Sekali sekala teringin juga untuk menyediakan menu istimewa untuk dihidang kepada keluarga. Jadi apa kata anda sediakan hidangan nasi dan lauk special seperti yang dikongsikan oleh Kak Amy Zuraidah ini.
Menurutnya hidangan Nasi Kari Kambing yang disediakan olehnya amat digemari oleh keluarga bahkan anaknya yang berusia 5 tahun pun akui keenakan rasa hidangan tersebut.
Bolehlah kita pula mencuba menyediakan menu ini, mana tahu anak-anak kita juga menggemarinya. Pasti boleh buat mereka makan bertambah!
Nasi Kari Kambing Dari Tin Adabi
Bahan-bahan:
2 tin kari kambing adabi
Beras faiza kashmir basmathi 5pot cawan sedang
2 biji bawang besar hiris
4 sekawan
2 helai daun pandan
2 sudu butter + 2sudu minyak masak
Tomato dadu sebiji
Ads
Garam 1sk
Akar ketumbar
Makan bersama ayam rose + jelatah.
Cara-cara masak
1.Panaskan Marjerin + minyak (tumis dalam kuali asing dulu )
2.Tumis sampai wangi bawang besar/masukkan 4sekawan/tomato dadu dan daun pandan
3.Masuk kari kambing gaul sebati
Masuk susu cair
5.Masuk akar ketumbar
Ads
6.Mmasuk garam sikit sahaja
Selepas itu curah atas beras dalam periuk nasi tu ya lepas tu tekan on.
8.Masak nasi seperti biasa (sukatan seperti masak nasi biasa)
Masa nak kering nanti tu bole la jenguk dan gaul-gaul rata..Masa ni bau dia satu rumah kemain sedap ooi..
Sudah masak nasi jangan lupa tabur kismis sama daun ketumbar….siap.
Ayam masak merah
-Ayam separuh potong kecil (gaul kunyit sikit +garam)di goreng separuh masak ..angkat tos kan minyak..
-Susu cair suku tin
-Sos cili 3sb
Ads
-perasa
-serai
(Bahan A)
-Segenggam cili merah besar
-Bawang besar 2biji
-Bawang putih 4ulas
-halia sikit
Blend bahan A
– guna minyak ayam tadi tumis sampai pecah minyak bahan A tadi + serai..masukkan ayam, susu cair, sos cili, perasa dan garam. Masak sampai ayam empuk dan masukkan sikit bawang besar yang telah dihiris
Berbanding kuih-muih tradisional, apam nasi antara kuih yang begitu mudah hendak disediakan malah tidak mengambil masa yang lama. Hanya campurkan sahaja dan kukus. Siap!
Apam nasi yang satu ini cukup istimewa. Bukan hanya cukup ringkas bahkan lembut dan gebu. Paling penting resipi yang paling ringkas. Jom ikuti perkongsian resipi Nor Aini Abd Rahman.
Apam mekar merupakan kuih yang tidak lekang dek masa. Kuih ini memiliki tekstur yang gebu, lembut dimulut dan sedap. Dan semestinya kuih ini menjadi kegemaran anak-anak kerana warnanya yang sangat cantik.
Ikuti resepi yang dikongsi ini. Selamat mencuba!
Resepi Apam Mekar Paddle pop🌸
Bahan-bahan:
1 cawan setengah gula
3 biji telur
1 makan ovellet
2 penutup perisa ros
3 cawan tepung gandum
1 cawan air gas aiskrim soda
3 cawan tepung gandum + 1 cawan air gas aiskrim soda .. (Masukan secara berselang seli kedalam bancuhan pertama tadi.. sehingga habis.. mix sebati Hingga Gebu..
Bahagikan dengan beberapa jenis warna yang disukai.
Masukkan kedalam beg pipping, potong sikit muncung depannya.
Masukakn cupcake kedalam acuan lompang.
Pippingkan adunan ikut suka warna dan mesti kena sama penuh dan tinggi dengan bekas cupcake tadi.
Panaskan Pengukus dengan api besar dan kuat, bagi air gelegak lama sikit.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.