Ads

Anak Usia 6 Tahun Bakal Wajib Masuk Darjah 1 Pada 2029, Ibu Ayah Kena Mula Bersedia!

Anak Usia 6 Tahun Bakal Wajib Masuk Darjah 1 Pada 2029, Ibu Ayah Kena Mula Bersedia!

Ibu ayah yang mempunyai anak kecil nampaknya perlu mula membuat persediaan lebih awal apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bercadang mewajibkan kemasukan kanak-kanak berusia enam tahun ke Tahun Satu pada 2029.

Ini bermakna anak bakal masuk Darjah 1 pada usia enam tahun apabila dasar tersebut dilaksanakan kelak.

Bagaimanapun, bagi sesi persekolahan 2027 dan 2028, ibu bapa masih diberikan pilihan untuk mendaftarkan anak masing-masing pada usia tersebut.

Perubahan ini tentunya menjadi perhatian ibu ayah, terutama dalam memastikan anak benar-benar bersedia dari segi emosi, mental dan kemahiran menguruskan diri sebelum melangkah ke alam persekolahan.

Anak Usia 6 Tahun Bakal Wajib Masuk Darjah 1 Pada 2029, Ibu Ayah Kena Mula Bersedia!

Dua Tahun Tempoh Persediaan Sebelum Diwajibkan Masuk Darjah 1

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata, tempoh dua tahun itu akan dimanfaatkan bagi memastikan persediaan pelaksanaan dasar berkenaan berjalan lancar.

“Sekarang ini tahun 2027 dan 2028 kita bagi pilihan, jadi tahun 2029 itu kita akan wajibkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Taklimat Kementerian Pendidikan (KPM) Bersama Media.

Menurutnya, persediaan perlu dilakukan secara berterusan sehingga 2029 bagi memastikan inisiatif tersebut tidak terhenti di pertengahan jalan.

Tempoh peralihan ini juga memberi ruang kepada ibu ayah untuk membuat persediaan dan memahami keperluan anak sebelum memulakan pendidikan formal pada usia yang lebih muda.

KPM Bersedia Hadapi Pertambahan Murid

KPM turut meneliti keperluan pembinaan bilik darjah bagi menampung pertambahan murid, termasuk penggunaan Sistem Binaan Berindustri (IBS), pelaksanaan dua sesi persekolahan dan penyuraian murid ke sekolah yang mempunyai kapasiti lebih rendah.

Ads

“Kita tidak mahu inisiatif yang sudah dirancang baik untuk negara bangsa ini akhirnya berhenti.

“Jadi kita sudah melihat kekuatan dari segi perancangan dan pembinaan bilik darjah menggunakan IBS, yang mana ia boleh siap dalam tempoh tiga bulan,” katanya.

Selain kemudahan fizikal, kesediaan kurikulum dan latihan guru turut diberikan perhatian bagi memastikan proses pembelajaran bersesuaian dengan kanak-kanak berusia enam tahun.

Kesediaan persekitaran sekolah juga penting supaya anak yang masuk Darjah 1 pada usia lebih muda dapat menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran dan rutin harian di sekolah.

Anak Usia 6 Tahun Bakal Wajib Masuk Darjah 1 Pada 2029, Ibu Ayah Kena Mula Bersedia!

Peluang Pembelajaran Sama Rata Untuk Semua Anak

Antara faktor yang mendorong pelaksanaan inisiatif tersebut ialah perubahan demografi negara yang menuju ke arah masyarakat menua serta perkembangan teknologi yang membolehkan kanak-kanak mengakses pengetahuan pada usia lebih muda.

Ads

KPM juga mahu memastikan semua kanak-kanak mendapat peluang pendidikan yang saksama.

“Jadi kita buatkan satu program ini maknanya anak kita diberi satu peluang yang saksama dan akses yang sama untuk pembelajaran ini,” katanya.

Setakat ini, KPM telah menerima kira-kira 73,000 hingga 74,000 permohonan bagi kemasukan kanak-kanak berusia enam tahun ke Tahun Satu pada 2027.

Ibu Ayah, Dah Boleh Mula Latih Anak!

Persediaan memasuki Darjah 1 bukan sekadar memastikan anak pandai membaca, menulis dan mengira. Kemahiran menguruskan diri, menggunakan tandas sendiri, berkomunikasi serta mengawal emosi juga penting.

Namun, ibu ayah perlu ingat bahawa setiap anak mempunyai tahap perkembangan yang berbeza. Berikan bimbingan secara berperingkat tanpa tekanan berlebihan sehingga anak hilang keseronokan untuk belajar dan bermain.

Anak Usia 6 Tahun Bakal Wajib Masuk Darjah 1 Pada 2029, Ibu Ayah Kena Mula Bersedia!

Ads

Persediaan Anak Sebelum Masuk Darjah 1

Sebenarnya, banyak perkara mudah yang boleh ibu ayah ajarkan kepada anak di rumah sebagai persediaan sebelum masuk Darjah 1 nanti.

Antara kemahiran yang boleh dilatih secara berperingkat termasuklah:

  • Memakai pakaian dan kasut sendiri.
  • Menggunakan tandas tanpa bantuan.
  • Membuka bekas makanan dan makan sendiri.
  • Menyimpan serta menjaga barang peribadi.
  • Memberitahu guru sekiranya memerlukan bantuan.
  • Belajar menunggu giliran dan berkongsi dengan rakan.
  • Membiasakan diri dengan rutin tidur dan bangun awal.

Ibu ayah juga boleh membiasakan anak dengan aktiviti membaca buku cerita, melukis, mewarna dan bermain sambil belajar. Tak semestinya perlu duduk menghadap buku latihan sepanjang masa.

Paling penting, bantu anak membina keyakinan diri supaya mereka berasa seronok dan teruja untuk ke sekolah.

Dalam masa sama, ibu ayah yang merancang untuk mendaftarkan anak masuk Darjah 1 pada usia enam tahun boleh mengikuti perkembangan dan pengumuman rasmi KPM dari semasa ke semasa.

Agaknya ibu ayah dah bersedia ke anak masuk Darjah 1 seawal usia enam tahun nanti?

Menarik: Surah Al-Ikhlas & 3 Zikir Ni Jangan Tinggal Masa Anak Jawab Peperiksaan! 

Zikir Ibu Ayah Ketika Anak Hadapi Peperiksaan, Amalan Mohon Permudahkan Urusan!

Disiplinkan Anak Tanpa Jerit & Ugut Rotan, Ikut Langkah Ni Guna Time Out

Sumber: Sinar Harian

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Anak Suka Pakai Telekung Kartun Ketika Solat? Ibu Ayah Perlu Tahu Hukumnya!

Anak Suka Pakai Telekung Kartun Ketika Solat? Ibu Ayah Perlu Tahu...

Anak suka pakai telekung kartun ketika solat? Ketahui hukumnya menurut pandangan ulama serta cara mendidik anak menjaga aurat dan adab ketika beribadah.