Melahirkan anak bukan perkara kecil. Ia satu perjuangan yang luar biasa, ibarat bertarung nyawa. Tapi selepas habis tempoh berpantang, ramai ibu mula rasa letih, lesu dan kadang-kadang hilang semangat untuk jaga diri. Eh, tak boleh macam tu ya!
Ingat, bila ibu jaga diri sendiri, baru boleh jaga keluarga dengan lebih baik. Jom kita tengok lima cara paling berkesan untuk jaga badan dan diri sendiri selepas bersalin. Bukan sekadar nak kurus, tapi nak sihat, cergas dan yakin balik!
๐ฅ 1. Makan Untuk Pulih, Bukan Untuk Kenyang Saja
Lepas bersalin, badan perlukan makanan yang bantu pulihkan luka, beri tenaga dan hasilkan susu. Ini masanya untuk betul-betul jaga pemakanan.
Amalkan makanan berpantang yang berkhasiat seperti:
Ikan bakar atau kukus
Sayur sawi, lobak putih, daun pegaga
Sup herba atau sup ayam kampung
Minuman panas seperti air halia atau air kunyit hidup
Kurangkan makanan berminyak, bergoreng dan bergula tinggi. Badan akan rasa lebih ringan dan segar. Bonus: kulit pun lebih berseri!
๐ฆ 2. Minum Air Banyak-Banyak, Bukan Sikit-Sikit
Ads
Ramai orang takut minum air kononnya takut perut buncit. Salah tu! Bila cukup air:
Badan tak cepat penat
Susu badan lebih lancar
Luka cepat sembuh
Sembelit boleh dielakkan
Tip mudah sediakan botol air di setiap sudut rumah. Bila ada masa, teguk sikit-sikit. Jangan tunggu haus baru nak minum!
๐ฟ 3. Bertungku & Urutan โ Rawatan Tradisi Yang Sangat Berkesan
Jangan pandang ringan pada amalan bertungku dan urut lepas bersalin. Ia bantu:
Ads
Kecutkan rahim
Buang angin dalam badan
Legakan lenguh dan sakit badan
Kembalikan bentuk badan
Kalau tak dapat bantuan bidan, gunakan tungku moden atau tuam botol air panas di perut dan pinggang. Urutan boleh minta tolong suami sambil tu boleh eratkan kasih sayang juga ๐
๐ถโโ๏ธ 4. Bergerak Perlahan, Tapi Konsisten
Tak perlu terus buat senaman berat. Mulakan dengan pergerakan ringan:
Bila badan dah biasa, barulah boleh mula bersenam lebih aktif. Jangan terburu-buru, ikut kemampuan badan.
Ads
๐ 5. Jaga Emosi & Perasaan โ Ibu Juga Perlu Disayangi
Selepas bersalin, hormon belum stabil. Ramai ibu alami rasa murung, penat melampau, cepat marah atau rasa tidak berguna. Jangan simpan seorang diri.
Luahkan pada:
Suami
Ibu atau adik-beradik
Kawan yang boleh dipercayai
Kaunselor atau jururawat kesihatan
Jangan rasa bersalah kalau nak โme timeโ. Mandi lama sikit, dengar lagu kegemaran, pakai baju cantik semua tu hak ibu. Bila ibu tenang, barulah rumah tangga rasa bahagia.
๐ธ Penutup Penuh Jiwa
Ibu yang baru lepas bersalin bukan lemah. Ibu sedang membina kekuatan baru โ fizikal, emosi dan semangat. Jangan abaikan diri. Bangkit, jaga diri dan raikan diri sendiri setiap hari.
Kita bukan sekadar ibu. Kita wanita luar biasa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Daun sirih dan vicks, penawar mujarab rawat anak batuk, selesema. Bila anak-anak tidak sihat, golongan ibulah yang paling susah hati. Sudah tentu pelbagai petua dan ubat diambil untuk pastikan anak sihat seperti sedia kala.
Tak kurang juga kalau jenis anak yang susah nak makan ubat, makin lambatlah sembuhnya. Bimbang ia boleh memudaratkan lagi kesihatan anak-anak. Jadi, ada cara untuk kurangkan anak batuk dan selesema.
Antara perkongsian oleh Sue Manja untuk rawat anak batuk dan selesema dengan hanya guna daun sirih dan vicks, boleh cuba!
