Siti Aafiyah, anak perempuan Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini sudah pandai wefie (berswafoto). Wajahnya juga dikatakan semakin seiras dengan ibunya. Foto wefie mereka mendapat perhatian netizen sehingga menerima hampir 200k likes dalam masa 9 jam!
Foto yang dimuat naik di Instagram Dato’ Sri Siti itu memaparkan kedua-duanya memakai persalinan fabrik yang sama ungu berbunga.
Aafiyah yang kini berusia 8 bulan sudah boleh duduk pada baby chair dan ini adalah satu perkembangan yang baik bagi bayi seusianya.
Sebagai anak kepada ratu pop nombor 1 Malaysia, si kecil ini sentiasa mendapat perhatian para netizen. Para peminat ibunya tidak puas menatap gelagat dan aksi Aafiyah serta memuji kecomelannya.
Kelahiran bayi pramatang adakalanya tidak boleh dielakkan. Ia terjadi kerana pelbagai faktor daripada ibu dan bayi. Nak tahu lebih lanjut mengenai kelahiran & survival anak pramatang, boleh ikuti rancangan TV Pa&Ma, 6 November 2018 jam 12 tengah hari dan 9 malam di Astro Prima & Astro Maya HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon terkenal, Elfira Loy mengakui sedikit gugup untuk membawa dua anak kecilnya menyertai kelas renang buat pertama kali.
Pada mulanya, anak sulung Elfira agak takut namun akhirnya Rayyan menikmati kelas renang dengan gembira dan teruja.
” I was nervous at first, takutlah tetiba nak cranky ke , tetiba abang nak ” im so scared mommy , im so scared ” but Alhamdulillah, all is good ! ia sangat menyeronokkan. Tak sabar untuk ke kelas seterusnya. Ini kelas renang pertama mereka ”
Ibu kepada dua cahaya mata yang comel ini turut berkongsi kebaikan anak-anak menyertai kelas renang sejak usia bayi kepada perkembangan mereka.
“Untuk pengetahuan, guru ada memberitahu El bahawa kajian yang dilakukan ke atas beberapa ribu kanak-kanak berumur 4 tahun telah menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mula berenang pada peringkat awal seperti Aria merekodkan prestasi yang lebih baik dalam Matematik dan Sains.”
“Sayang sangat time Rayyan pkp so cannot send , so it will take a while toddler to gain confidence in water.”
“Tapi saya tahu, anak saya seorang juara. Next month boleh join ironman dah”
Dr. Sheikh Muszaphar Shukor turut berkongsi sebelum ini, adalah penting untuk menghantar anak-anak untuk berenang dari usia yang sangat muda.
Antara 10 Kebaikan Berenang Untuk Anak-Anak Adalah:
Banyak juga kebaikan berenang ni kan? Aktiviti fizikal seperti berenang memang bagus dimulakan pada usia yang muda. Nanti dah dewasa mereka akan lebih berwaspada dengan kepentingan bersenam.
Tambahan pula, mereka akan mengetahui serba sedikit tentang kemahiran hidup seperti yang dikatakan oleh Dr Sheikh Muszaphar.
Maklumlah kalau yang pertama kali bergelar ibu ayah sudah tentu masih kurang lagi pengalaman menangani masalah anak muntah bila tak sihat. Kalau begitu adalah lebih baik anda baca perkongsian ditulis oleh Dr Erna Nadia mengenai apa langkah awal perlu buat bila anak muntah?
Anak yang muntah memang akan buatkan ibu bapa resah gelisah. Nak-nak pula bila muntah waktu malam dan tanpa henti.
Ok, jom kita tahu dulu kenapa kanak kanak muntah.
Muntah biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam sistem pencernaan kanak kanak. Kuman yang menyebabkan jangkitan ini adalah biasanya virus. Bakteria pun boleh juga cuma jarang.
Penyebab kanak kanak muntah adalah:
1.Jangkitan kuman di dalam sistem pencernaan
– biasanya akan diiringi dengan cirit birit, demam dan kurang selera makan
– akan sembuh dalam masa 1-3 hari.
2.Alahan kepada sesuatu makanan atau bahan
– Sebab tu ibu bapa perlu cakna apa yang anak anda alah.
