Siti Aafiyah, anak perempuan Dato’ Sri Siti Nurhaliza kini mencecah usia 8 bulan. Semakin membesar, dia juga semakin comel. Para follower meneka wajahnya ialah gabungan kedua-dua ayah dan ibunya.
Kata orang dulu-dulu, bayi akan berubah-ubah wajahnya ketika dalam proses pembesaran. Sekejap akan menyerupai ibu dan kemudian ayahnya.
Dato’ Sri Siti Nurhaliza memuatnaik gambarnya bersama Aafiyah dan suaminya, Dato’ Sri Khalid Instagram dan bertanya kepada followers senyuman Aafiyah mirip ayahnya atau ibu.
Kelahiran Siti Aafiyah yamat dinanti-nantikan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan suami setelah 12 tahun. Para peminat juga sudah tentu teruja dengan setiap perkembangan yang berlaku pada anak penyanyi kesayangan mereka.
Ads
Para follower mengatakan senyuman Aafiyah ialah gabungan antara kedua-duanya. Apa pun, Aafiyah memang comel. Rakan selebriti seperti Hanis Zalikha, Rossa, Khai Bahar, Ifa Raziah, Zarina Zainuddin turut memberikan komen Aafiyah adalah gabungan kedua-dua ibu dan ayah serta memuji kecomelan Aafiyah.
Para follower juga turut memberikan komen. Ada yang mengatakan Aafiyah mirip wajah ibunya dan ada yang mengatakan dia seiras ayahnya.
Malnutrisi bermakna anak tidak cukup nutrien dan zat untuk tumbesaran. Anak malnutrisi tanpa ibu ayah sedari kerana pemakanan yang tidak seimbang? Malnutrisi akan memberikan impak kepada tumbesaran anak secara mental & fizikal.
Nak dapatkan info lanjut mengenai malnutrisi pada si kecil, mama papa mesti tonton rancangan TV Pa&Ma episod Kesan Anak Malnutrisi yang akan ke udara pada 27 November 2018, jam 12 tengah hari di Astro Prima & Astro Maya HD. Kalau terlepas, boleh tonton ulangannya jam 9 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang baby masih kecil, tapi jangan buat endah ye mama papa. Ketahui 8 perkara yang boleh galakkan perkembangan otak bayi.
Siapa tidak mahu anak yang cerdik. Justeru, aalam mendidik, mama dan papa perlu memberikan perhatian kepada perkara-perkara yang boleh menggalakkan perkembangan otaknya.
Pastikan anda melakukan 8 perkara in kepada si kecil. Ia mungkin nampak kecil dan remeh tetapi memberikan makna yang besar kepada mereka.
#1 RESPONS KEPADA TANGISANNYA
Tindak balas anda kepada tangisan bayi boleh membantu bayi rasa selamat, tenang, dan disayangi. Ini secara tidak langsung akan mencipta medan positif di dalam otak si manja.
Apabila anda menenangkannya dari tangisan dan memeluknya, si kecil akan berasa tenang dan ceria. Ini secara tidak langsung akan memberikan isyarat selamat kepada otak bayi.
#2 BIAR BAYI PERCAYAKAN ANDA
Bayi yang rapat dengan ibu bapanya akan lebih mudah menerokai dan ini mencetuskan sifat ingin tahu kepadanya. Berikan respons yang jelas kepada bayi, jangan acuh tak acuh atau menganggap bayi masih belum mengerti maka ia tidak perlu diendahkan.
Otaknya yang sedang berkembang akan belajar untuk mengerti apa yang berlaku disekelilingnya. Anda sebagai mama dan papa perlu berpakat untuk memberikan respons yang konsisten kepada bayi.
#3 URUTAN BAYI
Urrutan bayi akan mengurangkan stres dan menjadikan bayi lebih segar. Ia juga turut memberikan kestabilan emosi. Sentuhan penuh kasih sayang akan membantu perkembangannya.
Kajian menunjukkan bayi pramatang yang diurut tiga kali sehari akan keluar wad lebih awal berbanding daripada yang tidak diurut.
#4 SUARA NADA TINGGI
Apabila bercakap dengan bayi, sebutkan suku kata dengan menggunakan nada tinggi yang ceria. Misalnya katakan “Hai comel mama?” dengan nada ceria dan mesra.
Ada bahagian di dalam otak yang memahami apa yang dituturkan atau input yang diberikan. Ini akan menggalakan penyambungan neuron di dalam otak dab mencipta pelbagai rangkaian yang saling bersambungan. Ini secara tidak langsung akan membantu bayi belajar bahasa, sebab-akibat dan skil merancang.