Ubat Mujarab Batuk Dan Selesemaย
Dalam perkongsian ini juga adalah untuk membantu anak-anak yang mengalami masalah lelah. Mak-mak boleh cuba untuk anak yang ada batuk dan selesema.
Caranya:
1. Ambil sehelai daun sirih dan layurkan dengan api.
2. Selepas itu, ambil vick dan sapukan pada permukaan daun sirih tadi.
ย
3. Kemudian, letak di hadapan dada dan belakang dada. Buat setiap kali mereka nak tidur. Pasti lena sampai pagi.
Isteri kepada PU Abu, Ain Afini berkongsi pengalaman menguruskan kedua-dua anak lelakinya yang pernah mempunyai masalah angin pasang/hernia.ย
Dia mengakui bukan mudah untuk menjaga anak yang terkena angin pasang. Tambahnya lagi, kali ini pengalaman sedikit berbeza kerana bayi yang kedua terkena angin pasang seawal 25 hari kelahiran.
Disebabkan bayi mula muntah-muntah, dia mengambil keputusan untuk membawa bayinya ke bahagian kecemasan hospital. Ikuti perkongsian ini.
ANGIN PASANG ATAU HERNIA
Umi nak share pengalaman uruskan dua orang anak yang kena angin pasang atau hernia. Letak sini nanti lupaaa ๐ masa Afi kena sungguh ku lupa macam mana nak uruskan sebab Aysar pun kena juga cuma adik ni kena awal sangat masa 25 hari.
Hampir Kena Surgery
Mula-mula ingatkan okay lah boleh uruskan ni tapi few days lepas kena tu dia muntah setiap kali lepas susu badan. Perut jadi mengeras and macam tak sedap badan je so umi terus bawak emergency. Kena warded hospital sebab suspect usus tersumbat and kena buat surgery sebab tak boleh cure dengan medicine.
Kena Pantau Lebih Angin Pasang
Lepas dah buat ct scan apa semua doc pantau and alhamdulillah tak jadi proceed surgery sebab so far good perkembangan dia cuma kena pantau lebih angin pasang tu . Kalau teruk baru proceed surgery.
Tip Jaga Anak Ada Angin Pasang
So ni apa yang umi buat sepanjang jaga dua hero ni;
1. Tuam setiap pagi petang dekat bahagia perut, pusat yang tersembul keluar tu, bahagian ari ari dengan pinggang. 2. Sapu minyak angin supaya tak kembung perut. 3. Elakkan dia menangis lama sebab nanti pusat lagi tersembul besar. 4. Layurkan daun mengkudu, letak dekat bahagian ari-ari then pakaikan barut
Simptom Angin Pasang
Punca angin pasang? Umi tak sure tapi macam kes anak anak umi sebab genetik. Simptom yang umi perasan, bahagian pusat tu tersembul keluar lain dari biasa/ bahagian telur tu bengkak. So far dia boleh elok sendiri tapi takes time, bila ada simptom kronik terus je bawa emergency okay jangan delay โจ
Btw untuk minyak angin umi tukar-tukar sampai lah jumpa yang this one sesuai dengan Afi. So good and calming yang ni sebab Afi ni high need sikit so minyak ni ada aroma terapi dia cam tenang gitu ๐ฅฐ umi pun tumpang sekali pakai since sesuai for both baby and adults. Best!
Ain Afini mendirikan rumahtangga dengan PU Abu sekitar 3 tahun lepas dan dikurniakan 2 cahaya mata lelaki iaitu, Adam Asyar 2 dan Muhammad Aryan โAfi 1 bulan.
Membesarkan bayi dan kanak-kanak hari ini bukan lagi perkara mudah. Banyak cabaran dan ujian terpaksa dilalui ibu bapa terutama dari segi penjagaan kesihatan serta pencegahan penyakit.
Tidak kira sama ada di Malaysia atau luar negara, ancaman penyakit berjangkit selalu berlaku kepada bayi dan kanak-kanak berikutan sistem imun mereka yang masih rendah berbanding orang dewasa.
Bagaimanapun, pengetahuan, sikap peka dan bersedia ibu bapa dalam menghadapi ancaman penyakit tetap menjadi penentu utama kesejahteraan anak pada masa depan.
