Menjadi seorang ibu bukanlah mudah. Banyak yang harus dilakukan untuk menyediakan yang terbaik buat anak-anak. Kadang-kadang perangai anak yang macam-macam pun boleh buat ibu sakit kepala!
Sebagai manusia biasa kadang-kadang ibu akan merasa stres dan marahkan anak-anak. Bila dah dimarah, tak sampai hati pula tengok mereka. Ibu kena bijak mencari jalan untuk mengurangkan rasa stres itu.
Menurut kajian dalam American Journal of Epidemiology, wanita atau lelaki yang kuat marah cenderung untuk mempunyai berat badan berlebihan.
Sumber foto: www.freepik.com
ASYIK MARAH-MARAH, NAIK BERAT BADAN!
1. Rasa marah, kemudian cari makanan
Apabila kita sedang marah ia bukan sahaja menyebabkan perubahan emosi dalam fikiran tetapi juga melibatkan proses kimia dalam tubuh manusia. Apabila sedang marah, hormon adrenalin akan dirembeskan.
Ia menyebabkan perasaan panik dan risau serta mengaktifkan butang ‘sedia bertindak’. Ketika ini, aliran darah dari organ ke otot menyebabkan kita sukar merasa lapar ketika marah.
Tapi ia hanya sementara sahaja, selesai marah kita akan mula kehilangan tenaga dan merasa lapar. Apabila kita dalam keadaan tertekan begini, kita cenderung untuk memilih makanan yang tidak sihat atau mindless eating.
Sumber foto: www.freepik.com
2. Cari makanan yang menenangkan
Apabila kita dalam keadaan stres atau sedang marah, kita akan mencari makanan yang membuatkan kita selesa. Makanan begitu seperti snek, coklat, kek, biskut dan minuman manis berkesan untuk melegakan perasaan tetapi kita cenderung untuk mengambilnya berlebihan.
3. Hormon kortisol meningkat
Dalam keadaan marah, hormon kortisol akan meningkat. Ia bukan sahaja meningkatkan tekanan darah, tetapi memberi efek terhadap berat badan.
Ads
Menurut BrightSide, kortisol akan menukarkan gula dalam darah kepada lemak dan melambatkan proses pencernaan. Akibatnya, ia akan meningkatkan berat badan dengan penghasilan lemak.
4. Jadi susah tidur
Bila selalu marah dan stres, pola tidur akan terganggu. Kita menjadi sukar tidur dan ia menyebabkan kekurangan tenaga. Apabila tidak tidur, kita biasanya cenderung untuk makan dan memilih comfort food yang biasanya boleh menyebabkan peningkatan berat badan.
Sumber foto: www.freepik.com
5. Hilang fokus
Apabila sering marah-marah, kita menjadi orang yang kurang daya tumpuan. Setiap yang berlaku, kita hanya akan nampak yang negatif sahaja. Ia akan membuatkan kita mudah merasa putus asa, takut mencuba dan meghukum diri sendiri.
Ads
Sebenarnya, jika merasa letih atau stres berehatlah. Ibu juga manusia biasa, kadang-kadang ‘tewas’ juga. Tubuh dan otak kita tidak boleh menerima beban yang terlalu banyak. Ibu merupakan ‘orang kuat’ dalam keluarga, jadi sentiasa positifkan diri dan buatlah setiap perkara itu mengikut kemampuan sahaja.
Penjagaan gigi susu tidak boleh dipandang ringan dan perlu dititikberatkan oleh ibu bapa dan anak itu sendiri. Ia adalah asas kepada kesihatan mulut dan gigi kekal sebaik kanak-kanak menginjak ke usia remaja dan memasuki alam dewasa.
Sekiranya tabiat penjagaan gigi yang baik tidak dipupuk sejak anak kecil iaitu ketika hanya memiliki beberapa gigi susu, ia akan memberi impak besar terhadap pembentukan gigi kekal yang sihat dan bebas sebarang masalah.
Seperti yang dikongsikan oleh Dr Iqbal Rosali, dalam memastikan perkara itu dapat dipraktikkan, ibu bapa individu paling rapat yang perlu mendidik gaya hidup sihat untuk anak mereka.
