Datin Sri Shahida berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah telah membawa si kecil, penghias kulit Pa&Ma November 2018, Yusoff Al Qardawi bersama-samanya. Namun apa yang mencuri perhatian netizen hingga sebak ialah reaksi si abang, Ibrahim Adham atau Baem yang seakan tidak mahu melepaskan mamanya.
Datin Sri Shahida telah berangkat ke tanah suci semalam bersama anak kecilnya, Yusoff Al-Qardawi.
shahidadherbs Alhamdulillah….tahun lepas yusoff dalam perut waktu mama buat umrah,tahun ni pun yusoff ikut mama juga pergi…:bermusafir lah kita hari ni @yusoffalqardawi ..Doakan kami selamat pergi dan pulang dan dikurniakan umrah yg mabrur….
Para netizen tidak dapat menahan perasaan sebak melihat tangisan & pelukan Baem kepada Datin Sri Shahida sambil ditenangkan oleh abahnya, Datuk Sri Aliff Syukri. Mamanya juga kelihatan sebak melihat reaksi Baem.
Jangan lupa dapatkan edisi Pa&Ma November 2018 yang menampilkan si comel Yusoff Al-Qardawi sebagai penghias kulit! Di dalamnya ada banyak tajuk-tajuk menarik yang dikupas seperti topik utama tentang berpantang, mitos tentang ais, pulmonari embolism, bengkak susu yang tentunya yang sangat bermanfaat kepada mama papa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanak-kanak yang menghidapi disleksia iaitu mereka yang mempunyai masalah dengan membaca, menulis dan mengeja (3M) dan telah disahkan pakar perubatan, perlu mendapatkan kelas intensif disleksia dengan segera.
Presiden Persatuan Dyslexia Malaysia (PDM) Jamaliah Rahmat berkata langkah itu penting, supaya ia tidak mencederakan emosi kanak-kanak dan tidak merendahkan harga diri mereka, apabila tidak mampu menguasai 3M seperti kanak-kanak normal lain di sekolah.
“Asasnya, perlu faham ia bukan suatu penyakit, ia adalah neurodiversity yang tiada penawar untuk memulihnya, tapi dengan intervensi yang betul kita boleh berjaya dan kurangkan kesannya untuk jangka masa yang panjang.
“Apabila ibu-bapa sudah memahami keadaan itu, kanak-kanak disleksia ini akan dapat dibantu perkembangannya, setanding dengan kanak-kanak normal lain bahkan kekurangnya itu mungkin memberi kelebihan yang tidak ada pada kanak-kanak lain,”
Jamaliah turut berharap, stigma ibu bapa yang malu kerana anak-anak mereka disleksia perlu dikikis, kerana mereka hanya kekurangan dari segi pembelajaran, namun sekiranya dibantu pada peringkat awal prestasi mereka lebih baik, malah rekod membuktikan seseorang disleksia mempunyai kemahiran dan intelektual yang luar biasa.
Sementara itu, Jamaliah turut berharap Kementerian Pendidikan (KPM), memudahkan proses bagi ibu bapa kanak-kanak disleksia yang memohon pelepasan cuti belajar dari sekolah normal untuk suatu tempoh tertentu (tiga bulan sehingga setahun), bagi menghantar mereka ke kelas intensif disleksia dengan pihaknya.
“Disebabkan kekurangan kelas khas di sekolah bagi kanak-kanak disleksia, ada ibu-bapa yang memohon untuk menghantar anak mereka kepada kami, tapi tidak mendapat kebenaran daripada Pejabat Pendidikan Daerah.
“Sedangkan modul pembelajaran kanak-kanak disleksia tidak sama dengan murid pendidikan khas lain seperti sindrown down, yang memerlukan guru terlatih dan kompeten mengenai disleksia,” katanya.
Sementara itu Musa berharap sistem pendidikan bagi kanak-kanak disleksia, harus disesuaikan mengikut peredaran masa dan penggunaan teknologi bagi meningkatkan kualiti pembelajaran, selain perlunya sokongan kewangan daripada pihak berwajib.
“Saya difahamkan sistem pendidikannya masih berteraskan sistem yang lama, sedangkan hal yang berkaitan dengan saintifik dan teknologi seperti pendigitalan dan penggunaan pembelajaran berasaskan kecerdasan buatan harus diterapkan,” katanya.
Musa juga berharap kanak-kanak disleksia akan mendapat perhatian yang lebih meluas daripada kerajaan mahupun orang awam, kerana telah terbukti mereka sebenarnya boleh belajar dengan cepat daripada orang biasa dan telah ramai yang berjaya di peringkat yang lebih tinggi.
“Mereka (kanak-kanak disleksia) ini ialah golongan luar daripada biasa, jadi ia memerlukan kefahaman, kesabaran, dan sikap sayang dalam memahami dan mendidik mereka,” katanya.
Jika anak masih belum boleh bercakap, anda perlu mendapatkan nasihat pakar supaya dapat anak dapat memberi tumpuan semasa belajar.
Perkongsian Pakar Terapi Pertuturan Ruby Speech Therapy, Sungai Petani, Kedah, Izyan Atika Abu Bakar menjelaskan bahawa setiap ibu bapa perlu peka terhadap masalaah pertuturan anak.
Jangan dibiarkan masalah sehingga anak masuk ke tadika kerana ia akan menjejaskan tumpuan belajar kanak-kanak.
Umur 5 tahun sepatutnya sudah lancar bercerita, bertanya itu ini, membuat alasan begitu begini dan ada yang sudah mula membaca.