Apa yang penting, usah sesekali mengambil mudah jika anak mengalami demam, selesema, sakit perut mahupun batuk. Ia mungkin petanda awal bagi penyakit yang lebih serius atau memerlukan rawatan segera. Bersama Dr. Senthil Kumaran, Pakar Pediatrik, Hospital Pantai Laguna Merbok, Kedah mengulas lanjut tentang isu vaksin ini.
Menurut Dr. Senthil Kumaran, vaksin ialah virus atau bakteria yang telah mati atau dilemahkan fungsi virulen (bahaya) dengan kaedah tertentu. Imunisasi boleh diberi secara suntikan (melalui otot atau di bawah kulit) atau melalui mulut manakala kesan sampingan vaksinasi adalah perkara biasa. Biasanya kesannya amat ringan dan tidak membahayakan.
Vaksin mengandungi antigen, yang diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Antigen dalam vaksin berfungsi untuk meransang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.
Pada hari ini, kebanyakan vaksin adalah dalam bentuk kombinasi; iaitu beberapa jenis vaksin digabungkan dalam satu suntikan agar kanak-kanak mendapat perlindungan terhadap beberapa jenis penyakit dengan hanya satu suntikan. Ia menjadikan pemberian vaksin lebih praktikal dan kurang menyakitkan. Kepentingan imunisasi vaksin ini juga dapat membantu imuniti kelompok yang menyediakan pertahanan sekumpulan individu daripada diserang penyakit, yang mana tujuh daripada 10 kanak-kanak yang mengambil vaksin boleh membantu tiga individu yang tidak mengambilnya.
Vaksin terkini yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah berpandukan kepada Perluasan Program Imunisasi (EPI- Expanded Immunisation Programme) WHO.
Vaksin ini diberi secara percuma kepada semua bayi dan kanak-kanak di semua klinik kesihatan kerajaan dan ia merangkumi 10 jenis vaksin yang boleh menghalang penyakit. Pemberian vaksin secara menyeluruh adalah penting untuk menjayakan program imunisasi ini.
Jelasnya lagi pengambilan vaksin adalah wajib untuk kanak-kanak di Malaysia. Ia adalah sebagai langkah pencegahan untuk membantu mengurangkan risiko masalah kesihatan yang serius.
Vaksin untuk kanak-kanak yang masih tiada dalam jadual imunisasi KKM ialah:
โ Cacar air.
โ Jangkitan meningokokal.
โ Rotavirus.
โ Influenza.
Vaksin untuk kanak-kanak yang melancong ke luar negara atau mempunyai risiko untuk dijangkiti:
โ Hepatitis A.
โ Demam kepialu.
Perlunya vaksin kepada kanak-kanak sejak usia bayi kerana mereka mudah dijangkiti penyakit cegahan vaksin kerana sistem daya lawan jangkitan (imun) mereka yang lebih lemah berbanding orang dewasa. Pemberian vaksin membantu menguatkan sistem imun mereka dengan merangsangan sel pertahanan, seterusnya melindungi mereka daripada kemungkinan berlaku komplikasi yang mengancam nyawa. Maka, adalah sangat disyorkan agar kanak-kanak diberi imunisasi seawal mungkin mengikut jadual imunisasi yang telah ditetapkan.
Dengan mengvaksinkan anak, boleh dikatakan perlindungan yang diberikan terhadap sesuatu penyakit adalah 90 ke 100 peratus. Disebabkan perlindungan secara total inilah yang ingin diberikan kesedaran kepada ibu bapa agar jangan kurangkan atau elakkan pengambilan vaksin untuk anak-anak kerana punca tidak divaksinkan ini akan membuka potensi kepada jangkitan lain kepada kanak-kanak lain, misalnya di taska atau nurseri.
Tindakbalas tubuh seseorang terhadap vaksin adalah berbeza-beza, dan terdapat kemungkinan sesetengah orang tidak menghasilkan tindakbalas imun yang mencukupi terhadap vaksin yang diambil. Hasilnya, individu seperti ini tidak dilindungi dengan berkesan. Terdapat vaksin yang memerlukan dos tambahan untuk membantu menguatkan imuniti terhadap penyakit tertentu. Perlindungan yang diperolehi dari vaksin adalah lebih baik dari tiada perlindungan langsung.
Smallpox (cacar air) telah berjaya dibasmi (eradikasi) di seluruh dunia pada tahun 1980. Smallpox (cacar air) adalah penyakit yang tiada rawatan dengan kadar kematian yang tinggi. Ia menyebabkan parut atau buta kepada mangsa-mangsa yang dijangkiti.
