Teruja membuat persiapan menyambut kelahiran cahaya mata sulung, pelawak terkenal, Abam, 30, berkongsi kegembiraan yang dia hampir terlupa membeli baju raya.
Menurut Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, sememangnya dia lebih tertumpu pada persiapan menantikan kehadiran ‘orang baharu’ dalam kehidupannya dan isteri, Siti Nurhidayah Mohd Ali, 28, tidak lama lagi.
“Tahun ini paling bermakna buat kami apatah lagi, isteri dijangka melahirkan anak pertama kami dalam masa terdekat.
“Semestinya saya teruja hendak menyandang gelaran bapa buat julung kali. Syukur kerana segala persiapan sudah dilakukan dengan sebaik-baiknya. Kini, tiada apa yang saya harapkan selain segala-galanya berjalan lancar pada hari anak kami dilahirkan nanti.
Ads
“Kami juga beruntung kerana keluarga tidak jauh daripada saya dan isteri. Namun, saya tidak harus memandang enteng kerana perlu bersama isteri menanti hari yang ditunggu-tunggu itu,” katanya.
Ads
Mengulas keterujaan menghitung hari untuk menjadi bapa, Abam berkata, dia belum mengetahui jantina zuriat dalam kandungan kerana mahukan kejutan.
“Menurut emak saya yang juga bekas bidan, kami mungkin menimang bayi lelaki kerana isteri seperti malas bersiap dan sebagainya. Ada beberapa lagi tanda lain yang menunjukkan saya berkemungkinan menimang seorang putera.
Ads
“Apapun, perkara paling penting adalah kesihatan isteri dan juga anak yang bakal dilahirkan nanti. Lelaki atau perempuan, saya menerima rezeki kurniaan Allah dengan hati terbuka,” kata pelawak itu.
Abam mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya itu pada 8 Disember 2017.
Pelakon Zahirah Macwilson yang telah pulang ke Perth untuk bersalin cahaya mata sulungnya di sana berkongsi gambar-gambar menarik dan meriah majlis baby shower yang diadakan.
Dalam perkongsian terbarunya di laman Instagram, Zahirah yang kini sedang mengandung 8 bulan menganjurkan baby shower party di kediamannya di sana. Sambutan penuh meriah itu dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat yang berada di sana.
“Oh baby, terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis baby shower ini, pasti akan diingati,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pada majlis bertemakan warna putih dan oren lembut itu, Zahirah turut memaklumkan semua hidangan pastri termasuklah kek utama disediakan oleh ibunya, Maslinda Yusof yang merupakan seorang bekas chef.
Namun, pasangan dua sejoli ini tidak mendedahkan jantina anak yang bakal dilahirkan.
Justeru meninggalkan teka teki sebegitu, di ruangan komen, ramai wargamaya yang meneka Zahirah bakal menerima kehadiran cahaya mata lelaki berdasarkan wajahnya yang berseri-seri.
Bukan sahaja wargamaya, malah ramai juga rakan selebriti yang turut sama meneka gender bayi yang bakal dilahirkan Zahirah tak lama lagi.
Dia dan suami, Aiman Hakim Ridza sering memuat naik gambar-gambar menarik sepanjang keberadaan mereka di sana. Pada hujung Oktober yang lalu, Zahirah dan Aiman terbang pulang ke Perth, Australia bagi menyambut kelahiran anak pertama mereka di sana.
Sekadar Info, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dalam sebuah majlis pernikahan tertutup di Petaling Jaya.
Semoga semuanya dipermudahkan buat Zahiran dan bayi yang bakal lahir di sana.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat para ibu hamil, tahniah kerana bakal menyambut kehadiran cahaya mata! Perjalanan kehamilan ni memang istimewa, tapi penting sangat untuk jaga kesihatan diri dan bayi dalam kandungan. Jom kita sama-sama belajar tips dan panduan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pastikan kehamilan sihat, bahagia, dan lancar dari awal hingga bersalin. Semua ni main peranan penting untuk ibu dan bayi sihat. Let’s embark on this beautiful journey together!.
1.JAGA KESIHATAN KETIKA KEHAMILAN
2.BUKU PINK
Seorang ibu hamil memerlukan pemeriksaan, pengawasan dan pengendalian yang teratur dan berterusan sebaik sahaja mendapati dirinya hamil.
