Kegembiraan berganda buat Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bila dapat tahu isteri tersayang, Datin Dr Halina Yunos bakal melahirkan kembar sepasang tidak lama lagi.
Jika sebelum ini, Sheikh Muszaphar pernah berkongsi berita bakal menerima kembar buat kali kedua serta pengimbasan yang pernah dilakukan oleh Dr Halina. Ketika itu mereka hanya mengetahui jantina salah satu bayi sahaja.
Menerusi laman sosial Instagramnya, Muzaphar memuat naik sekeping foto imbasan jantina menunjukkan mereka bakal menimang anak kembar lelaki dan perempuan.
Pasangan ini bersyukur bakal dikurniakan sepasang kembar berlainan jantina lelaki dan perempuan. Dia juga mengharapkan doa pengikutnya buat Dr Halina yang kini hamil 22 minggu.
Ads
“Alhamdulillah, ia berpasangan, seorang lelaki dan seorang perempuan. Saya sangat teruja. Dr Halina kini hamil 22 minggu. Perjalanan masih jauh, doakan dia sentiasa dalam keadaan baik. Amin,” tulis Muzaphar di ruangan kapsyen.
Sementara itu, Dr Halina juga berkongsi khabar gembira yang sama di laman Instagram. Dia turut berkongsi perkembangan mengenai kehamilannya dimana anak kembar pertama seberat 485gram manakala anak kedua adalah 458gram. Anak pertama adalah lelaki dan anak kedua adalah perempuan.
Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Tak sangka, hanya kerana ingin menikmati keenakan mangga harumanis, seorang guru berusia 46 tahun terpaksa menelan kepahitan apabila wang simpanannya sebanyak RM9,998.52 lesap begitu sahaja.
Rahsia pembelian dalam talian yang didakwa menyediakan buah harumanis ini berubah menjadi mimpi buruk apabila mangsa jatuh ke dalam jerat sindiket penipuan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pada Rabu lepas, mangsa iaitu seorang wanita berusia 46 tahun telah melihat iklan penjualan harumanis menerusi media sosial.
Gambar sekadar hiasan
Beliau berkata, mangsa yang tertarik dengan iklan itu telah menghubungi suspek melalui aplikasi WhatsApp dan mangsa diminta memuat turun satu aplikasi bagi membuat tempahan buah berkenaan.
“Setelah mengisi semua maklumat diri, mangsa telah menerima kod respons pantas (QR) bagi tempahan itu dan diminta untuk menghantarkannya kepada suspek.
“Suspek kemudian menghubungi mangsa melalui panggilan telefon menyebabkan telefon bimbitnya terpadam dengan tiba-tiba sebelum aktif semula beberapa minit selepas itu,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Bagaimanapun, Azli berkata, pada keesokan hari mangsa mendapati wang simpanannya sebanyak RM9,998.51 dalam akaun Tabung Haji telah lesap.
Gambar Sekadar hiasan
Setelah disemak, mangsa mendapati berlaku dua transaksi wang dari akaun Tabung Haji ke akaun bank miliknya sebelum dipindahkan ke satu akaun bank lain yang tidak dikenali.
“Mangsa telah membuat laporan pada 6.35 pagi Khamis. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bernikah dengan seorang lelaki, bukan dengan dia sahaja kita bertaut kasih. Harus belajar menerima keluarganya juga. Terutamanya ibu mertua. Sentiasalah hormati ibunya seperti mana kita menjaga perasaan emak sendiri.
Ada masanya ibu mertua mungkin akan menegur anaknya (dan kadang-kadang kita pun mungkin tersentap kerana merasakan teguran itu untuk kita juga), tapi sebenarnya itulah yang terbaik. Dia tegur kerana sayang, menggangap kita seperti anak kandungnya juga.
Bukan mudah untuk melepaskan anak lelakinya kepada wanita asing yang kemudian menjadi menantu. Menerusi perkongsian di laman Facebook, Firda Ashaary, mengatakan kalau seseorang itu mendapat ibu mertua yang baik maka mereka sangat beruntung. Turut menitipkan pesanan untuk menghormati dan menyayanginya seperti emak sendiri.
