Yusuf Iskandar memang bijak dan selalu tampil dengan aksi-aksi comel. Makin petah rupa-rupanya Yusuf, dia sudah pandai menyebut namanya sendiri.
Hairul telah berkongsi beberapa momen dia bersama Yusuf dan Hanis ketika mengerjakan umrah. Antaranya ialah video Yusuf memberikan sedekah kepada kanak-kanak dan para jemaah dan meminum air zam zam.
Antara video yang mencuit hati ialah yang memaparkan Yusuf menyebut namanya sendiri. Kata Yusuf, “Yusuf Is Kandar” kerana menterjemah ‘Is’ pada pangkal nama keduanya itu sebagai ialah.
Kata Yusuf, Daddy is Hairul, Mommy is Hanis. Manakala Yusuf is Kandar.
Aksi comel Yusuf mencuit hati netizen. Ramai yang mengakui menonton video ini berulang kali hingga video ini mencapai hampir 300 ribu tontonan dalam masa sehari!
Leukemia akut merupakan penyakit kanser darah putih yang dihidap oleh kanak-kanak. Ketahui kupasan pakar dan perkongsian pengalaman ibu bapa tentang simptom dan punca terjadinya penyakit barah ini pada kanak-kanak dalam rancangan TV Pa&Ma yang bertajuk “AnakLeukemia,Apa Sebabnya?” jam 12 tengah hari & ulangan 9 malam di slot Dewi (Astro Prima [105] & Astro Maya HD [135]) pada Selasa, 25 Disember 2018.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kebiasaanya, anak kecil yang normal sudah mula bertutur dalam bahasanya sendiri atau membebel pada umur 1 tahun. Mereka akan mula menggunakan bahasa yang mudah seperti panggilan nama ibu atau ayah.
Walaupun perkembangan anak mungkin berbeza, namun ibu ayah haruslah peka terhadap masalah pertuturan anak-anak. Jika mereka sudah mencapai tahap umur yang sepatutnya sudah boleh bertutur tapi tidak dapat bertutur, ibu dan ayah boleh lakukan perkara ini di rumah untuk membantu anak-anak bertutur.
Bagaimana nak buat terapi di rumah?” “Kalau saya nak ajar je, anak saya lari.” “Saya ajar anak saya tapi anak saya merengek.”
Itulah antara respon atau komen ibu bapa berikan apabila saya minta ibu bapa untuk praktis di rumah segala teknik yang telah diajar. Ibu bapa digalakkan bermain dengan kanak-kanak kerana anak-anak banyak menghabiskan masa di rumah bersama keluarga berbanding di pusat terapi.
Namun, anda perlu ingat! Kadangkala terapi di rumah akan terganggu jika tidak mengambil kira faktor-faktor kecil yang diluar jangkaan ibu bapa. Pelbagai faktor akan mempengaruhi pembelajaran anak-anak.
Antara perkara-perkara yang perlu dititik beratkan oleh ibubapa semasa melakukan terapi di rumah adalah seperti:
Anda boleh mencuba cara “block”. Letak meja dan kerusi anak di penjuru bilik supaya anda boleh mengawal kedudukan anak. Jika anda tidak menggunakan meja kerusi, pilih kawasan yang tidak mempunyai barang yang boleh mengganggu fokus anak-anak. Anda juga harus mempraktikkan “eye level position” walaupun semasa membuat aktiviti di atas lantai.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kekerapan tengking dan marah anak kecil rupanya boleh mematikan sel otak yang sedang berkembang terutama pada tahap umur emas iaitu 2- 3 tahun.
Bagi ibu-ibu terutama yang bergelar suri rumah, melayan anak kerenah anak adalah tugas 24 jam sehari. Tipu kalau boleh tahan sabar selama tempoh tersebut dengan pelbagai ragam dan kerenah anak apatah lagi kalau lebih dari seorang anak.
