Kadang bila ibu asyik masuk dapur pun buntu juga memikirkan nak masak apa. Kadang tu dah habis idea nak buat apa lagi yang anak dan suami suka. Selain menu utama, menu pencuci mulut pun best juga.

Bagi yang biasa makan agar-agar lumut dan teringin nak buat sendiri, boleh cuba buat sendiri. Kali ni agar-agar lumut butter.

Agar-Agar Lumut Butter 2 In 1. Lapisan Bawahnya Rasa Macam Puding Karamel

Resipi yang dikongsikan oleh Fendy Ismail ini boleh anda cuba kerana ia sedap dinikmati dalam keadaan cuaca panas sekarang.

RESIPI WAJIB CUBA [Puding Roti Serikandi 3 Warna. Potong Kecil, Nikmatnya Makan Sejuk-Sejuk!]

Agar-agar Lumut Butter! Semalam kacau, pagi ni dah boleh makan. Anak suka. Lapisan butter dia rasa macam puding karamel sikit. Makan time musim panas sedap, buat sejuk tekak. Ni saya kongsikan resipinya.

Agar-Agar Lumut Butter 2 In 1. Lapisan Bawahnya Rasa Macam Puding Karamel

IKLAN

Agar-Agar Lumut Butter

•Bahan Puding Lumut

2 biji telur
150 gram gula pasir
125 ml santan instant
550 ml air
1/2 sudu garam
1 sudu teh vanilla esen
1 sudu esen pandan @ 100ml jus pandan
1 bungkus serbuk agar

RESIPI MENARIK [Kek Pisang Coklat Chip Gebu. Guna Sukatan Cawan & Gaul Je Semua]

IKLAN

Kacau rata semua bahan atas sampai rata, kemudian tapis dan masukkan dalam periuk.
Masak guna api sederhana sambil kacau.

Kacau sampai mendidih. Kalau nak lumut full tanpa mendapan air, biarkan dalam periuk dulu. Bila dah kurang panas baru masukkan dalam acuan.

Agar-Agar Lumut Butter 2 In 1. Lapisan Bawahnya Rasa Macam Puding Karamel

IKLAN

• Bahan Puding Butter

4 biji kuning telur
100grm butter dicairkan
4 sudu makan gula pasir
1/2 tin susu pekat
550 ml air
1 bungkus serbuk agar-agar

Kacau bahan tadi dan masak sampai mendidih guna api kecil saja. Lepas masak kemudian tuang ke atas puding lumut yang tadi.

Dah sejuk, masukkan dalam peti ais. Selamat mencuba!!!

Kredit Resipi: Fendy Ismail

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI