Anak kecil mana yang tidak suka donat. Paling sedap dan manis. Tambah lagi kesedapan dan khasiat dengan salutan susu. Nak buat macam mana?
Perkongsian resipi donat ringkas tapi sedap oleh Pn Noor Shafiqah Ghazali ini lain dari yang lain. Makin sedap bila ditambah susu. Jom cuba!
Baru buat kelmarin dulu hari ni terasa nak makan pulak donut susu ni. Bukan setakat anak-anak ja suka mak ayah pun berketui-ketui makan.
Saya buat tak ikut resipi, agak-agak saja. Kalau tak jadi jangan marah.
Bahan-bahan:
1 pek Mauripan -bancuh dulu dengan air suam sampai berbuih
1kg tepung gandum
1 bj telur
2 sudu makan marjerin
Susu pekat agak-agak ja
2 sudu susu tepung -dalam 2 sudu lebih camtu
Sedikit garam
IKLAN
Bancuh dulu yis dengan air suam sampai berbuih.
Bila yis dah kembang campur semua, ulikan lebih kurang sejam.
Bahan Salutan:
Susu tepung (saya guna fenleaf)
Gula
IKLAN
Kisar halus dua bahan ini.
Salutkan pada donat selepas digoreng. Biarkan sejuk dahulu dan salutnya dengan bahan salutan susu.
Tambah garam dan gula memang akan menyedapkan makanan tapi sekiranya dimasukkan dalam makanan bayi bawah 2 tahun jangan sesekali. Bagaimanapun ada ibu yang tahu mengenai hal ini tetapi disebabkan anggapannya ‘alaa letak sikit tak pe’ itu yang buat ibu seolah tak kisah.
Ingat jangan buat acuh tak acuh kerana boleh beri kesan berpanjangan pada anak apabila meningkat usianya. Perkongsian dari Dietitian Fizah Sobri ini diharapkan dapat beri manfaat untuk ibu dan belum terlambat untuk perbaiki kesilapan.
Ramai juga yang terkejut dengan posting saya yang lepas..Haaaa takleh bagi gula dan garam sampai umur 1 tahun??? ‘Tak sedapla bubur ni patutlah baby tak nak makan..cuba tambah garam sikit’
‘Meh letak sos sikit je bagi sesedap rasa’
Eh eh eh stop stop situ..jangan gerak tangan anda..jangan letak garam dalam masakan untuk bayi bawah 1 tahun..kalau boleh bawah 2 tahun lagiii bagus..
‘Kesian anak puan…makanan tak sedap, dia cuma makan satu dua sudu saja.’ Owh tidak, anda mungkin tak rasa tapi bayi dah rasa macam macam. Begini ceritanya
Selama 6 bulan bayi hanya merasa susu ibu sahaja. Sekarang mommies nak perkenalkan makanan baru. SEMUA yang mommies kenalkan adalah sesuatu yang baru dan pelik kepada anak-anak sebab tekstur, bau, dan rasa LAIN dari susu ibu semestinya ada tindak balas dari baby
Mungkin baby suka. Ada yang menolak.. Ada muka pelik tapi makan juga.. Ada selepas bagi 2 3 kali baru menerima Ini ikut kepada personalti anak masing TAPI IA BUKAN SEBAB NAK TAMBAH PERASA/GARAM/GULA kepada makanan baby
Pada usia 6-12bulan fokus kita bukan nak bagi anak makan sedap tapi nak
– kenalkan makanan lain selain susu ibu
– kenalkan tekstur makanan selain susu ibu
– mengenalpasti allergy
– dan tambah zat sebab keperluan baby dah makin meningkat dan susu ibu sahaja tidak mencukupi
3 sebab utama GULA dan GARAM tidak boleh diletakkan.
1. BUAH PINGGANG BAYI TAK CUKUP MATANG
– bukan seperti dewasa masih ada organ organ bayi yang tengah matang antaranya buah pinggang
– jika ambil sodium (garam) atau glucose/sucrose (gula) berlebihan buah pinggan dewasa mampu nak bersihkan yang lebihan dari darah
– tetapi bayi tak mampu lagi…yang berlebihan walaupun sikit cukup untuk membuat buah pinggang overwork dan cepat rosak
2. DERIA RASA BAYI 100X LEBIH SENSITIF DARI DEWASA
– Iya..deria rasa bayi banyak yang baru dan sesitif bukan macam lidah kita
– deria di lidah dewasa mungkin banyak dah rosak akibat faktor luaran contoh merokok,merasa makanan panas dan lain lain
– walaupun kita tidak letak perasa bayi dah dapat rasa perisa semulajadi dari makanan yang mommies dah buat, tak perlu tambah apa apa lagi dah
– ada garam dan gula semulajadi dah dalam makanan, tak perlu tambah lagi
3. MENDORONG BAYI MENJADI PICKY EATER
– Kalau pada peringkat awal mommies dah perkenalkan makanan yang ‘sedap’ akibat penambahan perisa rasa anak nak ke lagi makanan yang perisa semulajadi? tanpa pertambahan perasa
– ini yang menjadikan anak anda tolak makanan yang rasa ‘tawar’ dan tiada tambah perisa sebab sudah merasa makanan yang sedap dan ditambah perisa
– biar mereka kenal makanan semulajadi pada peringkat awal
Banyak lagi sebab contoh karies gigi, sembelit, sakit perut akibat dari tambah perasa tapi saya cerita yang 3 utama dulu. Biar rasa semulajadi ye makanan baby
Waktu pagi mulalah mak-mak buntu nak sediakan sarapan apa untuk anak. Nak uli karipap lambat, donat pula perlu tunggu lama. Kali ini apa kata kita sediakan Puff Sardin super pantas untuk anak.
Resipi perkongsian Mastura Razali ini memang terbaik. Anggaran masa 20 minit sahaja, siap tersedia untuk dijamah.
Paling senang dan ringkas kerana menggunakan kulit pastri segera. Tak perlu uli pun. Jom cuba!
Puff sardin untuk minum petang hari ni. Resepi paling simple dan senang untuk di buat, guna kulit pastry segera.
Bahan utama cuma kulit pastry dan sardin je. Bahan sampingan bawang-bawang dan cili untuk masak sardin dan sebiji kuning telur untuk di sapu atas pastry.
Cara-cara ada di setiap gambar. Mudah sangat!
Bahan utama dia, kulit pastry dengan sardin. Bahan sampingan bawang-bawang, cili untuk masak sardin.
Hancurkan sardin, tumis bawang putih, bawang holland dan cili sampai garing. Lepas tu masukkan sardin. Masak sampai agak kering dan perasakan dengan garam gula sikit. Siap.
Ni saya guna kulit pastry yang kecil je. Ada 10 keping.
Lipat gitu tekan dengan garfu.
Kuning telur untuk sapu atas pastry.
Tabur pasley. Kalau tak ada boleh abaikan.
Sedia untuk di bakar. Suhu 200 C selama 20 minit.
Sedia untuk dimakan panas-panas, baru terasa nikmat.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Anak-anak kecil memang suka makan telur. Memang elok anak makan telur kerana ia mempunyai sumber protein untuk merangsang pertumbuhannya. Namun, ia tetap perlu dikawal dan ambillah dalam kadar yang sederhana.
Sehubungan itu, macam mana cara anda menyimpan telur? Di dalam peti sejuk atau di luar peti sejuk? Dibasuh dahulu atau bagaimana? Terdapat beberapa pertelingkahan pendapat berkenaan isu ini. Jom kita ketahui informasi lanjut tentang cara yang betul untuk menyimpan telur agar ia tetap kekal segar. Dengan yang demikian, ia membolehkan anak anda terus berselera makan telur di dalam keadaan telur yang masih berkualiti.
Penyimpanan telur di negara beriklim sejuk dan Khatulistiwa adalah berbeza antara satu sama lain. Masyarakat di negara Barat yang beriklim sejuk memilih menyimpan telur di dalam suhu bilik. Hal ini kerana, ayam-ayam di sana diberi penjagaan rapi dan disuntik dengan vaksin yang boleh melawan pembiakan bakteria salmonella.
Manakala kita di Malaysia pula kebanyakannya memilih untuk menyimpan telur di dalam peti sejuk. Ini dilakukan bertujuan untuk memastikan telur dapat bertahan lebih lama. Malah, menyimpan makanan di dalam peti sejuk dengan suhu yang betul iaitu 20°C ke bawah berupaya mengelakkan makanan tersebut daripada tercemar kepada bakteria salmonella.
Dalam pada itu, ramai juga di kalangan kita yang menyimpan telur di dalam bekas khusus penyimpanan telur yang ditempatkan di bahagian atas pintu peti sejuk. Cara ini tidak betul. Hal ini adalah kerana telur memerlukan suhu yang stabil untuk menjadikan ia tahan lama.
Bahagian biasa yang kita simpan telur di pintu peti sejuk itu kerap terjejas dan tidak seimbang suhunya disebabkan kekerapan membuka dan menutup pintunya. Jadi, selepas ini disarankan untuk simpan stok telur di bahagian lain seperti laci peti sejuk supaya suhu sentiasa stabil untuk menjamin kualiti dan rasa telur apabila dimasak.
Sehubungan itu, tempatkan semua telur berkenaan di dalam bekas khas yang berpenutup dan simpan di dalam laci peti sejuk agar ia selamat dan tidak pecah akibat ‘berhimpit’ dengan makanan lain yang ditempatkan di laci yang sama.
Sementara itu, cara anda meletakkan telur pun perlu betul. Dicadangkan agar anda menempatkan telur dengan bahagian yang runcing menghadap ke atas untuk mempertahankan posisi kuning telur agar selalu berada di tengah telur. Jadi kualiti telur akan terus terjaga.
Sebelum disimpan, sebaik-baiknya cuci dahulu telur agar tidak tercemar dengan bakteria salmonella yang boleh memasuki telur melalui pori-pori kulit telur. Setelah mencuci telur, keringkan ia dengan berhati-hati. Setelah mengetahui cara penyimpanan telur ini, bolehlah anda praktikkannya. Selain daripada telur jadi tahan lebih lama, ia juga dapat mengekalkan khasiat dan kesegarannya.
Ibu dan bapa mana yang tidak gembira bila melihat prestasi anak-anaknya yang mampu menguasai pelbagai subjek dengan baik di sekolah. Satu kebanggaan atas usaha selama ini.