Tapi ada ibu bapa yang mendapati anaknya masih tidak lancar bercakap walaupun telah berusia 5 tahun. Kebiasaannya kanak-kanak sebegini telah mengalami lewat perkembangan pertuturannya sejak kecil lagi. Ada yang mula bercakap pada usia 3 tahun.
Oleh kerana masyarakat malaysia ramai yang suka beranggapan ‘nanti dah tadika, ok la tu’, maka ibu bapa tunggu hingga anak berusia 5 tahun. Majoriti kanak-kanak mula dihantar ke tadika pada usia 4,5 tahun.
Selepas masuk tadika, barulah ibu bapa merasa ‘terkesan’ dengan masalah pertuturan yang dihadapi oleh anak.
Secara umumnya, dari pengalaman saya, kanak-kanak usia 5 tahun yang tidak lancar bercakap ini selalunya mengalami masalah TUMPUAN. Masalah tumpuan menyumbang kepada masalah INGATAN.
Ada antara mereka yang masih tidak mengenal jenis-jenis warna asas. Apatah lagi jika ibu bapa suruh mereka ingat ABC, 123. Mereka juga tidak dapat menjawab soalan-soalan mudah kerana mereka tidak tumpu pada soalan yang ditanya. Semakin panjang soalan, makin susahlah dia nak jawab.
Selain itu, kosa kata kanak-kanak ini juga amat terhad. Mereka lebih senang menggunakan istilah ‘yang tu’, ‘kat sana’, sambil tunjuk isyarat. Ayat yang digunakan pula pendek-pendek dan struktur ayatnya tidak lengkap. Kata hubung dan kata fungsian seperti ‘dengan, nanti, kalau, lepas tu, pun, juga’ tidak dapat digunakan dalam perbualan harian.
Saya tidak menafikan bahawa memang wujud ‘spontaneous recovery’ bagi kanak-kanak yang lambat bercakap. Namun adalah lebih baik untuk kita berusaha melakukan sesuatu daripada sekadar menunggu dan mengharapkan keajaiban.
Jika anda mengambil keputusan untuk menunggu, dan anak anda tidak mengalami ‘spontaneous recovery’, umurnya terus juga meningkat kepada 6 tahun, 7 tahun, 8 tahun dan seterusnya. Anda tidak akan boleh berpatah balik pada masa yang telah berlalu.
Sedangkan umur kritikal untuk kanak-kanak belajar kemahiran pertuturan bahasa adalah sejak lahir hingga 5 tahun. Semakin umurnya meningkat, semakin mencabarlah perjalanannya.
Oleh itu, jangan bertangguh untuk mendapatkan perkhidmatan speech therapy seawal usia 2 tahun sekiranya anda mengesyaki anak anda mengalami masalah bertutur.
Bermain adalah perbuatan sukarela dan menyeronokkan bagi kanak-kanak. Bermain adalah sebahagian daripada aktiviti yang penting bagi kanak-kanak untuk mempelajari bahasa dan pertuturan. Kanak-kanak meluahkan idea, perasaan dan fikiran mereka sewaktu bermain. Kemahiran bermain merupakan sebahagian daripada kemahiran pra-pertuturan kanak-kanak.
Kanak-kanak bermain permainan berfungsi dengan eksplorasi sesuatu objek. Antara contoh permainan berfungsi adalah seperti menarik, menggoyang atau mengetuk objek, memanjat dan berlari.
Permainan Membina
Kanak-kanak membina sesuatu dengan merancang menggunakan minda. Contoh permainan membina seperti membina istana pasir atau menyusun blok secara bertingkat. Kanak-kanak akan menggunakan minda mereka untuk bermain permainan ini.
Permainan Olok-olok
Bermain menggunakan imaginasi seperti memberikan anak patung makan dan minum atau bermain secara olok-olok seperti menjadi seorang doktor. Keupayaan untuk meniru, penggunaan motor sensori dan kemahiran kognitif adalah penting dalam permainan olok-olok.
Tips bermain bagi meransang pertuturan anak
Sewaktu bermain dengan anak anda, bercakaplah dengan mereka. Komunikasi sewaktu bermain dapat merangsang pertuturan dan bahasa anak anda. Gunakan bahasa yang mudah, intonasi suara yang menarik serta pilih permainan yang bersesuaian dengan umur mereka. Gunakan ruang yang sesuai untuk anda dan anak anda bermain. Anda juga boleh menarik minat mereka dengan mengajak mereka berbual semasa bermain.
Aktiviti bermain mestilah sesuai dengan perkembangan anak anda. Pilih permainan yang bersesuai dengan perkembangan anak. Permainan perlu diubahsuai jika perlu bagi kanak-kanak yang mengalami kelainan upaya.
Sewaktu bermain, galakkan anak anda bercakap tentang apa yang sedang anda berdua lakukan
Apabila kanak-kanak bosan dengan mainan mereka, anda boleh bermain mainan tersebut dengan cara yang lain seperti menyembunyikan mainan tersebut di dalam kotak untuk mendapatkan semula perhatian mereka.
Ingat, anak anda juga perlukan masa untuk bermain sendiri
Keselamatan sewaktu bermain adalah sangat penting. Pastikan kanak-kanak mendapat pengawasan semasa bermain, ruang bermain yang mencukupi dan peralatan yang selamat
Permainan yang sesuai mengikut umur
Sewaktu bermain dengan anak anda, pastikan mainan tersebut sesuai dengan umur mereka Berikut adalah cadangan permainan yang sesuai mengikut peringkat umur mereka.