Aktres Mardiana Alwi Kongsi Resipi Susu Badam Kurma. Boleh Jadi Milkbooster & Bantu Penghadaman

Share

Susu yang dikisar bersama badam dan kurma banyak khasiatnya. Resipi yang dikongsikan aktres ini Nampak menyelerakan dan kaya khasiat untuk ibu dalam proses berpantang.

Aktres Mardiana Alwi baru sahaja menyambut kelahiran anak sulungnya, Bilal Abdul Aziz pada 22 Jun 2018 lalu.

Baru-baru ini ibu muda ini berkongsi cara penyediaan susu badam kurma yang sangat berkhasiat bagi ibu dalam pantang. Berikut ialah perkongsiannya;

Okay
Seperti yg dijanjikan

Susu Almond+Kurma. Banyak khasiat nya.
Utk milk booster, Khasiat kurma sedia maklum sbg penangkal racun, ada byk zat. Utk tenaga. Melancarkan buang air besar. Utk mata. Kulit. Banyak lg lah. Badam pun sama. Bagus utk jantung. Kolestrol. Nak tau lebih lanjut boleh tanya Mr.Google
?? Nota

TIP:

1) Kurma tu buang biji dia dulu sebelum blend. Kalau tak naya ?

2) Almond rendam semalaman utk mendptkan nutrisi yg lebih baik

Tq nufianbeauty yg share resipi nya ?
Selamat mencuba!

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

5 biji kurma, 6 biji badam & 1 gelas susu rendah lemak.

LANGKAH 2

Buangkan biji kurma dan masukkan ke dalam pengisar.

LANGKAH 3

Masukkan badam.

LANGKAH 4

Tuangkan sedikit susu untuk mengisar bahan tadi.

LANGKAH 5

Kisarkan sehingga lumat.

LANGKAH 6

Tuangkan bahan kisar ke dalam cawan.

LANGKAH 7

Baki susu tadi dituangkan ke dalam pengisar.

LANGKAH 8

Goncangkan agar lebihan bahan yang terlekat pada pengisar larut.

LANGKAH 9

Tuangkan ke dalam cawan tadi. Sedia untuk diminum.

VIDEO YANG DIKONGSIKAN MARDIANA

Sumber: Mardiana Alwi

IKLAN