yang penting Ainul sihat dan membesar dengan baik.
InshaAllah Allah swt tahu apa yang terbaik. As a parents, kami akan usaha yang terbaik untuk puteri kami ini. Mudah mudahan Allah swt dorongkan dan beri jalan yang terbaik.
Pempengaruh media sosial, Sally Whoo atau nama sebenarnya Nur Salihah Aimuni, berkongsi khabar gembira bahawa dia dan suami sedang menanti kehadiran sepasang cahaya mata kembar.
Berita gembira itu diumumkan menerusi majlis dedah jantina (gender reveal) yang diadakan baru-baru ini.
Dalam perkongsian di TikTok, Sally memuat naik video yang merakam detik penuh bahagia sepanjang majlis berlangsung, termasuk reaksi teruja keluarga serta sahabat rapat yang hadir memeriahkan suasana.
Sally dalam kapsyen sama meluahkan rasa syukur kerana dapat mengabadikan momen istimewa itu dan berkongsi kegembiraan bersama insan-insan tersayang.
“Majlis ini menjadi satu memori yang akan kami (dan suami) kenang sepanjang hayat, kerana dapat menghimpunkan keluarga dan sahabat tersayang di bawah satu bumbung, berkongsi senyuman, pelukan dan kasih.
“Kehadiran kalian adalah hadiah terbesar yang menjadikan momen ini benar-benar hidup.
“Majlis gender reveal ini bukan hanya tentang kejutan semata-mata, tetapi tentang meraikan kasih sayang, ikatan kekeluargaan, persahabatan, dan insan-insan yang menjadikannya satu kenyataan,” kongsi Sally menerusi kapsyennya.
Menerusi video yang turut dikongsikan rakan-rakan selebriti, Sally dan suami menekan butang di hadapan pentas dengan dua warna iaitu merah jambu dan biru memenuhi ruang udara sebaik butang ditekan.
Rakan-rakan dan ahli keluarga bersorak gembira sebaik mengetahui Sally bakal menyambut kelahiran anak kembar sepasang.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk menitipkan ucapan tahniah buat Sally dan suaminya, Toq.
Selain itu, ada juga yang sempat bertanya rahsia dan amalan yang diamalkan oleh Sally sehingga dikurniakan rezeki menimang kembar, di samping menyebut faktor keturunan sebagai antara penyebab utama.
Untuk rekod, Sally mendirikan rumah tangga bersama Toq dan hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Ean Maleeq.