STIGMA GIGI SUSU YANG PERLU DIBETULKAN
❎ Gigi susu tak penting
Gigi susu penting sama seperti gigi kekal. Paling penting adalah untuk anak mengunyah makanan dan bercakap dan menyebut dengan betul.
❎ Biar gigi susu rosak sebab ada ganti
Gigi susu memang akan diganti dengan gigi kekal. Tetapi janganlah dibiarkan rosak kerana bila gigi rosak boleh berlaku jangkitan kuman dan menyebabkan gusi atau muka bengkak. Anak-anak juga mengadu sakit, demam dan susah mahu makan.
❎ Gigi susu jarang, gigi kekal akan jarang juga
Penyataan yang tidak tepat. Gigi susu jarang kerana saiz gigi yang kecil dan rahang anak-anak kita pula sedang membesar. Tulang rahang mulut yang membesar menyediakan ruang yang cukup untuk gigi kekal tumbuh.
❎ Gigi susu cantik gigi kekal susah tumbuh
Tidak ada kena-mengena. Gigi susu yang sihat dan cantik adalah sangat dipuji. Gigi kekal tumbuh mengikut jadual dan akan menghakis akar susu menyebabkannya longgar.
❎ Gigi susu rosak tidak apa
Janganlah begitu. Gigi susu yang rosak boleh memudaratkan kesihatan dan tumbesaran anak-anak.
❎ Gigi susu rosak, lebih baik cabut
Kalaulah semudah yang disebut. Budak-budak kecil tidak patut ditakutkan dengan doktor gigi dengan menunjukkan gigi rosak dan dicabut. Gigi susu yang rosak masih lagi boleh ditampal kalau lubang tidak terlalu besar atau dalam. Gigi susu juga menjadi panduan kepada gigi kekal untuk tumbuh. Kalau gigi susu dicabut awal, itu antara punca susunan gigi kekal menjadi tidak elok.
❎ Gigi susu susah nak dibersihkan
Susah dibersihkan kerana anak-anak kita tidak mahu gosok gigi. Oleh itu, ibu bapa hendaklah bantu gosokkan gigi mereka sekurang-kurangnya sehingga mereka berumur 6 tahun. Aktiviti gosok gigi perlu dibiasakan sejak dari kecil lagi dan ibu bapalah seharusnya menjadi contoh.
❎ Gigi susu sahaja, tak perlu diperiksa di klinik gigi
Inilah kesilapan dan stigma negatif paling besar sekali. Ramai ibu bapa tidak membawa anak-anak ke klinik gigi seawal yang mungkin. Hanya apabila sakit baru bawa. Kanak-kanak hendaklah dibiasakan dengan persekitaran klinik gigi supaya mereka tidak takut bila besar kelak. Bawa anak untuk pemeriksaan gigi walaupun tidak sakit seawal gigi pertama tumbuh.
Penularan wabak Novel Coronovirus kini semakin meruncing. Setiap hari jumlah individu yang dijangkiti semakin meningkat, malah jumlah kematian juga menunjukkan angka yang membimbangkan terutamanya di negara China.
Menerusi laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sehingga 9 Februari 2020, 12 tengah hari sebanyak 40,160 kes dicatatkan di seluruh dunia yang melibatkan 25 negara dengan jumlah kematian 906.
Malaysia turut mendapat tempias dengan mencatatkan sebanyak 17 kes positif virus ini dengan 18 kes masih menunggu keputusan dari makmal. Namun dua daripada kes yang ada di Malaysia sudah disahkan pulih sepenuhnya.
Walaubagaimanapun langkah berjaga-jaga perlu diteruskan supaya penularan wabak ini dapat dibendung daripada terus menjangkiti rakyat di negara kita. Prihatin dengan situasi penularan wabak Novel Coronavirus (2019-NCoV) yang boleh menjangkiti orang sekitar melalui cecair saluran pernafasan dan juga melalui udara, seorang lelaki Mustaqim Kumar Abdullah Sooria membersihkan Kawasan-kawasan permainan yang ada di sekitar Kawasan Bukit Jelutong U8, Shah Alam.
Gambar-gambar lelaki ini fokus sedang membersihkan taman permainan di sekitar Kawasan Bukit Jelutong itu tular di media sosial. Usaha murni lelaki ini mendapat pujian ramai namun dia kesal kerana ada segelitir orang ramai yang mentertawakan usahanya itu.