Kadang-kadang boleh buat ibu mudah hilang sabar sampaikan anak asyik kena marah sahaja. Memang kasihan dengan anak kecil yang belum faham apa-apa tapi bila hati sudah marah memang sukar nak kawal.
Pelbagai cara dah cuba dibuat untuk mengelakkan daripada marahkan anak tapi kadang-kala terlepas juga. Apa kata ibu ayah semua ambil tahu apakah kesan negatif yang anak kita dapat apabila kerap diherdik dan dimarahi seperti dikongsi oleh seorang ibu, UmmuAyyash dalam blognya.
Tahukah ibu-ibu bahawa di dalam kepala setiap anak terdapat lebih dari 10 trilion sel otak yang tumbuh. Satu tengkingan marah atau makian mampu membunuh lebih dari sejuta sel otak ketika itu juga.
Satu cubitan atau pukulan mampu membunuh lebih dari 10 juta sel otak ketika itu juga. Sebaliknya 1 pujian atau pelukan akan membina kecerdasan lebih dari 10 trilion sel otak ketika itu juga.
Herdikan boleh matikan sel otak anak
Hasil penelitian Dr Lise Eliot, Profesor di Department of Neuroscience at the Chicago Medical School pada anak yang masih dalam perkembangan otaknya iaitu pada tahap umur emas atau golden age (2-3 tahun pertama kehidupan), suara tengkingan dan herdikan yang keluar dari ibu bapa dapat mematikan sel otak yang sedang berkembang. Ketika ibu memberikan belaian lembut sambil menyusukan anak, rangkaian otak terbentuk elok.
Penelitian Dr Lise Eliot ini dilakukan sendiri pada anaknya dengan memasang kabel perakam otak yang dihubungkan dengan sebuah monitor komputer sehingga dapat melihat setiap perubahan yang terjadi dalam perkembangan otak anaknya.
“Hasilnya sangat luar biasa. Ketika ibu menyusukan anak akan terbentuk rangkaian indah, namun ketika dia terkejut dimarahi, rangkaian indah menggelembung seperti belon lalu pecah dan terjadi perubahan warna. Ini baru dengar satu herdikan,”ujarnya.
Anak mudah stres
Dari hasil penelitian ini, jelas kesan marah terhadap anak kecil sangat mempengaruhi perkembangan otak mereka. “Maka, kita harus berhati-hati apabila memarahi anak,” Bukan hanya itu, ia juga mengganggu fungsi organ penting dalam badan seperti hati, jantung dan lain-lain.
Tengkingan dan herdikan menghasilkan gelombang suara. Ketika herdikan yang disertai emosi seperti marah menghasilkan suatu gelombang baru merosakkan sel otak anak kecil. Kesan kerosakan pada sel-sel otak akan lebih besar pada anak kecil yang dijadikan sasaran kemarahan ini seperti penderaan. Kesan pada anak remaja dan orang dewasa tidak seteruk pada anak kecil.
Kesan jangka panjangnya dapat dilihat pada orang yang sering mengalami tengkingan pada usia kecil.
* Mereka lebih pasif serta lambat dalam memahami sesuatu.
* Cenderung terikut emosi negatif seperti marah, panik atau sedih.
* Mereka biasanya mengalami stres hingga tertekan dalam hidup. Semuanya akibat dari sel-sel otaknya kurang aktif dari yang sepatutunya.
Oleh sebab itu sebagai ibu ayah, pendidik atau pun orang dewasa yang mendidik dan membesarkan anak kecil, sebaiknya pilihlah untuk bersikap lebih kreatif dalam menghadapi tingkah laku si kecil yang nakal. Belajarlah untuk menyesuaikan arahan dan didikan mengikut tahap umur anak. Elakkan daripada terlalu kerap memarahi dan menengking mereka.
Sumber: ummuayyash.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebenarnya selama anak-anak kita pakai pampers, dia orang tak dapat nak betul-betul peka dengan “hint” yang diberikan oleh tubuh badan untuk berak dan kencing.