Poliomyelitis telah dibasmi di tiga rantau di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu Rantau Amerika, Eropah dan Pasifik Barat. Malaysia telah mencapai status eradikasi polio pada Oktober 2000.
Kadar morbiditi dan mortaliti (kematian) penyakit cegahan vaksin telah berkurangan dengan ketara. Imunisasi telah menjadikan dunia semakin selamat dengan menyelamatkan jutaan nyawa dari dijangkiti penyakit yang boleh dicegah ini. Tanpa imunisasi, dua hingga tiga juta lagi kanak-kanak dan orang dewasa mati setiap tahun akibat penyakit poliomyelitis, meningitis, difteria dan penyakit cegahan vaksin yang lain.
Memang benar daya lawan penyakit yang diperoleh secara semulajadi adalah lebih baik dari pada imunisasi, tetapi jika masalah penyakit yang dihadapi oleh seseorang kanak-kanak menjadi lebih serius, dan jika dengan adanya pengambilan vaksin, pasti kesan vaksin itu akan mengurangkan risiko yang akan berlaku disebabkan masalah penyakit itu.
Maka itu ada sesetengah pemberian vaksin diberikan lebih dari sekali kerana ia perlu diberikan untuk membantu mencegah sesuatu jangkitan atau penyakit merebak atau menjadi lebih serius. Sebagai contoh vaksin influenza atau vaksin pnemokokal.
ย Ada vaksin yang membantu mencegah masalah penyakit sehingga 10-20tahun dan ada vaksin yang boleh memberikan perlindungan untuk seumur hidup.
Biasanya badan akan dapat menerima vaksin yang telah diberikan. Melainkan kanak-kanak tersebut mengalami masalah penyakit yang serius seperti jangkitan HIV atau sebagainya yang memerlukan pantauan dari doctor untuk setiap pengambilan vaksin. Selain dari masalah ini, kesemua kanak-kanak yang sihat pasti dapat menerima pengambilan vaksin.
Turut mengulas tentang kesan sampingan terhadap sesuatu imunisasi, menurut Dr Senthil, tidak semua kanak-kanak akan mengalami kesan sampingan dari pengambilan vaksin. Namun kebanyakan kesan sampingan ini adalah ringan dan sembuh dengan segera. Adalah sukar untuk menjangka siapa yang akan mengalami kesan sampingan ringan dan yang berkemungkinan mengalami kesan sampingan yang lebih serius kesan dari pengambilan vaksin. Lazimnya kesan sampingan serius amat jarang berlaku.
Saranan tambahan dari doktor :
Mungkin ada sesetengah ibu bapa yang beranggapan bahawa anak mereka tidak memerlukan imunisasi kerana penyakit berjangkit tidak selalu berlaku. Tanggapan iini adalahย tidak benar kerana imunisasi adalah penting untuk memastikan anak anda sihat. Masih lagi terdapat penyakit berjangkit yang berbahaya di Malaysia.
Mungkin ibu bapa antivaksin ini menganggap boleh melindungi anak mereka daripada penyakit berjangkit dengan menjauh atau mengasingkan anak mereka daripada kanak-kanak lain. Kaedah ini tidak berkesan kerana masih ada kanak-kanak yang dijaga oleh ibu sendiri, dikawal ketat dan tidak dibawa ke tempat ramai orang masih mendapat jangkitan penyakit berbahaya.
Bagi pendapat saya, tidak mungkin kita dapat melindungi anak sepenuhnya kerana kita sebagai ibu bapa masih perlu bekerja dan bergaul dengan masyarakat baik rakan sekerja mahupun pelanggan. Apabila balik ke rumah, kita akan membawa pelbagai bakteria atau virus dan memindahkan mikro organisma itu kepada anak tanpa disedari. Tangan, pakaian, dalam kenderaan, pelbagai kotoran dan bakteria yang sentiasa ada dan sudah tentu di udara lagi lah kita tak dapat melihat jangkitang-jangkitan lain yang lebih serius.
Malangnya, sesetengah mereka tidak sedar ia hanya membahayakan kesihatan anak mereka dan orang lain. Semua kanak-kanak perlu divaksin tetapi mengakui keputusan akhir mengenai perkara itu terletak di tangan ibu bapa.
ย
ย
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.