#5 JOINT ATTENTION
Apabila bayi menunjukkan sesuatu arah, pastikan anda melihat apa yang menarik perhatiannya itu. Ini akan mencetuskan joint attention yang menjadikan si kecil rasa dia penting. Apa yang menarik perhatian dan menjadi tumpuan kepadanya mustahak kepada anda. Jangan lupa untuk tunjukkan reaksi dan respons, usah bertangguh dan menganggap bayi tidak tahu apa-apa!
#6 BERMAIN
Main permainan yang disukai seperti cak cak, peekaboo. Bayi suka sangat kepada permainan yang berulang-ulang dan melibatkan pergerakan ringkas. Pilih mainan yang sesuai dengan perkembangannya seperti yang jenis gegelang susun bertingkat, atau patung yang keluar daripada kotak apabila butang ditekan. Daripada ini, bayi akan belajar tentang sebab-akibat (cause & effect).
#7 SUASANA SELAMAT UNTUK BERMAIN
Wujudkan suasana selamat untuk bayi bermain. Spatial learning seperti di bawah, atas, depan, belakang dan sebagainya akan dipelajari anak apabila mereka mula merangkak atau bergerak. Dia akan mencipta mental maps tentang ruang di sekelilingnya dan rasa selamat.
#8 NYANYIAN
Nyanyian nursey rhymes atau lagu kanak-kanak melibatkan pergerakan dan sebutan sangat bagus. Berikan pendedahan lebih awal kerana ia aakan membantu bayi menyesuaikan pergerakan badan dan dan bunyi serta pergerakan.Ia juga membantu bayi untuk menajamkan pergerakan motor halus dan kasar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Semua benda nak masuk mulut, kita pula yang risau takut anak tertelan.” Sebenarnya tindakan bayi memasukkan objek ke dalam mulut adalah satu proses pembelajaran baru untuk mereka.
Menurut Patologis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim mouthing atau memasukkan objek dalam mulut atau bahasa lainnya mengutip sebenarnya penting untuk anak-anak develop kemahiran mereka.
Dengan memasukkan objek dalam mulut, anak belajar untuk explore objek yang ada di keliling mereka. Tugas ibu bapa adalah pantau anak sekiranya objek tersebut membahayakan. Anda juga boleh menyediakan teether untuk mudah bayi menggigit. Selain itu dengan mouthing akan membantu anak tingkatkan kemahiran eye hand coordination dan motor halus.
Bila mengutip anak akan fokus pegang sesuatu objek dan membawa ke mulut. Ini akan membantu anak belajar gag reflex tanpa rasa takut dan sebagai persediaan untuk bayi memulakan makanan selain susu.
Bayi berusia bawah 6 bulan akan mempunyai gag reflex iaitu reflex yang akan membuat mereka seperti rasa tercekik apabila memasukkan objek ke dalam mulut, jadi dengan mouthing akan membantu mereka menghilangkan rasa takut itu.
Oleh itu, mouthing ni penting sebenarnya untuk perkembangan anak-anak. Ibu bapa jangan halang perkembangan ini sebab ini merupakan perkembangan yang normal dan perlu pantau sahaja daripada sebarang bahaya.
Bila anak merengek dan meragam sebab nak tumbuh gigi, ia boleh menjadi fasa yang sangat mencabar buat ibu bapa. Ketidakselesaan yang dirasai bayi memang tidak dapat dielakkan jadi ibu bapa perlu sabar melayani rengekan dan ragam si anak.
Gigi pertama bayi biasanya akan muncul semasa si manja berusia 6 bulan hingga setahun. Ketika proses itu terjadi, pastinya ibu bapa ingin mengetahui cara menenangkan bayi apabila melalui pengalaman tumbuh gigi.
Sebelum mengetahui cara menenangkan bayi tumbuh gigi, berikut beberapa gejala yang boleh diperhatikan, terutamanya jika si manja berusia sekitar 6 bulan dan ke atas:
Gusi sakit atau lembut Air liur meleleh Mudah meragam Demam ringan sekitar 37°C Gemar mengunyah Cirit-birit Ruam air liur sekitar mulut
Biasanya gigi pertama yang muncul adalah salah satu gigi kacip di bahagian bawah. Proses pertumbuhan gigi mungkin lebih perlahan bagi sesetengah bayi.