– Bukan semua alahan adalah disebabkan oleh makanan sahaja, ada juga yang alah kepada pewarna, sabun, debu yada yada yada.
– Makanan yang menyebabkan alahan adalah seperti telur, makanan laut, ayam, kekacang.
3.Keracunan
– boleh jadi disebabkan makanan yang sudah basi, makanan yang dijangkiti virus,makanan mentah atau bahan kimia racun yang lain seperti clorok.
4.Masalah usus
– contohnya masalah jangkitan appendiks, usus terbelit atau usus bocor.
Jangkitan kuman yang lain
– contohnya kencing kotor, jangkitan kuman dalam telinga, radang paru paru atau yang paling takut adalah jangkitan kuman di dalam otak.
Penyebab muntah kepada bayi pula adalah:
1.Jangkitan kuman di dalam sistem pencernaan
2.Gastroesophageal reflux
– kandungan dalam perut terkeluar balik ke atas.
3.Alahan makanan atau bahan lain
4.Lubang botol terlalu besar menyebabkan susu masuk ke dalam mulut demgan laju dan banyaknya.
5.Masalah kongenital
– biasanya adalah congenital pyloric stenosis iaitu keadaan yang berlaku sejak lahir di mana laluan kemasukan makanan adalah sempit.
6.Intussusception
– keadaan yang dipanggil bowel telescope, iaitu di mana usus menjadi seperti teleskop ( usus termasuk masuk ke dalam usus berdekatan dengannya) menyebabkannya tersumbat.
7.Strangulated hernia
– Angin pasang bersimpul.
8.Terlebih makan atau minum.
Bila perlu risau anak kita muntah?
a. Muntah yang melebihi 24-28 jam.
b. Muntah yang mengandungi darah atau sedikit kehijauan (hijau ini dikhuatiri daripada bile-sejenis jus dari hempedu).
c. Muntah yang diiringi dengan demam yang tinggi ( suhu melebihi 38.5 ke atas).
d. Muntah yang diiringi dengan cirit birit yang teruk.
e. Anak menjadi kurang aktif/lemah/lesu.
f. Anak kurang makan dan minum.
g. Tanda tanda dehidrasi:
– Mulut/bibir kering
– Menangis tapi tiada air mata
– Lesu dan nampak celaru
– Kurang air kencing ( sebab tu kena rajin periksa pampers anak 4-6 jam sekali untuk melihat air kencing ada atau tidak)
h. Nampak resah gelisah/ tak senang duduk
i. Asyik mengadu sakit /menangis
j. Ada sakit kepala atau leher menjadi kejang.
k. Perut kelihatan kembung atau keras.
l. Anda sendiri berasa risau melihat anak anda.
Jika ada tanda tanda seperti di atas, silalah bawa anak anda berjumpa doktor bertauliah di klinik atau hospital berhampiran.
Tak usahlah melengahkan masa dengan bertanya di media sosial atau di whatsapp/telegram/line/mesej. Anda hanya melengahkan masa dan memburukkan lagi kesihatan anak anda.
Setiap masalah perlu diperiksa di depan mata bukan secara maya. Perhatikan anak anda sebaiknya. Jika mereka muntah, lihat samada mereka selesa atau tidak.
Jika anda berasa tidak sedap hati dengan kelakuan anak anda, terus bawa berjumpa doktor. Masa adalah nyawa.
Berikut adalah langkah langkah pengawalan yang boleh di amalkan di rumah untuk mengelakkan orang lain terjangkit sama:
1.Jangan beri ubat tahan cirit (anti-diarrhea) kepada anak anda jika bukan atas nasihat doktor. Ianya boleh membahayakan anak anda.
2.Cuci tangan anda selepas anda membersihkan anak anda.
3.Kalau boleh, jangan hantar anak anda ke sekolah atau taska atau tadika untuk beberapa hari sehingga muntah mereka sudah berhenti. Ianya takut berjangkit kepada kanak kanak yang lain.
4.Elakkan anak anak mandi kolam atau laut atau mana mana tempat mandian terbuka sehinggalah mereka betul betul pulih dari muntah atau cirit. Jangan biarkan orang lain terjangkit sama ok.