Hal ini untuk membolehkan pengesanan awal seterusnya tindakan sewajarnya diambil untuk mengurangkan morbiditi dan mortaliti. Kandungan maklumat pada Buku Rekod Kehamilan amat penting terutamanya bagi kes rujukan yang memerlukan perhatian terperinci, terutamanya ketika kecemasan. Buku ini perlu dibawa ke mana sahaja ibu pergi apabila memerlukan pemeriksaan dan rawatan.
Nyata, kehamilan ni satu anugerah yang sangat berharga. Dengan penjagaan yang betul, bukan saja ibu, tapi bayi dalam kandungan pun dapat manfaat sepenuhnya. Ingat, setiap langkah kecil yang diambil sekarang, membawa impak besar pada masa depan si kecil. Jadi, jangan lupa untuk jaga diri, amalkan gaya hidup sihat, dan nikmati setiap momen ini menjadi detik nan indah buat anda.
Lain anak lain ragamnya. Sungguhpun kehamilan pertama dan kedua begitu lancar tanpa alahan, pastinya tidak sama dengan kehamilan yang ketiga. Inilah yang dilalui selebriti instagram dan juga ahli perniagaan berjaya, Asyalliee Ahmad.
Melalui trimester pertama terasa tidak mudah. Walaupun sudah dua kali melalui kehamilan, namun kehamilan ketiga ini agar mencabar baginya. Menerusi instagram, Asyalliee turut berkongsi sebuah video mengenai rutin hariannya di trimester pertama ini.
Kembali kepada rutin dengan alahan, Asyalliee berkongsi rutin hariannya yang agak lemah kerana mengalami loya dan muntah-muntah di awal pagi. Menerusi video yang sama juga, Asya turut memberitahu dia mudah letih apabila melakukan kerja-kerja di rumah dan sebahagian masanya kini banyak dihabiskan dengan berehat bersama anak-anak.
“Rutin harian first trimester pregnant no 3.
Fuhhh memang mencabar betul pregnant kali ni, rasa loya yang tak pernah berhenti. Walaupun dah muntah loya tetap ada, dengan pahit mulut nya air liur pula banyak.
Tak boleh buat kerja sikit mula la penat. That’s why la jarang keluar rumah. Sebab kerja nak tidur je, aktiviti asya di rumah layan k-drama dan tidur tapi banyak to tidur lagi. Sebab taknak layan alahan ni,” katanya menerusi instagram.
Harap Alahan Tak Berlarutan
Malah ibu cantik ini juga berharap agar alahannya tidak lama dan segera pulih sebaik memasuki trimester kedua. Katanya lagi, kerinduannya untuk bekerja amat tinggi dek kerana kebosanan berada di rumah.
“Asya harap sangat alahan ni tak lama sebab bosan dah ni duk rumah je, rindu nak busy tiberr. Rindu nak gi office dan rindu nak sharing-sharing dengan luvbabe squad,” katanya berkongsi.
Mahu Kelihatan Cantik Berbanding Kehamilan Terdahulu
Pun begitu menerusi satu entri lain di instagramnya, Asya turut berkongsi kelainannya pada kehamilan kali ini. Kata wanita berkuning langsat ini, biarpun mengalami alahan yang teruk namun kehamilan ini berbeza kerana membuatkan dirinya ingin kelihatan cantik setiap masa.
“Walaupun alahan tapi tetap nak bersiap cantik. Kalau dulu masa pregnant kan Haider & Helena awal-awa bila alahan tak heran dah dengan rupa. Macam mak lampir jadilah.
Yang ketiga ni nak pergi check-up pun nak bergaya walaupun tengah loya. Tapi memang takmau layan sangat alahan ni, kalau layan makin menjadi nanti. So tetap bangun jalan sana sini. Sentiasa bagi kata semangat dekat diri sendiri.
Banyak kali perjalanan ni, kena kuatkan diri,” katanya berkongsi.
Asya sebelum ini berkongsi kisah keguguran yang dialaminya sekitar Ogos lalu. Bagaimanapun keajaiban Allah, kandungan Asya rupa-rupanya masih ada dan kini ibu kepada dua anak ini melalui rutin alahannya di trimester pertama. Satu pengalaman cukup berharga bagi dirinya.
Semoga Asyalliee berjaya menempuh trimester pertama ini dengan jayanya serta dipermudahkan kehamilannya sepanjang sembilan bulan ini. Semoga semuanya baik-baik sahaja.
EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam
Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.
Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.