Terdapat beberapa kaedah yang boleh ibu bapa cuba untuk melegakan rasa tidak selesa pada gusi yang dialami si manja, seperti:
1. Urut gusi
Memberikan tekanan pada gusi boleh membantu mengurangkan kesakitan. Selepas mencuci tangan, baringkan bayi di atas katil dan urut gusi mereka perlahan-lahan dengan jari.
Ia boleh membantu bayi berehat dan tertidur. Ulangi urutan pada gusi sekali lagi jika bayi terjaga pada waktu tengah malam.
2. Kain lap sejuk, antara cara menenangkan bayi tumbuh gigi
Dapatkan kain lap bersih dan rendam ke dalam air, kemudian perahkan sehingga kain menjadi lembap. Letakkan kain tersebut di dalam peti sejuk – sama ada bahagian bawah atau sejuk beku.
Selepas ia agak sejuk, lipatkan kain lap dan berikan kepada si manja untuk dikunyah. Tetapi jangan biarkan bayi tanpa pengawasan ketika mereka sedang mengunyah sesuatu walaupun hanya kain lap – risiko untuk tercekik masih tinggi.
3. Sejukkan pacifier atau mainan tumbuh gigi
Jika si manja menggunakan puting kosong, ia juga boleh membantu melegakan gusi mereka dengan menyejukkannya. Kesejukan boleh membantu meredakan kebas dan kesakitan.
Langkah yang sama juga boleh dilakukan dengan mainan tumbuh gigi (teething toys). Tetapi elakkan mainan jenis cecair atau mengandungi gel kerana ia berkemungkinan tinggi untuk bocor.
Untuk kedua-dua alat di atas, pastikan anda membersihkannya terlebih dahulu sebelum meletakkan ia di dalam peti sejuk.
4. Hasilkan popsicles susu
Sesetengah bayi mungkin tidak makan atau menyusu kerana ketidakselesaan yang dialami semasa tumbuh gigi.
Untuk mengatasi keadaan ini, cari bekas popsicle bebas BPA dan isikan dengan susu ibu atau susu formula. Jangan lupa untuk memakaikan si manja bib jika anda tidak mahu keadaan menjadi terlalu berselerak.
5. Lapkan lelehan air liur
Anda juga disarankan untuk memakaikan bayi bib semasa mereka dalam fasa pertumbuhan gigi. Ini bagi mengelakkan pakaian mereka menjadi basah kerana lelehan air liur.
Pastikan juga anda mengelap lelehan air liur pada wajah si kecil bagi menghindari daripada berlakunya kerengsaan dan ruam.
6. Sejukkan buah
Jika bayi sudah diperkenalkan dengan makanan pejal, apa kata anda cuba bekukan beberapa jenis makanan untuk melegakan gusi yang merengsa itu.
Pisang yang dilenyekkan antara idea yang boleh dicuba dan masukkannya ke dalam mesh feeder untuk dihisap si manja. Antara buah lain yang boleh dicuba adalah strawberi, epal dan pir.
Walaupun alat ini boleh mengelakkan daripada bayi tercekik, tetapi pastikan anda sentiasa memantau mereka, okay?
7. Ekstra pelukan, cara menenangkan bayi tumbuh gigi yang penting
Ada kalanya, cara terbaik untuk membantu meredakan ketidakselesaan ini dengan hanya memperbanyakkan pelukan buat si manja. Cuba dukung bayi atau menggunakan carrier dan bawa mereka berjalan sekitar rumah.
Jika anda menyusu badan, berikan si manja masa penyusuan tambahan untuk memberikan keselesaan.
Penting untuk memberikan bayi persekitaran yang tenang bagi membantu mereka berehat dan tidur.
8. Ubat sakit
Sekiranya kaedah di atas tidak berkesan, mungkin anda boleh mencuba langkah terakhir ini. Berundinglah dengan doktor untuk mendapatkan ubat bagi meredakan kesakitan dan membantu bayi tidur.
Namun elakkan gel atau tablet yang mengandung lidocaine atau benzocaine. Ia boleh memudaratkan dan menyebabkan mulut bayi kebas sehingga menimbulkan masalah sukar menelan.
Penjagaan gigi baru bayi
Selain daripada mengetahui cara menenangkan bayi tumbuh gigi, anda juga harus memulakan proses penjagaan gigi si kecil sebaik sahaja ia muncul.
Penting untuk mengelap gigi mereka sebelum tidur dengan menggunakan kain lap bersih yang lembap atau berus gigi bayi berbulu lembut.
Tidak perlu menggunakan sebarang ubat gigi berfluorida sehingga si manja berusia 3 tahun dan sudah pandai untuk berkumur.