Menurut Mustaqim, apa yang dibuat adalah secara sukarela dengan niat untuk membantu masyarakat di Kawasan tersebut supaya tidak memandang rendah dengan virus tersebut. Dengan berbuat demikian dia berharap agar kanak-kanak yang tinggal di Kawasan tersebut tidak dijangkiti virus berkenaan yang sedang menyerang puluhan ribu orang di seluruh dunia.
Meskipun ditertawakan, usaha Mustaqim mendapat pujian warga net. Ramai yang memuji keprihatinan lelaki ini dan mendoakan yang terbaik atas usaha yang dibuat olehnya.
Apa yang dilakukan oleh Mustaqim ini memang wajar dapat pujian dan seharusnya orang ramai turut Bersama-sama berganding bahu dalam membendung penularan wabak virus yang merbahaya itu. Sekurang-kurangnya usaha yang dilakukan ini dapat membantu mengurangkan risiko penularan virus tersebut.
“Doktor, cuba doktor bagitau kat saya, macam mana saya nak pujuk anak saya pergi klinik gigi. Dia fobia sangat masa kat sekolah kena tampal”
Memang bukan senang nak pujuk anak-anak kecil pergi klinik gigi kalau dia dah ada pengalaman ngeri masa kecil.
Kalau benda dah lepas memang tak patah balik, memang tak boleh nak padam bad memori anak-anak yang memang baru kenal dunia.
Jadi, apa nak buat kat anak-anak yang dah terfobia dan tertrauma dengan pengalaman yang ngeri di klinik gigi?
1+ Sebagai mak bapa kita kena tanya diri kita sendiri apa yang buat kita takut nak masuk klinik gigi. Sebab anak-anak adalah bayang-bayang mak bapa _kalau mak abah sendiri takut macam mana nak motivate anak untuk tak takut pegi klinik _mak abah kena tunjuk yang mak abah sendiri suka pegi klinik gigi
2+ Mak abah kena set appointment untuk diri sendiri dulu. Buat appointment call depan anak, biar anak dengar mak abah dia nak cek gigi _jangan sebut pun pasal nak cek gigi anak-anak, just bagitau, “mama nak pegi klinik gigi, nak cek gigi dah lama mama tak cek”
3+ Seminggu sebelum pegi klinik gigi ajak anak-anak tengok you tube atau video pasal gigi. Cari youtube yang mesra kanak-kanak _just bagi anak-anak tengok & jangan sebut pun pasal nak bawa anak cek gigi sekali _buat role model kat rumah, mak abah jadi patient anak-anak jadi doktor gigi _ingat jangan sebut pun nak bawa anak pegi klinik gigi untuk cek gigi.
4+ Sehari sebelum ke klinik gigi, tunjuk rasa EXCITED nak pegi klinik gigi. Just bagitau, “Adik tau tak, ayah suka jumpa doktor gigi, sebab nak kasi gigi ayah sihat, kuat bersih supaya nampak ensem” _ingat jangan sebut pun perkataan “jom pegi sekali,pastu cek gigi sekali ok” _biarkan anak sendiri yang rasa nak buat dental check secara suka rela masa di klinik
5+ Di klinik, bawa anak masuk klinik dan bilik rawatan. Bagitau doktor siap-siap nak buat check up sahaja untuk expose anak pada klinik gigi _biar anak tengok mak ayah yang EXTRA EXCITED atas dental chair _tanya soalan pada doktor gigi macam mana nak bersihkan gigi cara yang betul, biar anak dengar
6+ Tunggu reaksi anak selepas pemeriksaan gigi sama ada anak nak cek gigi atau refuse _Katakan anak nampak takut dan banyak diam, better biarkan anak jangan paksa,next time _Kalau anak nampak teruja dan nampak positif, boleh tanya perlahan-lahan sama ada anak nak buat check up macam ayah _jangan sebut perkataan, “ala tak sakit,tadi ayah okey je” _sebut perkataan positif, “adik nak check gigi? Gigi ayah dah cantik, adik nak gigi cantik juga?”
Barang dalam katil bayi seperti bantal, selimut, patung dan pelapik katil boleh meningkatkan risiko lemas serta SIDS. Ketahui 7 barang yang perlu dielakkan demi memastikan ruang tidur bayi lebih selamat.