5.Jangan berkongsi barang keperluan yang sama dengan mereka.
6.Cuci dan tukar cadar atau kain lapik yang telah terkena muntah anak.
Pastikan mereka mandi dan cuci mulut/gosok gigi seperti biasa. Pastikan mereka kekal bersih.
Berikut rawatan yang sesuai untuk dilakukan di rumah:
Dr. Erna Nadia
Pegawai Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Segala tekanan atau masalah kewangan, tidak cukup tidur – semua ini akan hilang apabila ibu bapa melihat senyuman pertama bayi. Apa lagi yang boleh melawan kepenatan anda berbanding senyuman istimewa daripada bayi anda? Senyum pertama bayi juga mencatatkan pencapaian bayi anda kini mempunyai personaliti dengan kemahiran sosial.
Apa pentingnya senyum pertama bayi?
Senyuman pertama bayi memberikan makna yang banyak mengenai perkembangan bayi. Ia menunjukkan bahawa penglihatan bayi adalah berada pada landasan yang betul. Juga, bayi mendapat keupayaan pengenalannya. Sistem saraf dan otak bayi juga kini telah matang. Bayi anda tidak lagi menghasilkan senyuman refleks, tetapi dia tersenyum untuk menyatakan perasaannya dan berkomunikasi dengan orang lain.
Bila bayi mula menunjukkan senyum pertama?
Sebelum usia dua bulan, bayi anda akan berhenti memberikan semyuman refleks. Si manja akan menunjukkan senyuman sebenar sebelum usianya 3 bulan. Bagaimana untuk membezakan antara senyuman refleks dan senyuman sebenar? Masa dan durasi akan membantu anda membezakannya. Biasanya, senyum refleks adalah lebih sekejap dan berlaku tiba-tiba, contohnya, apabila bayi sedang tidur atau letih. Sementara itu, senyuman sebenar berlaku mengikut keadaan. Ia bertindak balas kepada perkara atau peristiwa tertentu dan berlaku secara konsisten. Senyuman sebenar akan datang bersama dengan emosi yang diluahkan pada mata bayi.
Anda juga boleh menggalakkan bayi tersenyum melalui pelbagai cara. Cara paling mudah adalah bercakap dengan bayi. Selain itu, anda boleh lakukan komunikasi mata atau selalu tersenyum dengan bayi anda. Bagi sesetengah ibu bapa, mereka akan memilih untuk membuat bunyi bising, seperti meniru bunyi haiwan. Ekspresi wajah yang menggembirakan juga boleh membantu. Anda boleh meniru gaya haiwan ataupun bermain agah-agah dengan bayi anda. Semasa ingin merangsang bayi tersenyum, berikan masa kepada bayi anda untuk bertindak balas. Satu perkara yang perlu anda ingat adalah: Jangan berlebihan melakukannya. Rangsangan yang berlebihan boleh membuatkan bayi anda hilang minat kerana dia tidak boleh memproses banyak emosi.
Apa yang perlu ibu bapa jangkakan?
Jika bayi anda sudah belajar untuk senyum, anda akan lihat dia akan terus tersenyum dari semasa ke semasa. Mengapa? Ini kerana setiap kali si manja senyum, ibu bapa akan bereaksi positif. Bayi anda akan sukakanya, jadi dia akan tersenyum lagi dan lagi. Pada mulanya, si manja hanya ingin menunjukkan wajah gembira untuk memberi tindak balas kepada pencetus dan rangsangan yang anda buat. Namun, kemudian, apabila penglihatannya semakin baik, dengan melihat perkara yang disukai akan terus membuatkannya tersenyum. Apabila bayi anda menguasai kemahiran tersengih ini, dia akan menambah sedikit bunyi pada senyumannya. Sebelum usia bayi mencecah 5 bulan, dia akan mengejutkan anda dengan gelak ketawanya.
Apa yang anda perlu perhatikan?
Setiap bayi mendapat senyum pertama pada masa yang berbeza. Ada bayi yang akan menunjukkan senyum pertama lebih awal, dan ada juga yang lebih lambat. Walau bagaimanapun, jika anda tidak melihat sebarang petanda anak anda akan senyum sehingga usianya 3 bulan, bawa si manja berjumpa dengan pakar pediatrik.