Sebab itulah, untuk potty train, mama papa kena kerap kali bertanyakan kepada anak sama ada mereka nak kencing berak ataupun tidak.
Berikut perkongsian Puan Sulaiha Zulkifli, cara yang dipraktikkan untuk anaknya ketika nak masuk usia 3 tahun.
POTTY TRAIN CARA CIKSU
Untuk permulaan:
– Bertanyakan kepada anak sekerap yang boleh. Pastikan setiap satu jam, mesti tanya. ” Along nak kencing tak ? Along nak berak tak ? “. Walaupun jawapan diorang tak nak, sila bawak anak pegi tandas. Tunggu lah kejap dalam 5 minit supaya anak kencing. Ulang dan ulang dan ulang buat step ni setiap satu jam.
– Ciksu akan selalu pesan kat Firas, ” Along sekarang tak pakai pampers ni taw. Ingat yee. Kalau along rasa nak kencing ke nak berak ke, cakap kat mama yee. Mama bawak pergi bilik air.” Sentiasa pesan dan ingatkan. Bila kita sentiasa tanya dan ingatkan, lelama anak akan dapat alert dengan “hint” tersebut.
– Untuk malam pulak, ciksu akan kejutkan Firas setiap satu atau dua jam. Waktu malam ni, anak lagi liat ye untuk bangun pergi bilik air. Iyee lah, dia orang dah biasa kencing dalam pampers kan. Jadi, ciksu malas nak tanya banyak-banyak, ciksu buka je seluar si Firas walaupun dia tengah tidur. Kemudian angkat dia bawak pergi bilik air terus. Dan yes, dia akan kencing walaupun sedikit. Tapi mata tetap pejam. Hahaa.
– Andai kata anak terkencing dalam seluar, jangan tengking atau marah ye. Tapi tanya dan cakap baik-baik. Macam ciksu, Firas pun ada jugak terkencing dalam seluar walaupun siang hari. Sebab mama nya lupa untuk tanya. Bila Firas terkencing dalam seluar, ciksu akan tanya ” Along, kenapa along kencing kat dalam seluar? Along tak ingat yee. Along kan tak pakai pampers dah. Jadi along tak boleh kencing kat dalam seluar. Kene kencing kat bilik air. Lepas ni, bila rasa nak kencing, along cepat-cepat buka seluar pegi kat bilik air yee.”
– Bagi sokongan dan galakan kepada anak. Pertama kali Firas cakap ” Mama, bibird nak kencing lah.” Dan terus bawak pergi bilik air. Lepas tu, ciksu akan tepuk tangan dan cakap “Yeayyy! Along dah pandai kencing kat bilik air. Hebat anak mama.” Sambil peluk dan cium. Raikan setiap achievment anak. Supaya anak-anak rasa lebih semangat untuk teruskan dengan potty train tu.
Pesanan :
Untuk potty train ni, seluar pendek untuk siang hari dan seluar panjang untuk waktu malam. Mama papa kena standby lebih sikit untuk tukar bila anak terkencing dalam seluar.
Dalam hal ni juga, mama dan papa kena sangat-sangat rajin dan juga kena banyak-banyakkan bersabar. Jangan marah-marah. Just enjoy the moment. Because moment tu sangat berharga dan tak semua orang dapat melalui dan merasainya.
Anak ciksu, Firas Akid ambil masa 3 hari untuk full day (siang dan malam) tanpa pampers.
Cukup usia dia 3 tahun. Dan tidak lagi pakai pampers. Alhamdulillah!
✅ Done potty train for Firas Akid.
Perkongsian ikhlas daripada seorang ibu yang gigih didik anak sulungnya potty train walaupun dalam masa yang sama ada si kecil yang berusia 8bulan. Well done dear self!
Mahu dapatkan barangan anak pada harga yang terbaik, klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!