Aku baru terbaca kat wall sorang cikgu yang agak glemer tadi. Suka pulak nak tulis juga tentang topik ni.
Katanya :
“Dapat Mak Mertua yang baik juga adalah satu rezeki. Bukan semua orang dapat rasa.”
Aku setuju dengan cikgu ni. Bukan semua orang dapat rasa nikmat rezeki yang satu ni.
Dulu aku selalu berdoa semoga Allah temukanlah aku dengan seorang lagi mak yang aku boleh bercerita, berkongsi rasa, menumpang kasih dan sayang anak-anak aku macam darah daging sendiri. Yang aku tak kekok bila berdua dengan dia.
Awal perkenalan aku dengan Encik Suami, aku dah tanya dia. Mak dia agaknya boleh ke terima aku? Aku tau dia anak kesayangan. Sebab tu aku tanya.
Kalau rasa Mak dia tak boleh terima, we better stop earlier aku kata.
Aku pesan suruh bagitau aku awal-awal. Aku terima dengan hati terbuka. Kononnya. Walau kompom menangis 7hari 7malam. Dah la aku dah mula sayang dia tapi mana boleh tunjuk sedih depan dia.
Dulu aku memang seorang yang ego. Aku tak suka orang nampak aku sedih. Aku tak suka orang dapat baca hati aku. Selagi boleh sorok, aku akan sorok. Aku cover dengan senyum. Nanti time dok sorang, baru nangis.
Back to the story, aku tamak tau. Aku nak kahwin dengan anaknya tapi mak dia pun aku nak juga. Aku takmau sorang sahaja tapi aku nak kedua-duanya. Sebab tu awal lagi aku dah tanya.
Aku dah pernah ada pengalaman mak mertua tak redho ni, kucar kacir lah hidup rumah tangga nanti. Aku serik dah. Aku belajar dari pengalaman lalu. Jadi aku lebih berhati-hati.
Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan impian dan doa aku. Dia kirimkan aku seorang mak mertua yang penyayang, lemah lembut dan mudah bawa berbincang. Sayang anak-anak aku macam cucu sendiri. Tiada berbelah bagi.
Like mother like son!
Syukur. Complete set aku dapat. Aku menang jackpot besar seumur hidup aku tahun tu.
Sungguh!
Bukan setakat dapat mak mertua yang baik tapi keseluruhan “keluarga besar” mak mertua aku menerima kehadiran kami dengan baik.
Senyuman di wajah anak-anak aku dah cukup buat airmata syukur aku mengalir. Bahagia yang aku cari selama ni adalah demi senyuman di wajah mereka. Rezeki anak-anak aku dapat merasa hidup dalam keluarga besar.
Bayi lelaki yang tular kerana dilahirkan di tepi jalan raya berhampiran persimpangan lampu isyarat Taman Bukit Dahlia pada Ahad lalu, dilaporkan dalam keadaan baik dan stabil.
Perkara itu dikongsikan sendiri ibunya yang berasal dari Sabah. Pasangan ini difahamkan sudah hampir setahun menetap di Johor Bahru.
Gambar ketika kejadian.
Dalam perkongsiannya, si ibu yang enggan dikenali itu berkata bayinya kini masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan menerima rawatan antibiotik bagi mengelak jangkitan kuman.
“Bayi seberat 2.63 kilogram itu masih di HSI. Saya dan suami belum memberi nama kepadanya,” katanya ketika dihubungi.
Ibu yang kini masih belum stabil emosinya itu juga wanita itu keberatan ditemubual lanjut kerana belum stabil dari segi emosi.
Ahad lalu, wanita berkenaan dilaporkan sakit untuk bersalin ketika menunggang motosikal bersama suaminya, lalu dibantu oleh pengguna jalan raya di tepi jalan.
Kisah ini mendapat perhatian ramai di media sosial selepas video kejadian dikongsi pengguna jalan raya, yang memuji keberanian insan-insan yang tampil menyambut kelahiran bayi berkenaan di tepi jalan.
Paling menarik, dikhabarkan seramai tujuh orang individu berbilang bangsa yang membantu wanita itu tidak memiliki latar belakang perubatan namun tetap berani melalui pengalaman manis itu. Satu pujian harus diberikan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.